Khamis, September 08, 2016

DAHULU JADI PENDAKWA, SEKARANG JADI PEMBELA ORANG RASUAH PULA



KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan me­lakukan pecah amanah terhadap Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan Pemasaran berjumlah hampir RM15 juta, Mac lalu.


Pengerusi bank tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Zainal, 65, turut membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Mustafha, 48, untuk me­lakukan pecah amanah terhadap harta yang sama.

Mustafha didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta boleh didenda sementara Abdul Aziz menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 109 akta sama dibaca dengan Seksyen 409 akta tersebut yang membawa hukuman serupa.

Hakim Madihah Harullah mem­benarkan setiap tertuduh diikat jamin RM400,000 de­ngan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 10 Oktober ini bagi penyerahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Masri Mohd. Daud dan Timbalan Pendakwa Raya agensi tersebut, Anas Mahadzir.

Mustafha diwakili peguam, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Abdul Aziz yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera ke-16 diwakili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Terdahulu, Masri mencadangkan ikat jamin RM2 juta bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin kerana kes itu membabitkan kesalahan serius dan pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap penyera­han pasport, Kamarul Hisham ba­gai­ma­napun membantah jumlah jaminan yang dicadangkan kerana disifatkan sebagai keterlaluan.




“Anak guam saya tidak mampu untuk mengemukakan wang ikat jamin sebegitu tinggi meman­dang­kan kesemua akaun simpanannya di ASB (Amanah Saham Bumiputera), ASN (Amanah Saham Nasional), Bank Rakyat dan CIMB telah dibekukan, malah akaun milik isterinya di Bank Rakyat juga telah dibekukan.

“Tertuduh telah menerima pelbagai anugerah atas pencapaiannya sepanjang kerjayanya dan ini me­nunjukkan anak guam saya adalah seorang yang sangat profesional, mempunyai latar belakang yang baik dan tidak mempunyai alasan untuk melarikan diri,” katanya.

Atas tujuan sama, Muhammad Shafee turut menyenaraikan pelbagai penghargaan dan peng­anugerahan yang diterima oleh Abdul Aziz sepanjang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Darat selain menyatakan bahawa jawatan anak guamnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat telah digantung sejak ditahan untuk siasatan sehingga kini.

Membalas hujah tersebut, Masri menyatakan, latar belakang yang baik, pelbagai penganugerahan dan penghargaan yang dite­ri­ma tidak boleh dijadikan asas untuk mengenakan kadar jamin yang rendah atau dijadikan jaminan bahawa kedua-dua tertuduh tidak akan melarikan diri atau akan terus hadir pada setiap kali kes dibicarakan.

Sebaik sahaja mahkamah menetapkan jumlah jaminan itu, Muhammad Shafee bangkit sekali lagi dan memohon mahkamah merekodkan bahawa pada sesi soal jawab oleh tiga pegawai SPRM dengan dua daripadanya dikenali dengan nama Azrul dan Buya, anak guamnya telah ‘dipujuk’ untuk memberikan ketera­ngan yang tidak wajar.

Peguam itu juga secara tiba-tiba memohon agar Abdul Aziz diberikan pelepasan sehingga pukul 3 petang esok untuk membuat bayaran wang jaminan menyebabkan Masri membantah keras permohonan ad hoc tersebut dan menyatakan bekas Duta Malaysia ke Perancis itu perlu ditahan sehingga wang ikat jamin dilunaskan.

Madihah bagaimanapun membenarkan penangguhan pembayaran jaminan bagi Abdul Aziz tetapi memerintahkan agar segala urusan jamin diselesaikan sebelum pukul 3 petang esok.

Kamarul Hisham memaklumkan anak guamnya tidak bantahan dan bersedia untuk membayar jumlah wang jaminan itu.

Ulasan saya, dahulu Muhammad Shafee menjadi pendakwa kes Anwar Ibrahin, Hari ini beliau tukar watak menjadi penentang kes kerajaan pula membela orang yang melakukan rasuah. Pelik juga Tan Sri berwatak dua muka. Sebab itu lain kali Peguam Negara tak payah lantik orang macam Shafee jadi pendakwa kerana beliau telah memalukan kerajaan apabila kerajaan kalah dalam kes mahkamah seperti kes Tan Sri Kasitah Gadam dan Datuk Ramli Yusof.

Inilah kesilapan Tan Sri Ghani Patail kerana mahu mengenakan Anwar Ibrahim, maka orang terdesak macam Shafee digunakan. Ternyata senjata makan tuan kerana akhirnya Shafee menentang kerajaan pula dalam kes SPRM ini. Cukup cukuplah Peguam Negara.

Rabu, September 07, 2016

PENGGUNA LRT KESAL MASALAH SERING BERULANG

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ribuan pengguna perkhidmatan Light Rapid Transit (LRT) terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putra Heights terjejas bermula 7 pagi tadi.

Paling terkesan, warga kota yang menggunakan LRT untuk ke tempat kerja.

Seorang pengguna, Farhana Azmi, petugas di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau keluar rumah di Pantai Dalam pada 10 pagi untuk masuk ke pejabat pukul 11 pagi dengan menggunakan perkhidmatan LRT di Stesen Kerinchi.

Kebiasaanya, beliau akan tiba pada 10.30 pagi di Stesen Ampang Park dan meneruskan perjalanan dengan menaiki teksi ke pejabat.

"Tiba di Stesen Kerinchi, saya dengar pengumuman menyatakan perkhidmatan tren menghadapi masalah teknikal dan tren bergerak perlahan. Setiap tren berhenti di setiap stesen berikutnya lebih lima minit daripada waktu biasa. Tiba di Stesen Bangsar, tren berhenti paling lama kira-kira 20 minit, sebelum penumpang diarahkan keluar berikutan tren itu telah diberhentikan," katanya kepada Bernama.

Pengumuman yang dibuat menyebut pengguna boleh menunggu atau boleh mendapatkan kembali bayaran di kaunter.

"Saya tanya staf di situ, mereka kata tak pasti bila perkhidmatan akan disambung semula. Saya terpaksa naik teksi untuk ke pejabat dan tiba lewat hampir setengah jam di pejabat disebabkan jalan yang turut sesak," katanya.

Farhana yang merupakan pengguna tetap pengangkutan awam turut melahirkan rasa terkilan kerana masalah sebegitu sering berlaku tetapi kali ini perkhidmatan LRT tergendala paling lama.

Beliau turut menggesa papan makluman diletakkan di setiap pintu masuk stesen untuk memaklumkan pengguna mengenai masalah yang berlaku kerana ramai pengguna yang tertanya-tanya berikutan ia hanya dibuat menerusi makluman suara.

Laman twitter rasmi @AskRapidKL menerima pelbagai maklum balas termasuk luahan rasa tidak puas hati dan terkilan pengguna sejurus selepas ia mengumumkan masalah teknikal yang berlaku, berikutan masalah LRT tergendala sering berulang.

Seorang pengguna, kimbles@kimberly_g menulis 'You can't delay the LRT each time it rains. RapidKL its' probably time to step up'.

Seorang lagi pengguna, dingdong dingdong @dingdongb3ll berkata 'finally arrived office.took me 2h20m from Jelatek to KLCC. add 20 more minutes i'll be arriving Busan from Seoul, same duration.

Laman facebook Rapid KL turut hangat dengan soalan pengguna.

Nabihah Othman menulis "What....x settle2 lg ke? dan Rapid KL menjawab: "Maaf. Masih dalam proses baik pulih. Kami akan beri perkembangan terkini apabila perkhidmatan kembali normal. Maaf atas kesulitan".

Seorang pengguna Kamel Alias, menulis di laman facebook RapidKL 'I feel pity to those yang missed their flight, interview, appointment, masuk keje lambat, kena fired dengan boss, terlepas exam, stucked in train for few hours, kena marah sampai bergaduh dengan boyfriend / girlfriend sebab lambat janji dating... KL ni tak payah kena attack terrorist, bagi hujan sikit terus chaos...

Lee Tze Shern pada kira-kira 11 pagi tadi bertanya 'Still problem? When will be okay? dan dijawab pihak Rapid KL :"Hai. We are still rectifying the issue. Will update once the service resume back to normal. Apologize for the inconvenience caused."

-- BERNAMA

DUA NEGARA LAGI JADI NEGARA SUMBER PENGAWAL KESELAMATAN

PUTRAJAYA, 6 Sept (Bernama) -- Dua buah negara lagi akan menjadi negara sumber tenaga kerja pengawal keselamatan di Malaysia selain daripada Nepal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata cadangan dua buah negara sumber baharu bagi pengawal keselamatan itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat.

"KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah bersetuju bahawa syarikat boleh mengambil pengawal keselamatan dari dua negara selain Nepal.

"Namun begitu, tenaga kerja tempatan hendaklah didahulukan dan nisbah pengambilan pekerja tempatan hendaklah dipatuhi," katanya pada majlis pertemuan dengan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Syarikat dan Pelanggan Industri Kawalan Keselamatan Negara di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat serta Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Berhubung cadangan Kementerian Pendidikan untuk menggunakan khidmat Rela bagi mengawal keselamatan di sekolah, Ahmad Zahid berkata cadangan tersebut ditolak.

"Jika pengawal dan anggota Rela mahu digunakan (mengawal keselamatan di sekolah), mereka mesti diserapkan sebagai tenaga kerja (syarikat kawalan keselamatan)," katanya.

Menurutnya, pada masa ini 800 syarikat kawalan keselamatan sahaja dibenarkan beroperasi di seluruh negara.

Beliau berkata penetapan itu dibuat bagi mengehadkan bilangan syarikat kawalan keselamatan selain mengelak persaingan tidak sihat.

Beliau memaklumkan 47 syarikat kawalan keselamatan dibatalkan lesen pada tahun ini ekoran tidak mematuhi syarat ditetapkan KDN, termasuk pengawal keselamatan di syarikat tersebut tidak menjalani program latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG).

Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan terdapat 95 syarikat kawalan keselamatan yang masih tidak menghadiri CSG.

"Mungkin syarikat-syarikat ini tidak berminat untuk memperbaharui lesen... mereka diberi masa sehingga 31 Dis ini," katanya.

Beliau menegaskan bahawa CSG diwajibkan ke atas semua pengawal keselamatan dengan menyediakan latihan yang lebih teratur kepada mereka.

"CSG dilaksanakan bukan hanya sekadar memenuhi syarat tetapi untuk melengkapkan pengawal keselamatan agar berada di tahap kesiapsiagaan tinggi agar apabila sesuatu permasalah timbul, mereka mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya.

Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan berkompromi untuk membatalkan lesen mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang dipajak atau disewakan kepada kongsi gelap.

"KDN sedang meneliti syarikat-syarikat terbabit. Kita dapat tahu dan sedang mencari bukti. Seperti dilaporkan media, ada syarikat di mana pemegang saham atau pengarahnya hanya 'window dresser' sahaja, di belakangnya kongsi gelap," katanya.

Bagi mengatasi masalah pembayaran lewat kementerian, jabatan dan agensi kepada syarikat kawalan keselamatan, Ahmad Zahid berkata Perbendaharaan Negara dan ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah dan ketua agensi akan menyelaras agar bayaran dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tuntutan dibuat.

"Jika mana-mana syarikat dapat bayaran lebih 30 hari, saya akan mengarahkan dua timbalan menteri melakukan tindakan susulan... saya juga sedia membawa perkara itu ke mesyuarat jemaah menteri untuk tindakan," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia dan SIRIM Bhd untuk mewujudkan piawaian atau standard bagi industri kawalan keselamatan di Malaysia.

-- BERNAMA

Selasa, September 06, 2016

RIZAB ANTARABANGSA BANK NEGARA BERJUMLAH RM391.9 BILION

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM391.9 bilion atau bersamaan US$97.5 bilion pada 30 Ogos 2016, sama dengan jumlah rizab antarabangsa pada 15 Ogos 2016.


Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$89.7 bilion); kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$0.8 bilion); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion); emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$4.4 bilion).

Jumlah asetnya berada pada RM412.262 bilion.

Aset bank pusat itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain seperti SDR (RM391.922 bilion); kertas kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM2.685 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM7.558 bilion); tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM6.338 bilion).

Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM110.174 bilion); mata wang dalam edaran (RM91.058 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM157.265 bilion); deposit oleh kerajaan persekutuan (RM19.261 bilion); deposit lain (RM1.175 bilion); kertas Bank Negara (RM13.648 bilion); peruntukan SDR (RM7.521 bilion) serta liabiliti lain (RM12.055 bilion).

-- BERNAMA

Isnin, September 05, 2016

MAHATHIR SUDAH TERDESAK KATA SALLEH

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini sebagai tanda memberi sokongan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan betapa terdesaknya keadaan yang sedang dihadapi bekas perdana menteri itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, perkara itu bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan atau memeranjatkan.

"Inilah apa yang kita panggil kepentingan politik. Ia jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir," kata beliau dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata Mahathir tahu parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tidak mampu
melangkah jauh secara bersendirian.

"Jadi, beliau perlu menumpang Pakatan Harapan, seperti kapal angkasa yang memerlukan sebuah roket. Sebab itulah Mahathir cuba membina jambatan dengan Anwar - untuk memikat hati Pakatan," katanya.

"Mahathir akhirnya mengaku beliau sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk menjadikan partinya berjaya. Beliau perlu tumpang atas Anwar dan Pakatan," kata Salleh.

Ini jelas beliau, dilakukan walaupun Mahathir dan Anwar saling mengata antara satu sama lain selama 18 tahun.

"Perbuatan Mahathir berjabat tangan dengan Anwar hari ini samalah seperti apa yang berlaku pada 1998, sehari sebelum Mahathir memusnahkan Anwar. Kucupan Mahathir adalah kucupan maut," katanya.

Mereka bertemu di Mahkamah Tinggi hari ini di mana Anwar mempunyai kes berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri. Anwar juga dipecat daripada UMNO.

Anwar kemudian dikenakan pertuduhan berkaitan rasuah dan meliwat. Beliau dihukum enam tahun penjara pada 1999 berhubung empat tuduhan rasuah.

Beliau dibebaskan pada 2 Sept 2004 setelah hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan kesalahan meliwat.

Kini, beliau menjalani hukuman penjara lima tahun bagi satu lagi sabitan kesalahan meliwat.

-- BERNAMA

Ahad, September 04, 2016

UMNO KEMAMAN GUNA BUKU MESYUARAT SECARA PAPERLESS PERTAMA DI MALAYSIA

KEMAMAN, 3 Sept (Bernama) -- UMNO Kemaman menjadi Bahagian pertama dalam parti itu yang menggunakan kaedah 'paperless' atau menerusi pendekatan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam mengedar buku mesyuarat kepada perwakilannya bermula hari ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad berkata, pihaknya hanya mengambil masa sebulan untuk membangunkan sistem 'paperless' atau I-Book dengan kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Beliau berkata bagi mendapatkan I-Book itu, perwakilan boleh memperolehnya menerusi e-mel; memuat turun daripada aplikasi whatsApp, laman web dan Facebook UMNO Kemaman serta memuat turun melalui QR code yang diletakkan di belakang tag nama perwakilan atau di lokasi persidangan.

Sabtu, September 03, 2016

JANGAN JADIKAN UMNO SEBAGAI BURSA SAHAM

ALOR SETAR, 3 Sept (Bernama) -- Semua anggota dan pemimpin UMNO diminta tidak menggunakan parti itu sebagai 'Bursa Saham' untuk mengaut keuntungan dan kepentingan peribadi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata mereka yang menggunakan peperangan politik untuk mendapatkan 'ghanimah' (harta rampasan perang) hanya akan membawa kehancuran kepada parti.

"Dalam peperangan politik, apa diperlukan setelah menang ialah ghanimah yakni pulangan politik. Jika ghanimah tidak diperoleh dalam peperangan, maka pengikut akan melakukan protes senyap yang boleh menyebabkan organisasi rosak.

"Apabila kepentingan peribadi jadi keutamaan dan organisasi politik jadi pentas untuk ghanimah dicapai, tunggulah ketikanya kehancuran datang tanpa dihancurkan daripada luar, (sebaliknya) kita
yang izinkan kehancuran berlaku dari dalam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena di sini, hari Sabtu. Turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian itu Datuk Ariffin Man. Justeru itu, beliau mengingatkan anggota UMNO bahawa parti berusia 70 tahun itu bukanlah bursa saham yang boleh diperdagang untuk mengaut keuntungan, sebaliknya ia adalah sebuah institusi sosial untuk orang Melayu serta tulang belakang Barisan Nasional memperjuang kepentingan masyarakat majmuk.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mahu semua anggota UMNO mengetepikan soal pesimistik tetapi memikirkan kaedah mencari pemimpin berkualiti yang bukannya naik kerana politik wang.

"Kita ingin pemimpin yang ada kepimpinan, autentik dan asli serta tidak utamakan kepentingan peribadi," katanya.

Beliau turut meluluskan peruntukan bagi membina sebuah dewan serbaguna di Pokok Sena serta RM2 juta untuk projek kecil di daerah itu.

--BERNAMA

WASPADA DENGAN AGAS AGAS POLITIK

KOTA BELUD, 3 Sept (Bernama) -- Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota UMNO agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap tindak-tanduk beberapa individu yang dikiaskannya sebagai 'agas-agas politik' yang cuba merosakkan parti dengan mempolemikkan pelbagai isu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata beberapa 'agas-agas politik' yang dahulunya bersama-sama dalam perjuangan UMNO, tetapi kini berpatah arang, telah bersekongkol dengan pembangkang dengan meniupkan pelbagai sentimen semata-mata untuk meraih simpati umum agar kekal mendapat perhatian.

"Kita harus bangkit dan menentang orang-orang ini, yang menjadi dalang dan petualang, merosakkan parti UMNO, dan cuba-cuba menenggelamkan bahtera UMNO dengan mempolemikkan cerita-cerita seperti 1MDB dan 'derma', DOJ dan rasuah, serta berbagai-bagai lagi helah politik yang cuba diputar belit.

"Orang-orang yang sudah berpaling tadah ini, yang berkelana membawa jiwa yang bercelaru, bukanlah pejuang sejati, tapi sebaliknya seperti burung helang yang terbang sekadar mengintai-intai peluang, apabila mendapat maka dibawanya pulang, tetapi apabila tidak mendapat, maka dia pun terbang menghilang," katanya ketika menyampaikan amanatnya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud di sini hari ini.

Salleh yang juga Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah turut mengibaratkan golongan ini sebagai 'ular bertukar kulit' kerana wataknya bertukar 90 darjah sebaik sahaja 'bertukar kulit' yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

"Kalau dahulu tidak pernah pun bersuara memperjuangkan hak Sabah, tapi kini tiba-tiba cuba menjadi hero. Kalau dulu hanya berdiam sepi, tapi kini sibuk menjelajah ke seluruh negeri. Kalau dahulu mereka menjulang mempertahankan pimpinan, tapi kini melaungkan slogan menukar pemimpin dan kerajaan yang dipilih," katanya.

Menurut Salleh, untuk menukar sesuatu kerajaan, ia tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya seperti prinsip menukar baju kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, undang-undang dan perlembagaan, sistem perundangan dan kehakiman yang harus didukung dan dijunjung sepenuhnya oleh rakyat.

Bagaimanapun katanya golongan 'agas-agas politik' yang kecewa itu kini berusaha menjatuhkan kerajaan dengan menggambarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang tidak boleh dijadikan sandaran meskipun UMNO dan BN lah yang meletakkan mereka pada kedudukan sekarang.

Menurutnya, tidaklah keterlaluan untuk menyifatkan golongan berkenaan sebagai sudah lupa daratan serta dijangkiti penyakit 'alzheimer politik' yang mana mereka lupa akan jasa UMNO yang memberi kehidupan kepada mereka selama ini.

Mengenai mesyuarat tahunan UMNO berkenaan, Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagia Kota Belud berkata ia seharusnya dijadikan sebagai platform untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada anggota parti di peringkat akar umbi bagi membolehkan mereka memahami isu berkenaan agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang tohmahan pembangkang.

Salleh juga mengingatkan anggota UMNO agar menggunakan media sosial dengan bijaksana serta tidak terikut-ikut dan terpengaruh dengan sikap pihak tertentu menyalahgunakan kebebasan menggunakan alat komunikasi itu untuk menabur fitnah serta mengaibkan orang lain termasuk pemimpin.

"Dalam hal ini, saya berharap rakyat terutama anggota UMNO bijak menilai dan menapis maklumat yang kurang tepat atau tidak sahih, maklumat palsu, pembohongan, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu melalui media sosial. Jangan sekali-kali kita salah guna media sosial. Contoh Sarawak Report," katanya.

Beliau turut mengulangi ikrar UMNO Kota Belud untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam mengharungi apa juga cabaran, baik dari dalam mahupun luar parti demi agama, bangsa dan negara.

-- BERNAMA

TABAYYUM PERLU UNTUK ELAK PERPECAHAN

KEMAMAN, 3 Sept (Bernama) -- Konsep 'tabayyum' atau meneliti sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan perlu diamalkan oleh anggota UMNO bagi mengelak wujudnya perpecahan dan perselisihan sesama sendiri yang akhirnya akan merosakkan perpaduan parti.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata penilaian yang tepat dan bersikap rasional terhadap sebarang isu yang bersangkutan dengan parti termasuk isu kepimpinan atasan akan membantu anggota UMNO menjadi lebih matang dan fokus terhadap perjuangan parti.

"Setiap anggota perlu menghayati konsep tabayyum ini agar perpaduan dalam parti akan lebih kukuh dan sama-sama menjalankan tugas serta mempunyai hala tuju yang jelas dalam perjuangan kita untuk menegakkan negara, agama dan bangsa.

"Jangan kita terlalu mudah menghukum dan menilai seseorang (dalam parti) terutama pemimpin kita tanpa mengetahui pucuk pangkal dan akhirnya isu ini akan dipergunakan oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kita," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Wanita Umno Bahagian, Datuk Rohani Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Fikry Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Shaheda Jusoh.

Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam pada itu menyeru semua anggota UMNO berdiri teguh di belakang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika ini berhadapan tuduhan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini turut disiasat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

"Saya menyeru agar kita semua bersikap matang dan menilai dengan rasional berkaitan isu ini. DoJ belum pun membuat apa-apa keputusan berkaitan isu tersebut tapi kita sudah menghukum pemimpin kita.

Saya bimbang jika isu ini terus diperbesarkan pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dan menggunakannya untuk meracuni pemikiran rakyat," katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita, Mas Ermieyati berkata Pergerakan Puteri UMNO kini bersiap sedia dengan gerak kerja untuk meningkatkan jumlah daftar pemilih menjelang Pilihan Raya ke-14 kelak dengan memfokuskan hubungan bersama golongan muda yang baru pertama kali mengundi.

"Kita juga berharap pada pilihan raya umum akan datang akan lebih ramai wakil dari Wanita atau Puteri yang akan diangkat sebagai calon kerana ketika ini ramai pengundi dari kalangan mereka dan ramai yang sudah berjaya memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya yang lepas," katanya.

--BERNAMA

Jumaat, September 02, 2016

BUKTI POLITIK WANG MASIH ADA DALAM UMNO



Veteran Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang memberikan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.

Katanya, tindakan itu sekali gus memalukan Umno yang di label negatif sebahagian besar rakyat sekarang, lapor Astro Awani.

"Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh.

"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap Umno.



"Ini merunsingkan saya jika tauladan ini dikemukakan kepada khalayak. Umno akan sentiasa berada dalam kancah negatif khasnya mereka yang berada dalam barisan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Malaysiakini pada Ahad lalu, melaporkan Jamal terpaksa membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.

Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan dengan pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan berkenaan.

Namun, selepas mendapatkan penjelasan dari Jamal sendiri, pihaknya berkata wang RM1,000 itu diagihkan kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan Umno.

Jamal turut menjelaskan pemberian RM1,000 itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini.

Malah, Jamal berkata sumbangan tersebut diperolehi oleh mereka bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.

Sementara itu, dakwaan Rais terhadap Jamal yang melakukan politik wang turut dimuat naik di laman Twitternya.

Rais yang juga penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan turut mempersoalkan isu yang timbul pada masa pimpinan parti sedang berhadapan dengan tohmahan dan keadaan yang tidak menyenangkan.



"Tidak pernah seorang pemimpin Umno di peringkat ketua bahagian yang membuat pengakuan seumpama itu ketika ini.

"Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya kepentingan remeh dan sebagainya.

"Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Majlis Tertinggi (MT) Umno juga seharusnya membuat teguran itu dan meminta mana-mana pemimpin parti menghentikan perbuatan seperti Jamal.

Katanya, ketika beliau berada di dalam parti Melayu itu, perkara tersebut tidak pernah berlaku.

"Selama ini saya di dalam Umno, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh. Jadi MT perlu berbuat sesuatu," beliau dilaporkan sebagai berkata.

PASIR RAJA SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN

Pasir Raja adalah sebuah kampung terpencil di Hulu Dungun, Terengganu. Kampung tersebut dekat di hati saya kerana datuk saya, arwah Penghulu Haji Abdullah Omar pernah menjadi penghulu mukim tersebut pada tahun 1966 hingga 1967.

Dua tahun duduk di Pasir Raja, pada tahun 1968, Haji Abdullah menjadi penghulu Mukim Belara di Banggol Peradong, Kuala Nerus di mana saya bersekolah di situ sekelas dengan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rahin Mohd. Said.

Saya dibela dari kecil oleh datuk saya sebagai anak sendiri. Maka saya panggil datuk saya, ayah dan nenek saya, Cik. Ayah ada dua isteri, Hajah Zaharah iaitu Cik isteri pertama dan  Tengku Jara, Cik Muda sebagai isteri kedua.

Oleh kerana anak anak Cik sudah bersekolah menengah maka Cik tidak ikut ayah duduk di Pasir Raja sebaliknya menyewa di Kg Tanah Lot, Dungun. Saya yang baru masuki darjah satu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Oleh kerana anak tunggal Cik Muda belum bersekolah, maka Cik Muda yang ikut ayah duduk di Pasir Raja.

Namun demikian apabila cuti sekolah saya ikut ayah ke Pasir Raja duduk dengan ayah selama seminggu. 50 tahun lalu balai penghulu tempat ayah duduk dekat dengan sekolah rendah dan saya masih ingat Cikgu Ishak adalah guru besar sekolah tersebut.

50 tahun meninggalkan Pasir Raja menyebabkan saya teringin mengunjungi kampung tersebut sekali lagi. Dari dahulu memang saya ingin ke sana tetapi tidak pernah ada kesempatan. Minggu lepas saya mengikut kawan saya, Kamal Abdul Aziz ke kampung tersebut. Kamal, 50, berasal dari Air Putih, Kemaman mengenali Pasir Raja sejak tahun 1996 lagi membawa pelancong Eropah jungle trekking di Gunung Berembun. Syarikat Kamal yang berpusat di Cherating, Pahang telah membawa lebih 1,000 orang pelancomg Eropah dari Norway, Sweden, Denmark, Peranchis, Jerman dan Belanda menikmati keindahan flora dan fauna Pasir  Raja.

Dengan modal yang kecil, Kamal telah memperkenalkan Pasir Raja sebagai produk pelancongan ke Eropah dan sempena Tahun Melawat Terengganu pada tahun 2017, sepatutnya kerajaan negeri memberi insentif kepada Kamal supaya membawa lebih ramai lagi pelancong dari luar negara ke Pasir Raja.

Saya seronok pergi ke Pasir Raja kerana orang kampung masih mengenali arwah ayah saya, Haji Abdullah Omar. Ketua Kampung, Ahmad Mazhar, 64, mengimbau kembali kenangannya bersama ayah yang juga menantu Cikgu Haji Yusuf Kemasik.

50 tahun lalu Ahmad Mazhar baru berusia 14 tahun manakala saya berusia 7 tahun. Othman Hitam, 74 tahun juga masih mengingati ayah. Begitu juga Tambi, 70 tahun. Berada satu hari di Pasir Raja dari pagi hingga ke petang duduk di chalet yang dibina oleh Ketengah menyebabkan jiwa anda tenang kerana kesucian Pasir Raja dengan sungainya yang cetek masih terpelihara. Mengunjungi Pasir Raja bagaikan balik ke kampung sendiri apatah lagi melihat kemesraan penduduk kampung yang mengenali arwah ayah. Mereka melayani saya sebagai penduduk Pasir Raja yang telah lama hilang dan pulang ke kampung halaman.





50 tahun dahulu kami nak pergi ke Pasir Raja dari bandar Dungun menaiki bot selama dua hari. Dari pagi bertolak sampai petang tidur di Jerangau. Esoknya baru bertolak ke Pasir Raja sampai petang kerana air sungainya yang cetek terpaksa menolak bot. Pada tahun 1966, Pasir Raja terletak di bawah kawasan parlimen Kemaman. Ketika itu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad masih ahli parlimen Kemaman turut bermalam di Pasir Raja menemui penduduk kampung ketika ayah menjadi penghulu Pasir Raja.

Paling seronok bila ada pementasan sandiwara di sekolah, anak anak Pasir Raja berlakon dan bila muncul watak wanita, orang kampung bersorak kerana wanita itu sebenarnya adalah pelakon lelaki yang mekap seperti wanita.

Selepas Wan Mokhtar menjadi MB pada tahun 1974, beliau membuat jalan dari pekan Al Muktafi Billah Shah (AMBS) ke Pasir Raja yang siap pada tahun 1980. Dari simpang AMBS (atau Durian Mas) ke Pasir Raja sejauh 40km kini boleh sampai dalam masa 45 minit berbanding dua hari dari bandar Dungun 50 tahun yang lalu.

Pasir Raja kini telah melahirkan ramai anak yang dapat masuk ke pusat pengajian tinggi. Bekas ADUN Rantau Abang, arwah Shafie Daud merupakan anak Pasir Raja yang pertama memasuki universiti dan akhirnya menjadi Kadi Daerah Dungun sebelum menjadi YB.

Kini 70 peratus penduduk Pasir Raja mempunyai kenderaan. Ini menggambarkan betapa mewahnya  penduduk Pasir Raja sekarang berbanding 50 tahun lalu yang tidak pernah melihat kereta melintas di kampungnya.

Maka usaha memperkenalkan Pasir Raja sebagai pusat pelancongan seperti yang dilakukan oleh Kamal perlu diteruskan. Syabas Kamal.

Keterangan gambar dari atas ke bawah

1. Kamal@Nasir malim jungle trekking Gunung Berembun, Pasir Raja
2. Balai penghulu Pasir Raja yang terbiar pernah didiami oleh arwah ayah
3. Bersama ketua kampung, Ahmad Mazhar
4. Bersama Othman Hitam yang mengenali arwah ayah
5. Bersama Tambi yang juga mengenali ayah
6. Sungai Pasir Raja yang cetek (gambar bawah)
7. Di antara peserta jungle trekking yang menikmati keindahan Pasir Raja (semua gambar di bawah ini)







Khamis, September 01, 2016

RATING TERTINGGI BAGI BULAN OGOS 2016


Nampaknya posting mengenai Terengganu yang menjadi pilihan utama pembaca blog ini bagi sepanjang bulan Ogos 2016. Namun demikian berita mengenai Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendapat tempat dalam senarai 10 rating tertinggi buat kali pertama.

Rating tertinggi  dimenangi Zabidi nak pecat Ahmad Said? yang mendapat 580 hits yang disiarkan pada 2 Ogos lalu. 10 rating tertinggi bagi bulan Ogos adalah seperti berikut:-

1. Zabidi nak pecat Ahmad Said? (2 Ogos)
2. Bukti MB dapat sokongan rakyat Kemaman (4 Ogos)
3. DUN Terengganu tidak tergantung jika Ahmad Said dipecat (16 Ogos)
4.Buktikan saya penulis upahan (5 Ogos)
5.Politik terengganu mencari penyelesaian (8 Ogos)
6. Jangan kedekut bantu rakyat kata Salleh (19 Ogos)
7.Tahniah kepada Datuk Wan Nawawi (1 Ogos)
8. Umno takkan pecat Ahmad Said? (21 Ogos)
9.Tahniah kepada Sabri Alwi dan Wan Hakim (6 Ogos)
10.Rating tertinggi bagi bulan Julai 2016  (1 Ogos)

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 59 daripada saya pemilik blog ini. Syukur kita dalam masa 59 tahun kita pelbagai kaum hidup di bumi Malaysia dalam keadaan aman dan makmur. Semoga bumi kita terus dirahmati Allah. Kekalkanlah keamanan ini dan semoga negara kita terus maju dengan acuan kita sendiri. Merdeka, merdeka, merdeka!

Selasa, Ogos 30, 2016

SPRM MENGAMUK LAGI



KUALA LUMPUR 29 Ogos -Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.


Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata, akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.

"Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan," katanya.

Tan Sri tersebut adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik Ketua Pesuruhjaya pada 1 Ogos.-BERNAMA

Isnin, Ogos 29, 2016

UMNO PERLU FIKIR HALA TUJU UNTUK 40 TAHUN AKAN DATANG

UMNO perlu mula memikirkan hala tuju parti sekurang-kurangnya untuk 40 tahun akan datang bagi memastikan nasib anak bangsa pada masa hadapan tetap terbela, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, walaupun UMNO telah membawa kejayaan besar dalam tempoh 59 tahun kemerdekaan terutamanya dari aspek kesihatan, kemudahan asas, pendidikan dan gaya hidup, namun parti itu perlukan perancangan dan hala tuju bermula sekarang.

"Tapi daripada hari ini kita nak pergi 30 atau 40 tahun lagi, ke mana mereka (anak cucu) hendak pergi. Walaupun kita duduk dalam kehidupan nelayan, buat bendang, kerja kerajaan atau bekerja sendiri, tapi kita kena ada program dan rencana untuk semua kaum untuk masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini semalam.


Jelas beliau, UMNO yang kini diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jelas berada di landasan yang benar untuk membela nasib bangsa, agama dan negara.

Sentuhan transformasi Presiden UMNO itu misalnya kata beliau, membolehkan semua lapisan masyarakat dapat merasai perubahan baharu dilakukan UMNO.

-- BERNAMA

Ahad, Ogos 28, 2016

MAHATHIR PUNCA KEWUJUDAN SEMANGAT 46, PKR DAN BERSATU

BATU PAHAT, 26 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah punca kepada perpecahan orang Melayu sehingga menubuhkan beberapa parti kecil yang lain.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, berkata pendapatnya selari dengan kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam, yang bertitah bekas perdana menteri itu punca perpecahan orang Melayu sejak dahulu lagi.


"...ada enam parti (terbentuk akibat perpecahan orang Melayu). Dua daripadanya akibat dan berpunca daripada Dr Mahathir sendiri. PKR misalnya, selepas Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat, wujud PKR.

"Mujur Semangat 46 sudah berkubur, kalau tidak Semangat 46 wujud pun sebab tindakan Dr Mahathir juga, dan terbaru beliau menubuhkan parti baharu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang tujuannya menarik ahli UMNO...itu satu tindakan memecahbelahkan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun yakin hanya segelintir anggota UMNO yang terpengaruh untuk menyertai parti baharu itu, manakala sebahagian besar masih setia dengan kepimpinan UMNO sekarang.

"Kita tahu mereka memang ada jasa besar kepada UMNO, tidak kira siapa sebab mereka bekas pemimpin UMNO, tetapi apabila mereka bersama dan menubuhkan parti baharu menentang UMNO, dan bersama parti pembangkang, maka mereka adalah musuh kepada UMNO," katanya.

Semalam, Sultan Ibrahim membidas kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung Bangsa Johor dan bertitah bahawa bekas pemimpin itu tidak layak untuk bersuara mengenai perpaduan.

Baginda bertitah Bangsa Johor yang dibawa moyang baginda, Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1920 berjaya menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di bawah satu panji demi mewujudkan kerjasama, keharmonian dan keamanan lebih baik, dan visi Almarhum Sultan Sir Ibrahim itu terbukti berjaya.

"Beliau (Dr Mahathir) akan berterusan memecahbelahkan rakyat termasuk orang Melayu, sedang saya pula menyatukan rakyat Malaysia daripada semua kaum termasuk orang Melayu," titah baginda.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada pelbagai masalah negara pada masa ini, dan tidak berhak untuk campur tangan dalam negeri Johor.

Pada Rabu lepas, Dr Mahathir pada satu dialog di Yayasan Kepimpinan Perdana ketika mengulas mengenai konsep Bangsa Johor, dipetik sebagai berkata perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia akan terganggu sekiranya rakyat mengamalkan terlalu banyak kenegerian.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata orang Melayu terutama anggota UMNO diingatkan agar berhati-hati dengan perangkap parti pembangkang yang menggunakan orang Melayu dalam mengutarakan isu-isu berbangkit dan baru, sehingga mewujudkan kekeliruan sekali gus menyebabkan perpecahan dalam kalangan anggota parti itu.

Di MARANG, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim ketika ditanya mengenai isu Bangsa Johor, berkata perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana sejarah telah mencatatkan kewajaran ia diguna pakai sejak dahulu lagi.

"Saya hairan kenapa perkara yang dah wujud begitu lama ingin dibangkitkan sekarang...kecuali ada niat untuk melaga-lagakan dan pecahbelahkan kita.

"Perkara ini tidak menguntungkan...Bangsa Johor dah wujud lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Marang.

Sementara itu di LANGKAWI, UMNO Bahagian berkenaan telah melakar strategi yang diyakini dapat memastikan majoriti rakyat di pulau itu untuk terus menyokong UMNO dan tidak terpengaruh dengan perjuangan Dr Mahathir.

Tanpa menyebut secara spesifik strategi itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata walaupun nama bekas perdana menteri itu begitu sinonim dengan Langkawi, anggota UMNO di pulau itu telah menunjukkan komitmen tinggi dengan menjelaskan kepada rakyat perjuangan UMNO lebih penting.

"Mereka lebih yakin perjuangan UMNO lebih mustahak daripada perjuangan Tun Mahathir itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Langkawi hari ini.

Hamzah berkata anggota UMNO tidak perlu mengambil pendirian untuk bermusuh-musuhan dengan penyokong Dr Mahathir, tetapi lebih menumpukan kepada usaha berterusan untuk membolehkan mereka menghayati perjuangan parti itu.

"Cara bermusuhan itu bukan wujud daripada parti UMNO. Kita adalah satu- satunya parti yang telah dilahirkan tanpa mempunyai sikap untuk bermusuhan dengan sesiapa sekalipun," katanya.

-- BERNAMA

Jumaat, Ogos 26, 2016

BERKAT DOA 5,000 ORANG HAJI TAJAAN 1MDB

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Lebih 5,000 imam masjid dan ketua kampung telah memperoleh manfaat daripada Program Khas Haji sejak dilancarkan pada 2011, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Alhamdulillah, sejak 2011 kita telah berjaya menghantar lebih 5,000 orang imam-imam masjid dan ketua-ketua kampung menjadi tetamu Allah di Baitullah melalui program khas haji ini.

"Saya doakan kesemua mereka dan jemaah haji kita mendapat haji mabrur, mudah-mudahan Insya-Allah," katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Dalam catatan itu, Najib turut memuat naik sebuah video berdurasi 7 minit 25 saat yang menceritakan perjalanan beberapa orang imam dan ketua kampung bertuah yang menerima surat tawaran haji pada tahun ini.

Antara yang ditampilkan ialah Na'aman Md Aris, 64, imam dari Kuala Lumpur; Mohd Sidek Palil, 69, (imam, Tanjong Karang) dan Osman Suhaimi, 63, (Pengerusi JKKK, Port Dickson) yang rata-rata tidak dapat ke Tanah Suci kerana kekangan kewangan, selain fokus menguruskan kebajikan keluarga masing-masing terlebih dahulu.

Mereka merupakan antara 1,100 orang imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menerima surat tawaran menunaikan haji daripada perdana menteri dalam satu majlis di Putrajaya pada 25 Julai lepas.

Program tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad itu bertujuan menghargai sumbangan berterusan golongan imam, ketua kampung dan pengerusi JKKK terhadap masyarakat dan umat Islam.

Ulasan saya, walapun Najib menghadapi pelbagai tohmahan dan fitnah tentang 1MDB tetapi berkat doa 5,000 orang jemaah haji yang telah dihantar oleh 1MDB maka Najib terselamat dari fitnah tersebut.

Semoga Malaysia terus dilindungi Allah gara gara skandal 1MDB ini berkat doa mereka semua. 

Khamis, Ogos 25, 2016

ANTARA BISIK BISIK DAN BISING BISING

Malam tadi Bernama TV melalui Astro 502 menyiarkan program Ruang Bicara yang menampilkan dua tokoh muda dari Sabah, Ketua Belia USIA, Jamawi Jaafar dan penulis buku politik Sabah, Musli Oli.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia banyak memuji PM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru tujuh tahun menjadi PM lebih banyak melawat Sabah dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM selama 22 tahun.

Beliau juga memuji kesungguhan Najib memenuhi permintaan para pemimpin Sabah dan Sarawak dalam membangunkan kedua-dua negeri tersebut yang jauh ketinggalan dari Semenanjung. Seperti kata Musli, keretapi di Sabah teruk dan daif berbanding dengan keretapi di Semenanjung.

Jamawi yang juga bekas pegawai khas Datuk Seri Shafie Apdal tidak menyentuh bekas bossnya itu sebaliknya Musli berkata agak janggal Shafie membangkitkan slogan Sabah For Sabahan sedangkan selama ini beliau di dalam Umno tidak pernah membangkitkan isu Sabah.

Katanya, pada tahun 1985, PBS yang membangkitkan isu Sabah For Sabahan dan ia dibawa oleh Bumiputera bukan Islam dan apabila isu ini dibawa oleh Shafie ia agak janggal.

Malah Musli yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kota Belud optimis Shafie tidak akan berjaya menumbangkan BN walaupun beliau memimpin parti yang berasaskan Sabah kerana Shafie bukannya pemimpin negeri tetapi beliau lebih dikenali sebagai pemimpin persekutuan.

Musli juga mencadangkan supaya Perjanjian Malaysia dikaji semula kerana sudah lama cadangan untuk mengkajinya terbantut. Sepatutnya ia dikaji pada tahun 1973 tetapi ketika itu TPM,Tun Dr Ismail meninggal dunia dan Tun Razak meninggal dunia tiga tahun kemudian. Sudah 43 tahun ia tidak dikaji semula.

Status Sabah dan Sarawak tidak sama dengan status negeri lain di Semenanjung kerana Sabah, Sarawak dan Malaya yang membentuk Malaysia.

Musli juga secara sinis menyindir apa guna Sabah ada enam menteri kalau Sabah masih mundur. Katanya, Sarawak lebih tegas dalam isu autonomi kerana PRN Sarawak maka Tan Sri Adnan Satem kena bersuara lantang untuk membunuh suara pembangkang di negeri tersebut.

"Tetapi di Sabah ada Umno, pemimpinnya boleh bisik bisik dengan PM dan tak perlu bising bising seperti di Sarawak. Dalam bisik bisik ini nampak pemimpin Sabah lebih lembut dan tidak tegas seperti pemimpin Sarawak," katanya.

Siaran Ruang Bicara selama satu jam itu dikendalikan oleh Sharkawi Jirim dan kedua tokoh ini mampu menjadi pemimpin pelapis di Tenom dan Kota Belud pada PRU akan datang.


Rabu, Ogos 24, 2016

BERSATU DICABAR TANDING SEMUA KERUSI





KUALA LUMPUR - “Jika Bersatu rasa mereka kuat, lebih baik bertanding di semua kerusi.”

Itu reaksi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai perancangan Bersatu untuk bertanding di kawasan Umno lemah.

Beliau berkata, usaha Bersatu itu pasti mendapat tentangan parti pembangkang lain.

“Saya percaya semua kerusi yang Umno menang adalah kerusi majoriti Melayu dan turut ditandingi PKR dan Pas. Setiap parti pun pasti rasa ada peluang untuk bertanding di kerusi yang sama.

“Akhirnya, pembangkang akan bertelagah rebut kerusi. Contohnya, PKR sudah bekerja keras untuk sesebuah kerusi, jadi tak mungkin mereka akan beri laluan mudah kepada parti baru ditubuhkan,” katanya pada sidang media selepas majlis penganugerahan syarikat dan koperasi terbaik tahun 2015 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Bersatu akan memberi tumpuan bertanding di kawasan Umno lemah.

Menurut Ismail Sabri, perebutan kerusi sesama pembangkang boleh menyebabkan pertandingan beberapa penjuru.

“Kalau itu berlaku seperti di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sudah tentu peluang lebih baik kepada Umno,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan pengisytiharan harta pegawai kementerian kepada umum, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ia tidak perlu.

“Kalau nak dedah kepada umum, tidak boleh. Itu tanggungjawab kita dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau pembangkang nak dedah kepada umum, mereka kena buat dulu. Bukan setakat isytihar harta saja,” katanya.

SUKAN DAPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN

(sudah disiarkan dalam Berita Harian semalam)

Oleh Shahbudin Haji  Embun

(Lawyer Pokok Cheri)

Sejak beberapa malam yang lalu, penulis telah mengambil kesempatan melepak bersama dengan  rakan-rakan, menyaksikan perlawanan akhir badminton yang melibatkan pemain Malaysia di Sukan Olimpik Rio. Walaupun kilauan emas masih belum menjelma, namun apa yang membanggakan kita semua ialah sokongan yang tidak berbelah bahagi  dari para penyokong Malaysia yang tidak berhenti henti bersorak walaupun peserta negara berjuang beribu kilometer jauhnya.

Penulis menyaksikan mereka yang menyokong pemain Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai kaum.Mereka melihat ahli sukan yang membawa cabaran  negara adalah warganegara Malaysia yang bertungkus lumus dan memberikan yang terbaik untuk melihat Jalur gemilang dikibarkan.Mereka benar-benar berbangga dengan pencapaian ahli-ahli sukan Malaysia di Olimpik Rio. Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyaksikan perlawanan akhir perseorangan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Cheng Long, “Saya percaya rakyat Malaysia merasakan kebanggan yang sama walaupun tidak menang, tapi ia detik yang mengharumkan nama Malaysia”

Ya, kita gagal mendengar lagu NegaraKu dimainkan sejak bermulanya penyertaan Malaysia dalam Sukan Olimpik, namun kejayaan para ahli sukan negera memasuki pertandingan akhir bagi merebut pingat emas, membuktikan yang impian ini bukan sekadar impian kosong. Kita boleh melakukannya dan berharap program menghasilkan juara Olimpik akan menjadi kenyataan pada SukanOlimpik Tokyo 2020 nanti.

Apa yang penting ialah  sokongan yang tidak berbelah bahagi dari kita semua iaitu rakyat Malaysia. Penulis dapat melihat dan begitu berbangga dengan perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia , yang mempunyai matlamat dan impian yang sama iaitu untuk melihat Jalur Gemilang dikibarkan dan lagu NegaraKu dimainkan.Semangat perpaduan seperti inilah yang perlu sentiasa disemai dan disemarakkan lagi.

Benar,pihak kerajaan,para penaja dan badan-badan korporat memainkan peranan penting dari segi pembiayaan kepada kemajuan ahli-ahli sukan negara. Namun apa yang membuatkan ahli sukan negara bermain bermati-matian hingga ke titisan peluh terakhir ialah harapan dan sokongan dari rakyat Malaysia. Sokongan yang padu daripada rakyat adalah sokongan keramat yang menjadi senjata kepada kekuatan semangat ahli-ahli sukan negara.

Sebenarnya sukan sudah lama memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan di negara kita.  Bagi generasi lama, sudah pasti dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan negara kita ketika memenangi Piala Thomas dahulu. Malaysia telah memenanginya pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan juga 1992 . Ketika itu kita dapat melihat bagaimana sukan badminton dapat menyatu dan mengukuhkan perpaduan di kalanga masyarakat Malaysia yang begitu berbangga dengan pencapaian negara memenangi piala berprestij itu. Bahkan, termaktub dalam sejarah bahawa Malaya merupakan negara pertama yang memenangi Piala Thomas pada tahun 1949 apabila menewaskan Denmark dalam pertandingan akhir yang berlangsung di London.

Dan pastinya ramai di antara kita yang masih ingat wira negara Piala Thomas tahun 1992 yang terdiri daripada Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Razid Sidek, Jailani Sidek, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Mereka telah membawa pulang Piala Thomas setelah kali terakhir memenangi piala tersebut pada tahun 1967.Ketika itu, gegak gempita sorakan penyokong bukan sahaja kedengaran di Stadium Negara, dan juga di Dataran Merdeka , tetapi juga di setiap pelusuk negara yang menonton perlawanan akhir itu.

Dan kita juga dapat saksikan sendiri bagaimana sorakan dan sokongan para penyokong telah memberikan semangat kepada para pemain bolasepak negara ketika berlangsungnya pertandingan Pra Olimpik di Kuala Lumpur.Ketika itu pasukan negara diketuai oleh “Taukeh” Soh Chin Aun dan disokong oleh rakannya Santokh Singh di bahagian pertahanan bersama Jamal Nasir dan Kamarudin Abdullah.

Gawang gol pula dikawal oleh R. Arumugam , yang mendapat jolokan “spiderman” Malaysia. Bahagian pertengahan dikemudi oleh Shukur Salleh, Khalid Ali , Abdullah Ali dan Bakri Ibni manakala bahagian serangan dipertanggungjawabkan di bahu James Wong dan Hassan Sani.

Dalam pertandingan akhir, Malaysia telah menewaskan gergasi Asia, Korea Selatan 2-1 hasil jaringan gol Bakri Ibni dan James Wong. Kejayaan itu telah melayakkan pasukan negara ke Moskow, namun disebabkan pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, maka Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik Moskow.

Daripada contoh beberapa kejayaan yang dipaparkan tadi, dapat dibuktikan bahawa sukan memainkan peranan penting dalam memupuk dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan di negara kita.Ayuh rakyat Malaysia, jangan berputus asa dan teruslah memberikan sokongan padu kepada semua ahli sukan negara yang berjuang untuk negara yang kita cintai ini.