Ahad, April 05, 2009

DR.MAHATHIR TEGUR UMNO, BN KALAH LIMA NEGERI


Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.


Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di Putrajaya.


Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO.


‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO.


‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.


Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.


Pada majlis itu juga, anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Mokhzani turut mengambil langkah sama menyertai semula UMNO.


Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO dalam satu ceramah di Alor Setar pada 19 Mei tahun lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.


Pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan tempatan dan media asing tersebut, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh tidak menafikan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO hari ini mirip perkara sama 40 tahun lepas ketika parti itu di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein.


‘‘Satu pakatan kekeluargaan yang tidak sengaja tetapi benarlah, saya dapat masuk balik UMNO dahulu pun kerana Tun Razak yang menerima saya dan kali ini, anaknya yang terima saya.


‘‘Mengenai jawatan (dalam UMNO atau kerajaan), tak payahlah tetapi kalau nak kerjasama, saya bila-bila masa bersedia untuk memulihkan semula parti kerana saya dipercayai oleh rakyat,” katanya.


Serentak itu, Dr. Mahathir menyatakan kesediaannya untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Air.


Ini kerana, kata beliau, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO untuk terus membantu parti dan BN termasuk berkempen pada pilihan raya walaupun telah bersara.


‘‘Saya tidak suka kalau dah bersara ini, kita pisah diri sama sekali dengan UMNO kerana saya naik pun kerana UMNO.


‘‘Dari dulu pun, saya menawarkan diri untuk berkempen jika diperlukan dan hari ini nampaknya saya diminta untuk berkempen. Saya sudah bersedia kerana ia adalah parti saya,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan meneruskan sikap kritikalnya terhadap UMNO sebagaimana sebelum ini, Dr. Mahathir berkata, sikap demikian berlaku apabila ‘kesilapan dilakukan’.


‘‘Jika tidak, saya rasa tidak perlu jadi kritikal dan saya rasa Datuk Seri Najib tidak akan terkeluar dari landasan (corak kepimpinan) yang telah ditetapkan oleh bapanya dan bukan oleh saya,” katanya.


Saya hairan bagaimana nombor keahliaan UMNO Dr. Mahathir kekal nombor 001 sedangkan beliau hendaklah dilayan sebagai ahli UMNO yang baru masuk UMNO mulai 4 April 2009 dan bukannya melanjutkan keahliaan pada tahun 1988.


Dr. Mahathir kata tujuannya menegur UMNO untuk membina UMNO dan bukannya untuk menghancurkan UMNO. Adakah beliau sedar dengan tindakannya mengkritik kepimpinan Pak Lah telah menyebabkan BN hilang lima negeri pada pilihan raya umum 2008?


Oleh itu Dr. Mahathir perlu menebus dosanya dengan mengembalikan semula empat negeri yang kalah ke tangan BN pada pilihanraya umum akan datang. Dapatkah Dr. Mahathir membawa keajaiban kepada keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada hari Selasa ini? Sama-samalah kita tunggu.

Sabtu, April 04, 2009

MENGIKUT JEJAK LANGKAH DR. MAHATHIR


28 tahun lalu ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad mula menjadi Perdana Menteri ketiga pada 16 Julai 1981, beliau telah mengumumkan beberapa langkah yang agak mengejutkan rakyat Malaysia termasuk menghalalkan buku Malay Dilemma yang dikarangnya pada tahun 1969. Buku itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu berjudul Dilema Melayu.


Menjelang hari raya aidilfitri tidak lama kemudian, beliau membebaskan ramai tahanan ISA termasuk Tan Sri Abdullah Ahmad, Tan Sri Samad Ismail dan ramai lagi.


Nampaknya Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak yang angkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam semalam 3 April telah mengikut jejak langkah Dr. Mahathir dengan membebaskan 13 tahanan ISA termasuk dua orang peguam Hindraf. Selain dari itu beliau berjanji mengkaji semula ISA dan menarik balik penggantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.


Ini menunjukkan Najib sebagai Perdana Menteri yang baru amat terbuka dan banyak lagi yang bakal dirubah dalam UMNO termasuk menghapuskan sistem kuota dalam pertandingan UMNO. Najib akan dilihat sebagai Perdana Menteri yang cemerlang jika beliau berjaya menghapuskan kuota ini yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir dan diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Dua hari lepas, di The Mall, seorang ahli jawatankuasa PERKASA, Ahmad Jadawi Ghazali begitu yakin bahawa Najib tidak akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April. Katanya, Pak Lah yang pergi menghadap Yang Dipertuan Agong berkata terpulang kepada tuanku bila ditanya pemberita mengenai adakah Najib akan angkat sumpah pada keesokan harinya.


Jadawi atau dikenali dengan panggilan Jad turut berkata bila Najib keluar dari istana, mukanya merah dan enggan bercakap kepada pemberita. Gambaran Jad seolah-olah Najib tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri yang baru.


Pada Oktober 2003, Jad juga yang mengatakan bukan Pak Lah yang angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kelima tetapi Tengku Razaleigh walaupun Pemangku Presiden UMNO ialah Pak Lah dan bukannya Ku Li. Cakap-cakap orang seperti Jad nampaknya berkesan. Pada 2 April lalu, jam 2.30 petang saya menerima panggilan dari stringer WATAN di Muar, Tukiran Hitam yang bertanya benarkan Najib tak jadi angkat sumpah Perdana Menteri esoknya.


Seluruh negara gempar dengan cakap-cakap orang seperti Jad ini. Sebab itu Naib Presiden UMNO yang baru, Hishamuddin yang juga sepupu Najib kesal dengan sms yang disebarkan pembangkang kononnya Najib tidak jadi angkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam.


Petang semalam sekali lagi ketika berada di The Mall dengan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Rahim Hussin; bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kemaman, Mat Dalam Awang; Sabari Jusoh, Zainal, Mat Gonjeng dan Mat Cincin,tiba-tiba datang sepupu Najib, Azmi yang secara sinis perli bahawa Najib belum angkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Apa yang berlaku di istana pada pagi semalam hanya raptai sahaja. Azmi perli orang seperti Jad yang begitu yakin istana menolak Najib menjadi Perdana Menteri yang baru.


Yang Dipertuan Agong pernah mencipta sejarah menolak pilihan Pak Lah sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun lepas.Baginda menolak pilihan Pak Lah, Idris Jusoh kerana mahu Ahmad Said dilantik Menteri Besar yang baru. Jadi masakan Yang Dipertuan Agong boleh menolak perlantikan Presiden UMNO yang baru sebagai Perdana Menteri kerana Najib telah dipilih oleh para perwakilan UMNO sebagai Presiden yang baru tanpa bertanding. Oleh itu mustahil istana mahu berkrisis dengan UMNO pula.


Justru itu teori Jad tidak menjadi kenyataan tetapi cakap-cakap Jad telah menyebabkan rakyat terpengaruh dengan teori ini. Oleh itu tak perlulah kita layan orang seperti Jad kerana ternyata beliau yang banyak menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.


Bila bercakap tentang Jad, teringat saya kepada sms kiriman Sang Kelembai atau Zaharin Mohd. Yassin yang menulis: " Ahmad Jadawi Ghazali kelihatan berlegar di lobi The Mall berpakaian baju melayu merah, seluar kuning,samping hitam dan songkok putih kerana menunggu giliran menukar nota dengan PM, kemungkinan akan diadakan di Hotz Cafe".
Najib,55, bukan orang baru dalam politik. Beliau menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya kecil parlimen Pekan menggantikan tempat ayahandanya, Tun Razak yang meninggal dunia pada tahun 1976. Ini bermakna Najib lebih awal dari Pak Lah menjadi ahli parlimen (1978).
Pada tahun 1978, beliau dilantik timbalan menteri tenaga, telekom dan pos. Pada tahun 198o, beliau dilantik timbalan menteri pelajaran di bawah Musa Hitam dan pada tahun 1981, bertugas sebagaiu timbalan menteri kewangan di bawah Ku Li. Pada tahun 1982, beliau dipanggil balik menjadi menteri besar Pahang sepenggal.
Pada tahun 1986, beliau kembali ke pusat sebagai menteri belia dan sukan. Pada tahun 1990, beliau menjadi menteri pertahanan. Pada tahun 1995, beliau menjadi menteri pendidikan. Pada tahun 1999, beliau kembali menjadi menteri pertahanan. Pada tahun 2004, beliau dilantik timbalan perdana menteri. Pada tahun lepas, beliau menjadi menteri kewangan dan kemuncaknya pada 3 April beliau menjadi perdana menteri yang keenam.
Dalam UMNO pula, pada tahun 1978, beliau adalah exco pemuda umno. Pada tahun 1981, beliau menang ahli majlis tertinggi UMNO. Pada tahun 1982, beliau menang naib ketua pemuda tanpa bertanding. Pada tahun 1987, beliau menjadi pemangku ketua pemuda dan setahun kemudian beliau menjadi ketua pemuda tanpa bertanding. Pada tahun 1993, beliau menjadi naib presiden UMNO selama tiga penggal sebelum menjadi timbalan presiden UMNO pada tahun 2004 dan 26 Mac lalu beliau disahkan sebagai Presiden UMNO yang baru tanpa bertanding.
Dengan pengalaman yang luas sebagai ahli parlimen, timbalan menteri, menteri besar, menteri, timbalan perdana menteri selama 33 tahun, tidak syak lagi Najib akan menjadi Perdana Menteri yang berjaya memandangkan tindakan beliau yang berani di hari pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan membebaskan tahanan ISA dan menarik balik penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Rabu, April 01, 2009

HARI HARI TERAKHIR PAK LAH


Hari ini adalah hari kedua terakhir Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Hari ini beliau menghadiri mesyuarat terakhir kabinet. Esok beliau akan mengadap Yang Dipertuan Agung untuk mempersembahkan nama Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.


Lusa Najib dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Mengimbas kembali sejarah politik Pak Lah, beliau mula menjadi ahli parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978. Sudah lapan penggal beliau menjadi ahli parlimen Kepala Batas. Sejak itu pekan koboi Kepala Batas membangun pesat menjadi bandar yang utama di Pulau Pinang.


Pada tahun 1978, beliau dilantik Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan. Sebagai bekas PTD, beliau tidak ada masalah bekerja di kementerian tersebut di zaman Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Sebagai PTD, beliau pernah bekerja dengan Tun Razak pada tahun 1969 sebagai Setiausaha MAGERAN yang mana Pengarah MAGERAN ialah Tun Razak sendiri.


Pada tahun 1979, beliau dilantik timbalan menteri di kementerian yang sama. Pada tahun 1978, beliau dilantik ahli majlis tertinggi UMNO. Pada tahun 1981, beliau menang ahli majlis tertinggi UMNO dan dilantik sebagai menteri penuh oleh Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981.


Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pak Lah ditugaskan menjaga Tabung Haji dan JPA. Pada tahun 1984, beliau bertanding naib presiden UMNO buat kali pertama dan menang. Kali ini beliau ditukarkan ke Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1986, beliau ditukarkan ke Kementerian Pertahanan.


Pada tahun 1987, walaupun beliau menang naib presiden UMNO, tetapi beliau digugurkan sebagai Menteri Pertahanan kerana menyokong Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau tetap kekal dengan UMNO dan tidak mengikut Ku Li menyertai Semangat 46. Kesetiaannya pada UMNO menyebabkan beliau menang naib presiden UMNO pada tahun 1990. Pak Lah menunjukkan kehebatannya menang naib presiden UMNO walaupun tidak menjadi menteri. Ini memaksa Dr. Mahathir melantiknya sebagai Menteri Luar pada tahun 1991.


Pada tahun 1993, beliau gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO kerana diasak oleh Team Wawasan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Anwar menang jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding manakala tiga calon naib presiden dari Team Wawasan iaitu Muhyiddin Yassin, Najib Abdul Razak dan Muhammad Muhd. Taib berjaya menewaskan Pak Lah dan Sanusi Junid.


Pada tahun 1996 beliau menang semula naib presiden UMNO mengalahkan Muhyiddin dengan jawatan Menteri Luar. Pada tahun 1999, beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 2000, beliau disahkan sebagai timbalan presiden UMNO yang baru.


Pada 31 Oktober 2003, beliau menjadi Perdana Menteri yang baru dan pada tahun 2004, beliau disahkan sebagai Presiden UMNO yang baru. Selepas pilihan raya umum 2008, BN gagal mempertahankan kerusi duam pertiga di parlimen. Ini menyebabkan ramai yang mendesak Pak Lah berundur. Dan pada 26 Mac lalu beliau menyerahkan jawatan Presiden UMNO yang baru kepada Najib yang menang tanpa bertanding dan pada 3 April ini beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri yang baru kepada Najib.


Beliau mencadangkan supaya dihadkan jawatan Presiden UMNO. Pak Lah hanya sempat menjadi Presiden UMNO selama satu penggal sahaja. Maka yang sebaik-baiknya setiap orang menjadi Presiden UMNO selama tiga penggal sahaja. Dua penggal (6 tahun) mungkin tidak cukup bagi seorang Presiden UMNO merancang untuk UMNO. Maka tiga penggal sudah memadai untuk seorang Presiden UMNO berkhidmat.


Di zaman Pak Lah, kerajaan BN lebih terbuka. Siaran langsung parlimen dibolehkan di zaman Pak Lah sedangkan di zaman Dr. Mahathir tidak ada peluang melihat siaran langsung tersebut. BPR diberi nafas baru oleh Pak Lah dengan diberi nama SPRM. Banyak lagi pembaharuan yang dibuat oleh Pak Lah selain mempromosi Islam Hadhari.


Pak Lah sudah dapat bersara dengan lebih tenang kerana menantunya, Khairy Jamaluddin sudah pun dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Maka Pak Lah berharap Khiray yang dapat meneruskan dinastinya dalam politik Malaysia.

Selasa, Mac 31, 2009

SIAPA PILIHAN RAKYAT BUKIT GANTANG?


Ahad lalu tiga calon telah diterima sebagai calon pilihanraya kecil Bukit Gantang. BN meletakkan Ismail Sufian dan PAS meletakkan bekas Menteri Besar, Nizar Jamaluddin. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris dijangka tidak memberi kesan kepada kedua-dua calon ini.


Blog ini merupakan blog terawal yang menonjolkan nama Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian. Pada satu hari selepas kematian ahli parlimen Bukit Gantang, Roslan Shahrum, saya menerima panggilan dari seorang penulis Aziz Zariza Ahmad.


"Zabidi, tolong promote nama Ismail sebagai calon BN Bukit Gantang dalam blog dan WATAN," kata Aziz dalam telefon.

"Okay. Beri nombor handphone Ismail kerana saya mahu biodatanya," kata saya.


WATAN menyiarkan nama Ismail sebagai antara yang disebut-sebut sebagai calon BN dan blog saya menyiarakan gambar Ismail kerana WATAN tidak sempat menyiarkan gambar beliau. Ternyata misi Aziz untuk menonjolkan Ismail sebagai calon Bukit Gantang berjaya.


Jika Ismail yang kalah dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang tidak disabotaj oleh UMNO bahagian, Ismail boleh mengalahkan Nizar. Sebagai anak tempatan Ismail ada kelebihan untuk menang. Nizar bukan anak tempatan tetapi beliau akan menarik undi simpati kerana beliau adalah Menteri Besar Perak yang dijatuhkan secara tidak demokratik.


Bukit Gantang diwakili oleh calon Gerakan pada pilihan raya umum 2004. Pada tahun 2008 UMNO Bahagian meneuntut kerusi parlimen itu diserahkan kepada UMNO. Tetapi UMNO meletakkan orang luar, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Abdul Azim Mohd. Zabidi sebagai calon. Akibat meletakkan calon payung terjun, maka BN tewas kepada calon PAS, aruah Roslan Shahrum dengan majoriti 1,566 undi.


Oleh itu pertandingan kali ini agak sengit antara Ismail dengan Nizar. Adakah pengundi Bukit Gantang mahu orang luar atau anak tempatan seperti Ismail? Yang peliknya pengundi Bukit Gantang menolak Abdul Azim tetapi menerima Aruah Roslan yang juga orang luar. Roslan bukan anak tempatan tetapi anak Batu Gajah.


Jika BN menang, maka pengundi Bukit Gantang mahu anak tempatan seperti Ismail sebagai ahli parlimennya. Ia juga mengiktiraf kepimpinan Menteri Besar baru, Dr. Zambry Abdul Kadir dan Presiden UMNO baru, Najib Abdul Razak. Sebaliknya jika BN kalah, rakyat Bukit Gantang tetap mengiktiraf Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Oleh itu PAS dijangka menggunakan sentimen ini untuk meraih undi. Sama-samalah kita tunggu 7 April ini.

Isnin, Mac 30, 2009

SABAH PERLU DUA MENTERI


Selepas pilihanraya umum 2008, UMNO Sabah begitu penting kepada BN Malaysia. Ini adalah kerana BN Sabah dan Sarawaklah yang memenangkan BN Malaysia. Tanpa BN Sabah dan Sarawak BN sudah tumbang pada pilihanraya umum tahun lepas.


Oleh itu Najib sebagai Perdana Menteri yang baru mulai 3 April ini perlu melantik seorang lagi menteri dari UMNO Sabah sebagai mengenang kesetiaan rakyat Sabah kepada BN. Sekarang UMNO Sabah hanya memiliki seorang sahaja menteri pusat,Shafie Afdal yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan.


Oleh kerana Shafie kini adalah seorang Naib Presiden UMNO, maka Najib mungkin memberi kementerian yang lebih kanan kepada beliau. Maka seorang menteri baru perlu dilantik dari Sabah. Sekurang-kurangnya Sabah hendaklah memiliki dua orang menteri dari UMNO. Sudah tentu yang layak menjadi menteri ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Okin.


Lajim yang pernah berada dalam majlis tertinggi UMNO dari tahun 2000 hingga 2004 tewas pada tahun 2004. Kali ini beliau kembali ke dalam majlis tertinggi di tempat kelapan, top ten. Maka Lajim wajar dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh sebagai mengenang kesetiaannya kepada UMNO. Tanpa pengorbanan Lajim menyertai UMNO pada tahun 1994, barangkali PBS masih lagi memerintah Sabah kini.


Tapi di atas kebijaksanaan Lajim, maka BN dapat berkuasa di Sabah. Sebagai balasan jasanya meninggalkan PBS, beliau dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah. Tapi selepas Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, bintang Lajim tidak begitu cerah.


Beliau bukan sahaja kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri malah tinggal ADUN Klias sahaja. Tetapi Lajim orang yang bijak. Sudah lama beliau berada di DUN Klias, maka beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, sedia bertanding kerusi parlimen bertukar tempat dengan Azizah Mohd. Dun.


Azizah yang dilantik menteri penuh dalam kabinet Musa mencabar Lajim bagi jawatan Ketua UMNO Beaufort. Lajim terselamat dalam pertandingan ini dan menyebabkan Lajim semakin kukuh sebagai timbalan menteri dalam kerajaan pusat.


Bintang Lajim mula bersinar apabila Ghafur Salleh dan Anipah Aman menolak jadi timbalan menteri. Maka UMNO Sabah tidak ada pilihan lain selain mencalonkan Lajim dan Rahim Bakri, MP Kudat untuk mejadi timbalan menteri.


Langkah Lajim kali ini ternyata langkah kanan. Kementerian Pengangkutan seringkali membantu timbalan menteri dari UMNO menang kerusi majlis tertinggi seperti Zaleha Ismail, Abu Hassan Omar dan Ali Rustam. Maka kemenangan Lajim membuktikan bahawa kementerian tersebut amat penting kepada para perwakilan UMNO.


Maka sudah sampai masanya bagi Lajim dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh dalam kabinet Najib yang bakal diumumkan pada 8 April ini. Dari seorang pembantu menteri kepada ketua menteri di zaman PBS kepada menteri penuh sehinggalah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah di zaman UMNO, maka pengalaman Lajim untuk menjadi menteri pusat tidak perlu dipertikai lagi. Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling mahal sekali.

Ahad, Mac 29, 2009

BERMULALAH ERA NAJIB SEBAGAI NAKHODA UMNO


Semalam, 28 Mac, bermulalah kepimpinan UMNO yang baru yang diketuai oleh Najib Abdul Razak dan dibantu oleh Muhyiddin Yassin, tiga naib presiden, Dr. Ahmad Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafie Afdal dan dibantu oleh 25 orang ahli majlis tertinggi serta tiga ketua sayap yang baru, Khairy (pemuda), Shahrizat (wanita) dan Rosnah (puteri).


Empat hari lagi, 2 April, Pak Lah akan menghadap Yang Dipertuan Agong mohon perkenan Baginda untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.Insya Allah Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru mulai hari yang sama.


Sejak merdeka 52 tahun lalu, Malaysia mempunyai enam orang Perdana Menteri dan yang menariknya ia melengkapkan teori RAHMAN dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri yang pertama (1957-1970), diikuti oleh Abdul Razak Hussein (1970-1976), Hussein Onn (1976-1981), Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003), Pak Lah (2003-2009) dan Najib (mulai 2 April ini). Najib juga mencatat sejarah kerana beliau adalah anak Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 33 tahun setelah kematian ayahandanya, Tun Razak.


Adakah selepas berakhirnya teori RAHMAN, pemimpin UMNO Tidak jadi Perdana Menteri lagi kerana UMNO kalah pilihan raya yang ke 13 nanti (2012)? Maka Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya bukan dari UMNO lagi yang merupakan tulang belakang BN? Ini yang menjadi tanda-tanya kepada kita jika UMNO gagal membawa perubahan menjelang pilihanraya umum akan datang.


Meneliti ucapan penggulungan Najib sebagai Presiden UMNO yang baru semalam, UMNO akan membuat perubahan besar dengan memberi kuasa kepada semua perwakilan Bahagian di 191 Bahagian di seluruh negara (kecuali Sarawak) memilih pemimpin UMNO. Malah Najib akan menghapuskan kuota supaya amalan politik wang tidak berlaku lagi.


"Nak tanding Naib Presiden UMNO, kena cari 20 pencalonan. Baru dapat 19 pencalonan, terkial-kial calon nak cari satu lagi pencalonan," kata Najib yang menyebabkan perwakilan UMNO ketawa ketika menggulung perbahasan sambil mengesakan kenapa kuota perlu dihapuskan.


Satu lagi yang perlu dilihat Najib ialah menetapkan seseorang pemimpin memegang jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majllis Tertinggi UMNO untuk tiga penggal berturut-turut sahaja supaya lebih ramai pemimpin dapat peluang meningkat maju ke depan. Jika ia dilaku seperti Amerka Syarikat menetapkan dua penggal untuk seorang Presidennya, maka perebutan jawatan dalam UMNO tidak akan berlaku lagi.


Yang paling terharu semalam ialah kedatangan Dr. Mahathir Mohamad ke perhimpunan agung UMNO walaupun anaknya Mukriz kalah bertanding jawatan ketua pemuda. Kekalahan BN lima negeri ke tangan pembangkang pada tahun lepas sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Dr. mahathir yang berterusan mengkritik kepimpinan Pak Lah. Dengan kembalinya Dr. Mahathir ke pangkuan UMNO, beliau tidak perlu mengkritik Najib secara teruka di dalam media dan Najib amat berharap dua orang negarawan ini, Dr. Mahathir dan Pak Lah dapat menasihatinya dalam menentukan masa depan UMNO terus diterima oleh akar umbi.
Oleh kerana Mukriz sudah berumur lebih 40 tahun, dapatlah kiranya Najib melantik Mukhriz sebagai ahli majlis tertinggi UMNO dan timbalan menteri. Kesilapan Pak Lah ialah tidak melantik Mukhriz sebagai timbalan menteri sedangkan Pak Lah dapat jadi Perdana Menteri kerana dilantik oleh Dr. Mahathir sebagai timbalannya pada tahun 2000. Sedangkan ketika itu Dr. Mahathir boleh melantik Najib sebagai timbalan perdana menteri yang baru.


Dua tiga hari selepas Najib akan sumpah sebagai Perdana Menteri, Najib akan mengumumkan kabinet baru. Janganlah beliau lantik orang yang kalah sebagai menteri lagi seperti Syed Hamid Albar, Dr. Rais yatim, Khaled Nordin, Azalina Othaman Said dan Shahri Samad (akan letak jawatan Rabu ini). Sebaliknya lantiklah orang baru sebagai menteri manakala ketua pemuda dan ketua puteri yang baru bolehlah dilantik timbalan menteri.


Ujian terbesar Najib sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO yang baru ialah pada 7 April ini sama ada para pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai menerima kepimpinannya sebagai Perdana Menteri yang baru.

Sabtu, Mac 28, 2009

LANGKAH SHAHRIR WAJAR DIPUJI

Langkah Shahrir Samad yang kalah mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi UMNO untuk meletakkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna wajar dipuji. Beliau tetap bertegas mahu meletakkan jawatannya Rabu ini untuk memberi laluan kepada bakal Perdana Menteri, Najib Abdul Razak melantik barisan kabinet yang baru.

Perlantikan menteri adalah di atas budi bicara Perdana Menteri. Tidak semestinya kalah merebut jawatan dalam parti, tidak boleh dilantik menteri. Dr. Mahathir Mohamad banyak kali melakukan rombakan kabinet tanpa mengambil kira kedudukan dalam parti.

Setelah kalah merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1981, Dr. Mahathir mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Menteri Kewangan. Pada tahun 1984, sekali lagi Ku Li tewas di tangan Musa Hitam, tetapi Dr. Mahathir mengekalkan Ku Li dalam kabinetnya sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pak Lah pernah kalah dalam pertandingan Naib Presiden UMNO pada tahun 1993 tetapi Dr. Mahathir mengekalkan jawatan Menteri Luar. Muhyiddin Yassin pernah kalah dalam pertandingan bagi jawatan yang sama pada tahun 1996 tetapi beliau tetap dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun 1996, Rafidah gagal mempertahankan jawatan ketua wanita tetapi Dr. Mahathir tetap mengekalkannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ini bermakna jawatan dalam kerajaan adalah kuasa mutlak Perdana Menteri dan ia tidak kena mengena dengan jawatan dalam parti. Dr. Rais Yatim kata semua menteri perlu letak jawatan kerana mahu beri laluan kepada Najib membentuk kabinet barunya adalah tidak tepat.

Apabila Dr. Mahathir mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, beliau mengekalkan kabinet Hussein Onn. Beliau hanya melantik dua orang menteri baru sahaja, Pak Lah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Sanusi Junid sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Ini bermakna Dr. Mahathir tidak merombak keseluruhan kabinet dengan 100 peratus menteri baru.

Begitu juga apabila Pak Lah menerajui negara pada 31 Oktober 2003. Beliau hanya melantik seorang saja menteri baru, Senator Nor Yakcup Mohamed sebagai Menteri Kewangan kedua. Oleh itu apabila Najib menjadi Perdana Menteri pada bulan April ini, Najib boleh mengekalkan kabinet lama Pak Lah dengan melantik seorang dua menteri baru. Terpulang kepada Najib. Tetapi jika semua menteri yang kalah bertanding pada 26 Mac lalu mengikut jejak langkah Shahrir, ia lebih memudahkan Najib membuat perlantikan baru menteri.

Yang kalah seperti Dr. Rais Yatim, Syed Hamid Albar, Khaled Nordin, Azalina Othman Said wajar mencontohi Shahrir Samad supaya Najib dapat melantik lima menteri baru dari kuota UMNO. Siapakah yang layak jadi menteri baru? Adakah Dr. Latif Ahmad, Husni Hanadzlah, Saifudin Abdullah, Idris Jusoh dan Dr. Noraisah Mohamed?

Terpulang kepada Najib untuk menentukannya.

Jumaat, Mac 27, 2009

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN UMNO 26 MAC 2009

1. Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

2.Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz (menang tanpa bertanding)

3.Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (menang tanpa bertanding)

4.Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

5.Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

6.Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi

SHAFIE AFDAL CATAT SEJARAH

Seperti dijangka, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin Yassin berjaya mengalahkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Muhammad Muhd. Taib bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. muhyiddin menang besar dengan majoriti 659 undi. Beliau mendapat 1,575 undi manakala Muhammad mendapat 916 undi.

Muhyiddin memang layak jadi pembantu kepada Presiden UMNO yang baru, Najib Razak memandangkan beliau yang mencetuskan peralihan kuasa yang lebih awal dari Pak Lah kepada Najib, Pada mulanya Pak Lah berhasrat untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO pada tahun 2010 tetapi kerana asakan Muhyiddin, maka Pak Lah terpaksa mempercepatkan proses peralihan kuasa itu dalam UMNO. Maka Muhyiddin memang wajar duduk di situ.

Selepas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam begitu popular di kalangan para perwakilan UMNO, kem Muhyiddin agak cemas. Apabila Ali dikenakan tindakan dilarang bertanding, maka Muhyiddin yang dituduh kononnya cuba menyekat pengaruh Ali. Dikatakan para penyokong Ali akan memberi undi kepada Muhammad dan Muhammad dijangka menang kerana undi protes itu. Sebaliknya dengan kemenangan besar Muhyiddin itu membuktikan bahawa khabar-khabar angin itu tidak benar sama sekali.

Ternyata perwakilan telah membuat pilihan yang tepat iaitu mereka mahu Muhyiddin yang dikatakan lebih bersih dari Muhammad. Kebetulan mereka sama-sama menjadi Menteri Besar pada tahun 1986, Muhyiddin di Johor manakala Muhammad di Selangor.

Dalam pertandingan Naib Presiden UMNO pula, perwakilan telah meletakkan orang Sabah pertama sebagai Naib Presiden. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Shafie Afdal mencatat sejarah kerana beliau muncul pemimpin pertama dari Sabah yang dipilih sebagai Naib Presiden UMNO.

Dengan undi sebanyak 1,445 undi, Shafie mendapat tempat ketiga selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zahid Hamidi (1,592 undi) dan Hishamuddin Hussein (1,515 undi). Kemenangan Shafie menunjukkan bahawa undi Sabah solid kepadanya. Maka tidak benar cakap-cakap banyak pemimpin Sabah yang tidak mahu melihat kemenangan Shafie. Pada tahun 2000, Osu Sukam pernah bertanding Naib Presiden UMNO tetapi kalah. Kini Shafie telah menebus kekalahan Osu itu.

Sekali lagi pencalonan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Hishamuddin paling banyak dapat pencalonan tetapi bila diundi beliau mendapat tempat kedua. Hishamuddin tidak dapat mengatasi pengaruh bekas ketuanya, Dr. Zahid Hamidi. Kebetulan mereka berdua adalah bekas ketua pemuda manakala seorang lagi calon dari bekas ketua pemuda, Rahim Thamby Chik mendapat tempat kelapan dengan 192 undi.

Pada tahun 2004, Isa Samad menang besar dikatakan faktor poliitik wang. Tanpa menggunakan wang Isa hanya mendapat 432 undi sahaja di tempat keenam. Tindakan Menteri Dalam Negeri, syed Hamid Albar menggantung permit harakah dan Suara Keadilan tidak menarik minat para perwakilan UMNO. Beliau mendapat tempat ketujuh dengan 410 undi.

Dr. Rais Yatim yang anti politik wang walaupun disokong oleh Dr. mahathir mendapat tempat kelima dengan 491 undi. Manakala seorang lagi calon dari Johor, Khaled Nordin hanya mendapat tempat keempat dengan 1397 undi.

Di kalangan 25 orang ahli majlis tertinggi UMNO, empat Menteri Besar kalah seperti Ghani Othman (Johor), Mohamad Hassan (Negeri Sembilan), Adnan Yaakob (Pahang) dan Dr. Isa Sabu (Perlis). Mereka tidak kesah kalah pun kerana sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri mereka akan dilantik dalam majlis tertinggi UMNO.

Kekalahan dua menteri iaitu Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Samad agak mengejutkan. Walaupun Shahrir berjaya menurunkan harga minyak, perwakilan menolaknya. Azalina pula mungkin kerana beliau sedang disiasat SPRM, maka perwakilan fikir tidak perlu beri kemenangan kepadanya.

Tujuh menteri yang menang ialah Mustapa Mohamed, Noh Omar, Ismail Sabri Yaacob, Shaziman Abu Mansor, Ahmad Shabery Cheek, Zulhasnan Rafique dan Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Enam timbalan menteri yang menang ialah Lajim Okin,Idris Harun, Dr. Abdul latif Ahmad, Saifuddin Abdullah, Ahmad Husni Hanazlah dan Hamzah Zainuddin. Hanya dua orang Pengerusi Perhubungan negeri yang menang iaitu Musa Aman (Sabah) dan Mahazir Khalid (kedah).

Empat orang ahli majlis tertinggi yang berjaya mengekalkan kerusi walaupun mereka bukan ada kedudukan dalam kerajaan ialah Dr. Jamaluddin jarjis, Dr. Noraesah Mohamad, Dr. Wang adek Husin dan Idris Jusoh.

Lima muka baru yang menang ialah Pengerusi SPNB, Azian Osman; Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman; Ahli Parlimen Kinabatangan,Bung Mokhtar: Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Fuad Zakarshi dan Pengerusi FELCRA, Tajuddin Rahman. Mereka bukan menteri tetapi mereka menang dan berjaya mengalahkan dua menteri dan empat menteri besar. Ini bermakna pengaruh mereka memang hebat.

Terpulang kepada Najib untuk melantik 10 orang lagi ahli majlis tertinggi. Semoga barisan baru majlis tertinggi ini dapat memacu UMNO ke arah yang lebih cemerlang.

Khamis, Mac 26, 2009

SAYAP UMNO KEKALKAN TRADISI


Siapa menang dan siapa kalah dalam pertandingan tiga sayap UMNO semalam sudah diketahui. Naib Ketua Wanita, Shahrizat Jalil berjaya mengalahkan ketuanya, Rafidah Aziz dengan majoriti besar 227 undi. Shahrizat memungut 507 undi dan Rafidah hanya mendapat 280 undi.


Rafidah mengakhiri karier politiknya dengan menerima kekalahan kedua dalam sejarah karier politiknya. Beliau pernah tewas di tangan Dr. Zaharah Sulaiman pada tahun 1996 tetapi berjaya menebus kekalahaannya itu empat tahun kemudian. Rafidah tertipu dengan pencalonan yang diterimanya begitu banyak.


Jika Rafidah menarik diri dari awal, maka namanya tidaklah rosak seperti hari ini yang mana akhirnya beliau tidak dihormati lagi kerana beliau adalah seorang yang kalah. Bolehkah Rafidah menerima kekalahannya itu? Mahukah Rafidah membantu calon BN berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau?


Shahrizat membuktikan bahawa seorang naib ketua dinaikkan pangkat sebagai ketua. Tradisi yang sama berlaku dalam pemuda dan puteri. keputusan semalam menunjukkan bahawa percubaan orang luar untuk menjadi ketua pemuda atau ketua puteri ditolak oleh para perwakilan. Perwakilan berpegah teguh kepada tradisi bahawa naib ketuanya perlu dinaikkan pangkat sebagai ketua.


Dalam puteri, naib ketuanya, Rosnah Shirlin Abdul Rashid dengan majoriti 6 undi. Rosnah mendapat 245 undi, manakala pencabar terdekat, Shaniza mendapat 239 undi. Pencabar ketiga, Ida Rohayu mendapat 149 undi, Bibi Sharliza mendapat 86 undi, Ismalina Ismail mendapat 59 undi dan Saarah m,endapat tiga undi sahaja.


Kemenangan Rosnah membuktikan perwakilan puteri memilih pemimpin bukan berdasarkan semangat kenegerian. Perwakilan Semenanjung boleh menerima orang Sabah seperti Rosnah sebagai ketuanya. Inilah kali pertama dalam sejarah UMNO orang Sabah pertama menjadi pemimpin utama di peringkat nasional. Dapatkah Shafie Afdal mengulangi kejayaan Rosnah hari ini?


Dalam pemuda, naib ketuanya, Khairy Jamaluddin disahkan sebagai ketua yang baru. Khairy yang mendapat 304 undi menang dengan majoriti 50 undi mengalahkan pencabar terdekat, Dr. Khir Toyo yang mendapat 254 undi. Mukhriz yang khayal dengan pencalonan tertinggi mendapat 232 undi. Sudah banyak kali diberitahu bahawa seseorang calon jangan percaya kepada pencalonan kerana perwakilan mengundi tidak membawa mandat yang dicalonkan oleh bahagian masing-masing.


Biarlah pemuda diketuai oleh muda seperti Khairy kerana Dr. Khir dan Mukhriz sudah melebihi umur 40 tahun. Orang muda yang tahu aspirasi orang muda. Oleh itu saya ingin ucapkan tahniah kepada Khairy. Semoga beliau dapat menegur UMNO induk dan membawa pemuda UMNO ke tahap yang lebih cemerlang seperti di zaman Datuk Harun Idris dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya Khairy sudah membuktikan bahawa beliau menang ketua pemuda dengan bertanding, tidak seperti bossnya, Hishamuddin Hussein Onn yang menang tanpa bertanding. Sekurang-kurangnya sepanjang berkempen ini beliau sudah kenalpasti siapa penyokong setianya.


Pak Lah kini rasa lega dapat melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan tenang kerana menantunya sudah diterima oleh pemuda walaupun Khairy berkata yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua kerana beliau dapat 304 undi daripada 793 perwakilan. Syabas Khairy!

Rabu, Mac 25, 2009

DAPATKAH IDRIS JUSOH CIPTA SEJARAH?


Terengganu bertuah kerana kini masih memiliki lima orang ahli majlis tertinggi UMNO. Dua orang menang dalam pertandingan 2004 (Datuk Abdul Rahman Bakar dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang) manakala tiga orang dilantik iaitu Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Dr. Abdullah Mat Zain dan Datuk Nordiana Shafie.


Bagaimana pula nasib calon-calon dari Terengganu esok? Hanya tiga orang bertanding. Dua orang mempertahankan kedudukan iaitu bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Rahman Bakar dan bekas Menteri Besar, Idris Jusoh.


Seorang lagi muka baru ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Penerangan. Sebagai menteri tunggal dari Terengganu, Shabery ada peluang untuk menang. Tambahan pula beliau mendapat pencalonan yang banyak dari seluruh negara.


Sebagai menteri, beliau banyak membuat perubahan. RTM pertama kali dalam sejarah penubuhannya menyiarkan soaljawab parlimen secara langsung setiap pagi. Beliau juga mencatat sejarah sebagai menteri BN yang berani berdebat dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dua orang calon lagi masih belum tentu sama ada dapat mempertahankan jawatan mereka atau tidak. Rahman Bakar dijangka menerima laluan sukar untuk menang apatah lagi beliau bukan lagi seorang timbalan menteri. Kekalahannya di Marang di tangan bekas setiausaha bahagian, Yahya Khatib Mohamad bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian menjejaskan imejnya. Beliau dijangka kalah tipis sebaliknya beliau kalah teruk di tangan Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu.


Bagaimana pula nasib Idris pada esok hari? Inilah kali pertama Idris bertanding setelah dua kali dilantik. Pada tahun 2000, selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Idris dilantik sebagai ahli majlis tertinggi UMNO buat kali pertama. Pada tahun 2004, sebagai Menteri Besar, beliau tidak bertanding juga. Itulah kali kedua beliau dilantik ke jawatan tersebut.


Dapatkah Idris mencipta sejarah memenangi kerusi ini selepas dilantik dua kali? Sebagai Pengerusi MARA, Idris ada peluang untuk menang. Malah bekas Pengerusi MARA pun ramai yang menangi kerusi ini seperti Nazri Aziz, Rahim Bakar. Jadi berjawatan Pengerusi MARA pun ada harapan untuk menang.


Perwakilan mungkin beri undi simpati kepada Idris kerana bila menang pilihan raya umum 2008 mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS, Idris enggan diterima angkat sumpah sebagai Menteri Besar baru oleh istana. Ini menyebabkan Idris mampu menang dengan undi simpati ini.


Sebagai bekas Menteri Besar, Idris banyak bawa pembangunan ke Terengganu termasuk membuat Taman Tamaddun Islam, Taman Ilmu, menaikkan taraf KUSZA sebagai universiti, membina 1 satu masjid satu DUN, memperkenalkan Ulul Albab di mana ideanya di sekolah Imtiaz telah dikembangkan di MRSM Ulul Albab di Besut.


Pendek kata Idris adalah seorang yang kreatif. Kreativitinya itu tercetus hasil dari pembacaannya. Beliau memang seorang ulat buku seperti Anwar Ibrahim. Mungkin Idris terlalu laju menyebabkan pegawai kerajaan negeri dan rakyat Terengganu tidak terkejar dengan ideanya.


Oleh itu jika Shabery menang kerusi majlis tertinggi UMNO kerana jawatan menteri, maka tidak salah jika Idris menang kerusi ini. Oleh itu terpulanglah kepada perwakilan untuk menentukan nasib Idris. Sebagai bekas Menteri Besar Terengganu yang berjaya, tidak rugi perwakilan memberi kemenangan kepada Idris.


Jika dua orang ini menang kerusi majlis tertinggi UMNO dari Terengganu esok, ia tidak dapat mengatasi rekod 2004 yang pernah ada lima orang ahli majlis tertinggi UMNO dari negeri tersebut.


Idris dikenali sebagai pencipta slogan. Dengan slogan Serik Dah Weh ,Idris berjaya membawa kemenangan kepada BN Terengganu pada tahun 2004. Jika tahun 1999 BN menang empat kerusi saja maka pada tahun 2004 PAS pula yang menang empat kerusiu. Dengan program Gelombang Biru, BN berjaya merampas kembali Terengganu dari tangan PAS.


Dengan prestasi cemerlang Idris menerajui Terengganu walaupun cuma satu penggal sahaja, maka Majlis Tertinggi UMNO memerlukan seorang pemikir sepertri Idris. Malah Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak memberi kepercayaan kepada Idris untuk memikirkan formula untuk menjenamakan semula UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Najib akan mengumumkan hasil kajian Idris ini apabila menjadi Presiden UMNO nanti.

Maka orang seperti Idris perlu berada dalam majlis tertinggi UMNO seperti Shabery yang dijangka menang mudah dengan kedudukannya sebagai menteri pusat.

Selasa, Mac 24, 2009

ESOK HARI PENENTUAN


Hari ini para perwakilan pemuda, puteri dan wanita UMNO mula berhimpun di PWTC. Pagi ini mereka mendaftar sebagai perwakilan, manakala di sebelah petang semua perwakilan berpeluang mendengar taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Biasanya melalui taklimat itu, para perwakilan dapat isyarat siapa yang Pak Lah mahu jadi timbalan presiden, naib presiden dan majlis tertinggi UMNO.


Pada sebelah malam pula, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan serentak perhimpunan pemuda, puteri dan wanita UMNO. Malam ini adalah malam akhir kepada semua calon pemuda, puteri dan wanita berkempen kerana esok, 25 Mac adalah hari penentuan nasib mereka.


Siapa yang akan ditabalkan sebagai ketua pemuda yang baru atau Khairy Jamaluddin atau Mukhriz Mahathir atau Dr. Khir Toyo? Khairy adalah menantu Perdana Menteri, Pak Lah manakala Mukhriz adalah anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala Dr. Khir pula anak orang kampung di Tanjung Karang.


Siapa pilihan perwakilan pemuda? Dari segi pencalonan, sudah tentu Mukhriz yang popular tetapi dari segi sambutan para perwajilan, khabarnya Dr. Khir yang paling popular. Beliau dikaitkan dengan politik wang tetapi beliau didapati tidak bersalah. Begitu juga Khairy yang difitnah ada dalam satu majlis yang orang jerit namanya, Hidup Khairy sedangkan beliau tidak hadir diberi amaran.


Tiga calon ini inilah dua orang ahli parlimen, Khairy (Rembau) dan Mukriz (Jerlun) dan seorang ADUN (Dr. Khir) yang juga bekas Menteri Besar Selangor. Ada yang berpendapat bahawa bagaimana Dr. Khir mahu jadi ketua pemuda yang baru sedangkan beliau gagal mempertahankan Selangor dalam pilihan raya umum 2008? Oleh itu terpulang kepada kebijaksanaan pemuda untuk memilih ketua pemuda yang baru. Jika mahu ketua yang lantang yang boleh diterima oleh kaum muda semua kaum maka pilihlah Khairy. Jika pemuda mahu lihat ketua yang hanya memperjuangkan kaum Melayu sahaja, maka pilihlah Mukriz yang mana cadangan Mukhriz seperti hapuskan sekolah jenis kebangsaan baru-baru ini menyinggung perasaan kaum bukan Melayu dalam BN seperti MCA, Gerakan dan MIC.


Dalam pertandingan ketua wanita pula, ramai yang melihat Shahrizat akan mengalahkan Rafidah Aziz. Cuma Shahrizat sudah ditolak pengundi Lembah Pantai sedangkan Rafidah masih diterima pengundi Kuala Kangsar. Mampukah wanita menerima ketua yang baru sejajar dengan perubahan UMNO induk yang diketuai oleh Presiden baru, Najib?


Bagi pertandingan ketua puteri pula, pertandingan lima penjuru antara Ida Rahayu, Ismalina Ismail, Shahaniza, Bibi dan Rosnah menyebabkan perwakilan serba salah untuk memilih ketua yang baik. Ida ada visi kerana mahu tubuh koperasi untuk puteri tetapi ada yang mengatakan beliau sudah terlambat untuk mengetuai puteri. Dapatkah naib ketua puteri, Rosnah mencatat sebagai rakyat Sabah yang pertama mengetuai puteri? Pendek kata pagi esok nasib calon-calon ketua pemuda, ketua puteri dan ketua wanita akan ditentukan oleh semua perwakilan. Terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan.

Isnin, Mac 23, 2009

YAHYA UGUT KJ?



Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, semalam membuat laporan polis terhadap penulis sebuah buku yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau (Yahya Ismail).


Khairy hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 10.15 pagi bersama empat rakannya termasuk anggota perwakilan Umno bahagian Kota Melaka, Saiful Ridhuan.


Beliau yang ditemui pemberita di perkarangan ibu pejabat polis itu selepas membuat laporan berkata beliau meminta polis menjalankan siasatan terhadap buku tulisan seorang penulis politik tanahair.


"Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku ...yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya," katanya selepas hampir dua jam membuat laporan itu. Khairy berkata beliau juga tidak pernah berjumpa penulis buku itu sebelum ini dan pertama kali mereka bertemu adalah di pejabatnya 17 Februari lepas.


"Beliau (penulis) datang ke pejabat saya di sini (Kuala Lumpur) 17 Februari lepas, berjumpa dengan saya dan mengugut saya agar membayar RM100,000 atau buku itu diterbitkan.


"Bagaimanapun saya enggan kerana saya tidak perlu bayar untuk buku tersebut dan saya tidak mampu untuk bayar," dakwa Khairy.


Menurut Khairy lagi, penulis terbabit turut mendakwa bahawa penerbitan buku itu ditaja musuh-musuh politik beliau dalam Umno.


"Selain itu, saya juga mendapat tahu buku ini juga telah diedarkan kepada beberapa anggota perwakilan Umno sejak minggu lepas," katanya.

Ahad, Mac 22, 2009

TAHNIAH KEPADA PERKASA


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PERKASA terutamanya kepada Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang berjaya menganjurkan persidangan kemuncak peribumi negara di Dewan Kelab TNB, Bangsar pada hari ini.


Saya telah sampai awal pagi tadi jam 9 pagi untuk mendengar ucaptama bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa balik ke rumah pagi tadi kerana ada kes emergency.


Sebelah petang baru saya berkesempatan mengikuti persidangan kemuncak yang diadakan di tempat sama yang dihadiri oleh 1,500 orang perwakilan dari 65 NGO dari seluruh negara. Seramai 10 orang pemidato dijemput berucap dalam persidangan kemuncak itu iaitu Mahaguru Omar Din, Datuk Salleh Said Keruak, Dr.Ashfaf Wajdi Dusuki, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Zainur Zakaria, Datuk Hashim Suboh dan Datuk Ibrahim Azmi Hassan.


Semua pemidato ada kehebatan masing-masing. Semua rasa terkilan dengan UMNO kerana gagal mempertahankan hak orang-orang Melayu. Ramai yang berharap PERKASA yang akan menjadi wadah untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu.


Saya terharu dengan ucapan wakil Belia 4B, Hashim Suboh yang mengatakan adakah 40 tahun lagi anak-anak kita akan berkumpul semula di sini untuk memperkatakan hak-hak orang Melayu? Oleh itu, katanya, orang Melayu hendaklah bersatu supaya hak mereka tidak mudah diusik oleh mana-mana pihak.


Sehubungan dengan itu beliau mencadangkan penubuhan Majlis Penasihat (Council of Elders) untuk menasihati para pemimpin UMNO yang sedang berkuasa.


Pendedahan bekas menteri, Kadir Sheikh Fadzir bahawa DEB sudah lama mati tidaklah mengejutkan. Cuma pendedahan beliau bahawa dalam semua kementerian sudah tidak ada lagi Unit Penyertaan Bumiputera menyebabkan ramai tersentak. DEB dulu menggariskan dasar supaya di setiap kementerian pelunga untuk Bumiputera diberikan kepada 30 peratus. Begitu juga dasar pinjaman di setiap bank 30 peratus diberiukan kepada orang Bumiputera.


Kadir berkata beliau pernah bangkit perkara ini dalam kabinet dan majlis tertinggi UMNO tetapi suaranya kalah dalam undian.


Analogi Ibrahim Azmi lebih melucukan apabila beliau berkata pemimpin UMNO kena jadi macam raja binatang seperti singa, biar semua orang takut. Bila pemimpin UMNO bersuara, pemimpin bukan Melaytu takut. Ini yang menyedihkannya, pemimpin UMNO sudaj tidak disegani oleh kaum lain lagi.


Sesungguhnya usaha PERKASA ini wajar diberi penghargaan. Tahniah Ibrahim Ali!

Sabtu, Mac 21, 2009

KJ DIANAIYA


Sudah banyak ditulis tentang keputusan Lembaga Disiplin UMNO baru-baru ini maka saya tidak mahu ulas banyak tetang kes Ali Rustam dan sebagainya. Cuma yang dipertikaikan ialah adakah semua aduan yang dilapor kepada Lembaga itu adalah aduan yang tulen?


Ini yang menjadi persoalan kita bagaimana calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin atau KJ dianaiya oleh pihak-pihak tertentu. KJ tidak pun ada di majlis tersebut di Sabah tetapi bila ada pihak tertentu menjerit Hidup KJ seolah-olah majlis itu ditaja oleh KJ merupakan satu insiden yang memalukan.


Bagaimana KJ tidak ada tetapi KJ didapati bersalah dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin? Seorang penyokong PKR telah membuat aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO dan penyokong itu telah membuat rakaman dengan satu tape dalam satu majlis yang tidak berkitan di Sabah pada Jun 2008. Entah macam mana tiba-tiba orang ramai menjerit Hidup KJ dan tepa itu kononnya jadi bukti KJ berkempen sedangkan pada tarikh yang sama KJ tidak kahiri majlis itu.


Inilah maksud KJ dianaiya. Sebab itu KJ berani berkata bahawa beliau tidak bersalah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Apa hendak ditakutkan kerana KJ tidak ada dalam majlis itu. Yang sedihnya pertarungan dalam UMNO turut melibatkan penyokong PKR yang ambil peluang untuk menyingkirkan KJ dari pertandingan Ketua Pemuda.


Oleh itu Lembaga Dispilin hendaklah mempastikan semua aduan yang sapi kepada Lembaga itu adalah aduan yang tulen dan bukannya aduan yang direka-reka seperti yang berlaku kepada KJ.

Rabu, Mac 18, 2009

DATO' ABDUL JALIL YUSOP, DJUJ,PMC, PJK DALAM KENANGAN

Dah tiga hari saya tak sempat update blog ini. Kebetulan semalam 17 Mac, kami sibuk berpindah ke pejabat baru di Taman Putra Sulaiman berhampiran Ampang Point. Manakala kelmarin, Isnin, 16 Mac kami sibuk di Tanjong Ipoh, Kuala Pilah menghadiri majlis pengkebumian seorang wartawan WATAN, Dato' Abdul Jalil Haji Yusop

Beliau telah menerima gelaran Dato' (DJUJ), Orang-Orang Besar Undang Johol dari istana Sri Menanti Kuala Pilah pada tahun 2003 tetapi beliau adalah seorang low profile. Selain dari itu beliau menerima pingat PMC (2005) dan PJK (2002). Tiada seorang pun di antara kami mengetahui beliau adalah seorang Dato' bergelar.

Beliau menyertai WATAN pada awal Disember 2008.Pada mulanya sebagai Web Editor dan akhirnya sebagai News Editor menggantikan Shahilan M. Alias apabila Shahilan meletakkan jawatan pada Januari lalu. Saya mula kenali beliau ketika berada di Kumpulan Karangkraf pada tahun 1987. Ketika itu beliau bersama Bacaria yang sebumbung dengan akhbar WATAN.

Apabila kami menerbitkan semula akhbar WATAN pada Ogos 2008, beliau turut memohon jawatan sebagai wartawan WATAN. Pada awal Disember lalu beliau menyertai kami dan beliau sempat bersama kami selama tiga bulan sahaja.

Kami terkejut bila beliau diserang sakit jantung kerana sebelum ini beliau tidak pernah menghidap penyakit tersebut. Berusia 51 tahun, beliau seorang yang suka bergurau. Ketika wartawan WATAN, Shukri Hashim meninggal dunia pada 17 Disember lalu, beliau banyak bergurau dengan aruah sehari sebelum beliau meninggal. Tidak sangka pula Dato' Jalil pula mengikut jejak langkah Shukri dalam tempoh tiga bulan.

Kali terakhir saya menemui Jalil pada hari Isnin, 9 Mac, minggu lepas pada hari deadline. Hari itu saya ada hal di The Mall dan saya callnya suruh dia datang awal ke pejabat. Bila dia sampai jam 11 pagi, dia pun kata saya nak keluar bolehlah. Sambil bergurau dia tanya saya, "Boss, hari ini nak jumpa janda mana pulak?". Saya tidak menjawab gurauannya itu.

Keesokannya, Selasa 10 Mac, dia tidak datang ke pejabat kerana katanya dia kurang sihat. Lusanya, Rabu 11 Mac, saya datang ke pejabat sekejap sahaja dan tak sempat menemuinya. Saya amat terasa kehilangannya kerana beliau adalah seorang rakan yang banyak membantu saya sepanjang berada di akhbar WATAN.

Beliau adalah seorang yang dedikasi. Walaupun tinggal jauh di Meru, dia tetap datang awal ke pejabat dan pulang lambat. Beliau jarang membantah jika ada assigment last minute. Dia akan patuhi tugasan itu walaupun terpaksa balik lambat.

Sesungguhnya WATAN telah kehilangan seorang wartawan yang dedikasi. Al Fatihah buat aruah Dato' Jalil dan takziah buat keluarganya. Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Kamariah binti Mat Isa dan empat orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan, Mohd Farhan, 18 tahun; Nazurah, 17 tahun;Afiqah Farhanah, 12 tahun dan Athirah Suhailah, 11 tahun.

Ahad, Mac 15, 2009

RAMALAN BLOG TENTANG CALON BN BUKIT GANTANG TEPAT


Barisan Nasional (BN) meletakkan tiga anak tempatan masing-masing berusia 49 tahun untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak; Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Air, Sarawak pada 7 April ini.

Di Parlimen Bukit Gantang, BN meletakkan Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara, Ismail Saffian, manakala di DUN Bukit Selambau, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S Ganesan.

Di DUN Batang Air pula, jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, Malcolm Mussen anak Lamoh, dipilih calon tunggal selepas dicadangkan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selaku Pengerusi BN negeri.

Nama Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang dan Ganesan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada majlis berasingan di Taiping dan Sungai Petani, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Ismail adalah calon anak tempatan dan diyakini mampu memberi kemenangan kepada BN.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata, pemilihan dibuat selepas perbincangan dengan kepemimpinan bahagian dan negeri serta Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selain pendapat pengundi.

"Atas hasrat saudara sekalian, bagi pihak Pengerusi BN, yang akan bertanding pada pilihan raya Bukit Gantang ialah Ismail Saffian," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini, semalam.

Pengumuman itu disahut teriakan 'Hidup BN' dan tepukan gemuruh di kalangan kira-kira 5,000 penyokong BN pada majlis itu.

Pemilihan Ismail, sekali gus mengembalikan semula calon anak tempatan bertanding di Parlimen Bukit Gantang selepas 23 tahun. Ia juga menepati ramalan blog ini pada 18 Febrauari lalu yang meramalkan Ismail bakal calon BN bagi parlimen Bukit Gantang. Walaupun beliau tewas dalam pertandingan ketua bahagian, tetapi beliau cukup popular di Bukit Gantang.

Di SUNGAI PETANI, Najib mengumumkan pemilihan Ganesan yang juga seorang peguam, berdasarkan keyakinan parti bahawa beliau mampu meraih semula sokongan pengundi Bukit Selambau, selain berkhidmat cemerlang kepada rakyat.

Katanya, beliau sudah mendapat persetujuan Pengerusi BN untuk memilih Ganesan selepas berbincang dengan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Ganesan bekas Adun Lunas dilahirkan di Ladang Sungai Division di Sungai Petani adalah graduan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.

Sementara itu, Mussen adalah anak tempatan dari Danau, Engkilili, dalam kawasan DUN Batang Air.

Beliau berkelulusan Sarjana Kejuruteraan dari Universiti of Warwick, England (1998) dan Ijazah Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (1983), serta menguasai enam bahasa, Melayu, English, Iban, Sepanyol, Jepun dan Perancis.

Nama Mussen diumumkan Dr Masing selepas mesyuarat BN Sarawak yang dipengerusikan Taib di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Besatu (PBB) di Jalan Bako dekat Kuching, petang semalam.

PENJELASAN DATUK KADAR


1. Apa yang telah saya lakukan bersama Dato Mazlan Harun semasa sidang media yang lalu Bukan bertujuan untuk mengancam atau mengugut atau juga menghalang mereka-mereka yang ingin bertanding dan yang bakal di pilih dalam pemilihan akan datang.

2.Tujuan utama saya adalah supaya Majlis Disiplin Parti Dan SPRM menyiasat mereka-mereka yang bertanding untuk jawatan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi Ketua Pemuda Dan ketua Wanita.Tujuan saya mendesak supaya siasatan di jalankan secara telus dan segera adalah kerana mereka-mereka iniadalah bakal tunggak kepada parti dan bakal menjadi tulang belakang kepada parti.

3. Sekiranya mereka-mereka ini terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam parti ini akan mendatangkan imej yang cukup buruk kepada parti. Bukan maksud saya yang siasatan-siasatan keatas mereka-mereka yang berada di peringkat bawahan perlu di abaikan tetapi tumpuan harus di berikan kepada mereka yang bertanding di peringkat tertinggi Parti kerana sekiranya di dapati bersalah ini akan menconteng arang kepada parti.

4. Cuba kita bayangkan sekiranya mereka-mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan politik wang ini menerajui parti satu masa nanti?.Pasti tidak akan ada apa-apa perubahan kepada keadaan parti yang semakin nazak ini.

5.Kita seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli UMNO ,rakyat, pembangkang dan Negara-negara jiran kerana semua mata bakal tertumpu pada Persidangan Agong Umno yang bakal berlangsung.

6. Saya dan Dato Mazlan Harun tidak berniat untuk menghalang Persidangan Agong Umno dari di teruskan, Tetapi saya mengetahui bahawa adanya mereka-merka di dalam UMNO yang menyokong dan bersimpati dengan PAS,KEADILAN, DAP yang akan cuba untuk memastikan Persidangan Agong UMNO yang bakal di langsungkan tidak sah dan terbatal.Mereka-mereka ini juga berusaha untuk memastikan UMNO di haramkan seperti apa yang berlaku pada tahun 1987.

7. Mereka-mereka ini mempunyai bukti wujudnya salahguna kuasa dan rasuah yang mana bukti-bukti ini juga telah di serahkan kepada mahkamah. Dan Majlis Disiplin Parti dan SPRM sehingga kini masih gagal menjalankan sisatan dengan telus, ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang cuba mengharamkan UMNO untuk menggunakan segala bukti-bukti yang ada untuk kepentingan mereka.

8. Apa yang saya dan Dato Mazlan cuba lakukan harus di lihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan UMNO.. Situasi semasa jelas memperlihatkan siasatan dan tindakan yang diambil bukan kepada mereka-mereka yang berjawatan penting dalam parti atau mereka-merka yang bertanding jawatan penting dalam parti.Hanya mereka-mereka yang tidak bertanding diambil tindakan.

9.Saya amat mengharapkan SPRM yang baru di tubuhkan serta di war war kan bakal membawa perubahan dalam usaha untuk menangani rasuah dapat menjalan tugas mereka dengan penuh kredibiliti dan beringriti.Wjud persolan di fikiran saya sudahkah merka-mereka yang di lantik menganggotai di siasat? Siapa pula yang bertanggungjawab melantik mereka? Pepatah inggeris ada menyatakan A pot is calling a kettle black, Kerana saya tahu siapa mereka itu.

10. Siasatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam pemilihan parti merupakan satu ujian kepada SPRM DAN Majlis disiplin Parti kerana mata rakyat tertumpu kepada mereka. Bukan sahaja SPRM dan Majlis disiplin parti harus beringat Hakim-hakim yang bakal mengadili kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini juga perlu berintegriti dan tidak menyebelahi mana-mana pihak supaya proses keadilan dapat di jalankan dengan sempurna.Mereka-mereka ini perlu menjalankan tugas dengan adil dan saksama demi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Saya tidak yakin SPRM dan Majlis Disiplin UMNO akan meyelesaikan semua kes - kes penyalahgunaan kuasa dan politik wang. Kenyataan saya adalah senada dengan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Sila rujuk kenyataan Tun Dr Mahathir yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 11 Mac 2009.

" Politik Wang: Dr M yakin tiada siapa akhirnya didapati bersalah "

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin tiada siapa individu dalam UMNO yang dikatakan terlibat dalam politik wang akan didapati bersalah kerana setakat ini masih tiada siasatan yang dijalankan.

Katanya, ketika mesyuarat UMNO bahagian diadakan untuk mencalon Majlis Tertinggi UMNo, Pengerusi Lebaga Disiplin, Tengku Ahmad Rithaudeen memberitahu telah menerima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.

Menurut beliau, orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat kernana mesyuarat agung yang akan memilih ahli-ahli tertinggi Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi.

"Tetapi tidak ada apa -apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Adakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?" kata beliau dipetik dalam blognya.

Menurut beliau,sekarang terdengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir pada mesyuarat agung yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti dengan memberi sogokan sehingga ratusan ribu ringgit.

"Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas? Wakil - wakil boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka. Tetapi ingat, rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang bakal dilakukan" katanya.

Dr Mahathir berkata, jika pada March 2008 ramai rakyat termausk juga ahli-ahli UMNO yang kecewa telah undi parti lawan. Jika mereka lihat UMNO sudah diambil alih oleh perasuahm dalam pilihanraya umum ke13 mereka ini akan sekali lagi undi parti lawan.

"Ingatlah undi ahli-ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN) sahaja tidak mencukupi. Undi orang yang bukan ahli, walaupun sedikit bolrh menentukan siapa menang dan siapa kalah. Kali ini perwakilan terima wang sogokan.

"Tetapi apabila UMNO dan BN kalah, tidak jadi kerajaan, bukan sahaja tidak ada lagi peluang tetapi apa yang ada pada perwakilan pun akan tercicir" katanya.


11. Berbalik kepada ISU umno dimana ada pihak yang mahukan supaya saya DAN Dato Mazlan Harun di pecat dan di usir dari UMNO sekiranya saya dan Dato Mazlan berhasrat untuk meneruskan tindakan mengambil injuksi mahkamah, seperti yang di katakan oleh YAB presiden UMNO .Ingin saya nyatakan di sini Tun Dr Mahathir sendiri mengatakan yang UMNO ini korup dan tidak lagi relevan.Apa guna saya dan Dato Mazlan terus berada dalam UMNO sekiranya UMNO tidak boleh di tegur .

12. Saya dan Dato Mazlan sendiri akan keluar dari UMNO tanpa perlu di usir, Seolah-olah sudah tiada lagi Parti lain untuk saya dan rakan-rakan saya berjuang.

13. Saya memohon semua pihak agar mengambil berat pandangan dan saranan saya secara serius, kerana di saat ini UMNO telah kehilangan lima buah negeri cuba renungkan secara mendalam apa yang akan berlaku pada pilihanraya yang akan datang sekiranya keadaan umno masih tidak berubah.

14. Harus di ingat kuasa rakyat kuasa keramat, rakyat yang bakal menentukan siapa yang bakal berkuasa.Hampir separuh dari ahli Umno sendiri sudah hilang kepercayaan kepada parti. Apa yang saya lakukan adalah kerana tidak mahu anak-anak saya menyalahkan saya sekiranya umno dan orang melayu hilang kuasa satu ketika nanti.
Sacara jujur saya terlalu sedih mengapa mereka-mereka yang berjawatan tinggi dalam UMNO bermimpi setiap masa.Mereka tidak langsung memikirkan kepentingan rakyat, hanya memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.Perjuangan mereka bukan lagi un tuk melayu dan rakyat yang jelas semuanya perjuangan peribadi.

15. Apa sebenrnya sumbangan mereka-mereka ini kepada rakyat? Kegagalan jelas di lihat dalam system pendidikan, ekonomi,budaya, perpaduan masih gagal di terapkan di kalangan semua bangsa, isu perkauman masih berleluasa. Kerajaan masih gagal membendung kemiskinan. Hanya kegalan yang dapat di lihat dengan jelas. Ini semua jelas berlaku kerana mereka-mereka yang menerajui parti masih beranggapan yang UMNO adalah milik peribadi.Semuanya berkisar tentang kepentingan peribadi.

16. Pada pandangan saya sudah tibalah masanya untuk kita memikirkan satu alternative untuk menubuhkan parti yang boleh memelihara dan menjaga kepentingan orang melayu.Saya sedar untuk memulakan satu perjuangan baru bukan sesuatu yang mudah, akan tetapi ia adalah lebih baik dari terus bergantung dengan UMNO.

17. Saya ingin tegaskan ini adalah pandangan peribadi saya, saya pohon para pembaca memberikan cadangan dan pandangan kepada saya bagaimana cara lagi untuk kita menyelamatkan orang melayu tanpa lagi perlu bargantung kepada Umno. Saya ingin tegaskan juga tiada siapa yang boleh menghalang saya dari terus berjuang, tiada siapa yang boleh menghalang saya dari terus bersuara untuk memperjuangkan bangsa saya.

18. Pecat dan usir lah saya dari umno kalau apa yang saya perkatakan tidak benar.Janji saya perjuangan memartabatkan bangsa melayu akan terus menjadi teras perjuangan saya.Saya akan terus menulis melainkan blog ini juga di haramkan. Saya pohon pandangan semua pihak berkaitan perkara ini. Sekian terima kasih.

Sabtu, Mac 14, 2009

CALON TOLAK PENGUNDIAN KOMPUTER


Semalam semua wakil calon yang bertanding pada perhimpunan agung UMNO 26 Mac ini dipanggil oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang diketuai oleh bekas KSN, Tan Sri Shamsuddin Osman untuk mendengar taklimat mengenai sistem pengundian yang akan dijalankan pada hari tersebut.


Semua calon diwakili oleh wakil calon kecuali seorang calon majlis tertinggi, Datuk Lajim Okin yang hadir sendiri. Yang menariknya wakil calon kepada Datuk Seri Idris Jusoh, Zahari Said telah membangkitkan soal undi komputer. Beliau menolak sistem pengundian komputer yang mungkin lebih terdedah kepada penipuan.


Semua wakil-wakil calon bersetuju dengan pandangan Zahari itu. Ini bermakna cadangan UMNO untuk menggunakan pengundian melalui komputer telah dibantah oleh semua calon. Malah Samsuddin selaku pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO disuruh duduk oleh para hadirin kerana mereka tidak puas hati dengan penjelasan Shamsuddin.


Shamsuddin akan membawa bantahan ini kepada pengurusan UMNO. Tidak pasti sama ada pengurusan UMNO akan menerima bantahan ini.

Khamis, Mac 12, 2009

PENULIS KENA TERBUKA


Para penulis buku politik diminta bersikap terbuka dalam mengemukakan pandangan mereka dalam buku masing-masing.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mereka boleh mengemukakan pandangan tetapi tidak boleh memaksa sesiapa untuk mengikut pandangan tersebut.

"Sesiapa sahaja bebas mengeluarkan pendapat dan tidak semestinya semua orang boleh bersetuju dengan pendapat kita," kata beliau ketika melancarkan buku Musli Oli berjudul KONSPIRASI POLITIK MELAYU di Chicken Hut di The Mall, Kuala Lumpur semalam.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berbangga dengan Musli Oli yang merupakan anak Bajau Kota Belud yang menulis buku tentang Melayu yang mana Bajau juga merupakan rumpun Melayu. Musli juga adalah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud dan salah seorang G7 dari Kota Belud. Musli juga ahli majlis tertinggi Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang diketuai oleh Salleh.

"Kelebihan Musli beliau bukan sahaja boleh mengemukakan pandangan dalam bukunya siapa yang wajar dipilih dalam perhimpunan agung UMNO kali ini tetapi sebagai G7, beliau juga dapat menentukan siapa yang layak memimpin UMNO," kata Salleh.

Majlis itu dihadiri oleh sahabat handai dan beberapa penulis terkenal seperti Syed Husein al Atas, Yahya Ismail dan Sayuti Omar turut hadir.

Musli bukan sahaja boleh menulis tetapi beliau juga seorang tukang masak ketika isterinya ambil masters di Scotland, beliau menjadi chef di sebuah restoran orang Scottish. Malah beliau membuka sebuah restoran nasi lemak di Kota Kinabalu.

Salleh bangga dengan kejayaan Musli yang berjaya menjadi penulis buku Malaysia dan bukan tertumpu menulis isu-isu Sabah semata-mata.

Buku kelapan Musli ini mengisahkan masa depan UMNO dan menurutnya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka beliau akan merealisasikan impian Lee Kuan Yew yang mahu rakyat Malaysia sama rata. Ketika itu ketuanan Melayu sudah tidak bermakna lagi. Seperti kata Musli, Inggeris ambil kuasa raja Melayu dan serah kepada orang Melayu ketika merdeka tetapi kini orang Melayu pula berlindung di sebalik raja Melayu kerana takutkan dua Singh (Karpal Singh dan Gobind Deo Singh).