Memaparkan catatan dengan label jejak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jejak. Papar semua catatan

Selasa, Mei 07, 2013

MAT SAID KENA IKUT JEJAK NIK AZIZ

Semalam kita dikejutkan dengan berita pengunduran Nik Aziz Nik Mat dari jawatan MB Kelantan walaupun PAS berjaya membentuk semula kerajaan baru. Langkah Nik Aziz wajar dipuji kerana beliau sudah menjadi MB selama 23 tahun. MB Terengganu, Ahmad Said wajar mengikuti langkah yang dibuat NIk Aziz kerana BN Terengganu hampir kalah kepada PAS pada pilihanraya umum dua hari lepas.BN menang 17 kerusi manakala PAS menang 15 kerusi kurang dua kerusi. Ahmad yang yakin BN menang 28 kerusi ternyata ramalannya meleset apabila calon-calon pilihan beliau ditolak rakyat.Kenapa rakyat tolak 15 calon BN? Rakyat tolak kerana mereka bukan winnable candidate tetapi calon MB. Mujur orang Besut tidak berdendam akibat Idris gagal jadi MB lima tahun lalu. Jika empat kerusi di Besut tewas, PASA menang 19 kerusi dan dapat bentuk kerajaan baru.Ramai yang meramalkan BN tewas kali ini tetapi tidak menjadi kenyataan apabila calon Kemasik yang diharapkan kalah masih menang.Calon yang rasuah macam Ir Rosli Othman menang dengan majoriti 898 undi.Sewaktu berkempen, beliau sudah beri amaran kepada penyokong yang tidak mengundinya akan diblacklist. Beliau mengalahkan calon PAS, Che Alias Hamid yang mendsapat 7,332 undi. Rosli mendapat 8,230 undi manakala calon Bebas, Zulkiflee Salleh mendapat 638 undi.Jika calon Bebas tidak kacau daun, mungkin PAS menang di Kemasik. Ahmad Said patut malu kerana selaku Ketua UMNO Bahagian Kemaman, satu kerusi hilang di DUN CUkai apabila calon pilihannya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid tewas dengan majoriti 2,446 undi. Sepatutnya lima tahun lalu Wan Ahmad Nizam selaku Setiausaha Politik MB sudah jaga DUN Cukai. Baru datang berkempen dalam masa dua minggu tidak dapat menewaskan calon PAS, Hanafiah Mat yang susah menjaga kawasan itu selama lima tahun. Wan Hakim menang besar dengan majoriti 3,633 undi bakal dilantik Exco dalam kerajaan baru. Ahmad Said dapat menambah majoriti dari 3,157 undi (2008) kepada 4,204 undi walaupun beliau balik ke Kijal di saat-sdaat akhir kerana sibuk berkempen di lain kawasan parlimen. Calon parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek menang dengan majoriti 12,306 undi tetapi belum tentu dilantik menteri dalam kabinet baru Najib kerana Idris bekas MB Terengganu menang di parlimen Besut dengan majoiriti8,342 undi.Malah ketika berkempen di Besut, Ahmad Said mahu Idris dilantik menteri penuh.Di Dungun, PAS menguasai tiga DUN di Rantau Abang, Sura dan Paka menyebabkan calon parlimen, Rosli Mat Hassan tewas kepada calon PAS, Wan Hassan Mohd Ramly dengan majoriti 3,942 undi. Bagaimana calon yang ada kes SPRM MRR2 dan YPM dapat jadi calon? Adakah kerana beliau Ketua UMNO Bahagian Dungun sedangkan Idris telah menyingkirnya pada tahun 2008 sebagai calon? Empat ketua bahagian kalah, Rosli (Dungun), Nasir ibrahim Fikri (Kuala Nerus), Wan Farid (DUN Ladang) dan Yahya Khatib (Marang). Empat ketua bahagian emnang iaitu Ahmad (Kijal), Tengku Putera (Kuala Berang), Mohd Jidin Shafee( Permaisuri) dan Idris Jusoh (Besut). Ahmad Said perlu berundur kerana gagal capai sasaran 28 kerusi yang ditetapkannya, Maka calon MB ialah di antara Tengku Putera dan Mat Jidin kalau Ketua Bahagian dijadikan asas jadi MB Terengganu yang baru. Terpulang kepada PM untuk memilih MB yang baru menggantikan Ahmad Said yang gagal mempertahankan BN dapat majoriti dua pertiga.

Sabtu, April 04, 2009

MENGIKUT JEJAK LANGKAH DR. MAHATHIR


28 tahun lalu ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad mula menjadi Perdana Menteri ketiga pada 16 Julai 1981, beliau telah mengumumkan beberapa langkah yang agak mengejutkan rakyat Malaysia termasuk menghalalkan buku Malay Dilemma yang dikarangnya pada tahun 1969. Buku itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu berjudul Dilema Melayu.


Menjelang hari raya aidilfitri tidak lama kemudian, beliau membebaskan ramai tahanan ISA termasuk Tan Sri Abdullah Ahmad, Tan Sri Samad Ismail dan ramai lagi.


Nampaknya Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak yang angkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam semalam 3 April telah mengikut jejak langkah Dr. Mahathir dengan membebaskan 13 tahanan ISA termasuk dua orang peguam Hindraf. Selain dari itu beliau berjanji mengkaji semula ISA dan menarik balik penggantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.


Ini menunjukkan Najib sebagai Perdana Menteri yang baru amat terbuka dan banyak lagi yang bakal dirubah dalam UMNO termasuk menghapuskan sistem kuota dalam pertandingan UMNO. Najib akan dilihat sebagai Perdana Menteri yang cemerlang jika beliau berjaya menghapuskan kuota ini yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir dan diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Dua hari lepas, di The Mall, seorang ahli jawatankuasa PERKASA, Ahmad Jadawi Ghazali begitu yakin bahawa Najib tidak akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April. Katanya, Pak Lah yang pergi menghadap Yang Dipertuan Agong berkata terpulang kepada tuanku bila ditanya pemberita mengenai adakah Najib akan angkat sumpah pada keesokan harinya.


Jadawi atau dikenali dengan panggilan Jad turut berkata bila Najib keluar dari istana, mukanya merah dan enggan bercakap kepada pemberita. Gambaran Jad seolah-olah Najib tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri yang baru.


Pada Oktober 2003, Jad juga yang mengatakan bukan Pak Lah yang angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kelima tetapi Tengku Razaleigh walaupun Pemangku Presiden UMNO ialah Pak Lah dan bukannya Ku Li. Cakap-cakap orang seperti Jad nampaknya berkesan. Pada 2 April lalu, jam 2.30 petang saya menerima panggilan dari stringer WATAN di Muar, Tukiran Hitam yang bertanya benarkan Najib tak jadi angkat sumpah Perdana Menteri esoknya.


Seluruh negara gempar dengan cakap-cakap orang seperti Jad ini. Sebab itu Naib Presiden UMNO yang baru, Hishamuddin yang juga sepupu Najib kesal dengan sms yang disebarkan pembangkang kononnya Najib tidak jadi angkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam.


Petang semalam sekali lagi ketika berada di The Mall dengan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Rahim Hussin; bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kemaman, Mat Dalam Awang; Sabari Jusoh, Zainal, Mat Gonjeng dan Mat Cincin,tiba-tiba datang sepupu Najib, Azmi yang secara sinis perli bahawa Najib belum angkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Apa yang berlaku di istana pada pagi semalam hanya raptai sahaja. Azmi perli orang seperti Jad yang begitu yakin istana menolak Najib menjadi Perdana Menteri yang baru.


Yang Dipertuan Agong pernah mencipta sejarah menolak pilihan Pak Lah sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun lepas.Baginda menolak pilihan Pak Lah, Idris Jusoh kerana mahu Ahmad Said dilantik Menteri Besar yang baru. Jadi masakan Yang Dipertuan Agong boleh menolak perlantikan Presiden UMNO yang baru sebagai Perdana Menteri kerana Najib telah dipilih oleh para perwakilan UMNO sebagai Presiden yang baru tanpa bertanding. Oleh itu mustahil istana mahu berkrisis dengan UMNO pula.


Justru itu teori Jad tidak menjadi kenyataan tetapi cakap-cakap Jad telah menyebabkan rakyat terpengaruh dengan teori ini. Oleh itu tak perlulah kita layan orang seperti Jad kerana ternyata beliau yang banyak menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.


Bila bercakap tentang Jad, teringat saya kepada sms kiriman Sang Kelembai atau Zaharin Mohd. Yassin yang menulis: " Ahmad Jadawi Ghazali kelihatan berlegar di lobi The Mall berpakaian baju melayu merah, seluar kuning,samping hitam dan songkok putih kerana menunggu giliran menukar nota dengan PM, kemungkinan akan diadakan di Hotz Cafe".
Najib,55, bukan orang baru dalam politik. Beliau menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya kecil parlimen Pekan menggantikan tempat ayahandanya, Tun Razak yang meninggal dunia pada tahun 1976. Ini bermakna Najib lebih awal dari Pak Lah menjadi ahli parlimen (1978).
Pada tahun 1978, beliau dilantik timbalan menteri tenaga, telekom dan pos. Pada tahun 198o, beliau dilantik timbalan menteri pelajaran di bawah Musa Hitam dan pada tahun 1981, bertugas sebagaiu timbalan menteri kewangan di bawah Ku Li. Pada tahun 1982, beliau dipanggil balik menjadi menteri besar Pahang sepenggal.
Pada tahun 1986, beliau kembali ke pusat sebagai menteri belia dan sukan. Pada tahun 1990, beliau menjadi menteri pertahanan. Pada tahun 1995, beliau menjadi menteri pendidikan. Pada tahun 1999, beliau kembali menjadi menteri pertahanan. Pada tahun 2004, beliau dilantik timbalan perdana menteri. Pada tahun lepas, beliau menjadi menteri kewangan dan kemuncaknya pada 3 April beliau menjadi perdana menteri yang keenam.
Dalam UMNO pula, pada tahun 1978, beliau adalah exco pemuda umno. Pada tahun 1981, beliau menang ahli majlis tertinggi UMNO. Pada tahun 1982, beliau menang naib ketua pemuda tanpa bertanding. Pada tahun 1987, beliau menjadi pemangku ketua pemuda dan setahun kemudian beliau menjadi ketua pemuda tanpa bertanding. Pada tahun 1993, beliau menjadi naib presiden UMNO selama tiga penggal sebelum menjadi timbalan presiden UMNO pada tahun 2004 dan 26 Mac lalu beliau disahkan sebagai Presiden UMNO yang baru tanpa bertanding.
Dengan pengalaman yang luas sebagai ahli parlimen, timbalan menteri, menteri besar, menteri, timbalan perdana menteri selama 33 tahun, tidak syak lagi Najib akan menjadi Perdana Menteri yang berjaya memandangkan tindakan beliau yang berani di hari pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan membebaskan tahanan ISA dan menarik balik penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan.