Memaparkan catatan dengan label selesai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selesai. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 03, 2011

SYUKURLAH SEMUA SUDAH SELESAI


Syukurlah majlis perkahwinan anak kedua saya, Siti Zuraifah,27, di rumah pengantin lelaki,Hisham Abu Hassan di Kampung Parit Nibong, Bandar Baharu, Kedah sudah selesai semalam.

Majlis itu amat meriah sekali turut dihadiri oleh emak saudara dan sepupu saya yang duduk di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mereka tidak berkesempatan menghadiri majlis yang diadakan di Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu pada 10 September lalu.Kami konvoi sembilan buah kereta dari Homestay Taman Cahaya Kristal ke rumah pengantin yang jaraknya 1 km sahaja. Kali ini pengantin pakai baju serba putih kerana menantu saya memilih uniform Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sebagai temanya. Beliau diiringi oleh lapan orang rakannya dari APMM yang beruniform putih. Pangantin kemudiannya berjalan di bawah lapan bilah pedang yang terhunus ke atas.

Parit Nibong hanya 4 km dari tol lebuhraya PLUS ikut susur keluar Bandar Baharu, Parit Buntar. Pekan Parit Buntar, Perak lebih kurang 7 km dari Parit Nibong. Sungai Krian memisahkan Parit Buntar (Perak) dengan Bandar Baharu (Kedah).Manakala Parit Buntar juga bersempadan dengan Pulau Pinang (Nibong Tebal).

Majoriti penduduk Parit Nibong ialah orang Bugis. Mereka kata pernah Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris sekembalinya dari Pulau Pinang mengisytiharkan hari raya aidilfitri untuk rakyat Perak lebih awal satu hari dari hariraya seluruh Malaysia, maka orang Bandar Baharu yang mahu berhari raya pergi ke Parit Buntar.

Parit Nibong tidak jauh dari Kuala Lumpur. Cuma tiga jam setengah berkereta jika tanpa henti. Besan saya dari Batu Gajah, Perak turut hadiri majlis ini bersama anaknya yang duduk di Parit Buntar. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis perkahwinan anak saya di Kemaman dan Bandar Baharu. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Selasa, Mac 08, 2011

KES DAPHNE IKING SELESAI


Kes saman peribadi yang dikemukakan oleh bekas suami model dan pengacara TV Daphne Iking terhadap ahli perniagaan Darren Choy Khin Ming selesai hari Isnin, selepas Choy membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas suami Daphne, Ryan Chong Yiing Min.

Choy, bekas pengarah urusan Adidas didakwa memikat Iking (ketika itu masih isteri kepada Chong) untuk melakukan persetubuhan dengan Iking di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Choy, 46, selaku defendan menghadapi saman peribadi itu yang dikemukakan oleh Chong, 33, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah berkata mahkamah membuat keputusan selepas peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Chong memberitahu tidak bercadang untuk meneruskan pendakwaan terhadap Choy.

Wong memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya membuat cadangan untuk menarik balik pendakwaan saman itu mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Choy, membacakan surat yang ditandatangani Choy yang bertarikh 7 Mac (hari ini), yang mengandungi penafian Choy bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan Iking, Isobel Daniella Iking Chong, tiga tahun.

Penafian tersebut berhubung dakwaan Chong dalam keterangannya pada 17 Dis lalu, yang memberitahu bahawa Isobel bukan anak kandungnya.

Choy turut meminta maaf kerana hubungan sulitnya dengan Iking telah menyebabkan Chong dan ahli keluarganya berasa malu dan terhina.

Ahli perniagaan barangan alat sukan itu turut memohon maaf kerana hubungannya dengan model tersebut telah mendorong Chong memfailkan saman terhadapnya.

Choy juga melahirkan rasa kekesalannya kerana sewaktu pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap Chong, pelbagai isu telah dibangkitkan di dalam prosiding itu menyebabkan kesan yang buruk terhadap Chong sekeluarga.

"Secara ikhlas, saya meminta maaf kepada Chong, ibu bapanya dan seluruh ahli keluarganya," kata Jagjit yang mewakili Choy membacakan surat itu.

"Ini yang diharap-harapkan oleh mahkamah kerana ia diselesaikan tanpa ada perbicaraan lanjutan mengenai kes ini. Kesemua pihak yang terlibat mendapatkan cara penyelesaian terbaik dalam kes ini.

"Oleh yang demikian, OKS (Darren Choy) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan ini mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah," kata Majistret Engku Ahmad Rashdi ketika membuat keputusan itu.

Perbicaraan kes itu yang bermula pada 29 Nov tahun lalu, telah memanggil seramai empat saksi.

Chong dan Choy yang sebelum ini sentiasa menjarakkan kedudukan mereka di dalam mahkamah sepanjang prosiding itu, dilihat bersalaman antara satu sama lain selepas prosiding selesai.

Choy yang ditemui pemberita di luar mahkamah, memberitahu, kes tersebut berjaya diselesaikan dengan situasi menang-menang antara pihaknya dan Chong.

Isnin, Ogos 31, 2009

52 TAHUN MERDEKA MASIH BELUM SELESAI ISU PERKAUMAN


Hari ini genap 52 tahun Malaysia merdeka tetapi yang peliknya isu perkauman belum selesai lagi. Kenapa kita tidak hormati kaum lain? Kenapa sanggup kita berarak dengan membawa kepala lembu sedangkan lembu adalah binatang suci kaum Hindu?

Di mana sikap hormat kita kepada kaum lain? Yang peliknya kenapa perlu bina kuil di kawasan majoriti Melayu? Apa yang berlaku di Shah Alam bukan perkara baru. sudah banyak tempat di negara ini walaupun tidak ramai orang India tetapi bukan main besar kuil dibina seolah-olah mahu mengalahkan kebesaran masjid pula.

Jadi kenapa kaum India tidak hormati sensitiviti orang Islam? Sepatutnya kerajaan tetapkan kalau kurang dari 50 orang India di satu-satu tempat, tak payahlah bina kuil. Suruhlah mereka sembahyang di kuil yang berdekatan. Ini satu kampung satu kuil. Malah tak ada penduduk India pun ada kuil.

Di kemaman berapam kerat ada orang India. tetapi kuilnya di Batu 1 Jalan Air Putih Chukai bukan main besar. kononnya Eric Chia sewaktu menjadi boss perwaja menderma wang untuk pembesaran kuil itu.

Kita tidak mahu peristiwa Kampung Medan berulang di Shah Alam. Sepatutnya kerajaan negeri buat dasar di kawasan majoriti Islam jangan bina kuil. Inilah masalahnya bila PKR terlalu menurut permintaan pemimpin India dalam PKR sehingga tergamak Menteri Besar, Khalid Ibrahim meluluskan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu.

kita sudah 52 tahun merdeka.Oleh itu kita kena kaji semula kenapa kita masih gagal menyelesaikan isu perkauman.