Memaparkan catatan dengan label penulis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penulis. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 05, 2016

BUKTIKAN SAYA PENULIS UPAHAN

Dalam wasap grup ajk umno bahagian kemaman semalam dua orang ajk menuduh saya penulis upahan Tok Mulu Mat Dalam Awang.

Saya cabar mereka buktikan tuduhan itu banyak mana tok mulu bayar saya kerana menulis posting semalam yang mencadangkan beliau diberi kuasa setelah dilantik pegawai khas MB.

Seronok sangat ajk itu menuduh saya penulis upahan. Saya menulis bukan kerana wang pasal saya ada bisnes saya sendiri. Saya boleh dedah apa ayahnya buat pada pru1999 tapi bimbang ayahnya sakit jantung.

Ayahnya yang pelahap wang. Minta dengan saya rm20,000 untuk bayar perayu undi. Entah sampai atau tidak duit itu kepada perayu undi.

Saya malas dedah banyak sangat. Tanya ayahnya. Ayahnya masih hidup. Jadi sebelum tuduh saya penulis upahan semak dahulu latar belakang keluarga awak. Saya masih teringat kata kata Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad yang menasihati saya bila bekerja dengan YPK supaya jangan terlibat dengan rasuah kerana duit haram itu akan jadi darah daging kita.

Ayahnya sapu rm20,000 untuk pru, saya tak tahu duit itu ayahnya beri kepada golongan sasar. Jika tak sampai maka bukankah itu duit haram?




Sabtu, Oktober 25, 2014

YAYASAN PENULIS MALAYSIA WAJAR BANTU PENULIS UZUR

JITRA, 25 Okt (Bernama) -- Aktiviti yang bakal dirancang oleh Yayasan Penulis Malaysia tidak akan bertindih dengan kegiatan persatuan penulis di seluruh negara malah ia akan menjadi saluran tambahan bagi meningkatkan kegiatan masing-masing. Presiden Persatuan Penulis Malaysia (Pena) Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata Pena mengalu-alukan penubuhan yayasan itu kerana ia akan menjadi wadah tambahan untuk menyatupadukan penulis pelbagai kaum di seluruh negara. "Ketika ini, persatuan sedia ada hanya menjalankan kegiatan khusus untuk anggota persatuan masing-masing mengikut daerah atau negeri,” kata Saleeh kepada Bernama pada hari kedua sidang kemuncak Penulis Malaysia 2014 (SKPM 2014) di Darulaman Golf and Country Club, Jitra dekat sini hari ini. Saleeh yang mengulas pengumuman penubuhan yayasan itu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pada pelancaran SKPM 2014 malam tadi berkata, Pena masih belum memikirkan struktur yayasan yang bakal ditubuhkan itu walaupun perkara itu pernah dibincang secara tidak rasmi. "Terpulanglah kepada pihak berkenaan iaitu Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat kerajaan negeri yang mengusulkan perkara itu, untuk menyediakan kertas kerja penubuhan yayasan itu," kata Saleeh. SKPM 2014 adalah sidang kemuncak yang julung-julung kali diadakan bagi menghimpun para penulis, wakil penerbit, aktivis sastera, bahasa serta budaya dari seluruh negara. Program tiga hari ini merupakan tanggungjawab sosial korporat BDB dan merupakan sinergi pintar antara BDB, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta Pena. Ulasan saya, YPM (YPM) sepatutnya membantu penulis yang uzur di seluruh negara. Ramai di antara mereka terutamanya bekas wartawan hidup dalam keadaan melarat dan terpinggir. Sehubungan itu PENA seharusnya membuka keahlian kepada semua penulis tidak semestinya penulis kreatif sahaja sebaliknya termasuk penulis non-kreatif. YPM seharusnya memberi bantuan kepada semua penulis tanpa mengira kaum.

Khamis, Julai 29, 2010

PENULIS BLOG KENA GUNA KOD ETIKA


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penulis blog dan pengamal media sosial menggunapakai kod etika sendiri.

Katanya kod berkenaan hendaklah digunapakai secara sukarela supaya media baru berkenaan dihormati.

"Pastikan apa yang ditulis beralaskan kebenaran," katanya ketika menyampaikan ucap utama dalam persidangan penulis blog dan media baru Asian di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir ketua pegawai eksekutif (CEO) Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes dan hartawan Vincent Tan.

Menurut Dr Mahathir, beliau mencadangkan perkara itu supaya kewibawaan media baru dipastikan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pihak media konvensional.

"Akhbar ini (ruangnya) terbatas, tidak semua apa yang kita cakap dilaporkan. Ini disebabkan masalah ruang, antaranya bagi menempatkan iklan," katanya.

Dr Mahathir menegaskan, penulis blog harus bertanggungjawab dalam laporannya dengan melaporkan "seperti yang sebenarnya" dan mengelakkan menggunakan pendekatan jahat hanya kerana tidak suka kepada sesuatu pihak.

Walaupun bertambah baik, beliau mengakui kebebasan media di negara ini masih dikawal, bukan sahaja oleh kerajaan tetapi pelbagai pihak termasuklah pengarang, pemilik akhbar dan agensi pengiklan.

Dalam nada mengeluh, beliau bercerita pernah menjadi mangsa black out (digelapkan) daripada media sebelum ini dan kenyataannya dilaporkan tidak tepat, malah bertentangan dengan apa yang diutarakan.

"Saya dulu (semasa menjadi perdana menteri) pun pernah black out (isu). Tetapi ia untuk tujuan yang baik," katanya berseloroh, disambut ketawa sebahagian besar hadirin.

Sementara itu, menyentuh soal penapisan internet, Dr Mahathir berkata walaupun pada mulanya beliau berpendapat internet tidak perlu ditapis, beliau kini mempunyai pandangan baru.

"Walaupun kita dulu berjanji tidak tapis internet, tetapi ada beberapa perkara perlu ditapis seperti akses pada pornografi," katanya yang memulakan blog sendiri selepas bersara sebagai perdana menteri.

"Macam-maca yang tidak pernah didengar sebelum ini, sampai ada bayi dan perempuan tua dirogol. Macam saya sudah tua, saya tidak teruja (dengan laman lucah) lagi."