Memaparkan catatan dengan label kelab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelab. Papar semua catatan
Ahad, Jun 26, 2016
KELAB ALUMNI KARANGKRAF DILANCAR
SHAH ALAM: Semalam secara rasmi terlancarnya Kelab Alumni Karangkraf (KAK) setelah selesai mengadakan mesyuarat agongnya yang pertama di pejabat Karangkraf di sini.
.
Pengerusi KAK, Rodli Fadly berkata, pada awalnya kelab ini ditubuh hanya untuk merapatkan kembali silaturahim antara bekas bekas karyawan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) dari era 1980-an sehingga kini.
Menurutnya, banyak perjumpaan dan majlis ramah mesra diadakan sebelum ini bagi menemukan kembali bekas karyawan Karangkraf yang rata-ratanya kini berjaya dalam bidang masing-masing.
“Namun, desakan daripada Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub agar kelab ini ditubuh secara rasmi supaya semua bekas karyawan dapat disatukan kembali akhirnya membawa kejayaan yang dapat kita lihat hari ini.
“Kita semua dapat kembali bertemu sebagai sebuah keluarga besar Karangkraf yang begitu dekat di hati di mana kebanyakan dari alumni ‘membesar’ atau mencipta tapak kerjaya bermula dengan Karangkraf sebagai ‘institusi pendidikan’ pertama masing-masing,” katanya
Hussamuddin yang turut menyampaikan ucapan perasmian pada majlis berkenaan berharap agar KAK terus aktif di atas tiga matlamat utama penubuhannya iaitu sebagai medan mengeratkan silaturahim, menjaga kebajikan serta rekreasi dan riadah.
“Saya gembira, bersyukur dan ingin mengucapkan tahniah dengan penubuhan KAK yang ingin saya lihat sejak beberapa tahun lalu. Ia berjaya direalisasikan dengan kesungguhan ahli jawatankuasa penaja (sebelum ini) sekali gus mendekatkan hubungan di antara satu sama lain.
“Karangkraf berdiri teguh lebih 40 tahun dan bagi saya ia adalah kerana ALLAH SWT telah mengirimkan individu istimewa yang memberi sumbangan terbaik kepada Karangkraf,” katanya.
Menurutnya, kewujudan KAK juga memberi peluang kepada Karangkraf untuk bersama-sama memberi sumbangan dan bantuan kepada bekas karyawan yang memerlukan sekali gus dapat berkongsi kenangan dan masa depan.
Majlis berakhir dengan kesemua ahli alumni bersama keluarga masing-masing menyertai majlis berbuka puasa di Karangkraf.
Selasa, Disember 10, 2013
KELAB PUTERA HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KEMAMAN
KEMAMAN, 10 Dis (Bernama) -- Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menggunakan empat
kenderaan berat termasuk dua treler untuk membawa bantuan kemanusiaan yang akan
diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Kemaman.
Naib Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan berkata konvoi itu tiba sejak
semalam membawa sumbangan berupa keperluan harian dan bantuan asasi iaitu beras,
tepung, gula, roti, selimut dan tuala.
Bantuan itu akan diagihkan kepada lebih 10,000 mangsa dari daerah berkenaan
yang terjejas ekoran banjir sejak minggu lepas dan Kompleks Belia dan Sukan
Kemaman dijadikan transit sebelum semua barangan itu diagihkan, katanya ketika
ditemui pemberita di kompleks itu hari ini.
Beliau berkata KP1M akan memulakan misi membantu membersihkan kediaman
penduduk yang terjejas minggu depan melibatkan lebih 60 anggota dengan dibantu
Pemuda Umno Kemaman.
Sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan
kepada 11,349 orang melibatkan 2,591 keluarga daripada jumlah keseluruhan 18,576
mangsa membabitkan 4,177 keluarga yang direkodkan Jumaat lepas.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman Azizi Azran Abdullah memberitahu
Bernama, beliau dan beberapa pekerja di Kompleks Belia dan Sukan Kemaman kini
bertungkus lumus membersihkan kompleks itu bagi membolehkan penduduk kembali
melakukan aktiviti riadah selepas 'terganggu' dengan kejadian banjir.
Selaku pegawai yang menyelaras perjalanan kompleks itu, beliau berkata
seluruh kawasan itu dinaiki air sedalam 0.5 meter menyebabkan semua aktiviti
yang dijadual termasuk tempahan dewan terpaksa dibatalkan.
Katanya dewan itu dijangka boleh digunakan dalam masa terdekat selepas kerja
pembersihan yang dimulakan sejak beberapa hari lalu dijangka selesai petang ini.
"Saya boleh cakap kompleks ini mengalami 'total lost', semua buku, peralatan
sukan, dewan badminton yang baru diubah-suai turut terjejas akibat banjir,"
katanya.
-- BERNAMA
MAF MYS NJ ROS
Isnin, Disember 21, 2009
KELAB PERKASA DI LUAR NEGARA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menubuhkan Kelab Perkasa khusus buat penuntut Malaysia yang sedang belajar di luar negara mulai tahun depan, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata penubuhan kelab itu akan dimulakan selepas Perkasa mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang dijadualkan pada Mac 2010.
"Selepas itu Kelab Perkasa akan ditubuhkan di United Kingdom, Mesir, dan Indonesia, yang kemungkinan akan berpusat di Bandung dan di Melbourne, Australia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Perkasa Negeri Perak di Dewan Utama UiTM Perak di sini pada Sabtu yang disempurnakan oleh bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid.
Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata ketika ini Perkasa sedang menumpukan penubuhannya di peringkat negeri yang bakal melibatkan pelancaran di Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka selepas pelancaran di Perak.
Beliau berkata penubuhan kelab itu akan dimulakan selepas Perkasa mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang dijadualkan pada Mac 2010.
"Selepas itu Kelab Perkasa akan ditubuhkan di United Kingdom, Mesir, dan Indonesia, yang kemungkinan akan berpusat di Bandung dan di Melbourne, Australia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Perkasa Negeri Perak di Dewan Utama UiTM Perak di sini pada Sabtu yang disempurnakan oleh bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid.
Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata ketika ini Perkasa sedang menumpukan penubuhannya di peringkat negeri yang bakal melibatkan pelancaran di Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka selepas pelancaran di Perak.
Langgan:
Catatan (Atom)




