KUALA LUMPUR: Selepas meninggalkan FELCRA pada tahun 1986, ini adalah kali pertama saya menyambut majlis hari raya FELCRA di ibu pejabatnya di Wangsa Maju Seksyen 10. 31 tahun saya tidak menemui kawan kawan lama seperti Haji Jahare Abu Bakar, Noor Azmi Mohd Desa, Adnan, Haji Mohd Nor Talib.
Malah saya turut bersalam dengan bekas Ketua Pengarah (DG) FELCRA, Datuk Mustafa Juman yang kini berusia 71 tahun. DG terkejut saya bersalam dengannya kerana saya selalu kutuk dia dalam grup wasap bekas pegawai FELCRA. Saya meletakkan jawatan sebagai pegawai tadbir FELCRA pada 1 Mei 1986 kerana "bergaduh" dengan beliau.
Pada 2 Mei 1985 saya ambil cuti kerana bapa saudara saya akad nikah di kampung. Pada hari yang sama Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, Datuk Seri Adib Adam melawat ibu pejabat FELCRA. Cuti saya diluluskan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP)Tugas Tugas Khas, Haji Mohd Nor Ibrahim. Sebagai PRO saya sepatutnya ada di majlis tersebut tetapi oleh kerana bapa saudara saya kahwin maka saya terpaksa ambil cuti.
Mustafa yang dipanggil DG mengamuk kerana saya tiada di pejabat ketika menteri melawat pejabat. Terus dia tukarkan saya ke unit audit dalam masa 24 jam. Sepatutnya dia marahi KPP saya yang luluskan cuti. KPP saya senyap tidak membela saya.
Saya pun baru 26 tahun panas baran juga terus hantar surat letak jawatan dengan notis satu bulan kerana enggan ditukar ke unit audit. Tapi bekas boss saya, Pengarah Pembangunan Peneroka, Haji Mokhtar Harun pujuk saya tarik balik notis letak jawatan.
Apabila saya tarik balik, saya diberi pilihan oleh DG kekal di unit audit atau pindah ke pejabat Pengawal Wilayah Utara FELCRA di Ipoh di bawah Haji Dahlan Abdul Ghani. Saya pilih bekerja di Ipoh jauh dari DG yang panas baran. Kalau pegawai buat silap, terus dia maki pegawai depan semua staf bawahan termasuk kerani dan jurutaip. Tapi orang panas baran seperti ini sekejap sahaja marah. Lepas itu dia cool.
Pada 31 Disember 1985, pejabat pengawal wilayah FELCRA dihapuskan. Maka saya bertugas di pejabat FELCRA Negeri Perak pula di bawah Haji Nordin Zainuddin. Di bawah Haji Nordin saya kurang seronok kerana dia serius tidak seperti Haji Dahlan yang garang tetapi kelakar. Pada masa yang sama saya sudah lulus peperiksaan am kerajaan dan boleh disahkan jawatan tetapi rupanya DG berdendam. DG tak sahkan jawatan saya sedangkan semua badge saya yang lapor diri pada 1 November 1983 disahkan jawatan seperti Haji Ahmad Shaari, Haji Jahare Abu Bakar, Misran Tamam dan Noor Azmi Mohd Desa.
Nampaknya saya sudah tiada masa depan dalam FELCRA. Maka saya buat keputusan untuk letak jawatan pada 1 Mei 1986 dan balik Kemaman mengganggur. Setahun kemudian baru saya diterima menjadi wartawan akhbar Watan di Kuala Lumpur selepas menjadi guru sementara selama tiga bulan di Sekolah kebangsaan Kg Baru Neram yang mana ketika itu Norzilam pegawai kanan di BTN masih dalam darjah empat.
Sambutan hari raya FELCRA kali ini merapatkan semula saya dengan rakan rakan lama yang terpisah selama 31 tahun. Sudah tentu yang paling terkejut ialah DG yang saya sudah maafkannya. Terima kasih Misrom Matleham kawan lama di Watan yang mengundang saya ke majlis tersebut. kebetulan Pengerusi FELCRA, Datuk Bung Mokhtar pula kawan baik ketika saya bertugas dengan akhbar watan di Sabah. Saya sudah mengenalinya selama 28 tahun dan beliau tidak pernah berubah tetap ramah seperti dahulu.
Memaparkan catatan dengan label felcra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label felcra. Papar semua catatan
Isnin, Julai 10, 2017
Khamis, November 07, 2013
FELCRA PERLU ATASI CABARAN DALAMAN
,
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan (Felcra) Berhad perlu mengatasi pelbagai masalah dan cabaran
dalamannya sebelum dapat melaksanakan transformasi yang berkesan.
Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin berkata, punca masalah termasuk
pentadbiran, pengurusan ladang kelapa sawit dan getah, kilang pemprosesan serta
kebajikan para pengurus dan peserta akan dikenal pasti dan diselesaikan agar
organisasi dapat merancang dan meningkatkan pendapatan sekali gus meluaskan
rangkaian perniagaan.
"Jika tidak ada kerjasama dan keberanian untuk melakukan perubahan positif,
impak lebih buruk akan melanda Felcra. Justeru ia perlu diberi perhatian kerana
ini adalah amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh 'tuan' kita iaitu
kerajaan dan para peserta," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Pengerusi
Felcra di sini hari ini.
Kira-kira 400 petugas menghadiri majlis itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif
Felcra Datuk Ramlee Abu Bakar, ahli-ahli lembaga serta para pengurus Felcra.
Katanya memandangkan harga komoditi getah dan kelapa sawit di pasaran
mengalami penurunan, Felcra juga harus mencari jalan untuk mempelbagaikan
aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara agar dapat terus bersaing dengan
syarikat-syarikat milikan kerajaan (GLC) yang lain.
Antara yang dirancang ialah penubuhan kilang baja di Terengganu, pembukaan
ladang lembu di Australia dan getah di Kemboja serta perusahaan ladang jagung
dengan usaha sama syarikat luar di Indonesia, selain merancakkan pembangunan
hartanah seperti hotel dan rumah-rumah kedai.
Felcra sehingga kini memiliki keluasan sebanyak 260,000 hektar tanah dalam
negara.
Dalam sidang medianya Bung Moktar berkata, Felcra dijangka menerima
pendapatan kira-kira RM2 bilion dalam tempoh lima hingga 10 tahun, hasil
perniagaan bukan komoditi termasuk mineral bijih besi yang diperoleh melalui
tanah milikan Felcra.
Jelasnya, untuk membantu generasi baru pula, Unit Usahawan akan turut
diperluas bagi membuka peluang kepada anak-anak muda Felcra menceburi bidang
industri kecil dan sederhana (IKS) dan berhasrat untuk mendapatkan peruntukan
berjumlah RM1 juta, mulai tahun depan.
-- BERNAMA
RKMS KHY RAM
Selasa, Julai 06, 2010
FELCRA BUKA KAWASAN BARU

Felcra Berhad merancang membangunkan 10,000 hektar kawasan baharu di negeri Terengganu di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Eksekutif Kanan Perancangan Projek Felcra Berhad Wilayah Timur Che Mohd Zainun Abd Jalil berkata ia bertujuan menarik lebih ramai peserta dalam rancangan tanaman semula.
"Kawasan tersebut akan ditanam sama ada kelapa sawit atau pun getah," katanya kepada di Kuala Terengganu hari ini.
Selain itu, beliau berkata Felcra juga akan mengadakan program perancangan tanaman semula pokok yang sudah tidak mempunyai nilai ekonomi dan hasil.
Che Mohd Zainun berkata program itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, yang membabitkan kawasan seluas 5,000 hektar.
Beliau berkata sehingga kini, Felcra telah memajukan seluas 24,000 hektar di seluruh Terengganu, termasuk 5,000 hektar yang akan ditanam semula.
Bilangan peserta yang terbabit dalam rancangan Felcra di Terengganu sehingga kini adalah seramai 5,500 orang, katanya.
Che Mohd Zainun berkata, Felcra mengalu-ngalukan mana-mana pemilik tanah yang berminat untuk menyerahkan tanah untuk dimajukan oleh agensi itu.
Beliau berkata antara faedah yang akan dinikmati pemilik tanah jika bersetuju tanah mereka dimajukan oleh Felcra ialah menerima keuntungan bersih apabila ladang mengeluarkan hasil.
Jika bekerja di ladang, pemilik tanah akan dibayar upah bekerja dan jika keluarganya turut bekerja, maka keluarganya juga akan turut dibayar upah.
Che Mohd Zainun berkata pemilik tanah boleh menghantarkan maklumat kepada Felcra Berhad sebagai pelaksana tanah-tanah tersebut.
(dipetik dari teganuku.blogspot.com)
Langgan:
Catatan (Atom)