Khamis, Januari 13, 2011

TUAH DATUK SALLEH


Belum pernah berlaku dalam sejarah hidup seorang ahli politik menerima berita baik dua kali dalam tempoh satu minggu. Pada mulanya,Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak menerima berita perlantikan sebagai Pengerusi FINAS.

Menurut Datuk Seri Dr Rais Yatim menteri yang menjaga FINAS, Salleh adalah seorang penggemar filem. Selepas itu beliau menerima berita perlantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menggantikan Datuk Haji Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Adakah Salleh sudah turun pangkat kerana jadi Speaker Dewan Undangan Negeri? Beliau bukan ADUN dan bukan ahli parlimen tetapi dengan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud beliau dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri.

Berusia 54 tahun, Salleh masih muda untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri. Oleh itu jika beliau dipilih bertanding semula di DUN Usukan, maka beliau adalah salah seorang calon Ketua Menteri Sabah selain Datuk Seri Shafie Afdal.

Sebaliknya jika beliau dipilih sebagai calon parlimen Kota Belud, maka jawatan timbalan menteri persekutuan sudah tentu menggamit beliau. Bagi Salleh, jawatannya dalam kerajaan tidak penting. Beliau pernah jadi Ketua Menteri Sabah selepas ayahnya, Tun Said Keruak melepaskan jawatan Yang Dipertua Negeri Salleh. Selepas itu beliau dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Bagi setengah orang bila sudah dilantik Ketua Menteri, tak perlu lagi menerima jawatan junior seperti menteri biasa tetapi bagi Salleh jawatan tidak penting. Yang penting ialah berkhidmat kepada rakyat. Beliau bukannya mengejar gaji menteri kerana beliau sudah jutawan. Yang penting berkhidmat kepada rakyat.

Justru itu Salleh yang tidak kesah ini sedia menerima apa sahaja jawatan termasuk Speaker Dewan Undangan negeri yang dianggap sebagai jawatan yang paling tidak glamour. Sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Salleh masih penting dalam politik Sabah. beliau adalah satu-satunya pemimpin Bajau yang diterima oleh majoriti ketua UMNO Bahagian Sabah. Jika Sabah tidak mengamalkan penggiliran jawatan Ketua Menteri, mungkin Salleh masih kekal sampai sekarang sebagai Ketua Menteri Sabah selepas Tun Sakaran Dandai.

Oleh kerana BN komited dengan janji menggilirkan jawatan Ketua Menteri, maka Salleh adalah Ketua Menteri Sabah yang paling singkat tempohnya. Ole3h itu tahniah Datuk Seri di atas perlantikan Speaker Dewan Undangan negeri Sabah dan Pengerusi FINAS. Beliau bukan ahli parlimen tapi sebagai ketua uMNO Bahagian di Sabah, peranan Salleh tetap diiktiraf di peringkat persekutuan dengan terlantiknya sebagai Pengerusi FINAS.