Isnin, Februari 16, 2009

SATU KISAH MENGENAI MANUSIA BERNAMA ZABIDI

Tahniah saya ucapkan kepada seorang manusia yang pernah saya kenali bernama Zabidi Haji Saidi yang diundang menjadi tetamu blog@1 di TV1 beberapa hari lalu. Walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju dengan beliau, saya rasa beliau layak menerima ucapan tahniah ini.

Komen saya mengenai rancangan bersama beliau itu ialah beliau terlalu gugup, tidak fokus serta gagal hidup di depan kamera TV dengan baik. Maka hasilnya, itulah apa yang kita saksikan. Apa pun, beliau berani, itu hal yang boleh dibanggakan. Dan, mungkin di atas sebab ia adalah pengalaman "malam pertama" (Zabidi memang suka malam itu), maka kelemahan adalah sesuatu yang tidak mampu dielakkan.

Yang saya rasa apa yang Zabidi perlu buat ialah mengucapkan terima kasih kepada RTM dan pada masa yang sama memohon maaf kepada Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana selama ini Zabidi banyak mengkritik beliau secara tidak berasas. Pengajaran di sebalik itu ialah, kita tidak boleh terlalu melihat setiap manusia yang kita benci sebagai musuh kerana satu masa musuh itu mungkin seorang yang mulia di sisi kita. Zabidi telah mendapat peluang yang bukan semua orang dapat, maka sewajarnya beliau berubah dalam persepsi tulisan-tulisannya.

Saya pun mengkritik tetapi kritikan saya adalah yang berkaitan dengan saya dan saya mempunyai asas atau bukti terhadap kritikan saya.

Zabidi sudah lama saya kenali. Pernah hidup senang bersama tetapi hidup susah, dia seorang sajalah. Beliau menulis blog yang kadangkala bagaikan menyindir saya kerana saya dapat tahu beliau beranggapan ada komen yang dihantar adalah daripada saya. kepada Zabidi, blog saudara tidaklah terlalu kerap saya buka dan saya akan buka bila ada peminatnya di Kemaman memberitahu isu-isu menarik yang beliau tulis. Lagi satu, saya akan komen menggunakan nama sebenar, bukan nama samaran.

Ada terlalu banyak sebab mengapa saya terguris dengan Zabidi. Saya akan hanya memaafkan dia jika dia memohon maaf kepada saya. Dia akan kembali menjadi sahabat kepada saya jika dia sanggup berbuat demikian.

Penulis yang bagus ialah mereka yang tidak takut melakukan sesuatu yang pahit. Cuma, ketika saya menonton rancangan TV itu, teringat saya masa berceramah dengan beliau di Pekan Kerteh pada pilihan raya umum 1999. Cara bercakap dan nadanya sama cuma di TV, beliau banyak pejamkan mata atau mungkin terkelip-kelip.

Apa pun tahniah zabidi... anda seorang yang serba boleh. Teringat apabila dia menangis ketika menyanyikan lagu "SELAMAT TINGGAL" ...

Zabidi seorang yang memang manja dan mudah menangis ... Sama macam yang sorang tu jugak, tokoh air mata. Hahahahaha... jangan marah ar, gurau.

(dipetik dari ayobmamat.blogspot.com)