Isnin, Mac 07, 2016

PROGRAM ANAK PERANTAU SATU TAMPARAN BUAT PESAT?

Sabtu lalu grup anak perantau Terengganu satu wasap grup yang menghimpunkan 100 orang anak Terengganu di Lembah Kelang berjaya menganjurkan majlis ikang bako di perkarangan bangunan Yayasan Terengganu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut Setiausaha Kerja program, Zahari Mat, seramai 3,000 orang hadiri majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Zubir Embong; Exco Belia dan Sukan, Rozi Mamat dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Rahman.

Idea mengadakan majlis ikang bako ini dicetuskan oleh ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan kepada Zahari Mat dan pegawai khas MB yang menjaga hal ehwal anak perantau, Amlisani Abdul Latif. Maka Amlisani selaku penyelaras wasap grup anak perantau telah memanggil mesyuarat di kalangan mereka dan mereka bersetuju mencari penaja untuk menjayakan majlis tersebut.

Menurut ketua program, Dr Tengku Asmadi, program ini diadakan tanpa menerima bantuan daripada kerajaan negeri. Sebaliknya mereka mencari penaja sendiri termasuk Tengku Zaihan yang bersetuju menaja ikan sebanyak 500 kilogram.

"Ini yang kerajaan negeri mahu lihat program dibuat tanpa bantuan mereka. Selama ini banyak program dibuat kerajaan negeri beri duit. Kita mahu ubah trend. Bukan lagi apa yang kerajaan beri kepada rakyat, sebaliknya apa yang rakyat beri kepada kerajaan," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penaja termasuk Tengku Zaihan, Datuk Rahim Husin dan ramai lagi.

Dalam ucapannya, MB memuji usaha yang dibuat oleh grup anak Terengganu itu yang menganjurkan majlis itu untuk mengeratkan silahratulrahim anak terengganu yang berada di Lembah Kelang.

Program ikang bako merupakan program keempat grup anak Terengganu. Sebelum ini mereka telah mengadakan program kacau syura, pertandingan boling dan BBQ menyambut tahun baru 2016. Mereka mengambil inisiatif mengadakan program sendiri kerana Persatuan Anak Terengganu di Lembah Kelang (PESAT) gagal mengadakan program program yang dekat dengan hati anak anak Terengganu di perantauan.

PESAT lebih minat buat program main golf. PESAT sudah jadi persatuan yang elitis yang mengecewakan anak anak Terengganu di perantauan. Maka mereka menyokong usaha yang dibuat oleh grup wasap yang tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bukannya mahu menjadi persatuan alternatif kepada PESAT sebab itu mereka tidak berdaftar dengan ROS.

Program ini bukannya ditaja oleh kerajaan negeri tetapi MB bersifat terbuka kepada mana mana pihak yang buat program untuk kepentingan anak anak Terengganu di Kuala Lumpur, maka MB turut hadir beri sokongan. Ini kali kedua MB hadir selepas program kacau sura di tempat yang sama.

Ramai yang call urus setia program ikan bako yang bertanya kenapa PESAT yang tidak anjur. PESAT tidak berminat menganjirkan program seumpama ini. Malah program buka puasa dengan MB setiap tahun dibayar oleh kerajaan negeri dan bukannya menggunakan duit PESAT. Malah yang paling memilukan ahli jawatankuasa PESAT lebih berminat mengejar projek kerajaan negeri daripada membuat program untuk ahli ahli PESAT. 

Jika ahli ahli jawatankuasa PESAT sudah tidak mampu mengendalikan PESAT maka bila tiba mesyuarat agung tahunan nanti, letaklah jawatan beramai ramai dan serah kepada mereka yang mampu. tahniah kepada grup anak perantau yang berjaya menganjurkan program ikan bakor.



Jumaat, Mac 04, 2016

ANDA MAHU LINE TAPI BLACKLIST. HUBUNGI WASAP 01120688224


TIADA MAHATHIR TIADA MASALAH


(Sudah disiarkan dlm Berita Harian)
OLEH SHAHBUDIN EMBUN
Tidak ada yang luar biasa dan mungkin sesuatu yang sudah dijangka. Begitulah yang dikatakan oleh beberapa rakan penulis apabila kami berborak sambil menikmati secangkir kopi, membincangkan tentang tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad yang keluar UMNO pada 29hb Februari  2016 yang lalu.
Adakah tindakan tokoh yang bergelar seorang negarawan ini akan menjejaskan UMNO? Jika dilihat dari ketokohan  serta peranan yang dimainkan oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, pastinya ini merupakan satu tamparan buat Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apatah lagi, alasan yang digunakan oleh Mahathir ialah sebagai tanda protes kepada kepimpinan Najib.Perasaan tidak puas hati Mahathir terhadap Najib bukanlah satu rahsia lagi.
Berbalik kita kepada persoalan, adakah UMNO akan terjejas? Jawapan kepada persoalan yang dikemukakan ini sebenarnya terletak di bahu pucuk pimpinan serta ahli-ahli UMNO sekarang yang sama-sama berjuang dengan Najib.
Jika semua ahli UMNO terus berdebat tanpa berhenti dan meramalkan apa yang mungkin berlaku serta alpa dengan perjuangan parti, maka sememangnya parti ini akan terjejas kerana kita hanya akan dengar kata-kata tanpa melihat sebarang tindakan untuk memperkasakan parti..
Namun jika kesemua ahli UMNO terus berdiri reguh di belakang Presiden UMNO, maka UMNO tetap akan utuh dan tidak terjejas dengan apa pun  tindakan Mahathir. Bahkan ada yang berpendapat, UMNO akan lebih padu kerana virus yang menyerang UMNO dari dalam sudah berhenti dan sekaligus menguatkan kembali sistem pertahanan UMNO yang agak goyah pada suatu ketika dahulu.
Kita tidak boleh meramalkan apakah tindakan Mahathir selanjutnya.Beliau merupakan seorang pakar atau sifu apabila mencorak langkah dan merancang taktikal dalam permainan politik yang penuh dengan sepak terajang.  Pastinya juga, suara beliau akan lebih lantang dan lebih bebas untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.
Sebagai sebuah negara demokrasi, Itu adalah haknya .Namun kelantangan, ketegasan  dan kekerasan suara itu boleh dilentur dan diselubungi dengan pendirian dan semangat solidariti ahli-ahli UMNO yang terus berdiri menyokong Najib. Itu sebabnya sikap Najib yang tenang  dan sabar dalam menghadapi isu ini perlu dipuji.Beliau tidak membuat serangan balas, bahkan lebih menumpukan kepada agenda untuk terus membangunkan negara kita Malaysia
Penulis tidak berminat untuk mengorek segala kejayaan dan kegagalan yang dilakukan oleh Mahathir semasa beliau memimpin UMNO dan negara dahulu. Segala yang berkaitan dengan isu ini telah menjadi pengetahuan ramai dan biarlah dibincangkan dalam forum yang berbeza.Apa yang pasti,  jasa Mahathir selama ini akan terus dikenang.
Itu sebabnya juga keputusan beliau untuk meninggalkan UMNO perlu dihormati. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghormati tindakan Mahathir dan masih berharap bekas presiden UMNO ini mempertimbangkan semula keputusannya.
Pada masa yang sama juga Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa mempertahankan dan mengukuhkan solidariti UMNO dengan terus memberikan kepercayaan kepada Najib .
Faktor kepercayaan ini adalah penting kerana  kehebatan Mahathir semasa beliau berada di puncak kepimpinan dahulu adalah juga disebabkan oleh sokongan yang tidak berbelah bahagi serta kepercayaan rakyat dan ahli-ahli UMNO kepada Mahathir. Sebagaimana Mahathir di zamannya, Najib juga memerlukan sokongan padu seperti ini untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
Semakin hari rakyat semakin yakin bahawa Najib mempu mencorakkan masa depan Melaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.Lihat sahaja pada pelan Transformasi yang sedang diusahakan oleh beliau.Najib sedar ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun demi kesejahteraan rakyat, kestabilan politik serta kejayaan ekonomi, pelan ini perlu dilaksanakan dengan sokongan dari kita semua.
Perbincangan tentang tindakan Mahathir serta implikasinya kepada UMNO akan terus dibincangkan oleh masyarakat kita khasnya di kalangan ahli-ahli UMNO. Namun sebagaimana yang penulis jelaskan, jika ahli-ahli UMNO terus  berbahas tentang perkara ini tanpa mengambil inisiatif untuk memperkasakan UMNO,  maka ianya akan merugikan UMNO.
Ramai yang tahu lagu My Way nyanyian Frank Sinatra merupakan lagu kegemaran Mahathir. Mungkin sudah sampai masanya untuk Mahathir membiarkan Najib bersama pucuk kepimpinannya terus memimpin negara dengan lagu dan irama baru, sesuai dengan era sekarang yang jauh bezanya dengan zaman ketika Mahathir memerintah dahulu.



Rabu, Mac 02, 2016

MAHFUZ AKAN DIPECAT SEPERTI HUSAM MUSA?

Ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar yang akan menyertai perhimpunan anti Najib pada 27 Mac bertentangan dengan pendirian Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang tidak akan menyertai perhimpunan tersebut.

Bagi Presiden Amanah, Mohamad Sabu pendirian Haji Hadi pelik kerana beliau tidak anti orang Umno sebaliknya anti Umno sahaja. Haji Hadi sudah insaf tidak mahu PAS jadi alat DAP kerana dalam perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim itu DAP, Amanah, PKR akan hadir.

PAS tidak bersama Pakatan Harapan buat apa PAS hadiri perhimpunan tersebut. Justru itu tindakan Mahfuz Omar itu wajar diambil tindakan disiplin seperti mana PAS akan mengambil tindakan kepada bekas Naib Presidennya, Husam Musa.

Husam Musa telah menghadiri majlis pelancaran Amanah di Kuala Lumpur yang menimbulkan rasa kurang senang ahli-ahli PAS. Jika Husam Musa dipecat dari PAS, beliau dikatakan bakal Pengerusi Pakatan Harapan kerana majoriti ahli Pakatan lebih menyenangi Husam Musa jadi PM daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Minggu lepas Mahfuz Omar telah menemui Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir yang mahu Najib ditumbangkan. Ia dibuat sebelum Dr Mahathir keluar dari Umno. Lim Kit Siang semalam mengaku telah menemui Dr Mahathir dan mereka bersetuju menjatuhkan Najib dalam perhimpunan 27 Mac itu.

Jika benar PAS mengambil pendirian tidak menyertai perhimpunan 27 Mac seperti mana PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih, maka Mahfuz Omar wajar dipecat dari PAS kerana melanggar arahan Presiden Umno.

Kita akan lihat sejauh mana kekuatan Mahfuz apabila beliau bertanding sebagai calon Pokok Sena menentang calon PAS dan BN nanti.

Dalam suasana menghadapi pilihanraya seperti juga Umno, PAS akan mempastikan para pemimpinnnya sehati sejiwa dengan Presidennya. Jika para pemimpin tidak dapat mematuhi arahan Presiden, maka jalan terbaik keluar dari PAS dan tak perlu menunggu dipecat dari parti.

Selasa, Mac 01, 2016

POSTING TERTINGGI BAGI FEBRUARI 2016

Sudah dua bulan berlalu  tahun 2016. Bagi Februari, posting terttinggi ialah Rich Heritage sasar tarik 500,000 orang ahli tahun ini yang disiarkan pada 20 Februari di mana ia mencapai hit sebanyak 2,936. Ini bermakna pembaca suka berita perniagaan.

Seperti biasa pembaca blog ini datang bukan dari Malaysia sahaja malah dari USA, Russia, United Kingdom, Rio De Janeiro, China, Recife, Pernambuco dan Taiwan. Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini.

Posting tertinggi bagi bulan februari 2016 ialah:-

1. Rich Heritage sasar tarik 500,000 ahli tahun ini (20 Februari)
2.Mat Sabu yang lebih bodoh (19 Febuari)
3.Kenapa Zaharin buat kejutan (2 Februari)
4.Parlimen sepi tanpa Bung Mokhtar (13 Februari)
5.Dr Asyraf orang Mahathir dalam kabinet najib (10 Februari)
6.Nordin Ahmad pun meninggal di usia muda (21 Februari)
7.Omar Aziz dalam kenangan (15 Februari)
8.Bekas polis tak hormati undang undang (5 Februari)
9.Memang betul kata Annuar Musa (16 Februari)
10. Pesanan Zahid kepada Mukhriz wajar dipatuhi (4 Februari)

MAHATHIR BUAT UMNO SEPERTI HOTEL

Semalam bekas Presiden Umno,  Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno sempena tahun lompat, 29 Februari 2016. Ini kali kedua beliau berbuat demikian. Pada 19 Mei 2008, beliau keluar dari Umno buat kali pertama kerana kecewa dengan PM ketika itu, Pak Lah.

Namun demikian beliau menyertai semula Umno pada 4 April 2009 setelah Najib Razak menjadi PM. Oleh itu tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya sudah dijangka selepas gagal menjatuhkan Najib secara demoktraik melalui undi tidak percaya di parlimen.

Dr Mahathir buat Umno seperti hotel, bebas keluar masuk. Hari ini masuk hotel, esok keluar hotel. Lepas itu masuk balik hotel dan keluar semula. Bagi saya, bila Dr Mahathir keluar dari Umno, lebih mudah bagi kita menyerang Dr Mahathir kerana dia kini musuh utama Umno kerana beliau bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan BN.

Jangan salahkan Umno jika Umno menyerang Dr Mahathir secara terbuka. Ini budaya yang Umno pelajari dari Dr Mahathir. Apabila Ku Li tidak dibenarkan menyertai Umno pada tahun 1988, Dr Mahathir arahkan para pemimpin Umno menyerang Ku Li habis habisan. Begitu juga apabila Anwar dipecat dari Umno pada tahun 1998, Dr Mahathir arahkan para pemimpin Umno membelasah Anwar secukup-cukupnya. Jadi kini giliran Umno pula menghentam Dr Mahathir kerana beliau bukan lagi ahli Umno.

Para pemimpin Umno lebih bersatu apabila Dr Mahathir sudah menjadi musuh mereka. Dr Mahathir keluar dari Umno pada tahun 2008, BN tetap menang PRU pada tahun tersebut. Oleh itu jangan bimbang dengan tindakan terbaru Dr Mahathir ini, kerana ahli Umno yang tulen akan terus mempertahankan BN ke titisan darah yang terakhir dalam PRU akan datang.

Dr Mahathir seorang yang gentleman kerana buat keputusan keluar dari Umno. Beliau lebih mulia dari Muhyiddin Yasin yang terus menghentam Najib selepas digantung jawatannya. Bila lagi Muhyiddin nak ikut jejak langkah Dr Mahathir?

Seperti kata bekas Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid, pada tahun 1988, Umno lebih mudah menghadapi Ku Li kerana pengikutnya keluar dari Umno dan menyertai Semangat 46 tetapi sebaliknya pada tahun 1998, Umno sukar kerana Anwar dipecat dari Umno tetapi para pengikutnya kekal dalam Umno. Oleh itu musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yang sebenar.

Justru itu tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno, lebih mudah bagi Umno untuk menyerangnya/ Dr Mahathir meneruskan tradisi bekas presiden Umno mati di luar Umno seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn. Selamat berjuang di luar Umno, Dr Mahathir.


Isnin, Februari 29, 2016

NAJIB DAN ZAHID MAMPU PERKASAKAN UMNO



oleh SHAHBUDIN EMBUN
 (dipetik dari Berita Minggu, 28 Februari 2016)

Apabila tangan yang dihulurkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin , tidak disahut dengan salam persaudaraan yang boleh terus memperkasakan UMNO, maka amat sukar untuk melihat gandingan Najib-Muhyiddin untuk terus memikul tanggungjawab  memimpin parti yang paling  utama di negara kita ini.


Tindakan Muhyiddin ketika itu telah mengecewakan ramai ahli UMNO ,khasnya di kalangan peringkat akar umbi. Mereka mahukan Muhyiddin untuk bersama-sama berjuang dengan Najib bagi menyelesaikan isu dan masalah yang menimpa UMNO ketika itu dan bukannya menambahkan lagi garam pada luka yang semakin parah.


Itulah sebabnya ramai pemimpin parti sehingga di peringkat akar umbi bersetuju dengan tindakan Majlis Tertinggi UMNO untuk menggantung Muhyiddin Yassin yang ternyata terus menyerang Najib secara bertubi-tubi.Tindakan agresif Muhyiddin dilihat sebagai satu usaha yang boleh melemah dan memecahbelahkan parti.


Mungkin perkara yang tidak boleh diterima oleh mereka ialah Muhyiddin bukan sahaja bertindak sebagai seorang “pembangkang” , tetapi tidak memberikan sebarang jasa dan  sumbangan kepada parti,khasnya  sejak beliau mengistiharkan “perangnya” terhadap Najib.


Sungguhpun begitu,  masih ada yang menganggap tindakan menggantung Muhyiddin merupakan satu tindakan yang kurang bijak kerana akan menjejaskan kekuatan dan perpaduan dalam UMNO.


Namun perlu diingatkan juga bahawa pada masa yang sama, keputusan ini sebenarnya boleh membantu menguatkan parti kerana presiden parti memerlukan timbalan yang menjalankan tugas dan terus membantu beliau, dan bukannya yang terus mempersoalkan beberapa tindakan presiden parti.


Berikutan keputusan itu juga, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas timbalan presiden parti. Sememangnya, tidak dapat dinafikan lagi,  Zahid Hamidi merupakan pemimpin yang paling layak untuk menduduki kerusi nombor dua dalam parti UMNO.


Dan sehingga hari ini, gandingan Najib Razak dan Zahid Hamidi ternyata merupakan satu kombinasi yang seimbang dan dinamik. Semakin hari , ahli-ahli UMNO semakin mempercayai dan bertambah yakin yang gandingan padu ini akan membawa UMNO ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.


Penulis sempat bertemu dengan Zahid Hamidi di Alor Gajah, di satu majlis perkahwinan anak sahabat kami.Penulis sempat berbincang dengan beliau dan daripada perbualan kami,ternyata Zahid Hamidi begitu prihatin dan mengambil berat akan masa depan UMNO.


Penulis dapat merasakan  yang Zahid Hamidi lebih mementingkan perpaduan ,aspirasi serta dasar yang diperjuangkan oleh UMNO.”Inilah masanya untuk terus melihat ke hadapan dan membuktikan yang UMNO akan terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan rakyat Malaysia umumnya. Itulah matlamat kita”, jelas beliau lagi.


Apa yang dinyatakan oleh Zahid  Hamidi membuktikan  keputusan yang dibuat oleh UMNO adalah demi kepentingan parti dan negara .


Kita tidak boleh menghalang manusia dari terus bersuara. Dan pastinya isu perggantungan  Muhyiddin Yassin akan  menjadi topik yang hangat untuk dibahas dan dibincangkan, khasnya di kalangan ahli-ahli UMNO.Namun perbincangan dan perbahasan yang berterusan pada topik ini, tidak akan membawa UMNO  ke mana-mana.


Keputusan telah dibuat dan itulah keputusan yang sebaik-baiknya demi survival UMNO. Inilah masanya untuk menghentikan isu ini dan terus merangka program  dan tindakan untuk berdepan dengan cabaran yang lebih getir. Perlu diingatkan bahawa Pilihan Raya Umum akan berlangsung dalam masa dua tahun. Jika dari sekarang persediaan rapi tidak dibuat, jangan terkejut jika UMNO akan menghadapi masalah yang lebih besar untuk memenangi hati rakyat.


Itulah sebabnya, adalah lebih baik baki masa ini digunakan untuk  memberikan penjelasan kepada rakyat tentang pelbagai isu serta tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada pucuk pimpinan UMNO.
Sumbangan dan perjuangan UMNO sudah lama terpahat dalam sejarah negara.Dan UMNO juga telah melalui pelbagai ranjau dan liku dalam perjuangannya. Adalah menjadi harapan seluruh warga UMNO, krisis yang dilalui ini akan dijadikan sebagai teladan dan pengajaran  bagi terus memperkukuh dan memperkasakan UMNO sebagai parti yang akan terus memartabatkan kedudukan bangsa Melayu dan bersama-sama menabur jasa kepada seluruh rakyat Malaysia amnya.

CATATAN: Gambar di atas gambar penulis dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 13 tahun lepas.lepas



Ahad, Februari 28, 2016

LATIFAH OMAR SERASI DENGAN NORDIN AHMAD


HIBURAN






Ahad lepas saya  telah menulis tentang pelakon terkenal Nordin Ahmad. Kalau bercakap tentang pelakon tersebut, ia tidak sah kalau tidak disebut nama seniwati Latifah Omar.

Mereka berdua adalah pelakon serasi yang selalu digandingkan dalam filem-filem yang mendapat sambutan box office ketika itu. Seperti kata P. Ramlee, ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Begitulah di atas layak perak gandingan Nordin Ahmad-Latifah Omar tidak dapat dipisahkan.

Latifah Omar berlakon ketika berusia 14 tahun, lebih muda setahun dari Kasma Booty, seorang lagi seniwati terkenal.

Beliau dilahirkan pada 26 Mac 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan meninggal dunia pada 10 Jun lalu. Jenazah seniwati Latifah Omar atau nama sebenarnya Fatimah Omar, 74, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, pada pukul 11.20 pagi pada hari tersebut.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan usus kerana penyakit ulser yang dihidapinya.

Latifah berpindah mengikut ibunya ke Singapura pada 1948, kemudian (1953) buat pertama kalinya menghadapi kamera sebagai teman sekolah Dahlia (Norsiah Yem) dalam filem “Dahlia” (keluaran Keris Film) yang diarahkan B.S. Rajhans.

Pada tahun 1953 itu juga, Latifah diambil oleh K.R.S. Sastry berlakon dalam filem “Kerana Kau” yang turut dibintangi Mariam, Omar Rojik, Muhammad Hamid dan Sa’adiah.

Bagaimanapun peranannya terlalu kecil sehinggakan namanya tidak tercatat di ‘credit title’.

Tahun berikutnya (1954), atas kehendak P. Ramlee, Latifah (dalam filem dieja Latiffa) berlakon sebagai heroin kedua (gadis pulau bernama Melati) dalam filem “Panggilan Pulau” (MFP) arahan S. Ramanathan.

Ketika berlakon dalam filem ini, Latifah dikatakan bercinta dengan P. Ramlee. Tetapi mereka tidak jadi kahwin kerana P. Ramlee terlihat gambar Latifah memakai bikini dalam sebuah majalah hiburan.

Dalam filem yang mendapat sambutan hangat itu, Latifah tidak dapat memperlihatkan kebolehan berlakon yang sebenar, cuma apabila B.N. Rao menyerahkan peranan Aminah dalam “Merana” terserlah kehebatan lakonannya kerana dalam filem tersebut fokus lebih tertumpu kepadanya jika di bandingkan P. Ramlee.

Begitupun juga, dalam “Insan” (K.M. Basker) dan “Empat Isteri” (B.S. Rajhans) peranannya tidak boleh dianggap sebagai heroin seperti “Merana” kerana adanya Sa’adiah dan Siput Serawak (“Insan”) serta Saloma, Mariani dan Normadiah (“Empat Isteri”).

Pada tahun 1956, S. Ramanathan mengandingkannya dengan Yusof Latiff dalam “Bernoda”, dan seterusnya “Menyerah” (K.M. Basker) sekali lagi berherokan Yusof Latiff dan akhir sekali “Putera Bertopeng” (K.M. Basker) dengan Ahmad Mahmud sebagai heronya.

Agak menarik, pengunduran diri Latifah dari Malay Filem Production (MFP) sama dengan berhentinya Nordin Ahmad (filem terakhirnya “Belantara”) setelah kontraknya tamat kemudian mendapat tawaran yang lebih baik di Cathay-Keris.

Agak sedih, bagi Latifah (bergaji bulan) dia terpaksa memberi notis sebulan kerana adanya pertikaian antara dia dengan pihak majikan (MFP) disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu majlis yang ada hubungkait dengan filem – sehingga sampai ke peringkat dia di marahi.


Kemarahan MFP itu jelas di terjemahkan dalam filem “Putera Bertopeng” apabila namanya di ‘credit title’ di potong. Nama Ahmad Mahmud, Normadiah, Haji Mahadi, Aziz Sattar dan lain-lain yang berkenaan semua ada, tetapi nama Latifah tiada.

Di Cathay-Keris, filem pertamanya “Selendang Delima” (filem keempatnya dengan K.M. Basker) kemudian diikuti “Serangan Orang Minyak” (pertama kali berlakon dibawah arahan L. Krishnan).

Bersama Nordin Ahmad, Latifah sering digandingkan. Filem-filem lakonan mereka yang mendapat sambutan termasuklah “Hang Jebat”, “Lanchang Kuning”, “Laila Majnun”, “Chuchu Datok Merah”, “Gul Bakawali”, “Patong Chendana” dan “Gurindam Jiwa”.

Lain-lain filem Latifah di Cathay-Keris antaranya “Raden Mas”, “Bawang Puteh Bawang Merah”, “Che Mamat Parang Tumpol”, “Chelorong Cheloreng”, “Bayangan Di Waktu Fajar”, “Rumah Itu Dunia Aku,” “Kalong Kenangan,” “Wan Perkasa,” “Kaseh Ibu,” “Chinta Kaseh Sayang,” “Ikan Emas” dan “Naga Tasek Chini.”

Apabila dunia perfileman Melayu mulai menampak kemerosotan, Latifah menghilangkan diri. Tetapi kemudian pada 1971, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem “Putus Sudah Kaseh Sayang” iaitu pertemuan semula P. Ramlee-Latifah selepas “Merana” (1954).

Filem terakhir Latifah “Hati Batu” (1973) arahan M. Amin (yang merupakan juga filem terakhir keluaran Cathay-Keris) yang turut di bintangi S. Azam, Fauziah Ahmad Daud, M. Shahdan dan Salleh Melan.

Sabtu, Februari 27, 2016

MUSA LEBIH GENTLEMAN DARI MUHYIDDIN

Bekas Timbalan Presiden Umno, Musa Hitam lebih gentleman dari Muhyiddin Yassin. Apabila Musa tidak setuju dengan Dr Mahathir Mohamad, beliau meletakkan jawatan sebagai TPM dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1986. Sebaliknya apabila Muhyiddin tidak setuju dengan Najib Razak, beliau terus mengkritik Najib setelah kehilangan jawatan TPM pada Julai 2015.


 Sepatutnya apabila Muhyididn tidak bersetuju dengan Najib, beliau meletakkan jawatan timbalan presiden dan bukannya menunggu majlis tertinggi mengantung jawatannya. Semalam secara rasmi MKT menggantung Muhyididn Yasin dari jawatan Timbalan Presiden Umno sehingga pemilihan akan datang.

Ini bermakna Musa lebih gentleman dari Muhyiddin. Ahli ahli Umno Johor mengamuk dan marah kepada Dr Mahathir ketika itu. MKT terpaksa menghantar empat wakilnya ke London untuk memujuk Musa menarik balik keputusannya. Musa menarik balik peletakan jawatan timbalan presiden Umno.

Pada tahun yang sama, Muhyiddin Yasin selaku MB Johor bekerja keras menerangkan tindakan Musa kepada rakyat Johor dan Umno Johor tidak tergugat dalam PRU 1986. Semalam Naib Presiden Umno dari Johor, Hishamuddin Hussein mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi untuk menggantung Muhyiddin.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad mengucapkan tahniah kepada pemimpin Umno Johor yang mempengerusikan mesyuarat MKT menggantung Muhyiddin. Ini bukan soal Johor seperti kata MB Johor, Khaled Nordin tetapi ini soal timbalan presiden yang tidak sebulu dengan presiden Umno lagi.

MKT terpaksa membuat keputusan ini walaupun berat memandangkan PRU semakin hampir. Itu pun mujur Muhyiddin tidak dipecat dari Umno. Seperti kata Nazri Aziz, kesan pemecatan Anwar sebagai TPM lebih kuat dari kesan pemecatan Muhyiddin dari jawatan TPM.

Setiap minggu penyokong Anwar mengadakan reformasi di masjid Kg Baru sebaliknya pemecatan Muhyiddin dari jawatan TPM tidak menimbulkan sebarang protes daripada rakyat. Betul juga kata Nazri yang mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pemimpin Umno semuanya mengampu Najib. Menurut Nazri, masa Anwar dipecat dari Umno, walaupun Anwar sahabat baik Nazri tetapi oleh kerana Dr Mahathir adalah boss Umno, maka beliau patuh kepada boss. Ketika itu Nazri pun mengampu ayah Mukhriz.

. Kenyataan Mukhriz terpercik ke mukanya sendiri. Sekarang tugas Khaled Nordin untuk menenangkan rakyat Johor yang tersinggung dengan penggantungan Muhyiddin. Seperti kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa, maka bila tiba masanya ahli ahli Umno Johor akan pulih kembali. Muhyiddin sudah berikrar akan sehidup semati dengan Umno. Jika beliau keluar dari Umno ini bermakna beliau melanggar sumpahnya sendiri. Kecuali beliau dapat tawaran jadi PM melalui Pakatan Rakyat. Ini bermakna beliau kena menyertai PKR terlebih dahulu.





Jumaat, Februari 26, 2016

MALAYSIAKINI PUN PATUT DISEKAT



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan sekatan terhadap laman berita The Malaysian Insider (TMI) dibuat berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai.

Suruhanjaya itu berkata portal itu telah mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, SKMM memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas artikel yang dipertikaikan itu.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.

Seseorang yang melakukan kesalahan bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Keterangan sekatan itu semalam menyebut TMI disekat kerana melanggar undang-undang negara.

Sekatan itu menimbulkan kebimbangan aktivis media bebas dan hak asasi manusia di negara ini.

Ulasan saya, SKMM juga patut menyekat Malaysiakini kerana banyak berita yang disiarkan oleh portal berita itu mengelirukan para pembaca.
Paling terbaru, Malaysiakini melagakan para pemimpin Umno seperti Timbalan Presidennya, Muhyiddin Yassin dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik, Nazri Aziz. Nazri bukannya berkata Muhyiddin anjing tetapi disalahtafsir oleh Naib Presiden Umno, Shafie Apdal yang menghentam Nazri pula. Maka Nazri membodohkan Shafie pula.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad mempertahankan Muhyiddin dalam isu Nazri ini di mana Nazri menyindir Muhyiddin patut mencontohi Ismail yang mempertahankan ketua bahagiannya (Muhyiddin). Kata Nazri, Muhyiddin patut bertindak seperti Ismail dengan mempertahankan Najib (ketua Muhyiddin).

Sebaliknya Malaysiakini melaporkan Ketua Umno Pagoh, Mohd Zaid Abdul Rahman sedangkan ketuanya adalah Muhyiddin. Ini bermakna Malaysiakini terus mengelirukan rakyat Malaysia.

Dengan tindakan Malaysiakini melaga-lagakan para pemimpin Umno, maka ahli Umno semakin keliru dan sepatutnya Malaysiakini disekat juga macam The Malaysian Insider.


Khamis, Februari 25, 2016

ANAK MAHATHIR ORANG MELAYU KEENAM TERKAYA DI MALAYSIA

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir turut berada di dalam senarai keenam terkaya dengan kekayaannya AS$700 juta (RM2.52 bilion). Beliau baru-baru ini meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.

Akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion).

Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary, 63, kekal sebagai ahli perniagaan Melayu terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion), mengikut maklumat yang dikumpul oleh majalah perniagaan, Forbes.


Beliau yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi bermula kariernya sebagai pedagang beras dan kini menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom. Syarikat-syarikatnya itu juga berjaya memenangi beberapa projek utama kerajaan seperti pengangkutan dan komunikasi.

Selain itu, perniagaannya turut meliputi industri tenaga, perladangan, pelabuhan dan pembekalan pertahanan.

Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah itu, Syed Mokhtar berada di kedudukan kelapan.

Sementara itu, Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank, merupakan orang Melayu kedua terkaya dengan nilai kekayaan AS$865 juta (RM3.11 bilion).

Tempat ketiga ialah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin yang merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana). Kekayaan terkumpul kedua-dua beradik itu ialah AS$860 juta (RM3.10 bilion).

Seterusnya ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dengan nilai kekayaan sebanyak AS$740 juta (RM2.66 bilion). Beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G. Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil.


Melayu terkaya berikutnya ialah Ahmayuddin Ahmad dengan kekayaan AS$600 juta (RM2.16 bilion). Beliau bersama orang ke-17 terkaya di Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam merupakan pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings.

Kekayaan Ahmayuddin melonjak 36 peratus menurut Forbes hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun turut berada di dalam senarai dengan kekayaan sebanyak AS$540 juta (RM1.94 bilion) yang mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Melayu terakhir yang berada di dalam senarai tersebut ialah Datuk Abdul Hamed Sepawi yang terlibat dalam industri pembalakan menerusi syarikatnya, Ta Ann Holdings dengan kekayaan AS$255 juta (RM918 juta). Selain itu, beliau turut terlibat di dalam sektor kelapa sawit, pembinaan dan O&G.

Mengikut senarai penuh 50 individu terkaya itu, Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan kekayaan AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion) dengan asetnya menerusi syarikat PACC Offshore Services Holdings dan Wilmar International. Tempat kedua ialah T. Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion (RM34.9 bilion) menerusi jenama perniagaan Astro dan Maxis.

JANGAN DIKELIRUKAN DENGAN PEMBOHONGAN WALL STREET JOURNAL

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Salleh berkata rakyat Malaysia tidak harus membenarkan diri mereka dikelirukan oleh propaganda, pembohongan dan kempen memburuk-burukkan menerusi penyamaran jijik sebagai berita.

"Cerita sebenar mengenai Malaysia adalah berbeza - kedudukan ekonomi baik, walaupun dalam keadaan ekonomi global tidak menentu.

"Perdana Menteri mempunyai perancangan, dan ia berjalan dengan baik. Sebagai contoh, Tabung Kewangan Antarabangsa baru-baru ini memuji kerajaan kerana menjaga keselamatan negara dengan mengekalkan kestabilan, dan mengatakan bahawa "ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik ". Dan baru semalam Fitch (Rating Inc) mengesahkan Malaysia berada pada tahap 'A-' dengan prospek stabil.

"Mengapa perkara ini tidak disebut dalam artikel terbaru Wall Street Journal (WSJ)? Sebenarnya ia tidak begitu menyenangkan bagi WSJ. Agenda anti-Malaysia mereka menjadi lebih jelas setiap hari," katanya.

Beliau menyelar WSJ kerana mengamalkan apa yang beliau sifatkan sebagai kewartawanan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata serangan berterusan WSJ terhadap Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berdasarkan dakwaan tidak berasas dan sumber tanpa nama yang menurutnya mungkin tidak langsung wujud.

"...ini contoh klasik kewartawanan tidak bertanggungjawab yang ekstrem. Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen Anti-Najib," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Memberikan contoh artikel terbaru disiarkan WSJ, beliau berkata akhbar itu membangkitkan dakwaan lama tentang siasatan Switzerland ke atas kononnya syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi gagal untuk menyebut fakta bahawa Peguam Negara Switzerland telah menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung.

"Mereka mendakwa kononnya 'seorang pegawai Saudi berkata kementerian kewangan dan kementerian luar negara itu tidak tahu menahu mengenai sumbangan berkenaan dan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak pernah berlaku sebelum ini' - langsung tidak mempedulikan hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang sumbangan itu memang datang dari negaranya!

"Kenapa WSJ tidak menghiraukan butiran penting seperti ini, yang amat mustahak terhadap mana-mana laporan tidak berat sebelah mengenai berita ini? Sebab mereka tidak berminat untuk menjadi tidak berat sebelah, apatah lagi untuk mematuhi etika dalam kewartawanan. Mereka amat komited - sama ada untuk ditipu atau kerana mahu mengikut agenda mereka sendiri - bagi memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi," katanya.

Katanya WSJ juga mendakwa kononnya mendapat tahu daripada "seorang menteri kabinet", "seorang pegawai Saudi" dan versi laporan interim Ketua Audit Negara "tahun lepas" yang mereka dakwa dibocorkan kepada mereka tetapi tidak menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu.

"Di mana bukti semua ini? Bagaimana untuk kita tahu yang orang berkenaan wujud? Bagaimana kita tahu bahawa laporan itu tulen dan bukan palsu?" soal Menteri.

Salleh memetik apa yang dikatakan oleh Margaret Sullivan, editor New York Times yang bertanggungjawab mengenai standard: "Tidak menamakan sumber merupakan pilihan terakhir. Editor mempunyai peranan di sini...dalam memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan bahan daripada sumber-sumber yang tidak dikenali, terutama yang menggunakan petikan, bagi disiarkan. Pembaca berhak untuk membantah apabila mereka melihat sumber yang tidak dinamakan yang tidak sepatutnya diterbitkan."

Beliau menegaskan selain daripada Tony Pua daripada DAP, semua orang yang dipetik dalam artikel WSJ itu tidak dinamakan.

"Menyebut suatu sumber tanpa nama merupakan etika kewartawanan paling teruk. Jadi mengapa editor-editor WSJ membenarkan perkara ini? Tiada apa yang berlaku secara kebetulan pada akhbar seperti WSJ," katanya.

Rabu, Februari 24, 2016

NAZRI MENTERI YANG PALING BERANI



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dua hari lepas meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatannya sebagai timbalan presiden Umno jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan Umno menyatakan dengan jelas tugas timbalan presiden parti itu adalah untuk membantu presiden.

"Adalah menjadi satu kesalahan, jika timbalan presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu," kata Nazri, yang juga menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurutnya Muhyiddin juga silap bila beliau menyatakan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengambil tindakan terhadap beliau kerana tiada bukti tentang kesalahannya itu.

"Sebelum Perhimpunan Agung Umno yang lepas, beliau (Muhyiddin) bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan perjumpaan terbuka yang digunakan untuk menghentam Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Sekarang, beliau masih lagi mempersoalkan isu seperti sumbangan RM2.6 bilion yang diumumkan selesai peguam negara dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih lagi dalam prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara," katanya ketika ditemui pemberita semasa melakukan lawatan kerja hari ini.

Nazri berkata semua perkara itu bukti nyata yang menunjukkan Muhyiddin tidak bersama presiden, dan perbuatannya itu boleh dikenakan tindakan.

"Muhyiddin juga tidak lagi menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan perwakilan yang mengundi beliau untuk menyandang jawatan itu," katanya.

Nazri berkata jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, beliau sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keahliannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang.

Ulasan saya, nampaknya Nazri menteri yang paling berani mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden Umno.

Walaupun Nazri ahli majlis tertinggi Umno yang dilantik tetapi beliau sebadge dengan Muhyiddin sebagai Exco Pemuda Umno pada tahun 1978 di zaman Haji Suhaimi Kamaruddin.  Malah di zaman Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda, beliau juga Exco Pemuda bersama Muhyiddin.

Tetapi Muhyiddin lebih awal jadi ahli parlimen dan timbalan menteri dari Nazri yang lambat bertanding dalam pilihanraya umum. Sebab itu Muhyiddin lebih ke depan dari Nazri dalam jawatan kerajaan sedangkan mereka satu badge dalam politik Umno.

Nazri lama menjadi naib ketua pemuda di zaman Najib dan Rahim Thamby Chik. Malah beliau turut didesak bertanding jawatan ketua pemuda selepas Rahim melepaskan jawatan ketua pemuda pada tahun 1996, tetapi beliau menolaknya dan memberi ruang kepada Zahid Hamidi mencabar Rahim dan Annuar Musa.

Beliau letih bertanding ahli majlis tertinggi tetapi Najib mengekalkan beliau sebagai menteri dan melantiknya sebagai ahli majlis tertinggi. Oleh itu jika beliau mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan maka beliau memang wajar berbuat demikian kerana beliau bukan orang baru dalam politik.

Sama samalah kita tunggu mesyuarat majlis tertinggi Umno hujung bulan ini sama ada beliau berani mencadangkan penggantungan Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.


Selasa, Februari 23, 2016

NAJIB SELAMATKAN MAHATHIR PADA TAHUN 1987



Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak Sabtu lalu mengingatkan pengkritik nombor satunya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimana sayap Pemuda Umno yang dipimpinnya, telah 'menyelamatkan' Umno selepas pendaftarannya dibatalkan pada 1988.

Sambil menegaskan bahawa "80 peratus" parti menolak kepimpinan Mahathir, yang menyelamatkan Umno adalah sayap Pemuda yang dipimpinnya, dakwa perdana menteri.

"Pemuda Umno adakan majlis, di mana saya telah menyerahkan ribuah ahli baru kepada Mahathir.

"Mula lah sejarah Umno baru dapat kita bangunkan


"Kalau tak, Umno Baru akan tergugur, orang putih kata 'stillborn'. Tetapi kerana jasa Pemuda, Umno selamat," kata Najib dalam ucapannya di majlis yang diadakan  untuk memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87) di PWTC.

Umno Baru telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram ekoran satu keputusan mahkamah. Dalam pemilihan parti pada 1987, Umno telah berpecah kepada dua pasukan dan Mahathir menang tipis jawatan presiden parti.

Kemenangan Mahathir. bagaimanapun, membuat pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah tidak puas hati dan menubuhkan parti serpihan Semangat 46. Peristiwa ekoran perpecahan itu kemudiannya membawa kepada pembatalan pendaftaran.

Sementara itu, ketika menyingkap 40 tahun pengalaman politiknya, Najib mengakui banyak kisah pahit, manis, getir dan suka duka yang telah dilaluinya.

Namun, katanya, tidak ada satu profesyen lain yang boleh menyaingi profesyen sebagai seorang ahli politik sekiranya hasrat seseorang itu adalah untuk membantu rakyat dan untuk mengubah masa depan negara.

"Sebab itulah saya anggap profesyen sebagai seorang ahli politik satu profesyen yang banyak keistimewaan," katanya.

Doktor mungkin boleh menyembuhkan orang sakit dan jurutera membina jambatan, kata Najib, tetapi ahli politik mempunyai kemampuan untuk mengubah masa depan bangsa, agama, dan negara.

Najib mengakui bahawa dia berada di persimpangan sama ada mahu menyertai politik selepas kematian bapanya pada tahun 1976.

"Sebab masa tu banyak yang kata saya terlalu muda dan tunggu dulu, sabar dulu.

"Tetapi saya kata tak apa lah kerana niat saya tak lain tak bukan untuk menyumbang bakti saya kepada bangsa, agama dan negara.

"Kalau saya tidak ada kemampuan,sama ada parti itu akan tolak saya atau rakyat akan tolak saya," katanya.

Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan tanpa bertanding pada tahun 1976 selepas kerusi itu kosong berikutan kematian bapanya.

Berusia 23 tahun ketika itu, Najib juga menjadi timbalan menteri paling muda apabila beliau dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos dan kemudiannya menjadi menteri besar paling muda yang mengangkat sumpah jawatan pada usia 29.

Ulasan saya, memang benar di saat saat Dr Mahathir ditentang Ku Li dalam pertandingan Presiden Umno pada 24 April 1987, Ku Li dalam kempennya bersama para penyokong Team B di Kuala Terengganu mengisytiharkan beberapa orang menteri dan timbalan menteri menyokongnya seperti Shahrir Samad, Ajib Ahmad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad dan ramai lagi.

Kemudian Najib menarik diri dan menyokong Dr Mahathir apabila Anwar Ibrahim yang bertanding jawatan Naib Presiden Umno melepaskan jawatan Ketua Pemuda dan Najib memangkunya. Jika Najib tetap menyokong Ku Li, sudah tentu Dr Mahathir kalah dalam pertandingan tersebut.

Najib dikatakan tidak tetap pendirian oleh para penyokong team B tetapi sikap Najib inilah yang memenangkan Dr Mahathir dengan 43 undi. Ku Li dikatakan sudah mendahului Dr Mahathir ketika proses mengira undi dijalankan tetapi pihak Ku Li mendakwa berlaku penipuan sewaktu mengira undi yang menyebabkan Ku Li tewas tipis.

Inilah jasa Najib kepada Dr Mahathir yang sepatutnya bekas PM  itu terhutang budi kepada Najib. Selepas Ku Li tidak dibenarkan menyertai Umno baru, baharulah Dr Mahathir kekal menjadi Presiden Umno selama 22 tahun kerana Dr Mahathir sudah menyingkirkan seteru politiknya seperti Ku Li dan Musa Hitam. Musa Hitam kembali ke dalam Umno tetapi Ku Li meneruskan hasrat untuk menghidupkan Umno lama melalui Semangat 46.

Tanpa kerja keras Najib membantu Dr Mahathir pada 1987, Dr Mahathir sudah tentu tersingkir dan Ku Li yang menjadi Presiden Umno pada 24 April 1987. Inilah sejarah yang Dr Mahathir mudah lupa dan tergamak beliau menjatuhkan Najib dengan mengajak semua parti pembangkang menjatuhkan najib.

Tetapi pemimpin PKR, Rafizi Ramli tidak berminat dengan pelawaan Dr Mahathir yang mahu menjatuhkan Najib selagi sistem tidak berubah. Masakan PKR lupa kerana Dr Mahathirlah, Anwar ditahan ISA pada tahun 1998 dan kerana Dr Mahathirlah Anwar dihumban ke penjara. Justru itu PKR tidak mudah tertipu dengan pelawaan Dr Mahathir.


Isnin, Februari 22, 2016

NAJIB TAK MUDAH TUNDUK SERANGAN FITNAH DAN TOHMAHAN



oleh SHAHBUDIN EMBUN


(sudah tersiar dalam Berita Minggu, 21 Februari 2016)


21 Februari 1976 merupakan tarikh bermulanya penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bidang politik. Pada usia 23 tahun ketika itu ,beliau telah memenangi kerusi Parlimen Pekan yang kosong, berikutan kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976. Tidak lama selepas itu, sewaktu pentadbiran AllahyarhamTun Hussien Onn, Najib telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan merupakan Timbalan Menteri paling muda dilantik dalam sejarah pentadbiran Malaysia iaitu pada usia 25 tahun.

Sejarah terus tercatat apabila Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun. Dan sepanjang 40 tahun penglibatan Najib dalam bidang politik, beliau telah menempa pelbagai lagi kejayaan baik di peringkat UMNO mahupun pentadbiran kerajaan . Dan tidak kira dalam apa jua jawatan dan tanggungjawab yang diamanahkan di bahu beliau, Najib telah melaksanakannya dengan cemerlang.

Namun bukan pencapaian peribadi seperti itu yang menjadi kebanggaan Najib. Sebagai pemimpin, beliau lebih mementingkan apakah yang boleh disumbangkan lagi kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Najib pernah menegaskan bahawa beliau tidak akan mengecewakan ahli UMNO dan rakyat Malaysia dalam menunaikan tanggungjawabnya mentadbir negara. "Semua pemimpin menghadapi cabaran dan apabila dah masuk ke gelanggang, jangan kita keluar di tengah-tengah perlawanan, saya tidak akan berundur, Insya-Allah. Kita akan bergerak maju ke depan," Itulah kata-kata yang terus membakar semangat Najib untuk terus berjuang membawa negara kita maju ke hadapan.

Apa yang pasti Najib akan berjuang bermati-matian demi mempertahankan perjuangan yang diwarisi oleh para pemimpin sebelumnya. "Kalau orang nak hancurkan parti, mestilah serang pemimpinnya. Kalau sudah hilang kepercayaan pada pemimpin, maka mudahlah parti itu tumbang pada bila-bila masa," Itulah yang dirumuskan oleh Najib ketika ada pihak yang cuba menjatuhkan UMNO .

Sepanjang 40 tahun ini juga, Najib telah melalui asam garam dan merasai pelbagai peristiwa pahit manis dan sepak terajang dalam kerjaya politiknya.Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu serta tuduhan tentang dana politik dari pelbagai pihak merupakan ujian dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh Perdana Menteri Malaysia ini.

Semua yang dilalui ini memberikan beliau satu pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Benarlah kata orang, pengalaman adalah sebaik-baik guru dan pengalaman seperti inilah yang menjadikan Najib lebih matang dan tenang serta tidak pernah hilang pertimbangan dalam menghadapi pelbagai krisis,dugaan dan cabaran.

Itulah sebabnya juga kita semua tidak terkejut bagaimana Najib boleh mengekalkan ketenangan dan kesabaran walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dari mereka yang ingin menjatuhkannya.Sifat ketenangan yang dimiliki oleh Najib tidak bermakna beliau kalah, bahkan menggambarkan sifat seorang pemimpin yang hebat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengenali Najib sejak 30 tahun lalu merupakan orang yang paling layak memberikan komen tentang keperibadian dan kewibawaan Najib sebagai pemimpin.Menurut Zahid Hamidi, Najib memiliki kesabaran yang sangat luar biasa dan keistimewaan inilah yang telah ditakdirkan Allah kepada beliau untuk berada pada kedudukan sekarang.

Menurut Zahid Hamidi lagi, “Beliau sabar, tidak nampak gundah langsung walaupun dicabar dengan pelbagai keadaan”

Di sebalik ketenangan yang dimiliki oleh Najib, tersimpan semangat waja yang perlu ada pada pemimpin yang hebat. Tidak semua pemimpin boleh bertahan dengan apa yang dilalui oleh Najib dan pastinya ramai yang akan mengundurkan diri.

Namun bagi Najib, sikap mudah mengalah tidak pernah ada dalam kamusnya.Bagi Najib yang mempertahankan prinsip berani kerana benar, akan terus berdiri teguh menentang segala tohmahan dan fitnah , yang merupakan agenda pihak yang tidak ingin melihat beliau memimpin negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

Inilah masanya untuk rakyat Malaysia berganding bahu memberikan sokongan kepada Najib untuk meneruskan pelbagai program yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia umumnya.Di samping itu, penglibatan rakyat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi pastinya akan membantu usaha Najib meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebagaimana yang disasarkan oleh beliau dalam pelbagai program transformasi yang diperkenalkan kepada kita semua.








Ahad, Februari 21, 2016

NORDIN AHMAD PUN MENINGGAL DI USIA MUDA

HIBURAN

Tentu anda masih ingat senikata lagu Gurindam Jiwa, “Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan”.

Lagu ini menjadi siulan anak muda pada tahun 1966 apabila filem Gurindam Jiwa ditayangkan di seluruh negara.

Filem lakonan pasangan popular Nordin Ahmad dan Latifah Omar itu mendapat sambutan hangat. Lakonan Nordin Ahmad amat berkesan. Beliau merupakan seorang pelakon filem Melayu yang terulung. Lakonannya hidup menyebabkan beliau disanjung selain dari P. Ramlee.

Seperti juga P. Ramlee, Nordin Ahmad juga anak kelahiran Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Butterworth pada tahun 1932. Beliau juga meninggal dunia dalam usia yang muda ketika berusia 39 tahun pada 15 Jun 1971 kerana menghidap demam kuning.

Beliau meninggalkan seorang balu Salmah Ibrahim serta tiga orang anak, Asmah, Tuah dan Asnor.

Selain Gurindam Jiwa, lakonan Nordin Ahmad menonjol dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong, Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas.

Namun yang pasti, setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani dengan dialog berpantun:

“Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu.”

Penglibatan beliau bermula apabila beliau bekerja sebagai kerani di Singapura pada 1951 dan beliau tidak pernah menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon sehingga melihat iklan mencari pelakon baru di akhbar Utusan Melayu.


Beliau menghadiri uji bakat bersama Malay Film Production (MFP) tetapi gagal kerana pengarah S. Ramanathan yang mengujinya berpendapat Nordin tidak mampu berlakon.

Nordin menerima tawaran bekerja sebagai buruh kasar di studio MFP dengan harapan dapat menjadi pelakon pada satu hari kelak. Beliau diberi peluang muncul sebagai pelakon tambahan tanpa dailog dalam filem Rayuan Sukma dan Juwita.

Pengarah Haji Mahadi mengambil Nordin menjadi pelakon utama dalam filem Permata di Perlimbahan berganding dengan Maria Menado. Filem itu gagal di box office yang menyebabkan beliau terpaksa menjadi pelakon tambahan semula. Biarpun begitu beliau tetap tidak berputus asa.

Pada tahun 1956 P. Ramlee menawarkan watak Teruna kepada Nordin Ahmad dalam filem Semerah Padi. Kejayaannya sebagai Teruna melonjakkan namanya sebagai seorang bintang filem. Cathay Keris menyambar beliau dari MFP dan beliau menjadi hero dalam filem-filem terbitan Studio Cathay Keris.

Bakat Nordin menarik perhatian ramai pengarah filem. Mereka berlumba-lumna untuk mengambil Nordin berlakon dalam filem arahan mereka seperti filem Hang Jebat arahan Husain Haniff, Cucu Datuk Merah arahan M. Amin dan Seri Mersing arahan Salleh Ghani.

Tidak ramai yang tahu bahawa Nordin yang popular sebagai pelakon juga pernah diberi peluang menjadi pengarah filem. Tetapi beliau tidak begitu berjaya di bidang arahan filem. Pada tahun 1964 beliau mengarahkan filem sulungnya Wan Perkasa yang tidak begitu berjaya.

Namun demikian beliau terus diberi peluang mengarah filem Kasih Ibu, Naga Tasek Chini, Play Boy, Kekasih, Nafsu Belia, Keranda Berdarah dan Lubang Neraka.


Beliau mengakui bahawa beliau lebih dikenali sebagai pelakon daripada pengarah filem. Kekuatan lakonannya menyebabkan kita kehilangan seorang pelakon yang terulung di zamannya.

Seperti juga P. Ramlee yang meninggal dunia dalam usia yang muda 44 tahun, beliau dijemput Allah dua tahun lebih awal dari P. Ramlee ketika berusia 39 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 15 Jun 1971 kerana menghidap demam kuning. Beliau meninggalkan seorang balu Salmah Ibrahim serta tiga orang anak, Asmah, Tuah dan Asnor.

Setiap kali menonton filem lama di televisyen, kita akan ingati Nordin Ahmad kerana lakonannya yang terserlah.

Di antara filem-filem lakonannya ialah Anakku Sazali (1956), Abu Hasan Pencuri (1955), Aladdin (1951), Arjuna (1954), Air Mata Duyong, Bernoda.

Belantara, Cemburu Cucu Datok Merah, Dang Anum (1962), Gado Gado, Gelora Hidup, Gul Bakawali, Gurindam Jiwa, Hang Jebat (1961) dan Hang Tuah.

Lanchang Kuning, Laila Majnun, Panggilan Pulau (1954), Raden Mas, Serangan Orang Minyak, Orang Minyak, Pejodohan (1954).

Patong Chendana, Pemata Di Perlimbahan (1952), Playboy (1968), Siti Zubaidah, Sri Mersing, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Tun Fatimah, Tajul Asyikin, Hutang Darah Dibayar Darah, Noor Islam (1961), Semerah Padi (1956) Sial Wanita (1969) Jahanam (1971)Mahsuri (1959), Jula Juli Bintang Tujuh, Yatim Mustapha, Putus Harapan, Kipas Hikmat, Panglima Besi, Sri Kandi dan Simurai.

2,027 ORANG BACA POSTING RICH HERITAGE SEMALAM

Semalam blog ini yang menyiarkan posting mengenai Rich Heritage menarik 2,027 hit. Saya amat terperanjat kerana setiap hari hit yang dicapai oleh blog ini ialah sekitar 500 hit sahaja. Saya tak pasti apa punca posting itu mendapat sambutan hangat. Adakah kerana ia satu skim pelaburan yang dinanti nanti oleh rakyat Malaysia selama ini? Kita tunggu pelancaran Rich Hetitage pada awal Mac ini.

Sabtu, Februari 20, 2016

RICH HERITAGE SASAR TARIK 500,000 AHLI TAHUN INI

Dalam suasana kos sara hidup yang tinggi, seorang timbalan menteri mencadangkan supaya rakyat Malaysia membuat dua pekerjaan yang berbeza untuk menambah pendapatan keluarga. Salah satu cara untuk menambah pendapatan individu ialah dengan menyertai Rich Heritage satu skim pelaburan terbaharu yang diperkenalkan di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rich Heritage, Dato Azir bin Abu Samah (baju hitam)  skim itu sudah diperkenalkan pada tahun 2015 dan formula yang diperkenalkan itu terbukti mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada ahli yang menyertai skim tersebut.

"Bagi saya, ia bukan satu pelaburan tetapi program berkongsi ekonomi," katanya kepada blog catatanzabidi dalam satu pertemuan eksklusif  di sebuah hotel terkemuka Khamis lalu. Beliau yang turut disertai isterinya Datin Narita Ismail  berkata pada tahun lepas ia telah menarik 100,000 orang ahli.

"Tetapi oleh kerana rakan kongsi saya tamak, maka saya tarik diri dan saya buat sendiri skim ini pada tahun ini dengan modal minima bagi individu yang mahu menyertai skim ini sebanyak RM350<" ujar beliau. Rich Heritage yang menggunakan lesen offshore sedang berunding dengan pihak berwajib supaya skim ini dapat diterima oleh pihak kerajaan sebagai wadah untuk menambah pendapatan rakyat.

Katanya, dengan modal sebanyak RM350, setiap orang akan mendapat keuntungan yang dibayar setiap bulan pada 10 haribulan. Ia ibarat main kutu dan bukannya secara pemasaran bertingkat (multi level marketing).

"Saya tidak anggap skim ini sebagai skim saya tetapi saya anggap ia sebagai membina satu komuniti untuk berkongsi ekonomi," katanya yang berhasrat skim ini diterima oleh semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Azir yang berusia 43 tahun berasal dari Johor bangga selepas buat majlis penerangan di Ipoh tiga hari lepas, seorang taukeh Cina sanggup menyertai skim itu dengan modal sebanyak RM500,000. Semakin besar seseorang itu melabur, semakin banyak pulangan yang diterima setiap bulan.

Beliau berharap skim ini dapat membantu siswazah yang menganggur malah pelajar universiti kerana syarikat membayar keuntungan setiap bulan,. Beliau bersyukur kerana skim ini diterima oleh pesara sebagai punca pendapatan tambahan.

"Oleh itu saya menyeru setiap rakyat Malaysia menyertai skim ini kerana ia mampu menjana pendapatan keluarga. Saya sasarkan skim ini dapat menarik 500,000 rakyat Malaysia pada tahun ini," tegasnya yang akan membuat road show di seluruh negara secara agresif.

Katanya lagi, syarikat akan beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam mulai bulan April ini dan mempunyai pejabat di setiap negeri. Untuk permulaan, Rich Heritage akan memperkenalkan satu produk minyak wangi pada 12 Mac ini dengan melantik seorang artis Indonesia yang popular sebagai duta produk.

"Kami melantik artis Indonesia sebagai duta produk kerana kami mahu skim ini bukan sahaja diterima di negara kita malah di Indonesia yang pasarannya lebih besar," ujarnya lagi.

Katanya, banyak skim yang bagus di negara ini untuk menjana ekonomi rakyat tetapi banyak skim yang gagal apabila penganjurnya tamak, tidak jujur dan tidak ikhlas.

Azir menjelaskan pada mulanya skim seperti ini bagus dapat membayar dividen kepada ahli tetapi apabila duit sudah banyak maka penganjur gelap mata dan tamak, maka sebab itulah banyak skim ditutup dan membuatkan orang ramai serik untuk melabur.

Beliau memberi jaminan Rich Heruage tidak akan menipu rakyat kerana nawaitu mereka untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung mereka.

"Saya cipta formula ini bukan untuk kaya tetapi untuk kongsi ekonomi dengan komuniti kerana orang sekarang malas jual produk maka formula ini memang betul dapat menjana ekonomi masyarakat," katanya lagi.

Dengan tiga strategi beliau berkata Rich Heritage akan menerangkan hala tuju syarikat, mengadakan perjumpaan  hi tea mingguan, mengadakan makan malam bulanan untuk peserta yang mendapat pencapaian yang tinggi dan memperkenalkan produk baru dari masa ke semasa.

Bagi menyertai skim Pakej Gold, modal bagi individu ialah RM3500. Di bulan pertama anda dapat RM800, di bulan kedua anda dapat RM800 juga. Di bulan ketiga anda dapat RM800 juga tetapi di bulan keempat dikira bulan matang anda dapat RM6000 tolak RM3500.





 Ini bermakna pada bulan keempat anda mendapat RM800 campur RM800 campur RM800 campur RM2500 anda dapat RM4900. Pakej ini untuk satu tahun sahaja dengan modal RM3500 anda dapat RM14,700. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Kit 0192006788 (whatsapp sahaja) atau layari website www.richheritages.com




Jumaat, Februari 19, 2016

MAT SABU YANG LEBIH BODOH



Presiden PAN, Mohamad Sabu hanya menyerlahkan sifat kurang cerdiknya apabila memperlekehkan orang Melayu yang menyokong Barisan Nasional (BN) sebagai bodoh, bangang dan bahalol.


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar  (gambar)
berkata, Mohamad tidak layak menghina kebijaksanaan golongan pertengahan Melayu yang mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) memberitahu, tuduhan yang dilontarkan oleh Mohamad itu hanya layak diucapkan oleh seorang ahli politik murahan.

“Apabila Mohamad menuduh orang Melayu bodoh, kita boleh menganggap beliau 10 kali ganda kurang bijak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, bangang dan bahalol dalam ceramah semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pakatan pembangkang di Alor Setar, Kedah kelmarin.

Ulasan saya, Mat Sabu yang menuduh orang Melayu bodoh bermakna dia juga bodoh. Dia lebih bodoh kerana sanggup diperalatkan oleh DAP untuk menang dalam PRU akan datang.

Kesanggupan DAP membayar duit muflis Mat Sabu membuktikan bahawa Mat Sabu akan terus diperalatkan oleh DAP. Jadi siapa yang lebih bodoh?

Melayu yang bodoh mengundi Mat Sabu di parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008. Sebab itu beliau kalah kerana beliau mengatakan orang Melayu bodoh, jika beliau cerdik beliau akan mengampu orang Melayu supaya mengundinya.

Pada PRU akan datang jika Mat Savu menang ini bermakna orang Melayu  yang mengundi beliau memanglah bodoh kerana sanggup dikatakan bodoh oleh Mat Sabu.


Khamis, Februari 18, 2016

LIM KIT SIANG DAKWA MUHYIDDIN TAK FAHAM BAHASA INGGERIS



Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang semalam membidas kelemahan linguistik bahasa Inggeris yang dikuasai oleh pemimpin Umno dan tentera siber parti itu yang salah tafsir kenyataannya mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Sambil menyindir beliau berkata apa yang dikenali sebagai "graduan Universiti Umno”, sama ada menteri, ketua-ketua biro kebangsaan atau tentera siber parti itu perlu mengikuti pelajaran Bahasa Inggeris dan menggilap tahap pemahaman mereka supaya tidak terus membuat kesilapan itu pada masa depan.

Beliau merujuk laporan di blog Umno yang mendakwa timbalan presiden Umno itu adalah rekrut terbarunya dalam agenda 'Selamatkan Malaysia' sehingga yang mendorong Muhyiddin membuat penafian.

"Saya tidak pernah kata bahawa Muhyiddin adalah rekrut terbaru saya semasa ucapan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Pakatan Harapan, Johor pada malam Ahad lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, hanya mereka yang paling bodoh dan tidak memahami bahasa Inggeris akan membuat kesimpulan seumpama itu.

Mengimbas kembali ucapannya, Lim berkata, beliau berkata "Rekrut terbaru untuk agenda Selamatkan Malaysia adalah tidak lain daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pagoh yang mahu rakyat negara ini supaya bersatu untuk Selamatkan Malaysia daripada menjadi negara gagal.”

Menurut Lim yang juga adalah ahli parlimen Gelang Patah, dirinya tidak mempunyai monopoli terhadap konsep dan jenama "Selamatkan Malaysia" sambil menambah bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat yang patriotik termasuk tiga juta ahli Umno untuk melindungi negara.

"Sama ada kempen Selamatkan Malaysia dari dalam atau luar Umno boleh mencari titik pertemuan, hanya masa akan menentukan," katanya.

Muhyiddin semalam membuat penafian bahawa beliau adalah antara rekrut terbaru DAP dalam perjuangan parti itu untuk “Selamatkan Malaysia” dan berkata kenyataan berkaitan perkara itu oleh Lim adalah pandangan peribadi beliau.

“Saya tidak pernah direkrut oleh sesiapapun untuk menegakkan kebenaran.

“Apa yang saya suarakan selama ini adalah lahir daripada kesedaran saya sendiri mengenai nasib yang menimpa rakyat dan negara.

“Saya amat memahami perasaan rakyat yang bimbang dengan apa yang akan terjadi kepada Malaysia sekiranya pelbagai krisis yang melanda negara ekoran masalah kepimpinan perdana menteri berterusan. Kerana itulah saya mengambil pendirian untuk bersuara,” katanya.

Ulasan saya, alangkah malunya apabila timbalan presiden Umno dituduh tidak faham Bahasa Inggeris oleh Lim Kit Siang.

Sekarang ini rakyat Malaysia masih melihat Muhyiddin bakal Presiden Umno jika berlaku apa-apa kepada Najib Razak. Oleh itu dengan sindiran Penasihat DAP itu, adakah layak Muhyiddin jadi pemangku Presiden Umno dan Perdana Menteri?

Walaupun Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah TPM tetapi Zahid tidak dapat jadi PM selagi Muhyiddin jadi timbalan presiden Umno kecuali Muhyiddin dipecat dari Umno dan Zahid menjadi pemangku timbalan presiden Umno.

Justru itu kenyataan Lim Kit Siang amat memalukan ahli ahli Umno tentang kelayakan Muhyiddin sebagai bakal PM jika apa-apa berlaku kepada Najib.

Takkan PM baharu nanti lemah dalam Bahasa Inggeris? Kerana menurut Lim Kit Siang, beliau tidak kata Muhyiddin adalah rekrut terbaharu DAP.