Memaparkan catatan dengan label sepiring. Papar semua catatan

Selasa, Januari 16, 2018
BERSAMA PESARA POLIS DI SEPIRING
KUALA LUMPUR: Sejak saya perkenalkan Sepiring Cafe (Sepiring ) dalam blog ini tahun lepas maka Sepiring yang berada di Sunway Putra Mall berhampiran Putra World Trade Centre (PWTC) semakin popular. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah bersembang dengan para blogger di Sepiring pada tahun lepas.
Sepiring sudah jadi tempat lepak orang politik. Sudah lama saya tidak lepak di Sepiring. Semalam dengan beberapa orang rakan berpeluang lepak di situ. Semua meja penuh dengan orang yang saya tidak kenali. Rupa-rupanya mereka adalah pesara polis yang baru habis menghadiri program bersama PM di PWTC.
Saya terdengar mereka berbual di meja sebelah betapa seronoknya mereka mendengar pengumuman PM yang meliputi empat perkara yang memberi manfaat kepada kira-kira 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Najib berkata kerajaan akan memperuntukkan RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis setiap tahun selama tempoh tiga tahun bagi membantu kebajikan pesara dan keluarga mereka, memperuntukkan kuota khas haji, sebahagian daripada10,000 unit skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)-PDRM akan dikhaskan kepada pesara polis dan kemudahan penyaluran bantuan kepada mereka menerusi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.
Bilangan kuota khas haji untuk pesara polis itu akan umumkan perdana menteri selepas kerajaan mendapat jumlah kuota keseluruhan daripada kerajaan Arab Saudi.
"Selepas itu saya akan beritahu timbalan perdana menteri dan ketua polis negara berapa jumlah untuk dikhaskan kepada pesara-pesara," kata Naib ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di PWTC di sini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Najib berkata Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis akan disusun semula dan cawanganya akan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada pesara polis.
"Kesemua ini bukanlah nilai kepada perjuangan pesara kerana sumbangan anda tidak ternilai dalam menjaga agama, bangsa dan negara," katanya.
Najib turut meminta Ketua Polis Negara mengenal pasti pesara yang tertinggal daripada mendapat pengiktirafan atas jasa yang dilakukan selama ini.
"Bukanlah mereka berjuang kerana nak pingat, tetapi mereka inginkan pengiktirafan daripada negara," katanya.
Saya terdengar mereka berhujah apa lagi pesara polis mahu. Sudah banyak PM beri kemudahan kepada mereka. Maka sepatutnya mereka berterima kasih dengan terus menyokong kerajaan pada PRU yang akan datang.
Rupa rupanya mereka minat juga berbincang hal politik apatah lagi mereka pesara Special Branch (SB). Dahulu mereka terpaksa turun padang menemui orang ramai untuk dapatkan info politik. Tetapi kini mereka bukan SB tetapi FB kerana merka mudah dapatkan info politik daripada Facebook dan grup whatsapp.
Zaman mendapatkan info politik sudah berbeza. Cuma petik di hujung jari. Yang lucunya pesara polis turut membincangkan politik Selangor. Bagi mereka, selagi Tan Sri Noh Omar mengetuai Umno Selangor amat sukar BN menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.
Di Tanjung Karang nama Noh Omar amat popular tetapi apabila mereka jelajah seluruh Selangor daripada 10 orang yang ditemui, 15 orang rakyat Selangor tidak mahu nama Noh Omar mengetuai Umno Selangor. Menurut pesara polis tadi, rakyat mahu bekas MB, Tan Sri Muhammad Md Taib mengepalai perang besar untuk menghadapi PRU akan datang.
Mat Taib ada aura untuk menawan Selangor berbanding Noh Omar. Noh Omar tidak ada idea untuk bangunkan Selangor. Noh Omar berjanji kalau BN rampas Selangor, semua rumah PPR akan diadakan taska. Bukan taska yang rakyat Selangor mahu tetapi mereka mahu kerajaan BN turunkan cukai pintu dan cukai tanah yang telah naik sejak Datuk Seri Azmin Ali menjadi MB.
Nampaknya walaupun mereka sudah bersara sebagai SB, pesara polis tetap minat mengikuti perkembangan politik Selangor. Sewajarlah PM buat perubahan di Badan Perhubungan Umno Selangor segera memandangkan pengalaman luas Mat Taib sebagai MB dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Amat rugi jika Umno Selangor tidak gunakan perkhidmatan Mat Taib yang pernah jadi Naib Presiden Umno dan Ketua Penerangan Umno Malaysia.
Jumaat, Ogos 04, 2017
YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT
KUALA LUMPUR: Semalam saya tulis "Sepetang Di Sepiring" dalam blog ini mendapat sambutan para pembaca. Kini Sepiring yang terletak di Sunway Putra Mall dekat PWTC menjadi popular dan menjadi "parlimen" tempat orang politik berkumpul.
Parlimen Sepiring sudah menggantikan Parlimen Nagas. Dahulu orang politik berkumpul di Parlimen Nagas sewaktu The Mall sedang direnovasi. Kini mereka berpindah ke Sepiring kerana terlalu ramai broker maut berada di Restoran Nagas yang kini bertukar nama kepada Restoran Al Raziq.
Apabila orang politik sama ada ketua bahagian atau ahli jawatankuasa bahagian atau ketua cawangan atau ketua pemuda bahagian datang dari seluruh negara maka Sepiring jadi tempat mereka membahaskan isu semasa. Pelbagai hujah mereka bawa. Dalam serius mereka bergurau, dalam bergurau mereka serius membincangkan isu negara kalah ahli-ahli parlimen kita.
Kelulusan mereka hebat hebat, setengah dari mereka "jack of all the trades, master of none. Mereka serba tahu. Bila bercakap kalah menteri. Berkumpul dengan beberapa kawan petang semalam agak menarik kerana seorang kontraktor Datuk Mahmud (bukan nama sebenar) menceritakan pengalamannya mencari projek di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Menteri Kewangan.
Kisah Datuk Mahmud dahulu pernah tersiar dalam majalah wanita beristeri tiga dan bawa tiga isteri dalam satu majlis. Ketiga tiga isteri dibina rumah yang sama besar, sama luas dan sama design kecuali warna ikut pilihan isteri masing masing. Beliau berkata buat apa cakap bohong kepada isteri kerana bohong itu tidak membawa kebahagiaan.
Yang lucunya Datuk Mahmud banyak buat lawak jenaka yang menyebabkan kami berempat tidak kering gusi. Datuk Mahmud kata sekarang ini bukannya orang jadi kontraktor tetapi ramai yang "berniaga perasaan" dengan membawa surat jumpa PM atau TPM untuk dapatkan minit. Bila dapat minit, orang politik ini jual projek kepada orang Cina.
Datuk Mahmud adalah bekas ketua bahagian maka perbualan politik sudah menjadi minat beliau. Katanya BN boleh menang jika letak calon yang disukai rakyat di setiap kawasan.
Sebelum Datuk Mahmaud sampai tadi, seorang veteran yang minum bersama kami menjelaskan bahawa TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukannya menghina Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keturunan Kerala.
Sebenarnya beliau mempertahankan bossnya Datuk Seri Najib yang terperangkap dalam majlis India muslim baru baru ini yang mahu India muslim diiktiraf sebagai Bumiputera. Dr Zahid seolah olah berkata apa lagi India muslim mahu sedangkan keturunan mereka yang menjadi PM selama 22 tahun. Malah KSN, KSU Perbendaharaan pun India muslim.
Apa lagi mereka mahu? Datuk Seri Najib dah banyak beri keutamaan kepada India muslim di negara ini. Jika MIC tidak bantah sudah lama Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menjadi parti komponen BN.
"Oleh itu jangan tengok yang tersurat tetapi tengoklah yang tersirat dari kenyataan Dr Zahid," tegas Haji Baha (bukan nama sebenar) kepada kami.

Rabu, Ogos 02, 2017
SEPETANG DI SEPIRING
KUALA LUMPUR: Berbual dengan beberapa orang kawan di Restoran Sepiring yang terletak di pintu masuk Sunway Putra Mall di sini petang tadi agak menyeronokkan.
Kali ini topik yang dibualkan mereka ialah tentang Mohamad Razali Abdul Rahman (gambar ) yang pernah bekerja sebagai pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Seorang bekas pegawai kerajaan yang ada sama di situ berhujah kenapa Razali meninggalkan DAP setelah sekian lama bersama DAP.
"Itu orang kecewa Pak Ya (bukan nama sebenar). Ada benda yang dia minta dengan Lim Guan Eng tak dapat, itu dia keluar dari DAP, " kata seorang aktivis Umno di Wilayah Persekutuan bernama Jusoh (bukan nama sebenar)
"Tak juga. Dia keluar kerana tak sanggup mengkhianati bangsa Melayu," sampuk Harun (bukan nama sebenar) yang paling muda di antara empat orang itu.
Pak Ya berkata Razali berani membuat pendedahan tetapi kenapa Lim Guan Eng tidak saman beliau.
"Buat apa saman. Masuk mahkamah lebih banyak tembelang DAP dibongkar oleh Razali. Lebih baik DAP diam sahaja," kata Jusoh.
Pak Ya menambah Razali dilatih selama tiga tahun oleh pihak Israel.
"Ini bermakna DAP ada hubungan dengan Israel. Padan muka orang Melayu yang sokong Pakatan Harapan (PH). Secara tidak langsung orang Melayu yang sokong PH sokong Israel," sampuk Harun.
"Entah ya entah tidak Razali tu," kata Jusoh yang masih tak puas hati.
"Dia berani. Silap silap gangster DAP cari Razali sekarang," tingkah Pak Ya.
Pak Ya menambah Razali menyesal jadi tali barut DAP menghalau orang melayu dari kawasan setinggan. Razali mengaku beliau terlibat secara langsung tukar tapak masjid ke bangunan komersial di Bayan Mutiara.
Razali dapat gaji RM16,000 sebulan RM12,000 dari kerajaan negeri manakala RM4,000 dari Ivory Property.
"Setengah orang tak sanggup lepaskan gaji yang lumayan," kata Harun yang menyokong tindakan Razali keluar dari DAP.
Pak Ya mendedahkan sewaktu PRN Sarawak Razali yang duduk di asrama gereja insaf apabila mengetahui padri Kristian ditugaskan memurtadkan orang Islam di Sibu, Sarawak. Padri India itu ingatkan Razali orang India kerana dia mamak malah boleh bercakap tamil. Jadi tanpa mengetahui Razali adalah orang Melayu maka padri India yang bercakap tamil dengan Razali mendedahkan perancangan DAP mahu mengkristiankan orang Melayu apabila DAP memerintah Malaysia kelak.
Setiap minggu tugas padri itu mengkristiankan dua orang Melayu. Dalam jamuan makan malam di Pulau Pinang anjuran ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi seorang padri dari Afrika Selatan berucap bahawa dalam masa 10 tahun Malaysia akan jadi negara Kristian.
Malam itu Razali insaf dan menangis kerana selama ini tertipu menyertai DAP kononnya mahu perjuangkan kesamaan rakyat Malaysia. Rupanya DAP adalah ejen kristian dari luar negara. DAP paling benci dengan tiga benda, Islam, Melayu dan Raja.
Jika DAP memerintah Malaysia DAP akan jadi republik dengan melantik orang Cina sebagai Presiden Malaysia yang pertama, dedah Razali lagi.
Beliau ditawarkan RM1 juta untuk tarik balik laporan polis tetapi beliau bertegas kerana sayangkan agama Islam walaupun dipujuk oleh Mohamad Sabu yang berada dalam PAS ketika itu.
"Syabas kepada Razali yang pecahkan tembelang DAP," kata Pak Ya.

Langgan:
Catatan (Atom)