Memaparkan catatan dengan label saifuddin abdullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saifuddin abdullah. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 24, 2018

HISHAMUDDIN DIMINTA JUMPA DAIM UNTUK CARI JHO LOW

PUTRAJAYA, 23 Okt (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menasihatkan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya berjumpa dengan Tun Daim Zainuddin berhubung usaha mencari ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low di China bagi menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata ini kerana Daim, yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), antara yang bertanggungjawab untuk membawa balik wang dan aset-aset 1MDB.

"Saya nasihatkan dia (Hishammuddin) bertemu Tun Daim. Namun sebagai bekas menteri Kabinet kalau ada maklumat yang boleh membantu siasatan, saya rasa dia tahu siapa lagi yang harus ditemui. Saya tidak mahu buat andaian," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tawaran Hishammuddin untuk mencari Jho Low selepas forum perdana di Wisma Putra di sini hari ini.

Semalam Hishammuddin berkata beliau bersedia menawarkan dirinya untuk mencari Jho Low di China dengan menggunakan hubungan terdahulunya dengan pemimpin China bagi menyelesaikan skandal 1MDB. Tindakan itu dibuat atas kapasiti peribadi dan tidak diminta oleh Putrajaya.

Jho Low adalah antara individu yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan 1MDB.

-- BERNAMA

Rabu, September 19, 2018

KERAJAAN SEDANG BERUNDING BAWA PULANG PESAWAT JHO LOW

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam rundingan dengan pihak berkaitan bagi membawa pulang pesawat peribadi Jho Low di Singapura yang dipercayai dibeli dengan wang dicuri dari negara ini.

“Ya... memang ada rundingan mengenainya. Saya tidak kata dengan kerajaan Singapura tetapi dengan pihak-pihak yang terlibat,”, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah..

“Ada pihak yang diamanahkan untuk membuat rundingan tersebut. Tetapi adalah lebih baik untuk saya tidak menghebahkan perkara ini kerana mungkin boleh menjejaskan proses rundingan tersebut,” katanya pada sidang media selepas menemui kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Menara DBP di sini, hari ini.

Menurut laporan media, jet peribadi Bombardier Global 500 itu dianggarkan bernilai US$35 juta (RM143 juta) didakwa dibeli oleh Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dengan menggunakan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dirampas pihak berkuasa Singapura pada 2017.

Sementara itu, Saifuddin berkata Kementerian Luar akan memainkan peranan dalam mempromosi bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa menerusi kedutaan Malaysia di seluruh negara.

“Kita akan mempopularkan bahasa dan istilah Bahasa Melayu menerusi ucapan-ucapan duta Malaysia yang dilantik agar ia mudah dikenali oleh masyarakat luar.