Khamis, Oktober 17, 2013
KETUA CAWANGAN BERHARAP PENIPUAN TIDAK BERULANG
Selasa, Oktober 08, 2013
KETUA CAWANGAN HARAP PENIPUAN TIDAK BERULANG
Khamis, November 12, 2009
BERHATI-BERHATI DENGAN PENIPU INI

Nabi Muhammad pernah bersabda, "bayarlah upah kepada pekerja kamu selagi peluhnya belum kering". Saya tuntut hak saya saja. Kalau Azizah tak nak ikut cakap Nabi, dia nak ikut cakap siapa? Takkan nak ikut cakap babi pula.
Apa yang saya tuntut adalah gaji Oktober dan saya hantar surat letak jawatan bertarikh Sabtu, 31 Oktober. Itu yang peliknya kerajaan sudah buat peraturan bekerja lima hari seminggu tapi Azizah yang ketinggalan zaman ini masih buat hari Sabtu hari bekerja.
Dia tak tahu saya yang cadang nama Dollah kepada Lajim sebagai pegawai media. Lajim saya kenali sudah 20 tahun ketika saya bekerja di Sabah lagi. Selepas Lajim dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada 14 April Lajim panggil saya ke pejabatnya. Dia suruh saya cari seorang pegawai media untuknya. Maka saya cadangkan Dollah bekas editor Warta Parlimen Kepala Batas kepada Lajim.
Rabu, Oktober 22, 2008
PERSIDANGAN UMNO KEMAMAN TAK SAH?
Kononnya inilah suara akar umbi tetapi tidak beri peluang kepada orang lain buat cadangan calon lain. Demokratik apa namanya ini?
Selepas itu pengundian pun ada tipu pula. Inilah yang heboh di Kemaman kononnya ada penipuan. Rahim Husin gagal mempertahankan jawatan naib ketua bahagian kerana banyaknya undi rosak pada nombor 1 yang kebetulan pula Rahim adalah calon nombor 1. Takkan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman tak tahu tulis nombor 1 sampai semuanya jadi undi rosak.
Undi pemeriksa kira-kira pun tipu juga. Lima calon bertanding. Ada 569 perwakilan. Setiap orang undi dua nama. Maknanya 1138 undi yang patut dikira. Tapi bila dicampur semua undi, Ibrahim Abas dapat 298 undi, Noraini Abdul Rahman dapat 222, Wan Jasni dapat 220, Md Nor Ibrahim dapat 186 undi dan Hamzah dapat 145 undi. Jumlah undi ialah 1071 sedangkan undi yang patut dibuang ialah 1138 undi. Ke mana hilangnya 67 undi? Ini yang menimbulkan tanda-tanya.
Malah ahli jawatan kuasa yang tewas pun tidak puas hati kerana banyak kertas undi tidak dikira. Orang yang terlibat dengan pengiraan undi dikatakan terdiri dari kakitangan KEMAS yang mana bossnya, Rosli Ahmad adalah juga calon ahli jawatan kuasa bahagian. Ini bermakna orang yang terlibat dalam mengira undi sudah tidak berkecuali. Apa peranan yang dimainkan oleh pemerhati Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Awang Jabar? Amatlah memalukan kalau bahagian yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said terpaksa mengadakan semula mesyuarat perwakilan bahagian gara-gara ada penipuan kerana didalangi oleh orang yang tidak cukup inci. Kalau keputusan 20 AJK boleh ditipu, adakah penipuan ini direstui oleh Ahmad Said? Oleh itu Ahmad Said kena siasat perkara ini supaya maruah UMNO Kemaman tidak ditertawakan oran g supaya orang tidak boleh menuduhnya bersubahat dalam isu ini.
Selasa, Oktober 07, 2008
PENIPUAN DI SANA SINI
MINGGU lepas saya sudah menulis kisah seorang Datuk yang menipu kawan saya. Kali ini saya ingin menceritakan pelbagai kisah menarik penipuan di sana-sini yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua.Datuk R bukan sorang saja Datuk yang menipu. Ada lagi Datuk lain yang menipu. Yang sedihnya macam mana orang bergelar Datuk sanggup menipu. Kali ini kisah Datuk J dari Sabah. Dia ni kawan kepada kawan saya. Pada suatu hari Datuk J menelefon kawan saya, M, tanya nak duit tak RM1,000. Siapa yang tak mahu duit apabila dengar Datuk J nak beri RM1,000.
“I mahu you menyamar sebagai pegawai tender jabatan ini,”beritahu Datuk J kepada M dalam telefon.
“Nanti bos I, Wong telefon. You cakap surat tawaran tender sudah siap, you sebut you mahu RM10,000. Dapat duit tu, I beri you RM1,000,”kata Datuk J.
M seronok bila mendengar kata-kata Datuk J itu.
Lima minit kemudian ada panggilan di handphonenya daripada nombor yang tak dikenali.
“Hello Encik M. Saya Wong partner Datuk J. Letter of award (LA) dah siap ke? Datuk J kata you mahu RM10 ribu, betul ke?”tanya Wong.
“Sudah siap. Datuk J sudah cakap berapa saya mahu? Itu memang betul lah. You beri sama Datuk J. Jangan beri kepada saya, nanti BPR cari,” kata M sambil tertawa.
“Okay. Esok saya beri RM10 ribu kepada Datuk J untuk beri kepada you,”kata Wong lagi.
Esoknya, M call Datuk J tanya duit yang dijanjikan. Sampai sekarang M tak dapat duit RM1,000 itu. Sebaliknya RM10,000 semuanya disapu oleh Datuk J tanpa pengetahuan Wong. Wong ingatkan duit itu orang dalam yang nak, rupa-rupanya Datuk J yang nak.
Kisah penipuan kedua agak menarik juga. Kawan saya, H mahu membeli kereta sempena Hari Kemerdekaan ke 50 tahun lepas. Proton menawarkan kereta murah kepada pembeli Iswara Aeroback.
Kawan sepejabat H yang bernama R bila dapat tahu H mahu beli kereta terus memperkenalkan kawannya seorang jurujual Proton di Jalan Ipoh bernama K.
K orangnya tinggi kurus. Sekali imbas macam penagih dadah.
Oleh kerana percaya kepada R, kawan sepejabat, terus H beri duit tunai sebanyak RM2,500 untuk bayar muka kereta Iswara Aeroback itu kepada K.
Sampai hari ini H tak dapat kereta yang ditempah. Bila H call kedai K, K sudah berhenti kerja kerana kes dadah. K tak pernah bayar RM2,500 kepada kedainya sebagai bayaran muka Iswara Aeroback. Hangus duit H sebanyak RM2,500. R yang memperkenalkan K kepada H naik malu. R berhenti kerja kerana tak tahan dengan perlian H. H selalu perli R agaknya berapa komisyen dapat sebagai introducer kepada K. Akhirnya K ditahan polis kerana kes dadah dan dimasukkan ke dalam pusat serenti.
Bila berkawan hendaklah berhati-hati. Jangan cepat percaya kepada kawan sekalipun kawan baik. Nama B memang kena blacklist gara-gara hutang kereta lamanya tidak dibayar. Namun demikian B memang bercadang nak beli kereta baru pula.
S kawan baik B beritahunya bahawa dia ada kawan dalam sebuah bank yang boleh tutup black-list. Tapi kena bayar RM1,500. B yang mahu beli Viva terus beri deposit RM900 kepada S untuk tutup black-list. Bila pinjaman diluluskan, barulah bakinya, RM600 akan diberi kepada pegawai bank itu. Oleh kerana terlalu mempercayai kawan baiknya B tanpa berfikir panjang terus beri duit kepada S.
Sampai sekarang juga B tak dapat beli Viva. Bila B call S, S tak angkat phone. Tiga bulan kemudian B terserempak dengan S. S tak boleh elak dan bukan main marahnya B kepada S kerana tak pernah angkat phone untuk tanya blacklistnya boleh ditutup atau tidak.
Secara selamba S menjawab pegawai itu menipu dan telah berhenti kerja kerana sudah ramai pelanggan yang ditipunya. B tak percaya dengan cerita S itu. Entah-entah S yang menipunya.
(lihat WATAN, 21-27 September 2008)


