Memaparkan catatan dengan label pemilik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemilik. Papar semua catatan

Jumaat, September 22, 2017

PEMILIK TAHFIZ KENA DIAMBIL TINDAKAN JIKA IA TIADA KELULUSAN BOMBA

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mendapati kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini disebabkan unsur khianat boleh membersihkan nama baik pusat tahfiz berkenaan, kata Pengetuanya Mohd Zahid
Mahmood.

"Sebelum ini kami dikecam, dilemparkan pelbagai tuduhan. Malah pusat tahfiz lain juga menjadi sasaran kononnya tidak mengutamakan aspek keselamatan. Saya tidak marah dan menerima segala kecaman kerana tahu Allah SWT akan memberikan pertolongan kepada kami.

"Mustahil kami mengabaikan keselamatan anak-anak ini kerana kami bertanggungjawab menjaga mereka dengan baik kerana ia adalah amanah ibu bapa mereka kepada kami, "katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim semalam bahawa kebakaran pusat itu disebabkan sengaja dibakar.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat itu terkorban akibat terperangkap di asrama pusat itu pada 5.15 pagi Khamis lepas


Ulasan saya, walaupun hasil siasatan Bomba menunjukkan ada unsur khianat tetapi jika benar tahfiz tersebut tiada kelulusan Bomba maka tindakan sewajarnya perlu diambil kepada pemilik tahfiz supaya ia memberi pengajaran kepada tahfiz tahfiz lain.

Rabu, Disember 02, 2009

PEMILIK BENGKEL DIPERINTAH MEMBELA DIRI


Mahkamah Sesyen di sini Rabu memerintah seorang pemilik bengkel supaya membela diri di atas pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu, Ogos tahun lepas.

Hakim Mohamad Khalid Abd Karim berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan terdapat prima facie terhadap kes itu dan sehubungan itu mahkamah menetapkan 7 dan 8 Mac tahun depan sebagai tarikh untuk tertuduh, Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel di Chendering dekat sini membela diri.

Choong dituduh memberi invois palsu mengenai pembekalan satu set kotak gear Auto Transmission Assy (New) V6 berjumlah RM19,119.91 melibatkan kereta bernombor pendaftaran TAK 415.

Invois itu didakwa diberikannya kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri Hashim Abdul Rahman di Pejabat SUK Terengganu pada 2 Ogos lepas.

Choong didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997, jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Kes itu pernah mendapat perhatian umum tahun lepas apabila kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan Exco kerajaan negeri.

Pembelian itu atas alasan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 berkenaan yang terlalu tinggi mencecah RM1.07 juta dari 2004 sehingga tahun lepas di samping atas faktor keselamatan.

Ekoran itu SPRM memulakan siasatan terhadap kes berkenaan dan telah mendakwa dua pemilik bengkel dekat sini termasuk Choong atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pertuduhan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Ahmad Nidzam Wan Omar manakala tertuduh diwakili peguam V. Rajadevan.