Kes rasuah Exco Johor mendahului senarai posting tertinggi bagi bulan Mac dengan 196 hits iaitu "Lebih baik letak jawatan dari bercuti". 10 posting yang mendapat hits tertinggi ialah:-
1. Lebih baik letak jawatan dari bercuti (2 Mac)
2. Tujuh tahun menunggu kes Sosilawati (17 Mac)
3. Blogger ditahan kerana fitnah pemimpin negara (1 Mac)
4. Dua individu ditangkap kerana berita palsu (16 Mac)
5.Kenapa Siti takut berdebat dengan Dr Zakir? (9 Mac)
6. Betul ke orang bergaji 12k sebulan mohon BRIM? (13 Mac)
7.Hamidah Osman tanding di Padang Rengas? (26 Mac)
8. Kastam penyelamat ekonomi negara? (14 Mac)
9. Tok Pa nafi pertemuan sulit dengan Mat Yaacob (19 Mac)
10. 100 akaun palsu Ustaz Kazim dikesan (11 Mac)
Memaparkan catatan dengan label mac. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mac. Papar semua catatan
Jumaat, Mac 31, 2017
Rabu, Ogos 24, 2016
PRU 14 PADA BULAN MAC 2017?
BUKIT MERTAJAM – Perpaduan kukuh dalam kalangan ahli UMNO ketika ini boleh dijadikan pertimbangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh terdekat.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun UMNO kini sedang berdepan beberapa dugaan termasuk tindakan bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan parti baharu, namun keadaan itu tidak menggugat perpaduan sedia ada dalam parti.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ini kerana tidak ada gerakan besar-besaran dalam kalangan ahli UMNO mengumumkan keluar parti untuk menyertai parti politik berkenaan.
“Dalam masa sama, pakatan pembangkang sedang menghadapi perpecahan sesama mereka, jadi saya fikir dengan perpaduan yang ada sekarang merupakan waktu terbaik untuk bergerak ke arah PRU-14.
“Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak pada tangan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kita akan memberi sokongan padu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini baru baru ini.
Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, parti politik hari ini tidak boleh lagi bergantung harap kepada janji atau manifesto kepada rakyat untuk meraih undi sebaliknya perpaduan dan konsep bekerjasama menjadi penilaian penting.
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Ahmad Shabery berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan prinsip berkenaan.
“Sehebat mana pembangkang mencari isu, tetapi pada hakikatnya mereka turut diselubungi pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan sehingga hari ini,” katanya.
Berkenaan hala tuju parti baharu oleh Dr. Mahathir, Ahmad Shabery berkata, beliau percaya ramai yang ragu-ragu tentang keupayaan parti berkenaan.
Malah, tambah beliau, di pihak pembangkang sendiri, penubuhan parti berkenaan dilihat hanya memecah-belahkan lagi sesama mereka.
“Persoalannya adakah PKR mampu menerima parti itu menjadi sebahagian daripada mereka kerana sejarah menunjukkan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini adalah berpunca daripada tindakan Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu,” katanya.
Ulasan saya, PRU14 dijangka diadakan pada bulan Mac 2017. Seperti kata Ahmad Shabery, ia adalah waktu terbaik untuk mengadakan PRU memandangkan pembangkangmasih berpecah dan Parti BERSATU belum diluluskan pendaftarannya oleh ROS.
Walaupun tempoh PRU berakhir pada tahun 2018, tetapi sudah menjadi amalan biasa PRU diadakan empat tahun sekali seperti PRU 1982, 1986, 1990, 2004, 2008. Dengan mengadakan PRU terakhir pada 2013, maka logik PRU14 akan diadakan pada bulan Mac 2017.
Jumaat, April 01, 2016
POSTING TERTINGGI BAGI BULAN MAC 2016
Bagi bulan Mac 2016, posting yang mendapat pembaca tertinggi ialah "Minggu depan DUN Terengganu dibubar?" yang disiarkan pada 22 Mac lalu. Posting itu mendapat 1,971 hits. Bagaimanapun, posting itu dipadamkan selepas mendapat arahan dari pejabat MB Terengganu.
10 posting tertinggi bagi bulan Mac ialah:-
1. Minggu depan DUN Terengganu dibubar? (22 Mac )
2.Shabery Cheek membisu kes Ahmad Said? (20 Mac)
3.Rombakan kabinet dalam masa terdekat (14 Mac)
4.Mohd Hazarul menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PESAT (21 Mac)
5.Umno tak berani pecat Ahmad Said? (9 Mac)
6.Program anak perantau satu tamparan buat PESAT (7 Mac)
7.Siapa dalang pertukaran Ketua Puteri Terengganu (12 Mac)
8. Pegawai MOA ditahan isu KBS (24 Mac)
9.Along dilantik AJK PESAT selepas tarik diri bertanding Presiden PESAT (28 Mac)
10. Rich Heritage lancar minyak wangi Azeertha (13 Mac)
10 posting tertinggi bagi bulan Mac ialah:-
1. Minggu depan DUN Terengganu dibubar? (22 Mac )
2.Shabery Cheek membisu kes Ahmad Said? (20 Mac)
3.Rombakan kabinet dalam masa terdekat (14 Mac)
4.Mohd Hazarul menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PESAT (21 Mac)
5.Umno tak berani pecat Ahmad Said? (9 Mac)
6.Program anak perantau satu tamparan buat PESAT (7 Mac)
7.Siapa dalang pertukaran Ketua Puteri Terengganu (12 Mac)
8. Pegawai MOA ditahan isu KBS (24 Mac)
9.Along dilantik AJK PESAT selepas tarik diri bertanding Presiden PESAT (28 Mac)
10. Rich Heritage lancar minyak wangi Azeertha (13 Mac)
Langgan:
Catatan (Atom)


