Memaparkan catatan dengan label hak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hak. Papar semua catatan

Rabu, April 17, 2013

BN INI HAK MILIK BAPA MEREKA KE?

Enam pasangan adik beradik dipilih calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya umum ini. Mereka ialah Tengku Adnan Tengku Mansor di putrajaya dan adiknya Dr Tengku Retwan Mansor di DUN Seri Setia di Selangor. Di Sabah, Shafie Afdal mempertahnakan parlimen Semporna manakala adiknya Yusof Afdal di DUN Lahad Datu. Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin bertanding di DUN Batu Tiga di Shah Alam manakala adiknya Datuk Nasaruddin di DUN pelabuhan Klang. DI Segamat,Mohd Azhar Ibrahim mempertahankan DUN Tenang manakala adiknya Norshida Ibrahim bertanding di DUN Buloh Kasap. Di Sabah, Musa Aman mempertahankan DUN Sungai Sibuga manakala adiknya Anipah kekal di parlimen Kimanis.Turut sama ialah Shahidan Kassim yang akan bertanding di parlimen Arau manakala adiknya pula Ismail kassim di kerusi DUN. Ulasan saya, apakah BN ini hak milik bapa mereka sehingga orang lain tak layak jadi calon. Ini yang merosakkan UMNO kerana mengemukakan calon adik beradik sedangkan orang lain pun layak jadi calon.Kalau beginilah gayanya Bn pilih calon, jangan salahkan pengundi jika mereka tidak pangkah BN seolah-olah tidak ada orang lain yang layak jadi calon.

Sabtu, April 30, 2011

MCA MAHU UMNO HAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU?


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.


Apa makna semuanya ini? Adakah Dr Chua mahu UMNO menghapuskan hak istimewa orang Melayu supaya orang Cina kembali mengundi BN? Nampak sagat orang seperti Chua tidak perlu dalam negara ini. BN perlu singkir MCA dari BN.

Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.

Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.

“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.

Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.

Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.

Khamis, September 30, 2010

PERKASA TETAP PERTAHAN HAK MELAYU


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak akan berganjak daripada matlamatnya iaitu untuk mempertahankan negara dan hak orang Melayu berasaskan Perlembagaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, apa juga cabaran mahupun serangan daripada pihak-pihak tertentu, Perkasa tidak akan gentar sebaliknya sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

“Siapa sahaja yang menyerang kita, penulis blog, pemimpin parti politik, pemimpin kerajaan yang mendakwa Perkasa ekstremis dan sebagainya, kita tidak berganjak dan bersedia menghadapi sebarang tentangan.

“Apa yang diperjuangkan Perkasa tidak bertentangan daripada asas Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, kita tidak akan takut dan tetap dengan perjuangan untuk mempertahankan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat pertubuhan itu di Pejabat Media Perkasa Sdn. Bhd. (Suara Perkasa) di sini, hari ini.

Ibrahim juga menegaskan, pertubuhan itu bukan alat UMNO seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Perkasa menyokong 1Malaysia kerana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi itu bukan bermakna Perkasa adalah alat UMNO.

“Perkasa tidak pernah berjumpa dengan pemimpin UMNO, sebaliknya berjumpa dengan pemimpin kerajaan untuk menyuarakan pandangan. Ini disalah anggap oleh pihak tertentu lalu mendakwa Perkasa alat UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut berterima kasih kepada pihak yang menuduh, mengecam dan menghentam Perkasa kerana tindakan mereka itu telah membantu mempopularkan lagi pertubuhan itu.

“Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hanya memerlukan sokongan ahlinya dan rakyat dalam mempertahankan perjuangan kami,” katanya.

Jumaat, Jun 04, 2010

PERLANTIKAN MENTERI HAK PM


Ramai yang pertikai perlantikan menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kecil kabinet baru-baru ini. Presiden PPP, Datuk M. Kayveas hairan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengekalkan musuhnya, Murugiah yang sudah dipecat dari PPP sebagai timbalan menteri.

Walaupun Najib melantik orang baru, Maglin sebagai timbalan menteri tetapi Kayveas hairan Murugiah masih dikekalkan. Apa yang dihairankan kerana perlantikan menteri dan timbalan menteri adalah hak Najib. Najib bebas buat apa saja. Mungkin prestasi Murugiah amat baik menyebabkan Najib tidak menggugurkan beliau.

Pada masa yang sama Ketua Pemuda UMNO Sabah mencadangkan supaya ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin dilantik menteri atau timbalan menteri. Najib mungkin ada sebab kenapa tidak lantik Khairy. Pertama, rombakan ini tidak melibatkan UMNO. Kedua, Najib mahu Khairy buktikan dirinya berjaya sebagai Ketua Pemuda terlebih dahulu.

Apa yang Khairy buat setelah setahun jadi Ketua Pemuda? Suaranya tidak lantang memperjuangkan nasib orang Melayu. Yang lebih lantang mempertahankan hak orang melayu ialah Presiden Perkasa, Datuk Haji Ibrahim Ali. Kalau Ibrahim masih dalam UMNO, Ibrahim yang lebih layak mengetuai Pemuda UMNO dari Khairy.

Bila anak Samy Vellu menuduh UMNO terlibat dengan gerakan anti Samy Vellu, Khairy diam. Jadi di mana letaknya keberanian pemuda UMNO? Kalau Datuk Harun masih hidup dan masih memimpin Pemuda UMNO, Harun orang pertama membela UMNO. Jadi atas asas apa Najib mahu lantik Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri?

Oleh itu Najib ada perkiraaan jika seseorang itu dilantik menteri atau tidak. Oleh itu Khairy perlu buktikan bahawa beliau menjadi Ketua Pemuda yang lantang dan berani terlebih dahulu sebelum layak dipertimbangkan ke jawatan kerajaan. Selamat berjuang Khairy!