Memaparkan catatan dengan label gajah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gajah. Papar semua catatan
Selasa, September 23, 2014
MB TAK MAHU TASIK KENYIR JADI GAJAH PUTIH
KUALA TERENGANU, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan
meneruskan segala projek yang dirancang sebelum ini dengan menambah baik atau
disesuaikan mengikut keperluan serta keadaan semasa.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata segala perancangan
perlu ada penambahbaikan dan penyesuaian termasuk dari segi pelaksanaannya.
"Sebab itu kerajaan bercadang untuk menubuhkan Majlis Pembangunan
Pelancongan Negeri Terengganu, yang berperanan membantu kerajaan bagi
mengenal pasti apakah keperluan yang akan dilaksanakan di Tasik Kenyir untuk
memastikan tasik itu tidak menjadi projek Gajah Puteh.
"Kita tidak mahu perkara yang telah kita laksanakan (zon bebas cukai Tasik
Kenyir), tidak diteruskan yang nanti akan menimbulkan masalah kerana rakyat akan
melihat bahawa projek itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan ada lagi yang
belum dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang
(PAS-Rhu Rendang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini hari ini.
Ahmad Razif berkata beliau turut mendapat komitmen daripada kerajaan pusat
yang akan membantu bagi membangunkan Tasik Kenyir yang dijangka akan dibuka pada
Sept tahun depan.
"Kita mahu pelabur-pelabur dari luar dan dalam negara untuk sama-sama
membangunkan tasik itu bagi memastikan impaknya nanti akan dapat dinikmati
negeri ini dan rakyat keseluruhannya.
Menjawab soalan tambahan Hanafiah Mat (PAS-Cukai) yang mencadangkan
kerajaan supaya semua kerja perlu dilakukan secara tender terbuka, Ahmad Razif
berkata kerajaan negeri akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini.
Katanya ini kerana dasar kerajaan negeri Terengganu sekarang ialah
berbelanja secara berhemah.
Selasa, September 17, 2013
KETUA BAHAGIAN KEMAMAN: ANTARA GAJAH DENGAN SEMUT MERAH
KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak gentar jika jawatannya selaku Ketua Umno Bahagian Kemaman dicabar pada pemilihan parti bulan depan.
“Itu demokrasi. Terserah kepada perwakilan,” katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus mengenai perkara itu. Sabtu lalu bekas Penghulu mukim Jabor, Mat Dalam Awang telah mengambil borang pencalonan di Pejabat Umno Bahagian Kemaman untuk menentang Ahmad Said.
Dalam FMT bertarikh 13 September lalu Mat Dalam berkata menentang MB adalah fardhu kifayah.
Kali keempat
Dalam sejarah politik Ahmad Said, ini adalah kali keempat beliau dicabar. Pada tahun 1993, beliau selaku ADUN Kijal bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian yang disandang Allahyarham Nazri Salleh. Ahmad Said menang dalam pertandingan tiga penjuru itu yang turut disertai seorang ahli perniagaan, Md Rahim Husin.
Perwakilan memilih beliau kerana Allahyarham Nazri dianggap menderhaka kepada Ketua Bahagian, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu. Lagi pun Ahmad adalah wakil rakyat sedangkan Nazri dan Md Rahim bukan wakil rakyat.
Pada pemilihan 1995, Ahmad Said yang sudah jadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu menang jawatan Ketua Pemuda Bahagian tanpa bertanding. Pada tahun 1998, Ahmad dipilih Naib Ketua Bahagian setelah ditentang Tuan Kecil Tuan Tengah. Pada waktu yang sama Wan Mokhtar melantik beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.
Pada tahun 2000, Wan Mokhtar bersara dari politik. Ahmad yang dipecat Setiausaha Bahagian oleh Pemangku Ketua Bahagian, Datuk Abu Bakar Ali (ADUN Kemasik) mencabar Abu Bakar yang menyebabkan Ahmad menang dalam pertandingan berakit itu. Ahmad membawa balik Ahmad Shabery Cheek (yang kalah bertanding Ketua Pemuda pada tahun 1998) menentang regu Abu Bakar, Allahyarham Nazri bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
Ahmad yang kalah dalam pilihanraya umum 1999 berjaya mengalahkan ADUN Kemasik, Abu Bakar Ali. Pada tahun 2004, beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian buat penggal kedua. Pada tahun 2008, beliau juga menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian buat penggal ketiga.
Berakit
Pada 19 Oktober ini, ini adalah kali keempat Ahmad ditentang dalam karier politiknya. Kali ini oleh bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian, Mat Dalam Awang yang pernah berakit dengan Ahmad Said pada tahun 2000 dahulu.
Begitulah politik. Tidak ada kawan yang kekal dan musuh yang abadi. Pada tahun 2000, Mat Dalam mengalahkan regu Abu Bakar Ali, Datuk Ismail Said dengan majoriti satu undi bagi jawatan Pengerusi Tetap. 13 tahun kemudian, Mat Dalam berentap dengan ketua rakitnya sendiri, Ahmad Said bagi jawatan Ketua Bahagian.
Yang menariknya Ahmad pernah menjadi timbalan kepada Mat Dalam ketika beliau menjadi Pengerusi Belia 4B Daerah Kemaman dahulu. Sudah tentu cabaran Mat Dalam terhadap Ahmad kali ini dianggap sebagai antara gajah dengan semut merah kerana Ahmad sudah menjadi Menteri Besar Terengganu (gajah) sedangkan Mat Dalam orang biasa (semut merah).
Ahmad Said adalah orang yang sering bernasib baik dalam politik. Pada pilihanraya kecil DUN Kijal, nama Ahmad tiada dalam senarai Ketua Bahagian, Wan Mokhtar yang juga Menteri Besar sebagai calon BN. Wan Mokhtar mahu Cikgu Johar Yusof jadi calon tetapi didesak Special Branch (SB) untuk meletakkan Ahmad sebagai calon BN kerana Semangat 46 sudah menamakan Ahmad Shabery Cheek sebagai calonnya. SB berhujah jika BN meletakkan Cikgu Johar maka Semangat 46 akan menang.
Melobi
Pemangku Penyelaras DUN Kijal, Haji Khalid Karim yang main peranan penting untuk melobi Ahmad sebagai calon BN berkata Wan Mokhtar memang tak suka Ahmad kerana Ahmad suka bertumbuk. Maka Wan Mokhtar tiada pilihan terpaksa meletakkan Ahmad sebagai calon BN pada pilihanraya kecil tersebut kerana kalau letak Cikgu Johar, BN kalah.
Ahmad bijak dalam percaturan politiknya. Dari orang yang tidak disukai Wan Mokhtar kepada orang yang paling disayangi Wan Mokhtar. Pada tahun 1992, Ketua Pemuda Umno Kemaman, Allahyarham Nazri bersikap derhaka kepada Wan Mokhtar apabila menyokong tindakan Pemuda Umno Negeri diketuai Idris Jusoh menentang kepimpinan Wan Mokhtar.
Inilah peluang terbaik untuk Ahmad Said mempertahankan Wan Mokhtar. Ahmad ditaja untuk menjatuhkan Nazri dalam pertandingan Ketua Pemuda Bahagian pada tahun 1993. Ahmad menang dan akhirnya dilantik Ketua Pemuda Negeri.
Pada tahun 1995 beliau dilantik Exco Kerajaan Negeri. Pada tahun 1999, Ahmad Said menganggur sepenggal apabila kalah dalam pilihanraya umum pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, beliau menang di Kijal dan dilantik Exco Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar baru, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sekali lagi nasib menyebelahi Ahmad Said pada tahun 2008 apabila Sultan Mizan tidak berkenan nama Idris diangkat pucuk pimpinan sebagai Menteri Besar yang baru.
Dicantas
Oleh kerana semua Ketua Bahagian sudah dicantas Idris seperti Datuk Rosli Mat Hassan(Dungun), Datuk Wan Farid Wan Salleh (Kuala Terengganu), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Datuk Rahman Bakar (Marang) manakala Datuk Md Jidin Shafee (Kuala Nerus) dan Datuk Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana mereka adalah ahli parlimen, maka Sultan Mizan tidak ada pilihan melantik Ahmad ,Ketua Umno Bahagian Kemaman sebagai Menteri Besar yang baru.
Menjelang pilihanraya umum 2008, Idris turut menggugurkan nama Ahmad sebagai calon BN tetapi Ahmad sempat menemui Pak Lah maka beliau kekal bertanding di DUN Kijal. Idris mahu Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya sebagai calon tetapi itulah nasib Ahmad yang selalu menyebelahinya.
Pada tahun 2013, BN menang 17 kerusi dan pembangkang menang 15 kerusi. Perlantikan Menteri Besar sekali lagi jadi spekulasi. Ahmad dikatakan tidak akan dilantik Menteri Besar. Nama Tengku Putera dan Md Jidin disebut sebagai Menteri Besar yang baru. Tapi nasib menyebelahinya sekali lagi. Beliau kekal sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua walaupun ada khabar angin yang mengatakan beliau hanya Menteri Besar setahun sahaja.
Bagaimana pula nasib Ahmad Said pada 19 Oktober ini? Mampukah beliau mempertahankan jawatan Ketua Bahagian? Di atas kertas memang sukar Mat Dalam mengalahkan Ahmad Said tetapi berapa banyak undi yang dipungut Mat Dalam menunjukkan bahawa ada undi protes kepada Menteri Besar.
Tiga kali bertanding, Ahmad menang sebagai Ketua Pemuda, Naib Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian dengan undi 60 peratus sahaja. Ini bermakna 40 peratus perwakilan masih menolak Ahmad Said. Dengan senario di atas, maka jika Mat Dalam dapat undi 40 peratus, Mat Dalam sudah menang dalam kalah dan Ahmad Said sudah kalah dalam menang.
Turut baca
Menentang MB adalah fardhu kifayah
Umno Kemaman: Semua jawatan utama ditandingi (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
Selasa, September 03, 2013
AIR MANI GAJAH
Ali tidak tahu apa khasiatnya air mani gajah apabila Cikgu Shah menghubunginya untuk mencari pembeli air mani gajah. Ali terus hubungi Sam, kawan berbangsa Cina di Kelang.
“Sam, ada buyer air mani gajah?” soal Ali.
“Ada. Berapa gram?” tanya Sam.
“30 gram. Berapa harga satu gram?” soal Ali.
“RM30,000 satu gram,” jawab Sam.
“Air mani gajah yang macam mana buyer nak?” soal Ali.
“Yang dua alam. Testnya ambil dua batang mancis. Salut kedua-duanya dengan air mani gajah. Satu batang mancis letak di atas air, satu lagi di udara dan gerakkan yang di udara dengan yang di bawah.
“Kalau batang mancis di bawah bergerak mengikut yang di udara, maka inilah yang buyer nak yang dikatakan dua alam,” terang Sam.
Ali mencongak dalam kepalanya 30 gram berharga RM900,000.
“Kita beritahu owner harga RM10,000 satu gram cukuplah. Baki RM20,000 satu gram kita punya,” kata Ali kepada Zaki. Zaki mengangguk senyum mendengar RM600,000 mereka punya. RM600,000 itu akan dibahagi sama rata dengan Ali, Zaki dan Cikgu Shah.
“Barang dari mana Cikgu?” tanya Zaki yang menghubungi Cikgu Shah dengan handphone.
“Dari Kedah. Esok petang kawan saya sampai,” kata Cikgu Shah.
Batu kristal
Menurut lagenda batu kristal Mani Gajah ini bermula di Wilayah Sumatra, Indonesia di mana tinggalnya Suku Anak Dalam (Suku Kubu) yang tinggal di satu wilayah dengan habitat gajah. Legenda bermula kononnya terdapat seekor gajah jantan besar yang menjadi raja kepada kumpulan gajah-gajah yang menghuni habitat gajah tersebut.
Raja Gajah itu dikenali sebagai Gajah Tunggal kerana suka menyendiri kecuali bila Raja Gajah berkehendakkan gajah betina untuk melepaskan berahi yang telah menjadi lumrah alam si jantan akan mencari si betina.
Bila tiba bulan purnama, maka Raja Gajah mencari kawanan gajah-gajah betina di habitat tersebut. Apabila melihat Raja Gajah datang, maka gajah-gajah betina ini membentuk bulatan dan Raja Gajah akan memilih seekor gajah betina untuk disetubuhinya.
Selesai bersetubuh, Raja Gajah akan menimbus sisa-sisa mani yang berciciran di tanah agar tidak kelihatan lagi. Mani gajah yang tertimbus itu akan bertukar menjadi batu kristal yang lembut dan akhirnya menjadi keras dan inilah yang dipanggil Batu Mani Gajah.
Puak Suku Anak Dalam mengintai ketika Raja Gajah sedang memuaskan nafsunya dengan gajah betina. Selepas Raja Gajah dan kawanan gajah betina beredar, maka suku itu berebut-rebutlah menggali kambusan tanah untuk mendapatkan air mani gajah yang telah bertukar menjadi kristal.
“Apa khasiat air mani gajah Cikgu?” soal Zaki yang amat buta tentang air mani gajah.
“Menurut orang Batak air mani gajah mampu mempengaruhi minda orang untuk menurut kata dan kehendak pengguna minyak ini . Ia lebih kuat dari minyak cenuai dan minyak pengasih,” terang Cikgu Shah.
Mati pucuk
“Jadi ia amat mujarab sebagai penunduk, pengerat kasih sayang suami isteri, pelaris perniagaan dan boleh mengubati penyakit mati pucuk,” sambung Cikgu Shah yang bukan pesara guru sekolah.
Sebaliknya dia adalah bekas pensyarah di Institut Penyelidikan Getah (RRI) tetapi beliau dipanggil pelajar-pelajar RRI sebagai Cikgu.
Esoknya, tepat jam 5 petang, Malik dan Sumi sampai di rumah Cikgu Shah di Subang Bestari.
“Biar kita test dahulu sama ada ia dua alam atau tidak,” kata Cikgu Shah.
“Tak payah testlah Cikgu. Kita dah lambat. Janji dengan Sam pukul 6 petang. Jalan ke Kelang jem ini Cikgu,” bantah Ali.
“Saya dah testnya Cikgu. Memang confirm dua alam,” sampuk Sumi tuan punya air mani gajah itu.
Cikgu Shah, Ali dan Zaki terus naik kereta Volvo Malik ke Kelang. Jalan ke Kelang memang jem gila. Tepat jam 7 baru mereka sampai di rumah Sam di Taman Andalas.
Barang mistik
Untuk berurusan dengan Sam, semua seller barang mistik dikenakan membayar RM300. Jika barang itu selepas test okay, Sam akan membayar sekali ganda RM600. Jika barang itu tidak okay, RM300 akan hangus.
Cikgu Shah dan Ali memang tiada duit untuk bayar RM300. Maka Zaki yang sukarela membayar RM300 kepada Sam kerana dia yakin mereka akan dapat RM600,000 hari itu.
“Mana air mani gajah?” tanya Sam yang meletakkan RM300 yang diterimanya dari Zaki di atas meja.
“Ini dia,” kata Sumi yang membuka balutan kainnya.
“Kita timbang dulu,” kata Sam sambil meletakkan air mani gajah itu dia atas alat imbang digital.
“Tak sampai pun tiga gram. Ali kata 30 gram,” kata Sam.
Terlopong Ali. Cikgu Shah pun terkejut kerana mereka diberi maklumat yang salah oleh Malik. Zaki yang lebih bengang kerana pelaburannya sebanyak RM300 hangus.
“Saya dah kata kalau kurang lima gram, buyer tak beli,” tegas Sam.
Dua alam
“Jadi nak test tak sama ada ia dua alam atau tidak?” tanya Sumi.
“Tak payah test pasal tak cukup lima gram,” jawab Sam yang tersenyum kerana duit RM300 di atas mejanya menjadi miliknya.
“Tadi saya nak test dulu di rumah saya, Ali kata tak payah,” marah Cikgu Shah dalam kereta.
“Lain kali Malik jangan dengar cakap orang. Awak tengok dulu dan pastikan ia lima gram ke atas baru datang ke Kuala Lumpur,” sampuk Ali.
“Awak datang dari jauh kan rugi duit minyak dan duit tol,” kata Cikgu Shah kepada Malik dan Sumi.
“Saya yang rugi kerana hangus RM300 sedangkan duit tu saya nak bayar sewa bilik bulan ini,” kata Zaki menyesal kerana tidak tengok air mani gajah itu terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah Sam.
Langgan:
Catatan (Atom)



