Memaparkan catatan dengan label dibuang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dibuang. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 10, 2018

72 ANGGOTA POLIS DIBUANG TAHUN INI HINGGA SEPTEMBER

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Sejumlah 72 anggota polis dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata ada dalam kalangan mereka berpangkat Superintendan dan Deputi Superintendan selain anggota berpangkat rendah.

Menurutnya, setakat ini 1,484 anggota polis dikenakan tindakan tahun ini.

"Mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti salah laku kuasa, cuai, gagal hadir bertugas dan terbabit dengan aktiviti jenayah," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan integriti di sini hari ini.

Beliau turut berkata 3,096 kes kesalahan tatatertib melibatkan kakitangan polis direkodkan tahun lalu, namun ia dapat dikurangkan tahun ini

Jumaat, Mac 29, 2013

PAPA GOMO DIBUANG KERJA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis. Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos. Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. “Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012. “Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu. Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam. Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR. SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut.