Memaparkan catatan dengan label amiruddin hamzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amiruddin hamzah. Papar semua catatan

Isnin, Mac 04, 2019

UMNO-PAS AKAN TERUS GUNA SENTIMEN AGAMA DAN KAUM SEBAGAI SENJATA MEREKA

ALOR SETAR, 3 Mac (Bernama) -- Kerjasama UMNO-PAS yang menggunakan sentimen agama serta kaum pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam, dijangka terus menjadikan dua aspek itu sebagai ‘senjata’ mereka pada pada masa-masa akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata kejayaan kerjasama itu pada PRK DUN Semenyih semalam, akan mendorong UMNO-PAS untuk terus menampilkan Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak prihatin terhadap kedua-dua isu.

“Banyak kelompok guna sentimen agama ini... isu tentang hina Nabi (Muhammad) yang telah kita ambil tindakan, peruntukan kepada bumiputera yang sebenarnya tidak kita hapuskan," katanya.
.....

Ahad, Februari 24, 2019

PH TUBUH SATU SEKSYEN SEMAK MANIFESTO PRU 14

BANGI, 24 Feb (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menubuhkan satu seksyen khas bagi menyemak dan memformulasi semula manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agar dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata langkah itu diambil bagi memastikan janji PRU14 dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kekangan yang dihadapi kerajaan sekarang.

Seksyen ini diwujudkan kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH amat prihatin dengan perkara yang dijanjikan dalam manifesto pada PRU14, katanya ketika ditemui selepas menutup Karnival Sukan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Ansara di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini hari ini.

Khamis, Februari 21, 2019

AMIRUDDIN TEGUR AKHBAR LAPOR UCAPANNYA DI LUAR KONTEKS

PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah menegur laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk "Kerajaan akui SST tidak mampu kurangkan harga barang" yang memetik ucapannya di Semenyih semalam, yang menurutnya dilapor di luar konteks.

Menurut Amiruddin, dalam ucapannya itu beliau berkata melalui pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kerajaan telah mengembalikan hasil sebanyak RM23 bilion melalui pengurangan bilangan barangan yang dicukai berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Katanya langkah itu tidak memberi impak signifikan kepada harga barangan di pasaran, namun kadar inflasi bagi tahun 2018 adalah satu peratus, berbanding 3.7 peratus pada 2017 semasa GST masih dilaksanakan.

Ahad, September 30, 2018

SEKIRANYA EKONOMI BELUM PULIH DALAM TEMPOH DUA TAHUN, MAHATHIR WAJAR TERUS JADI PM


ALOR SETAR, 30 Sept (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) disaran menimbang situasi semasa negara termasuk keadaan ekonomi sebelum memutuskan had masa untuk Tun Dr Mahathir Mohamad berundur sebagai perdana menteri.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata sekiranya keadaan ekonomi negara belum pulih dalam tempoh dua tahun Dr Mahathir mengetuai pentadbiran negara, sebaiknya perdana menteri diberi masa lebih lama sebelum meletak jawatan.

Bagaimanapun perkara itu terserah pada pimpinan peringkat tertinggi PH, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kedah, di sini hari ini.

Amiruddin diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang meminta supaya Tun Mahathir Mohamad diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun Dr Mahathir dan PH sendiri telah berjanji dan memberi jaminan bahawa jawatan perdana menteri akan diserahkan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, biar masa menentukan perkara tesebut.

Dr Mahathir dan pucuk pimpinan PH sebelum ini sepakat untuk menyerahkan jawatan nombor satu negara itu kepada Anwar selepas perdana menteri selesai membantu memulihkan ekonomi negara yang dijangka dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

-- BERNAMA