Memaparkan catatan dengan label ambil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ambil. Papar semua catatan
Khamis, April 14, 2016
DAP AMBIL TINDAKAN KEPADA DR TAN SENG GIAW?
Sehingga petang semalam, nasib yang ‘bakal’ diterima Naib Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang mengeluarkan komen bertentangan dengan Setiausaha Publisiti Kebangsaan parti itu, Tony Pua dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih tidak ketahuan.
Dihadapkan ke lembaga disiplin parti itukah? Atau kemungkinan tidak lagi dicalonkan DAP dalam pilihan raya umum ke-14 kah?
Pua masih seperti burung tukang yang sentiasa buat bising tanpa asas terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu dengan ulasannya kekal negatif terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
Kita mahu bertanya Pua, bukankah anda turut bersama lima anggota PAC dari pembangkang menyertai sembilan lagi ahli menandatangani laporan penuh PAC yang muktamad mengesahkan:
1. Tiada wang RM42 bilion hilang sebagaimana didakwa pelbagai pihak.
2.Tiada penyaluran wang 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri.
3.Tiada bukti elemen jenayah.
4.Terdapat kelemahan urustadbir syarikat.
Jadi, mengapa terus mengambil tindakan yang kelihatan menampakkan kebodohan sendiri?
Benar kata Seng Giaw kepada New Straits Times bahawa apa jua tuduhan diutarakan Pua terhadap 1MDB perlu disokong bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.
“Kalau anda tiada bukti untuk menyokong apa yang anda katakan, tak usah bercakap. Jika ada tuduhan, orang yang menuduh itu perlu kemukakan bukti,” kata Seng Giaw.
Pendirian Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi PAC itu nampaknya jujur:
“Kami (PAC) melihat beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Namanya malah hanya timbul setelah beliau dinamakan sebagai ahli lembaga penasihat.”
Mengenali Seng Giaw, semua maklum kematangan beliau berpolitik. Politik bertanggungjawab inilah perlu dipelajari Pua.
Seng Giaw berusia 74 tahun dan menyandang Ahli Parlimen Kepong sejak 1982 lagi dihormati rakan-rakan saingan politiknya. Ini kerana kebolehannya jarang ditemukan dalam kalangan ahli politik pembangkang di Malaysia.
Anak Kelahiran Kota Bharu ini yang mahir menulis dan membaca jawi serta fasih berbahasa Malaysia menjadi contoh kepada pemimpin politik pembangkang yang sering menjadikan perkara yang tiada isu sebagai ‘isu’.
Doktor pakar kulit yang pernah berkhidmat sebagai doktor pakar dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini sukar dilihat menabur fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan. Dalam sidang Dewan Rakyat pun, amat jarang melihatnya ‘mengganggu’ sesi perbahasan hanya kerana mahu memanipulasi isu dan mengecap populariti.(dipetik dari Utusan Malaysia)
Ahad, September 13, 2015
BN SELANGOR PATUT AMBIL KESEMPATAN PERBALAHAN PAKATAN RAKYAT
Sudah dua kali PRU, BN kalah di Selangor sejak PRU 2008. Ramai yang meramalkan selagi Pakatan Rakyat (PKR) memerintah Selangor, agak sukar BN merampas kembali negeri tersebut. Dahulu tokoh korporat Khalid Ibrahim menerajui Selangor, negeri itu mempunyai rezab yang mencecah RM2 billion.
Kini di bawah Azmin Ali, rezab Selangor terus meningkat. Ini menunjukkan tiada rasuah dalam pemberian projek yang menyebabkan tiada ketirisan. Integriti seperti ini yang sukar diamalkan oleh kerajaan BN di Selangor dahulu baik di zaman Muhammad Muhd Taib, Abu Hassan Omar dan Dr Khir Toyo.
Selangor tidak sama seperti Terengganu dan Kedah. BN kalah di Terengganu pada PRU 1999 tetapi pada PRU 2004 BN menang kembali. Begitu juga di Kedah, BN kalah pada PRU 2008 tetapi BN berjaya merampas kembali Kedah pada PRU 2013.
Maka Selangor akan dilihat seperti Kelantan. Setelah BN tumbang pada PRU 1990, sudah enam penggal PAS memerintah Kelantan. Maka PR dijangka memerintah Selangor beberapa penggal seperti PAS di Kelantan.
Bezanya Kelantan negeri miskin tetapi Selangor negeri kaya serta pengundinya pula berpelajaran tinggi. Maka peluang untuk BN menang semula di Selangor agak tipis kecuali tukar pengerusi BN Selangor sekarang, Noh Omar.
Ahli Umno sendiri meluat dengan Noh Omar maka peluang untuk BN merampas kembali Selangor semakin tipis. Cari penggantinya yang lebih berintegriti. Ini adalah peluang terbaik bagi BN merampas kembali Selangor dalam suasana PR sedang berkrisis.
Azmin masih memerlukan PAS tetapi DAP tidak mahu PAS berada dalam PR. Maka krisis ini perlu diambil kesempatan oleh pemimpin BN Selangor. Azmin tahu jentera PRU PKR tidak kuat. Selama ini PKR menang kerana sokongan jentera PAS.Tanpa jentera PAS, sudah pasti PKR akan hilang banyak kerusi di Selangor.
Malah dalam suasana sekarang jika PAS keluar dari PR, kerajaan PKR akan tumbang. Azmin sendiri akan menjadi MB PKR yang paling sekejap jadi MB Selangor. Sebab itu Azmin berkata ia bukan kenyataan peribadi beliau yang mahu PAS berada dalam PR tetapi pendirian PKR. PKR tahu selama ini jentera PRU mereka bergantung kepada jentera PRU PAS. Penyokong PAS berkempen kerana Allah. Tak bayar pun tak apa sebaliknya mentaliti penyokong PKR sama dengan mentaliti penyokong Umno. Tak ada upah, tak ada kempen.
DAP terus mengasak PKR tidak menerima PAS dalam PR 2.0 kerana Parti Amanah sudah ada untuk menggantikan PAS. biarpun Amanah ada wakil rakyat percuma dalam parlimen sekarang seperti Raja Bahrin, Mahfuz Omar, Dr Mujahid Rawa, Dr Hatta Ramli dan ramai lagi, percayalah mereka akan kalah dalam PRU akan datang kerana akar umbi sudah sebati dengan PAS. Amanah boleh menarik pengundi muda yang profesional tetapi pengundi tua tetap bersama PAS. Sebab itu jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Amanah yang akan menang ialah calon BN dengan syarat BN Selangor mengenepikan semua pemimpin yang sudah ada rekod buruk.
Dalam pergeseran parti-parti dalam PR, jika BN Selangor masih gagal menawan Selangor, ini bermakna Selangor akan selama-lamanya berada dalam genggaman PR. Oleh itu BN Selangor perlu buat perubahan segera. Pemimpin yang sibuk cari projek untuk kepentingan peribadi wajar disingkir dan pilihlah calon yang bersih untuk menghadapi PRU 2018. Ketua bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Ishak Harun merupakan calon yang bersih yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin BN Selangor.

Khamis, April 18, 2013
BN KENA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANAK SAMY VELLU
Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.
Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).
Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.
"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.
Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.
"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.
"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.
"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.
Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.
"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.
Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.
Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".
"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.
"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.
Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.
Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.
Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.
Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.
Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.
Ulasan saya, apa tindakan BN kepada anak Samy Vellu terhadap kenyataannya yang tidak menyokong calon BN. Oleh itu BN kena tegas memecat Vell Peri dari BN jika BN gagal menumbangkan Pakatan Rakyat pada pilihanmraya umum.
Langgan:
Catatan (Atom)