Khamis, Disember 09, 2021

Pilihanraya Umum ke 15


Bismillah


Pilihanraya Umum ke 15 patut di ada kan seberapa segera


Saya setuju Pilihanraya patut di cepatkan dan tak boleh di tunggu tunggu sebab keadaan momentum sokongan atau trust deficit Rakyat pada BN  kita berada di tahap yang tinggi sekarang Dan kita jangan sesekali  beri ruang pada musuh membuat persepian rapi untuk fight back.


Sebagai PM dari Parti Induk UMNO maka dia mesti lah mengambil kita kepentingan Parti sendiri dari kepentingan lain nya.


Parti Bersatu ini pada pandangan saya selepas di iktihar PilihanRaya UMUM saja mereka tahu bahawa mereka akan hanyut dengan mimpi mimpi mereka saja dan mereka ada wang banyak dan itu benar tapi Wang tak boleh beli sokongan Rakyat pada mereka. Mereka machinery party di Lapangan tiada dan cawangan cawangan yang ada itu semua bertaraf cawangan bunian dan mereka hanya memperalatkan PAS sebagai machinery mereka.

Tapi PAS juga sekarang di bawah Hj Hadi sudah tidak sekuat yang di gambar kan oleh propaganda akhbar mereka Harakah daily sebab Hj Hadi sekarang sudah mula hilang credibility dia di mana banyak kenyataan dia berkaitan MN boleh di sanggah dengan mudah. Banyak akar umbi PAS tidak ikut dan taksub pada arahan Hj Hadi contoh apa yang berlaku di PRN Melaka baru baru ini di mana Ahli PAS mesra dengan UMNO dan menyokong MN dan mengundi BN.


Saya ramal bahawa PAS juga akan kehilangan banyak kerusi mereka pada Bersatu dan mereka juga akan kalah banyak kerusi kelak.

PM patut faham juga bahawa besar kemungkinan Bangsa China DAP akan kembali menyokong BN pada Pilihanraya Kelak kerana mereka dah bosan dan hilang kepercayaan pada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dan waima China China DAP ini bagi warning pada mereka bahawa mereka tak akan sokong nomadic candidate atau calon payung terjun DAP waima Lim Kit Siang akan tewas jika di tandingi di kawasan sekarang atau lain lain tempat. Mereka mahu calon mesti calon tempatan dan wajib bekerja dan berkhidmat pada Rakyat setempat bukan calon payung terjun yang datang setahun sekali baru nampak muka hidung.


Bagitu juga Bangsa China DAP juga tahu bahawa semasa 22 bulan mereka bersama Mahathir memerintah mereka juga suffering dan tak ada apa perubahan pada ekonomi dan lagi susah mereka hendak cari makan.


Kawan saya Bangsa China VVIP bagitahu saya bahawa dah banyak kali  ada program termasuk makan besar di mana  Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hadzir telah di halau dan mereka terpaksa meninggal kan majlis secara tergesa gesa.


DAP regime Lim Kit Siang serta keluarga nya menunggu hari saja dan bagitu juga PKR sekarang berada dalam keadaan lemah apabila mereka kalah semua kerusi mereka tandinggi di Melaka.


Anwar Ibrahim juga ibarat berada di dalam rumah berkaca sekarang.

Rumusan nya kita kuat BN Kuat UMNO paling kuat dan PM kita pula ada kuasa mutlak sebagai orang no 1 Negara dan secara afdal nya patut mengambil kira pandangan rambang saya di atas ini semoga Pilihanraya Ke 15 di panggil segera demi kelangsungan perjuangan Bangsa kita Agama kita dan Negara kita.

Saya yakin kita boleh menang bergaya dan In Sha Allah kita berjaya menawan Putrajaya kembali secara mutlak.


Harapan saya pada semua sahabat sahabat berdoa lah semoga PM kita terbuka hati  untuk mengadakan Pilihanraya UMUM secepat mungkin.


AAMIIN.



Ikhlas dari, 

Marheim lagi Faqir

Shahbudin Embun

Penganalisis Politik serta 

Exco Kelab Sahabat N87


9 Dec 2021


Sk Dato Presiden Kelab N87

Dato Timbalan Presiden dan semua exco exco 

Penanung Kelab Sahabat  N87

Dato Seri Najib Tun Razak 

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO