Isnin, Mac 13, 2017

BETUL KE ORANG GAJI 12K SEBULAN MOHON BRIM?



Kira-kira 600,000 permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini ditolak kerana gaji mereka melebihi RM4,000.

Malah Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara permohonan yang ditolak juga adalah belasan ribu permohonan yang terdiri daripada individu berpendapatan antara RM8,000 hingga RM12,000 yang turut memohon BR1M.

"Kita terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000. Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.

"Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.

"Jadi sebab itu kita perlukan pengesahan kerana kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak sepatutnya," katanya.

Ulasan saya, BRIM untuk orang yang bergaji RM4k sebulan. Jadi tak logik orang yang bergaji lebih RM4k sebulan turut memohon BRIM. Takkan orang bergaji RM12k tak malu mohon BRIM? Saya berharap Johari tidak cakap kosong kecuali dia beri bukti mereka yang kaya turut mem
ohon BRIM.