Sabtu, Ogos 01, 2015

AZALINA JANGAN LEBIH SENDUK DARI SUDU

SANDAKAN: Bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Batu Sapi, Sapari Idal meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said tidak lebih senduk dari sudu.

Katanya, kenyataan Azalina bahawa Muhyiddin yasin tidak kebal, boleh dipecat dari Umno seolah-olah beliau adalah Presiden Umno.

"Kalau ya pun nak bodek Najib Razak, janganlah menyinggung perasaan Muhyiddin yassin," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, Azalina sepatutnya menghormati Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.

"Muhyiddin bukannya seperti Anwar Ibrahim yang buat huru-hara selepas dipecat dari jawatan TPM. maka kenyataan Azalina menunjukkan beliau tidak menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam parti.

"Siapa Azalina dalam Umno sedangkan Muhyiddin sudah 37 tahun berkecimpung dalam Umno," kata Sapari lagi.


beliau yang juga ahli jawatankuasa Umno cawangan Segaliud mmengucapkan tahniah kepada Najib yang melantik semula Azalina sebagai menteri

"Dahulu beliau sudah digugurkan dari kabinet. Najib tidak ada calon lain terpaksa mengambil calon kitar semula sebagai menteri. Tahniah kepada Najib.kalau di Australia ada menteri gay, di Malaysia ada menteri lesbian," katanya.

Sapari menambah sebagai orang baru dalam politik, Azalina sepatutnya menghormati Muhyiddin.

"jangan kerana nak ampu Najib, maka beliau keluar kenyataan seolah-olah Menteri Dalam Negeri," katanya.

Katanya lagi, kenyataan yang diluah oleh Azalina ini menyebabkan rakyat makin menyampah dengan pemimpin Umno yang tidak tahu mengenang budi jasa pemimpin tertinggi parti.

"Walaupun Muhyiddin dipecat dari jawatan TPM, kita kena hormatinya kerana beliau masih timbalan presiden Umno," tegasnya.

Azalina, ujar Sapari, perlu faham timbalan presiden Umno dipilih oleh para perwakilan sedangkan jawatan TPM dilantik oleh PM atas budi bicara PM.