Rabu, Julai 20, 2011

PAS TUNDUK KEPADA DAP


Jika Pakatan Rakyat menang, bukan wakil rakyat PKR atau wakil rakyat PAS yang jadi Perdana Menteri, sebaliknya ahli parlimen DAP yang jadi PM kerana DAP yang menjadi parti utama dalam Pakatan Rakyat.

Sekarang pun Lim Kit Siang boleh jadi ketua pembangkang tetapi DAP kesian kepada Anwar Ibrahim, maka PKR yang kurang kerusi dari DAP masih memegang jawatan ketua pembangkang. Namun begitu siapa kata DAP tidak berkuasa? DAP boleh mengarahkan PAS menarik balik keputusan kerajaan Kedah untuk menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan.

Di Kedah, PAS menang besar sedangkan DAP hanya ada satu kerusi sahaja tetapi lihatlah pengaruh DAP boleh menguasai kerajaan PAS. Amat sedih bila Ustaz Azizan terpaksa tunduk kepada kehendak DAP.

MCA menyifatkan isu penutupan pusat hiburan sepanjang Ramadan di Kedah sebagai sandiwara politik antara PAS dan DAP bagi memenangi hati pengundi Cina di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata isu itu sengaja dimainkan bagi membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa DAP mempunyai pengaruh terhadap PAS.

"DAP akan mengatakan kepada masyarakat Cina jangan bimbang berhubung isu itu kerana akhirnya mereka (DAP) akan dapat mempengaruhi segala-galanya yang diperjuangkan dan diputuskan oleh PAS," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Mesyuarat Agung MCA Melaka 2011 diminta mengulas mengenai kesediaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu dengan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah, bagi memastikan isu tersebut berakhir dengan situasi menang-menang.

Kerajaan Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan agar semua premis hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan bagi mencegah umat Islam mengunjunginya.

Mengulas lanjut, Dr Chua berkata tindakan kerajaan negeri pimpinan PAS itu mencabul hak bukan Islam untuk berhibur.

Mengulas perkara berlainan, Dr Chua menyangkal pendapat yang mengatakan judi menjadi amalan masyarakat Cina.

"Judi bawa impak negatif kepada masyarakat, malahan kalau ikut kata-kata masyarakat Cina dahulu menyebut 'lebih baik mempunyai seorang anak yang cacat daripada mempunyai anak yang kaki judi'," katanya.

Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Mohamed Yunos Husin ketika menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri berkata judi tidak boleh disekat kerana kegiatan itu budaya masyarakat Cina.