Rabu, Julai 13, 2011

BUKAN MENGEJUTKAN


Bukan mengejutkan bila 93 buah Taska belum berdaftar di terengganu. saya masih ingat sewaktu bekerja dengan Yayasan pembangunan keluarga terengganu (YPK) dari tahun 1997-2001 masalah ini juga timbul.

Saya ingin tahu adakah 93 buah taska itu termasuk taska YPK? Jika termasuk YPK punya, kenapa agensi kerajaan sendiri ada taska haram? Siapa yang mahu bertanggungjawab kepada anak-anak taska YPK jika apa-apa berlaku kepada mereka seperi di Muar baru-baru ini?

JKM perlu buat penguatkuasaan kepada semua taska.Janganlah YPK punya, pejam mata. Kalau agensi kerajaan sendiri ada taska haram, apatah lagi taska swasta punya tak ikut peraturan. Pengarah YPK, Datuk Shafauddin Mustafa perlu lihat segera isu ini supaya imej YPK terus terjaga.

Sebanyak 93 daripada 139 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di seluruh Terengganu belum didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JKM negeri Terengganu, Muhammad Zain Mahmud berkata, kebanyakan Taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang belum mendaftar masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal.

Tiga agensi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Mengejutkan kerana jumlahnya begitu banyak dan membimbangkan kerana Taska tidak berdaftar menghadapi pelbagai kemunginan.

Menurut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan kes kecederaan kanak-kanak berlaku di taska tidak berdaftar dan pengusahanya juga tidak mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak.

Selalunya Taska-taska ini mengambil kanak-kanak seberapa ramai yang boleh dan tidak mengikut nisbah kanak-kanak yang ditentukan bagi sesebuah taska.

Nisbah mengikut akta berkenaan menetapkan seorang pengasuh menjaga lima kanak-kanak berusia 3 tahun dan seorang pengasuh bagi 10 kanak-kanak berusia antara 3 dan 4 tahun.

Sebenarnya pengusaha taska yang melanggar akta itu boleh dikompaun dan diarah menutup Taska mereka.


Berikutan itu, Sabtu ini, JKM akan mengadakan kempen 'Jom Daftar Taska' peringkat negeri melibatkan tiga zon.

Zon berkenaan ialah daerah Besut dan Setiu, daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu serta daerah Dungun dan Kemaman.

Ia bagi memastikan kesemua Taska dan pusat jagaan mendaftar dengan jabatan itu.