Rabu, Februari 18, 2009

ISMAIL CALON FAVOURITE DI BUKIT GANTANG


Ketua Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Ismail Saffian,48, disebut-sebut akan dipilih sebagai calon BN bagi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil pada 7 April ini.


Ismail yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang tewas dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian di tangan Datuk Rosli Husin baru-baru ini.


Beliau yang sedang mengikuti pengajian sarjana pembangunan pelancongan di USM, Pulau Pinang (secara kajian) dikatakan calon yang paling popular. Tambahan pula beliau adalah bekas Setiausaha, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dari Mei hingga Julai 2008.


Beliau juga merupakan seorang aktivis Belia 4B di kawasan parlimen Bukit gantang di mana beliau pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Bukit Gantang dari tahun 1998 hingga 2004.


Malah beliau yang pernah menjadi Setiausaha BN Bahagian Bukit Gantang dari tahun 1999 hingga kini mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih sebagai calon kerana mempunyai sikap mesra rakyat. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang dari tahun 1999 hingga 2004.


Bapa lima anak ini mempunyai pengalaman kerja yang luas di KEDA, Alor Star; MRSM, Taiping; Majlis Daerah Kerian, Parit Buntar; Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.