Sabtu, Januari 17, 2009

HARI PENENTUAN


Hari ini adalah hari penentuan di antara tiga calon, calon BN, Datuk Wan Farid Wan Salleh, calon PAS, Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat. Siapa yang menang akan diketahui pada pukul 9 malam.


Ada seorang blogger yang berani meramalkan Wan Farid akan menang dengan majoriti 3,000 lebih. Katanya, pilihan raya kecil lain dengan pilihan raya umum walaupun tiga DUN dimenangi PAS pada pilihan raya umum lalu.


Bagi saya, siapa yang menang di antara WanFarid atau Wahid, dia akan menang dengan majoriti yang tipis. Seorang rakan dari Kuala Lumpur, Samsuri Roslan menunjukkan kepada saya sms dari Editor Harakah, Lutfi Othman yang mengatakan PAS sendiri tak yakin menang walaupun ramai pemerhati merasakan PAS mendahului BN.


Suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu berbeza dari pilihan raya kecil Permatang Pauh. Pendekatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said turun padang ke empat DUN menyebabkan pengundi PAS serba salah. Beliau beri bantuan kepada orang kampung tanpa mengira parti. Sedikit sebanyak kalau mereka tak undi BN, mereka tidak keluar mengundi jika mereka fanatik kepada PAS kerana terhutang budi kepada Ahmad Said.


Orang PAS sendiri tak sangka Ahmad Said sanggup berkunjung ke rumah orang kuat PAS di Kg. Kolam, Kuala Ibai, Ustaz Ibrahim. Kebetulan Ustaz Ibrahim pernah mengajar Ahmad Said masa sekolah dulu. Maka kunjungannya membuatkan Ustaz Ibrahim terharu kerana seorang MB sanggup jejak kaki ke rumah orang PAS.


Kalau BN menang, ia adalah kerana sikap sederhana MB. Keterbukaan MB yang menyebabkan PAS boleh guna Satdium Negeri untuk umum calon PAS. Kalau PAS masih memerintah Terengganu, jangan harap BN boleh guna Stadium Negeri. Oleh itu para pengundi gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mengundi hari ini. Ketepikan sentimen anda walaupun calon BN kelihatan sombong. Yang penting BN mesti menang.