Hidung mancung pipi tersorong-sorong. begitulah pepatah Melayu terhadap presiden Umno, Najib Razak yang merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang semalam.
Bukannya Umno bahagian berkenaan menjemput beliau merasmikan persidangan tersebut seperti mana dijelaskan oleh ketua bahagian, Khaled Nordin yang juga MB Johor sebaliknya Najib yang minta merasmikan persidangan itu kerana berdekatan dengan majlis rasminya di Singapura.
Mahu tidak mahu, Khaled terpaksa akur kepada permintaan Najib walaupun beliau tahu ahli Umno Pasir Gudang turut terluka dengan tindakan najib memecat pemimpin dari Johor, Muhyiddin Yasin sebagai TPM.
Namun demikian Umno Johor menyokong tindakan Najib membuat rombakan kabinet kerana ia adalah kuasa prerogatif PM tetapi Umno Johor mahu ahli Umno menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam Umno.
Perwakilan Umno bahagian pasir gudang telah memalukan najib kerana apabila najib berucap mereka seolah-olah tidak mendengar dan tidak memberi perhatian kepada ucapan Najib.Sebaliknya apabila Khaled berucap sebelum itu, bukan main mereka bertepuk tangan dan selepas Khaled menghabiskan ucapannya semua perwakilan berdiri memberi standing ovation kepada Khaled.
Sebagai Pengerusi Badan perhubungan Umno Johor, sudah tentu Khaled faham dengan sentimen rakyat Johor yang marahi najib menggugurkan Muhyiddin dari jawatan TPM dan Menteri Pelajaran.
Hal yang sama berlaku pada tahun 1986 apabila Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai TPM. Kedatangan Dr Mahathir Mohamad ke Johor tidak disenangi oleh rakyat Johor. Pada malam sebelum hari penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Johor Bharu, Dr Mahathir turun ke Johor Bahru berkempen untuk calon BN, Mas'od Abdul rahman yang menentang calon Bebas, Shahrir Samad yang mana ucapannya disiarkan secara langsung oleh TV1, tetapi keesokan hari, calon BN kalah teruk di tangan Shahrir yang juga bekas menteri dan bekas ahli parlimen Johor Bharu.
Majoriti rakyat Johor marahi Dr Mahathir ketika itu. MB Johor, Muhyiddin yasin terpaksa mempertahankan Dr mahathir walaupun sentimen rakyat Johor terhadap Musa Hitam begitu kuat. Nasib yang sama dialami oleh khaled Nordin sekarang yang berketuakan Najib tetapi beiau kena ikut sentimen majoriti rakyat Johor yang simpati dengan nasib Muhyiddin Yasin.
Belum pernah PM Malaysia dihina sebegitu rupa. Ada kain rentang Tangkap najib dipasang di Johor Bharu. Malah setiap hari dalam facebooknya rakyat Malaysia mendesak najib meletakkan jawatan.
Sebelum ini Dr Mahathir Mohamad mendesak najib berundur supaya BN tidak tewas dalam PRU pada tahun 2018. Ada tiga tahun lagi PRU ke 14. Ini masa terbaik kepada najib untuk berundur supaya penggantinya dapat memulihkan imej Umno dan BN dalam masa tiga tahun.
Tetapi Najib masih berdegil kerana kononnya ke mana-mana beliau pergi beliau mendapat sambutan hangat. Sambutan bolehlah diberikan di Kota Melaka, bandar Tun Razak tetapi di pasir Gudang beliau dimalukan.
teringat saya kepada cerpen Mohd Affandi Hassan yang saya sudah lupa tajuknya yang mengisahkan Mat Tepuk yang ditugaskan bertepuktangan ketika YB berucap. Walaupun beliau tidak faham dengan ucapan YB, tugas Mat Tepuk bertepuk tangan. Apabila Mat tepuk bertepuk tangan, maka semua hadirin akan ikut bertepuk tangan. Agaknya najib tidak ada tukang tepuk yang patut dibawa ke setiap majlis ucapannya supaya bertepuk tangan ketika Najib berucap.
Majlis di pasir gudang jadi hambar. perwakilan seolah-olah tidak berminat dengan ucapan PM. Maka Najib patut ambil ikhtibar bahawa sudah sampai masanya beliau berundur dan bersara dari politik.
Belum pernah beliau dimalukan seperti ini. Ia adalah tanda-tanda rakyat tidak mahu beliau menjadi PM dan Presiden Umno lagi. Rakyat marah Peguam negara dipecat, Muhyiddin dan Shafie Apdal dipecat, pegawai SPRM disiasat polis, pegawai SPRM ditukar serta merta ke JPM.
Ketua pemuda Umno, Khairy jamaludin tidak bersetuju dengan pertukaran serta merta pegawai SPRM dan beliau sedia menerima risiko dipecat dari jawatan menteri seperti Muhyiddin yasin dan Shafie Apdal.
Jika Najib turut memecat Khairy, maka gelombang kebangkitan rakyat menurunkan Najib semakin kuat kerana pengaruh Khairy sebagai ketua pemuda Umno tidak wajar diperkecilkan oleh najib..Beranikah najib memecat Khairy?
Isnin, Ogos 10, 2015
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIRI OPEN HOUSE SAYA
Tengahari tadi dari jam 12 hingga 7 petang saya mengadakan majlis open house aidilfitri bersama anak saya, Siti Zuhairatun yang merupakan seorang Public Mutual Consultant. majlis bermula jam 12 tengahari dengan jemputan kawan-kawan anak saya. Manakala jam 2 petang, jemputan untuk kawan-kawan saya pula. Jam 3, jemputan untuk saudara mara pula.
Ramai kawan yang saya jemput tidak dapat hadir kerana maklum sahajalah rumah saya terletak jauh di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih kira-kira 60km dari Kuala Lumpur. namun demikian saya ucapkan terima kasih kepada semua kawan dan saudara mara yang sudi hadir.
Rakan lama di akhbar Watan, Rahim Tahir datang dengan anak isterinya walaupun beliau sudah kehilangan kakinya dipotong akibat kencing manis tiga bulan lepas. Rahim tinggal di Bandar Rinching lebihkurang lima km dari rumah saya. Pemilik majalah Agro Malaysia, Shamsul Hazli Mamat yang merupakan bekas grafik di Kumpulan Karangkraf teruja menemui Rahim yang sudah 25 tahun tidak ditemuinya. Rahim adalah adik arwah Prof Madya Dr Abdullah Tahir yang merupakan tutor saya di Universiti Malaya (UM). Ketika di akhbar Watan dahulu, Rahim adalah wartawan khusus membuat membuat liputan untuk Parti Semangat 46 yang ketika itu diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Ramai rakan tidak dapat hadiri majlis saya seperti pengerusi NGO, Hidayat Fansuri yang merupakan anak Padang Pak Amat, Pasir Puteh, kelantan yang sekampung dengan arwah ayah saya. Kawan saya, Syed Abdullah yang duduk di kajang turut datang dengan anak isterinya. Kebetulan ayah isteri Syed Dollah pun orang Merkang, padang pak amat. Maka rancaklah isteri Syed Dollah berbual dengan isteri Solehuddin dua pupu saya yang juga orang Merkang.
Ayah mertua Syed Dollah orang kelantan manakala emak mertuanya orang Sarawak. Ayahnya seorang polis yang merantau ke Sarawak dahulu. Walaupun isterinya dilahirkan di sarawak tetapi dia fasih cakap loghat kelantan seperti ayahnya.
Syed Dollah adalah bekas setiausaha Umno bahagian Cheras. Berasal dari Muar, beliau sekelas dengan Ghani Othman, bekas MB Johor. Solehuddin dua pupu saya lahir di Kg Pandan manakala ayahnya juga orang Padang pak amat, haji mokhtar yang kami panggil Pak Su Tar.\
Pak Su Tar orang pertama Padang Pak Amat berhirah ke Kuala Lumpur pada tahun 60an. Apabila saudara mara dari Padang Pak Amat datang ke Kuala Lumpur, maka rumahnya di Lorong J2, Kg Pandan Dalam yang menjadi tempat transit. Begitu juga saya yang belajar di MRSM Seremban dari tahun 1972-1976, maka sebulan sekali saya datang ke rumah Pak Su Tar.
Begitu juga anak padang pak amat yang terawal masuk universiti, Haji Ahmad Ismail (Datuk) yang belajar di UM seringkali datang menemui Pak Su Tar. haji Ahmad yang sebadge dengan Anwar Ibrahim di UM masuk PTD bermula sebagai pegawai di KDN dan sempat bekerja di bawah TPM dan Menteri Dalam negeri, Tun Dr ismail Abdul Rahman.
haji Ahmad yang kini menetap di Taman Greenwood sudah pencen dan tugas terakhir di KDN sebagai Timbalan KSU. Sebelum itu beliau pernah menjadi SUB di Kementerian pertahanan dan pegawai kewangan Negeri Sembilan.
Saya masih ingat ketika saya menemui Isa Samad ketika beliau menjadi MB Negeri Sembilan, Isa memuji dua pupu saya itu kerana tidak pernah minta tanah untuk dirinya sepanjang berkhidmat selama sembilan tahun di Seremban sedangkan pegawai lain minta tanah untuk peribadi. Sebagai orang yang aktif dalam ABIM, Haji Ahmad hanya minta tanah untuk buat pejabat ABIM Negeri Sembilan sahaja.
Boss saya, Datin haslina Abdullah yang sudah confirm mahu hadiri majlis open house saya tidak dapat datang kerana rumahnya tidak putus-putus dikunjungi saudara mara dan sahabat handai sejak suaminya, Datuk Bahari Mohd Zain dipindahkan dari SPRM ke JPM petang Jumaat lalu. Jika Datin Haslina yang sekampung dengan saya di Kemaman datang dengan suaminya, sudah tentu banyak cerita panas yang dapat saya dengar.
saya turut simpati dengan nasib yang dialami datuk bahari. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini Tiga orang adik saya, Haji Mahir, Hajah Noridah dan Saifuddin tidak hadir. Haji Mahir kendalikan seminar untuk staf marketingnya yang membuat marketing pakej umrah. Namun demikian isteri dan anak-anaknya datang termasuk Toriq yang bekerja di Pasir Gudang,Johor. Hajah Noridah pula buat open house untuk jiran-jirannya manakala untuk kami adik beradik, dia sudah buat open house pada hari Ahad lepas manakala Saifuddin pula tidak dapat hadir kerana tidak sihat.
hanya dua adik saya yang hadir, Noor Hafilah yang datang dengan suaminya, Abu bakar yang datang dari Kuantan serta Dr Noor Laily Shakimah dari Putrajaya yang datang dengan suami, Shihabudin Mokhtar dan anak-anak. Yang paling saya terharu sudah tentu kedatangan Mak Long Hajah Hasanah Abu Bakar dan suaminya Haji Abdullah dari Batu Pahat, Johor ke majlis kami. Orang yang paling jauh datang.
Pada bulan Oktober tahun lepas ketika saya menulis buku AYER MOLEK di Melaka, saya singgah di rumah Mak Long Nah di Batu Pahat selepas mewawancara Prof. Dr. Zaidi Embong di Universiti Tun Hussein Onn.
Apabila kami sudah tua, maka kami yang perlu merapatkan hubungan dengan saudara mara tidak kira di mana mereka berada sama ada di Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Jika tidak maka terputuslah hubungan dengan saudara mara apabila anak-anak kami tidak pedulikan saudara mara lagi. Inilah hik
mah adanya open house aidilfitri untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara saudara mara dan kawan-kawan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Ahad, Ogos 09, 2015
NAJIB TAK JAWAB SOALAN
Perdana Menteri, Najib Razak ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian bandar Tun Razak semalam berkata, beliau sedia membentangkan akaun Umno kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga melakukan perkara yang sama.
Perdana Menteri berkata, masyarakat umum juga perlu memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat persepsi kerana kutipan dana yang dibuat adalah semata-mata untuk kepentingan parti dan banyak tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilakukan setakat ini.
Malah, beliau berkata, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui daripada mana sumbernya.
Nampaknya Najib tidak menjawab soalan. Rakyat sekarang bertanya dari mana datangnya wang derma sebanyak RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadinya.
jawab sahajalah soalan itu, Najib. Kenapa nak kaitkan dengan pembangkang pula. Kalau benar duit itu untuk CSR hantar orang ke mekah, baiki rumah rakyat yang usang, bentangkan berapa belanjanya. kenapa takut?
Bukannya duit RM2.6 billion masuk dalam akaun Dr wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR? Kenapa beliau tidak terus terang dengan rakyat duit itu datangnya dari Putera Arab Saudi.
Ada seorang pensyarah mengandaikan jika derma itu datang dari Timur Tengah, tidak semestinya dari Arab saudi, mungkin dari Israel kerana Israel pun terletak di Timur Tengah. Mungkin Yahudi mahu Najib menghapuskan kumpulan I.S di Malaysia.
Kalau ia masuk ke dalam akaun Wan Azizah, kita pun akan tanya beliau siapa yang derma. Jika Muamar ghadafi masih hidup, mungkin Presiden Libya itu yang menderma sebanyak RM2.6 billion kepada PKR.
Sebab itu bekas Setiausaha Agung umno, Sanusi Junid yakin selepas ini akan ada putera Arab yang mengaku bahawa beliaulah yang menderma kepada najib. Kita tunggu siapa yang akan jadi kambing hitam.
Sebab itu bekas Setiausaha Agung umno, Sanusi Junid yakin selepas ini akan ada putera Arab yang mengaku bahawa beliaulah yang menderma kepada najib. Kita tunggu siapa yang akan jadi kambing hitam.
nampaknya Najib berdolak dalik. SPRM sudah sahkan bahawa duit itu bukannya duit 1MDB tetapi duit derma. Kenapa tak nak sebut siapa penderma itu? Dia kata dia tak akan jual negara tetapi apa motif orang Arab itu menderma sebanyak RM2.6 billion.
najib kata tak ada udang di sebalik batu orang yang menderma kepada dana BN? Betul ke? kawan saya pernah tanya Wan Zaki Wan Muda, kenapa AZRB begitu banyak dapat projek. Dia pun berkata kerana banyak derma kepada Umno. Dia tak payah mencari projek, sebaliknya projek mencari dia.Maknanya AZRB melabur dahulu kepada Umno, maka kerajaan menawarkan projek kepada syarikat tersebut.
Saya pun pernah menderma sebanyak RM7,000 kepada Pemuda Umno bahagian kemaman pada tahun 1994 tetapi membatalkannya apabila dinasihati Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dr Tengku Mahmud Mansor bahawa derma itu sepatutnya diberi kepada Badan perhubungan umno negeri dan bukannya kepada Umno bahagian.
Orang tak kesah Umno dapat RM2.6 billion tetapi yang orang persoal kenapa derma itu tidak masuk ke dalam akaun Umno? Kenapa ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi najib? Ini yang membuatkan pembangkang lebih cerdik dari najib kerana derma untuk dana parti mereka bukannya masuk ke dalam akaun peribadi Wan Azizah atau Lim guan Eng atau Haji Hadi Awang. Siapa yang bijak di sini? Ahli Umno jawablah sendiri.
Sabtu, Ogos 08, 2015
IBRAHIM ALI TETAP POPULAR
Malam tadi saya dengan Hidayat Fansuri menghadiri majlis rumah terbuka Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di kediamannya di Taman Melawati. Walaupun beliau bukan lagi ahli parlimen Pasir Mas, tetapi beliau tetap popular.
Hampir 5 ribu orang mengunjungi majlis adilfitri beliau membuktikan tanpa jawatan dalam kerajaan, Ibrahim Ali tetap ramai kawan. malam tadi ramai yang datang ke rumahnya termasuk tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li), Rais yatim, Zainuddin Maidin, Khalid Yunus, Annuar Musa, Manan Othman dan Dr Yusof Noor.
Seprti juga Dr Ahmad Zahid Hamidi, saya mengenali Ibrahim Ali pada tahun 1987 ketika bekerja sebagai wartawan akhbar Watan. Ketika itu beliau sudah menjadi ahli parlimen Pasir Mas.
Pada tahun 1982, beliau membawa Presiden ABIM, Anwar Ibrahim menemui Ku Li yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden Umno pada tahun 1981 dengan Musa Hitam.
Kekalahan itu berpunca sokongan ketua pemuda, Suhaimi Kamaruddin kepada Musa. Maka Ku Li mahu seorang calon yang dapat menewaskan Suhaimi. Maka Ibrahim selaku bekas ketua pemuda Berjasa nampak Anwar yang mampu mengalahkan Suhaimi.
Maka Ku Li membawa Anwar menemui Dr Mahathir Mohamad dan Anwar bersetuju aktif dalam Umno yang menyebabkan ramai penyokong ABIM kecewa dengan tindakan Anwar. Anwar pun masuk Umno pada Mac 1982 dan sebulan kemudian beliau bertanding di Permatang Pauh merampas kerusi PAS mengalahkan Haji Zabidi Ali.
Pada September 1982, Anwar yang baru sembilan bulan aktif dalam Umno berjaya mengalahkan Suhaimi kamaruddin dengan majoriti 10 undi. Maka jasa Ibrahim Ali besar dalam Umno membawa Anwar menyertai Umno. Ku Li harapkan Anwar menyokongnya untuk menentang Musa kali kedua pada tahun 1984. Sebaliknya Anwar mematuhi arahan Dr Mahathir yang masih mahu Musa sebagai timbalannya.
Pada tahun 1982, Ibrahim Ali tak dapat jadi calon. Tetapi beliau menang Exco Pemuda Umno pada tahun yang sama serentak dengan Anwar yang mengalahkan Suhaimi. Pada tahun 1986, beliau dipilih ahli parlimen pasir mas.
Sebagai anak kelantan beliau menyokong Ku Li menentang Dr mahathir pada tahun 1987 bagi jawatan presiden Umno. Apabila Ku Li menyertai Semangat 46, Ibrahim Ali turut mengikut Ku Li dan dilantik ketua pemuda Semangat 46.
Pada tahun 1990, beliau menang ahli parlimen Semangat 46 di Pasir Mas. Beliau lantang mengkritik Dr Mahathir tetapi semua terkejut apabila Ibrahim meninggalkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno. Beliau menjadi panglima kuat Dr Mahathir pula.
Pada tahun 1995, beliau tewas tetapi dilantik Senator dan setiausaha parlimen kementerian pembangunan luar bandar dan wilayah. Pada tahun 1998, beliau dilantik timbalan menteri di jabatan perdana menteri selepas Anwar dipecat dari Umno.
Beliau antara orang yang lantang mempertahankan Dr Mahathir dalam mesyuarat majlis tertinggi yang memecat Anwar dari Umno. Pada tahun 2003, beliau digugurkan sebagai ketua penaja Umno Bahagian Pasir Mas oleh Tok Pa.
Maka pada tahun 2004, beliau bertanding sebagai calon bebas di parlimen Pasir Mas menentang calon BN, Rahim Abdul Rahman dan calon PAS. Pada tahun 2008, beliau bertanding atas tiket PAS dan menang. Pada tahun 2013, beliau tidak lagi diberi peluang oleh PAS bertanding kerana dia banyak mengkritik PAS, maka beliau sekali lagi bertanding sebagai calon Bebas menentang PAS apabila calon BN tidak muncul di hari penamaan calon, Johan Che Pa.
Ibrahim kalah kali ini. Sejak 2013, kita tidak lagi mendengar suara lantang Ibrahim di parlimen. Tetapi sejak 2008 lagi beliau menaja NGO Perkasa yang mengambil alih tugas Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu. Ibrahim digelar sebagai rasis oleh pembangkang kerana Pemuda Umno sendiri dayus dalam memperjuangkan hak orang Melayu. justru itu jasa Ibrahim Ali menghidupkan Perkasa menyebabkan orang Melayu nampak Perkasa wajar dijadikan parti politik kerana Umno sudah tidak serious mahu membela nasib orang Melayu.
Sesungguhnya kehadiran ramai orang di rumah terbuka Ibrahim Ali membuktikan bahawa beliau tetap relevan dalam sejarah politik Malaysia walaupun beliau berada di luar Umno.

RAJA PETRA SUDAH GILA TUDUH MUHYIDDIN RANCANG UNDI TAK PERCAYA KEPADA PM
Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan disebabkan oleh isu yang melanda syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, pengguguran Muhyiddin dibuat kerana beliau didakwa turut bersama pemimpin pembangkang merancang meluluskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Najib Razak di Parlimen.
Bagaimanapun Raja Petra mendakwa dalam portal itu, komplot tersebut tidak berjaya kerana Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak mahu menyertai konspirasi berkenaan sekali gus menyebabkan mereka kekurangan undi.
“Mereka memerlukan semua undi dari Pakatan Rakyat dan lagi 30-40 undi dari Barisan Nasional, yang didakwa akan diusahakan oleh Muhyiddin. Tanpa undi Pas, usaha itu akan sia-sia.
“Situasi itu yang menyebabkan Najib perlu memecat Muhyiddin. Ia tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB. Ia disebabkan undi tidak percaya yang dirancang oleh Muhyiddin. Isu 1MDB akan menjadi alasan untuk melaksanakan undi tidak percaya itu,” katanya.
Tuduhan Raja Petra merupakan satu tuduhan yang besar terhadap Muhyiddin. Atau mungkin Raja Petra mabuk kerana banyak minum atau sudah gila membuat tuduhan palsu kepada Muhyiddin.
Semua orang tahu siapa Raja Petra yang dahulu dibela oleh PKR dan apabila PKR tiada wang lagi untuk menanggung beliau, maka beliau menyokong kerajaan pula. Oleh itu kredibiliti beliau boeh diragui.
Semalam dua orang pegawai SPRM ditukarkan serta merta ke JPM iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik mereka, Rohaizad Yaakob, secara mengejut.
Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.
SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.
Rohaizad pula semalammenerima kunjungan wakil parti pembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamlah berkata tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan agensi berkenaan.
Tegasnya, kebebasan untuk menjalankan tugas perlu dikembalikan kepada SPRM agar institusi itu tidak dilihat lemah sehingga menimbulkan reaksi dan persepsi buruk di mata masyarakat.
“Saya harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.
“Saya tidak boleh terima institusi seperti SPRM pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM bagi saya melemahkan institusi itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan menukar pegawai SPRM itu sangat tidak adil sehingga akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Dengan pertukaran tersebut, ia adalah bukti ada campurtangan dalam kes 1MDB. Menurut seorang aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin, Bahari mungkin dibuang kerja tetapi masih dapat pencen.
Beliau kononnya dituduh menyebarkan maklumat kepada Sarawak Report dan SB yang kini di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memintas telefon dan e mail Bahari.
Jika benar Bahri ada buat kesalahan, dakwa sahaja di mahkamah dan tak perlu tukar ke JPM serta merta yang menyebabkan rakyat semakin marah kepada kerajaan seperti dakwa Khairy.
Jumaat, Ogos 07, 2015
SPRM-VS-PDRM
Enam anggota polis dari Balai Muadzam Shah, Rompin, mengaku tidak bersalah semalam atas dua pertuduhan menerima rasuah bernilai RM8,000 dan tidak melaporkan kesalahan rasuah hujung tahun lalu.
Kesemua tertuduh minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, semalam.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan semalam, mereka berumur dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an dan berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal.
"Kesemua tertuduh didakwa mengambil suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori bernombor pendaftaran WJF 7420, yang tidak mempunyai permit dan lesen membawa kayu getah," kata SPRM.
Jika disabitkan kesalahan masing-masing boleh didenda tidak kurang RM 10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi dan dipenjara hingga 20 tahun.
"Koperal Mazlan Muhd Nor, 34, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 menerima suapan iaitu wang tunai masing-masing sebanyak RM7,000 dan RM1,000.
"Lans Koperal Mohd Azmie Majid @Majied, 29, Konstabel Mohamad Firdaus Abdullah, 24, dan Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 32, yang didakwa bersubahat bersama Koperal Mazlan Muhd Nor, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 iaitu menerima suapan RM7,000 dan RM1,000.
"Keempat-empat mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Disember 2014, antara 2 hingga 4 pagi di Kedai Makan Sri Muadzam Ikan Bakar, Rompin, dan kira-kira 7.55 malam pada 22 Disember 2014 di Restoran Anjung D’café Rompin," kata SPRM.
Manakala dua lagi ialah Lans Koperal Mohd Hazly Tomiran, 29, dan Konstabel Mohd Hafizi Abdullah, 28, yang didakwa bersubahat bersama Mazlan – di mana kedua-dua mereka menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) iaitu menerima suapan RM7,000.
"Pertuduhan ke atas mereka juga dibacakan bersama Seksyen 28 (1)(c) dan Seksyen 25 (3) Akta SPRM 2009 iaitu tidak melaporkan perlakuan rasuah Mazlan," kata kenyataan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabuddin mewakili SPRM.
Hakim membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Kes disebut semula pada 3 September 2015.
Membaca berita ini, saya tersenyum simpul kerana berita portal tersebut mengutamakan berita pendakwaan anggota ;polis oleh SPRM seolah-olah SPRM membalas dendam kepada PDRM yang telah menahan tujuh orang pegawai penyiasat SPRM dalam kes 1MDB.
Polis semalam menafikan dakwaan terdapat "tangan tersembunyi" di sebalik tindakan keras pihaknya terhadap anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan dipertingkatkan untuk mencari sumber kebocoran siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata, polis bukannya "menyerang" SPRM, tetapi hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang.
Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siri tangkapan pegawai SPRM sepanjang minggu lalu.
Katanya, bukan SPRM saja sedang disiasat, tetapi pihaknya juga akan memanggil pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) jika siasatan memerlukan mereka berbuat demikian.
"Pada masa ini, siasatan kami tertumpu kepada SPRM. Tiada tangan yang tersembunyi di belakang tindakan kami. Ia merupakan prerogatif kami," katanya.
Beliau berkata kebocoran maklumat bukan sahaja terhadap draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Najib Razak, tetapi juga terhadap maklumat perbankan peribadi yang bertentangan dengan Akta Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
"Sebagai penyiasat, kami diamanahkan dengan dokumen-dokumen penting yang perlu dijaga dengan teliti dan sulit. Kebocoran maklumat perbankan adalah menyalahi undang-undang."
Beliau berkata, orang yang bertanggungjawab untuk kebocoran ini tidak boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat.
"Anda hanya dilindungi jika anda membocorkan maklumat itu kepada pihak berkuasa," kata Noor Rashid.
Pada 3 Ogos, polis melawat pejabat SPRM di Putrajaya di mana mereka menyoal Bahri Mohamad Zin yang merupakan pengarah suruhanjaya operasi khas.
Dua orang lain - Ketua Bahagian Forensik SPRM IG Chandran dan penolong pesuruhjaya kanannya Tuan Ruslan Tuan Mat - juga disoal pada hari yang sama.
Sebelum itu, polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat agensi anti-rasuah itu Rashpal Singh untuk soal siasat.
Ini diikuti dengan serbuan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy, di mana polis turut merampas beberapa dokumen.
Polis meneruskan operasi mereka semalam apabila memanggil tiga lagi pegawai kanan SPRM untuk disoal siasat.
Kesemua mereka dipercayai disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Imej SPRM tercemar ekoran penahanan tujuh orang pegawai SPRM itu.Situasi semasa yang dipenuhi kesangsian awam terhadap pihak berkuasa akibat perkembangan terbaru membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hanya boleh dikurangkan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan melaksanakan tugas mereka tanpa halangan, kata salah satu panel yang memantau SPRM.
Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Johan Jaaffar berkata beliau memandang serius dan kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan badan anti rasuah itu ketika ini.
Beliau berkata, SPRM perlu dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009.
"Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.
"Persepsi orang ramai yang pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara," katanya dalam satu kenyataan semalam.
"PPPR juga berpendapat semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran," kata Johan yang juga Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Berhad.
Setakat hari ini, 7 pegawai SPRM ditahan untuk disoal siasat sejak hujung minggu lalu, ketika polis memberi tumpuan kepada maklumat bocor mengenai 1MDB, yang ketika ini disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.
Tindakan polis susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia yang menunjukkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak pernah menyentuh secara langsung mengenai pemindahan dana itu.
Minggu ini, SPRM mengesahkan kewujudan jumlah yang besar, tetapi katanya ia datang dari seorang penderma di Timur Tengah, dan bukan dari 1MDB.
SPRM tidak mendedahkan identiti penderma itu, tetapi berkata ia akan meminta Najib memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.
Terdahulu semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low mengkritik polis kerana bertindak dengan cara yang melampau dalam melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pegawai SPRM mereka.
Low, yang bertanggungjawab hal ehwal tadbir urus dan integriti berkata, tindakan itu akan memberi kesan negatif kepada negara ini, baik di dalam mahu pun di luar negara. "Polis menangani isu ini dengan cara yang 'high-handed' (tidak berperikemanusiaan).
"Penting supaya institusi ini (SPRM) dibenarkan membuat apa yang mereka perlu lakukan, kerana rakyat menjangkakan siasatan itu lengkap dengan kesimpulan yang memuaskan," katanya pada satu program di Kuala Lumpur pagi semalam.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata polis tidak berniat mengganggu tugas dan tanggungjawab SPRM sebaliknya hanya menjalankan tugasnya.
Beliau juga menafikan polis bertindak atas tekanan atau arahan dari mana-mana pihak dalam mengambil tindakan terhadap pegawai SPRM.
"PDRM jelas dalam halatuju siasatannya ke atas kes di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan, dimanipulasi pihak tertentu untuk tujuan mengganggu gugat kestabilan negara," Khalid berkata dalam satu kenyataan.
KPN berkata, umum harus faham setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan, namun ia tetap selari dengan tujuan asalnya iaitu untuk mencari kebenaran.
"Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM, atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi yang terbabit," katanya.
Beliau juga mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dilihat seperti “menangguk di air yang keruh”.
"Berilah ruang dan peluang untuk agensi-agensi terbabit menjalankan tugas mereka tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri ataupun agenda tersirat," kata Khalid.
Sejak tujuh pegawai SPRM ditahan polis, rakyat simpati kepada SPRM yang selama ini menjadi kritikan pembangkang kerana kononnya SPRM bertindak memilih bulu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan pembangkang yang menyokong SPRM secara tiba-tiba hanyalah demi kepentingan politik mereka sahaja.
"Hari ini saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang menyatakan sokongan kepada SPRM. Mungkin itu permainan politik mereka.
"SPRM ada integriti sendiri dan tidak ada pihak yang boleh menyekatnya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Pagi semalam kira-kira 10 orang wakil rakyat pembangkang mengadakan lawatan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menyatakan sokongan terhadap agensi anti rasuah itu.
Antaranya ialah Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli (PAS) dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR).
Turut hadir Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah), Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu dan bekas menteri Zaid Ibrahim.
Mereka mengadakan pertemuan dengan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob dan dalam sidang media selepas itu berkata, seluruh rakyat harus memberi sokongan kepada SPRM.
Mohamad berkata, kejadian terbaru yang dianggap "serangan" polis terhadap anggota SPRM menunjukkan SPRM tidak berkuasa.
"Kami hendak menyatakan sokongan kepada SPRM supaya ia boleh menjadi sebuah badan yang berwibawa terutamanya dalam menyiasat mereka dalam kedudukan yang tinggi di Malaysia," katanya.
Semalam dalam satu forum, presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Ambiga Sreenevasan berkata, penjawat awam yang jujur dalam agensi anti rasuah, bank pusat dan Jabatan Peguam Negara sedang diserang dalam melakukan kerja mereka.
Ini susulan ramai di antara penyiasat yang terlibat dalam meneliti kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan syarikat yang berkaitannya ditahan polis kerana didakwa terlibat membocorkan maklumat rasmi mengenai firma sarat hutang itu.
Kurang 24 jam selepas tertubuhnya kumpulan yang menggelarkan diri mereka "Rakyat Bersama SPRM" di laman Facebook, ia berjaya menarik penyertaan hampir 7,000 pengguna laman sosial.
Pengasas dan pentadbirnya, Azlan Sharif, 34 yang terkejut dengan sambutan itu berkata, pada mulanya beliau hanya menjemput 170 rakannya menyertai kumpulan itu yang ditubuhkan bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Secara jujur saya terkejut juga. Saya hanya kenal 170 orang yang saya jemput itu. Orang lain dalam kumpulan itu saya tidak kenal.
"Tetapi jelas sekali, orang ramai menyokong SPRM yang kini berdepan cabaran hebat dalam penyiasatannya terhadap rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
Azlan, seorang aktivis sosial yang terlibat dalam kerja kemanusiaan dengan kumpulan seperti Orang Asli berkata, beliau memulakan laman Facebook Rakyat Bersama SPRM itu selepas pukul 6 petang kelmarin.
Ketika itu beliau belum mendengar berita yang tiga pegawai SPRM ditahan untuk siasatan berhubung kebocoran maklumat dalam siasatan SPRM berkaitan skandal syarikat kontroversi 1MDB.
"Saya terkejut mendapat tahu ramai rakyat Malaysia yang juga tidak berpuas hati dan kesal dengan apa yang berlaku terhadap SPRM.
"Sebelum ini ramai orang pandang buruk kepada SPRM, menyangkakan mereka hanya menyembunyikan bukti (salahlaku).
"Tetapi, saya fikir perkembangan terbaru ini membuktikan SPRM merupakan sebuah agensi yang menjalankan tugasnya dengan tekun dan bersungguh," katanya.
Kebanyakan mereka yang menyertai kumpulan ini memuat naik berita terkini berkaitan SPRM dan menurunkan komen mereka mengenainya.
Ada juga kalangan pengguna yang berkongsi entri kata-kata semangat kepada pegawai SPRM yang mereka yakin komited dalam menjalankan tugas mereka.
SPRM mendapat perhatian selepas pegawainya ditahan dan beberapa pegawai kanannya disiasat polis.
SPRM menyiasat syarikat SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, dana pelaburan strategik negara yang menanggung hutang RM42 bilion.
Azlan yang mengakui tidak mewakili mana-mana parti poltik atau pertubuhan bukan kerajaan, berkata ia merupakan inisiatif peribadinya menggesa rakyat berdiri di belakang SPRM yang ketika ini menghadapi cabaran.
Beliau berkata SPRM merupakan sebuah badan di bawah kuasa Agung sementar
a polis menjawab kepada Kementerian Dalam Negeri dan perdana menteri.
Katanya, SPRM seharusnya menjadi sebuah badan bebas untuk menyiasat sebarang aktiviti rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dengan telus dan adil tanpa rasa takut atau gentar.
Katanya sekiranya SPRM melakukan kesalahan, suruhanjaya itu perlu berdepan siasatan daripada tribunal dan bukannya polis.
Azlan berkata pihak berkuasa tidak boleh mengelirukan rakyat dengan menyatakan polis hanya menyiasat pegawai SPRM tapi tidak menahan susulan dalam insiden baru-baru ini.
"Kita perlu memberi sokongan kepada SPRM dan tidak perlu takut untuk mencari kebenaran. Hari ini kita melihat pemimpin pembangkang menyokong SPRM. Ia sesuatu yang bagus," katanya.
Khamis, Ogos 06, 2015
KENAPA TAK SIASAT POLIS?
Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahari Mohd Zain bersumpah dengan nama Allah akan mencari siapa dalang yang mengarahkan penangkapan pegawai-pegawai SPRM yang menyiasat kes 1MDB. Yang peliknya pegawai Bank Negara, pegawai Peguam Negara dan pegawai SPRM ditahan untuk siasatan membocorkan maklumat.
Kenapa pegawai polis tidak disiasat? Mengkinkah pembocoran maklumat ini dari PDRM? Kemungkinan itu ada kerana sudah menjadi kelaziman, bila polis mahu serbu pusat maksiat seperti rumah urut, pusat karaoke, disko, taukeh pusat berkenaan sudah tahu kerana mendapat maklumat dari polis sendiri yang menerima rasuah dari taukeh berkenaan.
Oleh itu tidak mustahil pegawai polis yang membocorkan maklumat selagi ada unsur-unsur rasuah daripada pihak luar. Bahari ketika menjadi Pengarah SPRM Sarawak yang berani menyiasat kes Taib Mahmud ketika beliau menjadi Ketua Menteri.
Akhirnya beliau ditukarkan balik ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya. Sewaktu beliau menjadi Pengarah SPRM Melaka, beliau menyiasat kes Ali Rustam yang terlibat dalam politik wang yang menyebabkan Ali tidak dapat menentang Muhyiddin Yasin dalam pertandingan timbalan presiden Umno pada tahun 2009.
Beliau seorang yang berani, malah sanggup berkata tangkaplah saya dan jangan tangkap pegawai saya, ketika timbalan pendakwaraya SPRM, Sazili ditangkap polis pada jam 1 pagi. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menafikan menangkap pegawai SPRM tetapi berkata mereka ditahan untuk ambil keterangan sahaja. Kalau nak ambil keterangan, kenapa perlu datang jam 1 pagi,, kenapa tak panggil datang ke balai polis pada jam 8 pagi esoknya.
Blogger Kadir Jasin mendesak Ketua SPRM, Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan kerana lambat mengisytiharkan punca wang RM2.6 billion datang dari mana. Sebenarnya SPRM tidak terlibat menyiasat wang RM2.6 billion yang dikatakan derma dari Arab Saudi sebaliknya SPRM hanya terlibat menyiasat wang RM4 Billion kepada SRC International anak syarikat 1MDB yang dikatakan datang dari KWAP. Itu yang disiasat oleh SPRM. Oleh itu kita tidak perlu marah kepada SPRM mengenai wang derma sebanyak RM2.6 billion kerana ia bukan siasatan SPRM.
Sebaliknya SPRM diarah oleh Peguam Negara untuk membuat pengumuman tersebut. Seperti kata PKR, polis tidak boleh menangkap SPRM. Kalau pegawai SPRM ditangkap polis seperti anjing macam mana rakyat nak hormati SPRM lagi. Dalam soal ini Abu Kassim pergi bercuti ketika para pegawai SPRM ditangkap. Ketua macam ini ketua yang bertanggung jawab ke? Memang patut beliau meletakkan jawatan. Orang yang sedang sibuk ditahan polis, dia sibuk bercuti.
SPRM berkata ia akan memanggil Najib Razak mengenai wang derma RM2.6 billion. SPRM tidak berhak mengumumkan nama penderma. Biar PM sendiri buat pengumuman siapa penderma yang budiman itu. Seperti kata Rahman Dahlan, PM berhak mendapat derma atas nama akaun aamanahnya. DAP menjawab seolah-olah Najib tidak percaya kepada bendahari Umno, Husni Hanazlah apabila derma untuk parti dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Di zaman Dr Mahathir, semua sumbangan kepada Umno diserahkan kepada bendahari umno, Daim Zainuddin.
Selagi tidak tunjuk bukti siapa penderma, selagi itu pengumuman SPRM itu menyebabkan rakyat marah. najib mengaku kepada Muhyiddin derma itu dari Timur Tengah maka Najib perlu buat pengumuman terbuka supaya rakyat tidak bising lagi. Selama ini rakyat menganggap wang itu datangnya dari 1MDB. Jika benar wang sebanyak RM2.6 billion itu derma dari orang Arab, maka ke mana pula hilangnya wang 1MDB? INi yang mengelirukan kita semua.
Rakyat perlu meneruskan solat hajat memohon kebenaran dari Allah. lambat laun Allah akan tunjuk kepada kita semua ke mana wang 1MDB itu hilang. Percayalah kepada kuasa Allah, misteri ini akan terjawab dalam masa tiga bulan lagi. Wallahuaklam.

Rabu, Ogos 05, 2015
RUMAH TERBUKA ZAHID HAMIDI TETAP MERIAH SEPERTI DAHULU
Minggu lepas saya diberitahu oleh sahabat saya, Zaharin Mohd Yassin, Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada hari Selasa, 4 Ogos jam 8 malam. ketika itu beliau masih Menteri Dalam Negeri dan belum dilantik TPM.
Malam ini ternyata ribuan pengunjung meraikan majlis rumah terbuka beliau di PWTC. lebih ramai yang hadiri majlis itu kerana meraikan perlantikan beliau sebagai TPM baharu menggantikan Muhyiddin yasin.
bagi saya, rumah terbuka Zahid dari dahulu tetap meriah walaupun beliau tidak jadi menteri. Ketika beliau masih Ketua Pemuda Umno pada tahun 1996, ramai yang mengunjungi rumah terbukanya. Apatah lagi sejak beliau jadi timbalan menteri dan menteri, sambutan orang ramai terhadap rumah terbukanya tidak pernah lengang.
Sebagai bekas ahli jawatankuasa pemuda bahagian yang lahir di zaman Zahid, saya tidak pernah tidak hadiri majlis rumah terbukanya setiap tahun.Malah ketika beliau mengadakan rumah terbuka aidilfitri di rumahnya di Country Heights, Kajang saya pernah menyanyi karaoke di hadapan ribuan hadirin yang mana kawan saya, Baha Azuwan bimbang saya memanggilnya naik ke pentas menyanyi.
Malam ini majlis diserikan oleh penyanyi Zamani,Jamal Abdillah, Nash dan ramai lagi. PM, Najib Razak dan seorang lagi Naib Presiden, Hishamuddin Hussein turut hadiri majlis tersebut. MB Perlis, Azlan Man tidak duduk di meja VIP tetapi duduk semeja dengan kami termasuk Pegawai Tugas Tugas Khas Ahmad Shabery Cheek, Haji Mustafa Abdul Rahman. beliau adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian kemaman yang hadir selain dari Tuan Kecil Tuan Tengah.
Sebagai kawan lama Zahid, saya turut hadiri majlis malam ini. Saya kenalinya Zahid sejak beliau menjadi setiausaha politik Najib Razak lagi ketka saya menyertai akhbar Watan pada tahun 1987. Pernah pada tahun 1989, ketika Najib menjadi Menteri belia dan Sukan, saya yang baru ditukarkan ke Sabah bergegas mendapatkan Najib yang baru tiba di Hotel Hyatt, Kota Kinabalu untuk wawancara tetapi saya disekat oleh seorang SB yang tidak mengenali saya. kebetulan Zahid ada sama dengan najib, maka Zahid beritahu Najib bahawa saya wartawan akhbar Watan. Maka saya dapat komen eksklusif dengan najib pada hari tersebut di mana tidak ada seorang pun wartawan akhbar lain pada ketika itu.
Pada tahun 1996, Zahid menjadi Ketua Pemuda Umno malaysia mengalahkan Rahim Thamby Chik dan Annuar Musa. Pada masa itu beliau sudah jadi ahli parlimen Bagan datoh. Pada tahun 1997, saya dipilih perwakilan dari pemuda umno Bahagian Kemaman ke perhimpunan agung pemuda bersama ketuanya, Ahmad said dan Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Ketika mendaftar diri kebetulan Zahid ada di kaunter pendaftaran. Saya pun mendapatkan Zahid yang terkejut saya jadi perwakilan dari Kemaman. Saya beritahunya saya mahu jadi perwakilan dari terengganu ke perhimpunan agung Umno Malaysia pada keesokan hari. Zahid suruh saya berjumpa dengan ahli parlimen Kuala Nerus, Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan Ketua Pemuda Umno terengganu. kebetulan Rahin adalah kawan sekelas saya ketika belajar di sekolah rendah di banggol peradong, kuala terengganu.
Rahin beritahu saya nak pilih naib ketuanya (pemuda Kuala Nerus), basir ismail sebagai wakil terengganu ke perhimpunan agung esok. Namun Rahin berkata beliau akan bincang dengan Ahmad Said terlebih dahulu yang juga ketua pemuda Umno kemaman.
Pada petang itu ketika perwakilan mencalonkan 30 orang wakil pemuda ke perhimpunan agung Umno, saya terkejut apabila ketua pemuda Umno Pasir Putih, Razali mencadangkan nama saya Mohd Zabidi Saidi dari Kemaman sebagai wakil pemuda yang ke 30.
Saya pun terkejut kerana Rahin tidak beritahu saya dari awal. maka esoknya saya duduk di baris hadapan sebagai 30 orang wakil pemuda ke perhimpuan agung Umno. saya duduk di sebelah exco pemuda, Abdul Azim Mohd Zabidi dari Bukit Bintang. Sepanjang tiga hari, saya berada di baris hadapan dan tidak dapat keluar kerana wakil pemuda dan wakil wanita memang duduk di kerusi paling hadapan.
Kalau kami keluar sudah tentu pemimpin di atas nampak kerusi kami kosong. kebetulan saya betul-betul duduk di hadapan kerusi ketua penerangan Umno Malaysia, Dr Yusof Noor. Ketua bahagian Umno Kemaman, Wan Mokhtar Ahmad yang juga MB Terengganu turut terkejut saya dipilih menjadi wakil dari pemuda umno malaysia ke perhimpunan agung Umno.
Pada tahun 2010, saya bersama kawan saya, Azlan Abdullah memohon lesen pengawal keselamatan. Ketika itu menteri dalam negeri ialah Hishamuddin Hussein. Ada orang Umno Bahagian ledang mendakwa dia rapat dengan Hishamuddin. maka kami gunakannya melobi lesen tersebut dengan Hishamuddin.
Banyak duit kami habis, bayar hotel, makan minum dan dangdut tetapi dua kali permohonan kami ditolak. macam mana pegawai KDN mahu meluluskan lesen tersebut kerana Hishamuddin minit "sila timbang".
nasib kami baik selepas PRU tahun 2013, Zahid dilantik menjadi menteri dalam negeri yang baharu. Maka saya ajak Azlan atau Don menemui Zahid di KDN. Dua minggu sekali Zahid mengadakan pejabat terbuka pada hari Khamis. Ramainya orang datang dan kami tak sempat menemuinya walaupun menunggu dari pagi hingga ke jam 8 malam.
Saya ajak Don ke bagan datoh apabila Zahid balik ke kawasan. Kebetulan malam itu beliau ada program berbuka puasa di kawasan. Kami ikut program Zahid dari buka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih. Selepas terawih beliau melayani rakyat yang bawa pelbagai surat.
Zahid nampak saya, dia panggil dan berkata jauh datang Zabidi. Ada apa, soal Zahid. Saya pun jawab kami sudah dua kali mohon lesen pengawal keselamatan tetapi ditolak jadi kami harap Datuk Seri tolong luluskan rayuan kami. Maka beliau pun minit , sila urus untuk kelulusan.
Maka syarikat kami dapat lesen pengawal keselamatan.Bila dapat lesen tersebut, sekali lagi kami temui Zahid di bagan datoh memohon 500 orang nepal untuk jadi pengawal keselamatan. Zahid kata banyak sangat, ambil 100 orang dahulu. Maka syarikat kami diluluskan 100 orang Nepal.
Zahid pesan jaga lesen elok-elok Zabidi. Walaupun ada orang nak beli lesen kami, kami tak nak jualnya kerana kami nak operasi lesen tersebut sendiri. Don sudah lama mengidam lesen ini. Sudah banyak duit Don habis untuk melobi. Takkan bila dah dapat lesen, semudah itu mahu menjualnya. Kami pegang pada pesanan Zahid supaya mengurus lesen itu dengan sebaik mungkin.
Saya banyak terhutang budi kepada Zahid. Oleh itu apabila beliau dilantik TPM, saya seronok kerana ada juga kawan yang jadi TPM. Beliau adalah anak Perak pertama menjadi TPM. Masa saya susah Zahid yang banyak membantu saya. Pernah beliau menunaikan umrah pada bulan Ramadhan, apabila saya minta duit raya, dia suruh pegawainya masukkan saya RM1,000.
Sejak beliau luluskan lesen pengawal keselamatan kepada saya dua tahun lepas, saya tidak lagi minta bantuan daripadanya kerana dia sudah beri mata kail kepada saya. pandai-pandailah saya mencari ikan sendiri.Terima kasih zahid dan tahniah di atas perlantikan Dato Seri sebagai TPM yang baharu.

Selasa, Ogos 04, 2015
KALAU SHAFIE TIDAK SOMBONG, BELIAU BOLEH MENANG
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Mohd. Shafie Apdal tidak akan hilang fokus untuk membantu dan memperjuangkan kebajikan rakyat walaupun tidak mempunyai jawatan dalam Kabinet.
Naib Presiden Umno itu berkata, pihaknya akan terus berusaha mempertahankan kepentingan rakyat serta bersama-sama Umno dalam membela nasib bangsa, agama dan negara.
Sehubungan itu, beliau yang merupakan salah seorang pengasas UMNO Sabah mengingatkan semua ahli parti agar terus berpegang teguh bersama Umno supaya parti keramat Melayu itu tetap unggul dan kukuh.
Kali pertama pulang ke parlimennya Semporna, beliau disambut seramai 20,000 penyokongnya. Sudah tentu 20,000 orang ini kecewa Najib Razak menggugurkannya sebagai menteri walaupun beliau sudah dua kali menang jawatan Naib Presiden Umno.
Malah yang lebih mengejutkan undi Shafie lebih besar dari undi Hishamuddin Hussein dalam pertandingan naib Presiden Umno pada tahun 2013. Shafie mencatat sejarah sebagai rakyat Sabah pertama memenangi jawatan Naib Presiden Umno. Jika TPM diberi kepada orang Sabah, sudah tentu Shafie adalah calonnya kerana beliau adalah naib presiden Umno dari Sabah.
Saya mengenali Shafie ketika bekerja di Sabah sebagai wakil akhbar WATAN pada tahun 1989. Ketika itu beliau masih pegawai kerajaan tetapi beliau adalah timbalan presiden Persatuan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang diketuai Salleh Said Keruak.
Pada tahun 1993, beliau menang Exco Pemuda Umno Malaysia dan pada tahun yang sama, beliau dilantik Setiausaha Politik kepada Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi (Sakaran Dandai). Pada tahun 1994, beliau menawarkan jawatan Setiausaha Akhbar Sakaran Dandai kepada saya. Saya sepatutnya melaporkan diri pada 21 Mac 1994 tetapi tiba-tiba kerajaan BN terbentuk di Sabah dan Sakaran dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 17 Mac 1994. Maka saya tidak dapat jadi Setiausaha Akhbar.
Selepas itu saya kurang rapat dengan Shafie kerana saya dapati beliau sombong. Kawan saya Zaharin Mohd. Yassin pernah beritahu saya Shafie ada merungut kepadanya, Zabidi nak kerja ke, nak berniaga. Masa itu saya melobi kawan saya yang memohon permit bawa penyanyi dari luar negara. Ketika itu permit di bawah kementerian beliau, kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan.
Ketika beliau menjadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, saya pernah ke rumahnya untuk membentangkan sistem pengurusan subsidi tetapi beliau suruh ke pejabatnya menemui pegawainya Karim. Sampai beliau tukar kementerian, kami tak dapat temui beliau. Ketika itu partner saya, Burhanudin dapat menemui menteri baharu yang menggantikannya, Shahris Samad yang lebih terbuka sikapnya dari Shafie.
Tetapi ketika itu PM, Pak Lah tidak berminat dengan sistem pengurusan subsidi sebaliknya mengumumkan setiap rakyat yang memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka dapat rebat RM625. Cadangan Pak Lah ini bukannya mengurangkan subsidi sebaliknya menambah perbelanjaaan kerajaan lagi.
Dalam Facebooknya, Zaharin berkata beliau nak temui Shafie sebelum hari rayabaru-baru ini lagi, tetapi Shafie berkata ini sudah tentu kerana Zaharin nak duit raya. Sampai beliau dipecat menteri pada 28 Julai lalu, Zaharin tidak dapat menemuinya. Zahar
in kata tak payah jumpalah kerana beliau bukan lagi menteri.
Shafie memang sombong orangnya. Saya pelik juga macam mana beliau boleh menang Naib Presiden Umno sebanyak dua kali. Jika beliau tidak sombong, saya percaya beliau boleh menang jawatan naib presiden pada tahun 2018 walaupun tidak ada jawatan menteri.
Pak Lah pernah dipecat menteri walaupun dia masih naib presiden Umno pada tahun 1987. Pada tahun 1990, beliau menang walaupun tiada jawatan dalam kabinet. pada tahun 1991, beliau kembali dalam kabinet kerana menurut Dr Mahathir, perwakilan Umno memilihnya.
Jika Shafie kikiskan perangai sombongnya, beliau boleh menang jawatan naib presiden Umno pada tahun 2018. Jika menang, beliau akan kembali dalam kabinet. Sebaliknya jika terus kekal sombong, maka tahun 2018 beliau akan hanyut sebagai naib presiden Umno.
Belajarlah dari Ghafar Baba yang selalu menang naib presiden Umno walaupun tidak jadi menteri pada tahun 1978, 1981 dan 1984.
Langgan:
Catatan (Atom)