Selasa, Julai 04, 2017

BAHASA MELAYU SEOLAH OLAH TIDAK PENTING?


oleh Shahbudin Embun

(sudah disiarkan dalam Berita Harain)

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41 telah menimbulkan satu lagi isu tentang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa utama di negara kita. Bahkan jangan terkejut apabila banyak pihak yang mempertikaikan keputusan ini, seolah-olah Bahasa Melayu bukan menjadi sesuatu yang penting atau keutamaan kepada graduan perubatan khasnya .

Walaupun pihak Kementerian Kesihatan telah memberikan penjelasan dan rasionalnya tentang isu ini , namun ianya tetap menimbulkan isu serta persoalan. Bayangkan jika seorang doktor tidak berupaya menjelaskan kepada pesakit yang hanya faham dan dapat menguasai Bahasa Melayu sahaja.Adakah pesakit itu yang patut dipersalahkan?

Kedudukan Bahasa Melayu sememangnya sangat istimewa dan sudah diiktiraf serta sudah termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 32 Bahasa Kebangsaan 1963/67.Namun janganlah ianya hanya hebat di atas kertas tetapi tidak dibuktikan dengan penguasan bahasanya di kalangan kita semua.

Dan jika diukur dari segi sejarah, satu ketika dahulu Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang paling utama di rantau ini. Fakta ini sudah termaktub dalam sejarah dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apa yang lebih membimbangkan ialah masa depan bahasa yang sepatutnya menjadi kebangaan setiap orang yang bergelar rakyat Malaysia. Perlu diingatkan bahawa sebelum anda bergelar sebagai doktor, peguam, pentadbir, guru dan pelbagai lagi bidang profesion, anda adalah rakyat Malaysia dan perlu faham akan pentingnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia.

Ada pihak yang memberikan alasan bahawa dalam bidang pendidikan dan dalam dunia sains dan teknologi, Bahasa Melayu dianggap tidak mampu bertindak sebagai sebuah bahasa ilmiah yang akan membantu para graduan. Mereka memberikan alasan bahawa bahasa rasmi negara ini tidak sehebat Bahasa Inggeris.

Mungkin golongan ini perlu pergi ke Jepun, Korea Selatan serta beberapa buah negara lain untuk melihat bagaimana bahasa kebangsaan negara tersebut telah membangkitkan semangat kebangsaan yang tinggi hingga membolehkan mereka berjaya dalam pelbagai bidang. Ini juga membuktikan bahawa ilmu pengetahuan boleh disampaikan dalam apa bentuk bahasa pun.

Dan saya yakin Bahasa Melayu juga masih mampu untuk melahirkan para graduan yang akan mencipta nama dalam pelbagai bidang sains dan teknologi. Universiti Kebangsaan Melaysia yang begitu berbangga dengan penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu di peringkat pengajian tertinggi telah membuktikan yang siswazah yang dilahirkan mampu berdiri sama tinggi dengan universiti lain, termasuklah dalam bidang yang berkaitan dengan perubatan serta sains dan teknologi.

Sebenarnya usaha mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah merupakan antara cabaran yang harus kita tempuhi dalam memartabatkan lagi Bahasa Melayu. Dalam hal ini, usaha menterjemah serta menghasilkan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu perlu dipertingkat dan diberi sokongan yang sepenuhnya oleh pihak kerajaan.Kita perlu terus membuktikan yang Bahasa Melayu akan terus menjadi bahasa ilmiah yang boleh digunakan oleh para pelajar baik dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat universiti.

Budaya globalisme tanpa sempadan juga merupakan satu cabaran yang perlu ditangani dengan baik. Elemen ini menyebabkan bahasa Inggeris lebih mudah digunakan oleh generasi hari ini dan mereka seolah-olah kelihatan lebih hebat jika bertutur dalam Bahasa Inggeris . Tidak salah untuk kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, tetapi pada masa yang sama Bahasa Melayu perlu diberi keutamaan tanpa sebarang tolak ansur supaya Bahasa Melayu lebih luas digunakan dalam ruang sosial dan juga profesional.



Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berasa bangga dengan bahasa rasmi kita. Inilah bahasa perpaduan yang juga akan membantu membina jati diri bangsa kita semua . Itu sebabnya tidak ada tolak ansur dalam isu ini dan Bahasa Melayu perlu sentiasa dimartabatkan

Isnin, Julai 03, 2017

LIEW CHIN TONG BERKHAYAL DENGAN ANDAIAN

KUALA LUMPUR, 3 Julai ( Bernama) -- Analisis Anggota DAP Liew Chin Tong mengenai perancangan strategik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) penuh dengan andaian, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Anggota Parlimen Kluang itu mendakwa bahawa Najib akan kekal berkuasa atas tiga faktor iaitu kecelaruan pembangkang, kerjasama Barisan Nasional (BN)-PAS dan kejayaan program ekonomi hasil peningkatan eksport serta hubungan baik dengan China.

"(Liew) Chin Tong mendakwa dengan tiga pencapaian ini, maka Najib merancang membubarkan Dewan Rakyat pada September dan Oktober. Dakwaan inilah yang saya maksudkan sebagai andaian kerana tiada siapa tahu bila Najib akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian," katanya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my hari ini.

Menyifatkan anggota DAP itu berkhayal dengan andaian, Salleh menempelak pembangkang yang asyik berkhayal setiap hari untuk pembubaran Dewan Parlimen sedangkan UMNO dan BN menumpukan masa untuk merancang pembangunan ekonomi negara bagi mensejahterakan kehidupan rakyat.

Mengulas satu persatu analisis Liew, Salleh berkata keyakinan Najib tentang kekuatan UMNO-BN yang dinyatakan Liew ada asasnya.

"Pakatan pembangkang nyata bercelaru dan tidak bersatu. Semua tahu parti pembangkang ini hendak memilih calon perdana menteri pun tidak bersepakat dan itu belum lagi mengambil kira pembahagian bilangan kerusi dan kawasan yang hendak mereka tandingi.

"UMNO dan PAS dalam keadaan hubungan yang baik sekarang ini memang benar. Kerjasama ini terjalin kerana mahu menjaga kedaulatan negara daripada diceroboh oleh campur tangan asing. Bekerjasama dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan negara dan bersetuju untuk menentang sesiapapun yang mensabotaj kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi," katanya.

Salleh, yang juga Bendahari UMNO, menjelaskan keyakinan Najib terhadap kemakmuran ekonomi negara berasas kerana laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mencatatkan kadar eksport meningkat 21.2 peratus pada April 2017 kepada RM298.65 bilion.

Nilai dagangan antara Malaysia dan China berjumlah RM433 bilion dan dijangka terus meningkat kepada RM694 bilion pada tahun berikutnya.

"Bank Dunia dalam laporannya bertajuk 'East Asia and Pacific Economic Update' menyatakan peningkatan eksport perdagangan dan penumpuan negara dalam pembangunan infrastruktur melonjakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.3 peratus pada 2017 dan akan terus berkembang kepada 4.5 peratus pada 2018. Oleh itu, pencapaian ini semestinya memberi manfaat kepada kekuatan, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Salleh turut menyangkal dakwaan Liew bahawa Najib akan mengugurkan beberapa menteri besar dan ketua menteri selain mengetepikan beberapa pemimpin tertinggi UMNO.

Beliau menyifatkan tujuan Liew melemparkan tohmahan bertujuan menunjukkan Najib tidak mempercayai kepada menteri besar, sekali gus menggambarkan bahawa kedudukan Najib lemah, sedangkan hakikatnya perdana menteri terus mendapat sokongan pemimpin UMNO, pegawai kerajaan dan rakyat.

"Begitulah dakwaan Liew. Dari mana beliau mendapat tahu perancangan strategik Najib ini, tiada siapapun yang tahu. Yang beliau tahu ialah sumber beliau mengikut khabar angin dan juga andaian beliau sendiri.

"Realitinya ialah hubungan Najib dengan timbalannya dan pemimpin-pemimpin UMNO adalah rapat. Tidak ada air yang berkocak," katanya.

Mengenai dakwaan Liew yang Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat disebabkan beliau terpalit dengan banyak isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dan Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Salleh menegaskan semua isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh kerajaan beberapa kali sebelum ini.

"Dalam dakwaan Liew ini, sehinggalah bukti nyata dikemukakan di mahkamah undang-undang, apa juga tuduhan yang dihalakan kepada Najib, maka itu adalah dakwaan semata-mata yang bertujuan membina persepsi (negatif) rakyat. "Sekarang ini, nyatanya rakyat sudah bosan dengan tuduhan sedemikian dan hari demi hari, kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa kepada ketelusan kerajaan semakin meningkat," katanya.

Salleh turut menyifatkan analisis Liew, yang menyatakan sekiranya berlaku 15 peratus peralihan sokongan Melayu, maka UMNO-BN akan kalah di 40 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia dalam PRU14, sebagai menghairankan.

Beliau menekankan bahawa 15 peratus peralihan sokongan undi Melayu itu bukannya akan jatuh kepada parti pembangkang, tetapi akan beralih kepada UMNO-BN kerana hubungan baik UMNO-PAS ketika ini cukup melegakan orang Melayu.

"Sesungguhnya, andaian Liew tentang perancangan strategik Najib memakan diri," katanya.

-- BERNAMA

Ahad, Julai 02, 2017

HUSAM MB DIREMOTE CONTROL DAP



KUALA LUMPUR 1 Julai - Pas menyifatkan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang boleh dikuasai dan patuh kepada DAP.


Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, bagi menjatuhkan Pas di Kelantan, DAP memerlukan seorang Menteri Besar yang patuh kepada kehendaknya.


Justeru, jelas beliau, mereka bukan hanya perlukan individu yang ‘diredhai’ oleh DAP, malah dana untuk menjayakannya.

“Politik mereka kini bertunjangkan dendam kesumat. Asal Pas jatuh di Kelantan maka siapa pun menang tidak mengapa.


“DAP nak perintah Kelantan tidak boleh, akhirnya mereka atur orang yang boleh dikuasai untuk memimpin Kelantan,” katanya dalam status di laman Facebook beliau semalam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelmarin menyokong Husam sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri tersebut berubah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kit Siang berkata, pemilihan Husam dibuat bagi membawa perubahan besar kepada Kelantan yang selama ini diperintah oleh kepemimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, rakyat Kelantan berhak menentukan siapa Menteri Besar yang akan memimpin negeri itu.

“Apakah mereka mahu Menteri Besar yang patuh DAP atau Menteri Besar yang mempunyai karisma tinggi bagi meneruskan legasi kepemimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.



Sabtu, Julai 01, 2017

CATATAN ZABIDI MUNCUL KEMBALI

Setelah berehat selama sebulan blog ini muncul kembali pada hari ini 1 Julai. Ramai orang whatsapp saya tanya ke mana saya menghilangkan diri selama sebulan. Sebenarnya saya jalani pembedahan cataract di Hospital Selayang pada 1 Jun lalu.

Doktor saya suruh saya berehat selama sebulan. Kini saya muncul kembali mengulas isu isu semasa. Oleh kerana hari ini adalah 7hb Syawal maka saya ceritakan sedikit pengalaman saya beraya di kampung saya di Pasir Gajah, Kemaman.

Walaupun orang tua saya (Haji Abdullah dan Hajah Zaharah) sudah lama meninggal dunia di Pasir Gajah tetapi saya tetap beraya di sini kerana bapa mertua dan emak mertua  (Othman Embong dan Selema Abdullah) pun orang Pasir Gajah. Bapa mertua meninggal dunia pada tahun 2001 dan emak mertua meninggal dunia pada bulan Januari lalu.

Sepatutnya kami beraya di Semenyih kerana sudah tiada orang tua di kampung tetapi isteri mahu beraya dengan adik beradiknya di kampung manakala semua adik saya duduk di Kuala Lumpur. Tahun ini dua orang anak saya, along dan abang zuwairi yang beraya di kampung. Manakala angah beraya di rumah mertuanya di Kedah dan acik beraya di Jenderam, Selangor.

 Pada hari raya pertama seperti biasa selepas menziarahi kubur orang tua, saya beraya di Chukai di rumah kawan kawan Dato Rahim Husin, Haji Mustafa Abdul Rahman dan Yusof Jaafar. Saya cadang nak ziarahi kawan lama Naim Ton Mohamad di Air Putih tapi masa tidak mengizinkan.

Pada hari raya kedua. saya dengan kawan saya Mazlan Pasir Nering mengunjungi rumah terbuka bekas ADUN Ajil, Dato Rosol Wahid. Kebetulan ketika saya tiba di rumah Dato Rosol, ADUN Kuala Brang, Dato Tengku Putera Tengku Awang pun tiba juga. Dah lama saya tidak temui bekas Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu itu. Pada tahun 1996, saya menulis buku HULU TERENGGANU MENUJU KEEMASAN untuk beliau.

Kemudian saya memenuhi undangan rumah terbuka kawan lama saya, Bendahari Perhubungan Umno Terengganu, Anuwar Mohamad di rumahnya di Bukit Petiti. Ketika saya duduk di Banggol Peradong pada tahun 1968-1971, saya pernah berbasikal dari Banggol Peradong sampai ke Bukit Petiti.

Tidak lupa saya singgah di rumah terbuka Pegawai Pembangunan DUN Teluk Pasu, Cikgu Mansor. di Kampung Banggol Tok Esah. Kebetulan Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif turut hadiri rumah terbuka tersebut.

Selepas lepak di Hotel Primula dengan Bendahari Umno Bahagian Marang, Nasir Mamat, Pok Yas dan Rizal, saya singgah di rumah Penghulu Bukit Payong, Adnan Mat Amin. Kebetulan abangnya Cikgu Kamarudin nikah dengan tiga pupu saya orang Kampung Paloh.

 Terserempak dengan Menteri Besar di hari raya kedua di rumah terbuka PPD Teluk Pasu
 Bersama bekas ADUN Ajil, Dato Rosol Wahid dan mazlan pasir nering (kiri)
 ADUN kuala brang, dato tengku putera tengku awang turut hadiri rumah terbuka dato rosol
 di rumah terbuka anuwar mohamad, bendahari perhubungan umno terengganu
bersama cikgu mansor pegawai pembangunan dun teluk pasu


Pada hari raya ketiga saya pergi ke Machang rumah abang ipar. Isterinya baru keluar dari hospital. Sambil menziarahi biras sambil beraya dengan abang ipar. Turut singgah di rumah mak saudara di Kg Tok Khamis simpang jalan Pasir Putih-Jeli. Janji nak jumpa dengan pemilik MH Online, Hidayat Fansuri yang balik ke Padang Pak Amat tapi tak sempat temuinya kerana saya tidak dapat drive malam.

Pada hari raya keempat saya singgah di rumah mak saudara di Padang Pak Amat tetapi tiada orang. Saya terus pergi ke rumah mak saudara di Selingsing. Anaknya Juraij seorang pegawai kanan di Perbadanan Putrajaya turut balik kampung. Selepas itu saya singgah di rumah abang Juraij, jazlan guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahligai, Dabong.

Dari situ ke Kampung Danan rumah tok saudara tapi beliau tiada. Terus ke Jelawat temui pak dua pupu saya, Aziz. Tak lama di situ saya ke Ton Bali temui pemilik Agro Malaysia, Shamsul Hazli Mamat. Balik ke terengganu ikut jalan pantai. Cadang nak makan ikan celup tepung di kedai pok nong di mengabang telipot tapi kedainya tutup. Singgah di rumah dua pupu Kamal Shah di Gong Pak Jin. Akhir sekali sebelum balik ke Kemaman saya singgah di rumah bekas anak tiri saya, DJ Farah Fauzi, DJ Radio terengganu menemui adiknya Zahir iaitu anak saya dengan arwah Noriah.

Pada hari raya kelima saya temui kawan kawan di kedai haji mat stopa di stesen teksi Chukai iaitu Mat Dalam Awang, Jantan Mohamad, Haji Yusof Mohamad, Haji Mydin Mak Chili dan Mat Nor Dusun Nyior.

Pada hari raya keenam saya balik ke Kuala Lumpur dan singgah di Bukit Goh menemui mak sepupu, Hajah hasanah dan Haji Abdullah yang duduk di Batu Pahat, Johor. Saya turut mengunjungi rumah pak sepupu Ahmad yang duduk serumah dengan Dato Seri Ahmad Said sewaktu kecil di Teluk Kalong. Bapa saudara Ahmad, ustaz husin nikah dengan kakak Ahmad said, Che da.

Saya sampai di Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang setelah mengalami jem dari tol Bentong ke Bukit Tinggi. Saya singgah di rumah adik saya nombor tiga, Hajah Noridah di Gombak Ria.

Pada hari raya ketujuh saya beraya di rumah adik nombor lima, Nor Hafilah di tasik puteri. Saya turut beraya di rumah bakal besan di situ, Ali yang berasal dari Sungai Besar, Selangor  yang bekerja dengan Muhibbah Engineering di kota kinabalu.

Selepas itu kami konvoi lima kereta dengan dua anak saya, angah dan acik serta adik Nor Hafilah dan adik nombor enam, Dr Nor Laily Shakimah  ke rumah adik nombor empat, Saifudin di Taman Melawati. Sebelum itu kami singgah di rumah sepupu kami, Nor Akmal Zuraimie Yati yang duduk di kepong baru.

Hanya seorang lagi adik, haji mahir belum sempat ditemui di musim raya kerana dia masih puasa enam. esok umat islam yang berpuasa enam akan berhari raya termasuk adik saya Haji mahir yang juga bekas setiausaha akhbar Sheikhul Arqam, ustaz ashaari mohamad.
 beraya di rumah bekas naib ketua umno bahagian kemaman, dato rahim husin
 beraya di rumah pegawai khas timbalan perdana menteri, haji mustafa abdul rahman
 bersama yusof jaafar panglima perang haji pa
 bersama abang ipar, zakaria othman di machang
 bersama emak sepupu, hajah hasanah dan haji abdullah batu pahat
di rumah dj radio terengganu, farah fauzi dengan zahir
beraya di rumah pemilik agro malaysia, shamsul hazli mamat di tok bali

Rabu, Mei 31, 2017

BLOG INI BERCUTI SELAMA SEBULAN MULAI ESOK

Mulai esok 1 Jun 2017, blog ini berehat selama sebulan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Kita jumpa lagi pada 1 Julai nanti. Insya Allah. Selamat hari raya aidilfitri dari admin.

PENGUATKUASA JADI SASARAN PENGAMAL RASUAH

oleh SHAHBUDIN EMBUN
(sudah disiarkan dalam Utusan Malaysia)

Apabila membicarakan tentang isu rasuah, kita tidak boleh lari dari membincangkan tentang pasukan penguat kuasa yang terlibat dengan jenayah ini.Tidak kiralah di mana kita berada, di bumi mana kita berpijak, golongan penguat kuasa akan terus menjadi sasarannya.

Dan baru-baru ini semasa berucap di hadapan 378 peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) , Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menegaskan, bahawa beliau tidak berasa malu untuk mengambil tindakan terhadap pasukan penguat kuasa yang terlibat dengan jenayah rasuah.

Menurut Ahmad Zahid, “Saya tidak kira apa jawatan dan di mana kedudukan dia (pegawai terlibat rasuah).Saya tidak rasa malu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat yang menjadi ‘pegar yang memakan padi’ atau menjadi ‘nila yang merosakkan susu sebelanga’.

Ahmad Zahid telah memilih majlis yang sesuai untuk mengingatkan kepada para peserta diploma ini yang semuanya dalam lingkungan yang muda dan boleh dikatakan masih hijau dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

Perlu diingatkan juga bahawa Sejak 2014 hingga tahun lalu, SPRM telah menahan seramai 2,329 orang dan daripada jumlah tersebut 54 peratus membabitkan 1,267 individu berumur 40 tahun ke bawah.Statistik ini menggambarkan yang golongan muda, iaitu 40 tahun ke bawah sudah pandai menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan keuntungan yang akhirnya menggadai maruah diri,agama bangsa dan negara.

Ketegasan yang disuarakan oleh Ahmad Zahid perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam hal ini, tumpuan bukan sahaja perlu diberikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja ataupun Jabatan Imigresen, bahkan semua agensi yang mempunyai anggota penguat kuasa termasuk di kementerian dan juga di jabatan-jabatan.Tidak ada satu pun jabatan yang dikecualikan dan tidak ada kompromi dalam membanteras masalah ini.

Sememangnya isu rasuah bukanlah satu isu yang baru.Peperangan menentang jenayah rasuah sudah lama dijalankan dan jenayah ini juga sudah wujud sejak bermulanya peradaban manusia.



Kempen menentang rasuah perlu dilaksanakan di peringkat bangku sekolah lagi.Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dan apa yang penulis faham, usaha ini sudahpun dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan telah mendapat sambutan yang sangat positif dari kalangan pelajar.Usaha seperti ini perlu dipergiat dan diperluaskan lagi.

Bagi mereka yang masih mengamalkan jenayah rasuah ini perlulah segera bertaubat . Apa yang anda lakukan bukan sahaja telah menjual maruah diri tetapi juga mampu menghakis kepercayaan masyarakat di kalangan para penjawat awam. Bukan itu sahaja ,imej negara juga akan rosak dan tercemar di mata dunia. Dan bagi mereka yang tidak ada rasa bersalah melakukan rasuah, cuba cermin pada diri sendiri dan jawab dengan jujur. Sanggup kah anda, memberi makanan yang datang dari sumebr yang haram kepada isteri dan anak-anak yang mengharapkan rezki yang halal daripada kita?



Penulis pernah membaca di sebuah artikel yang membincangakn isu rasuah ini. Dalam artikel tersebut, rasuah dianggap seperti anai-anai yang boleh meruntuhkan bangunan yang kuat dan mantap. Dan jika tidak ditangani dengan betul dan dibiarkan terus berleluasa,maka penyakit yang mungkin bermula dengan kudis ini akan menjadi barah yang tidak dapat diselamatkan lagi.





Itu sebabnya ketua kementerian, jabatan dan agensi perlu membuka mata dengan lebih besar dan mengawasi kewujudan elemen-elemen dan gejala rasuah seperti mempunyai kakitangan yang hidup mewah ,dan tidak sepadan dengan pendapatan yang diperolehi. Namun adalah lebih menyedihkan jika ketua-ketua jabatan ini pula yang menjadi “boss” yang sebenar. Betullah bagai peribahasa yang juga dinyatakan oleh Ahmad Zahid, , Harapkan Pegar, pegar makan padi.

Selasa, Mei 30, 2017

RATING TERTINGGI BAGI BULAN MEI 2017

Bulan Mei 2017 agak muram bagi pembaca blog catatanzabidi. Rating tertinggi sekadar 311 hits berbanding yang paling tinggi bulan lepas 547 hits. 10 rating tertinggi adalah seperti berikut:-

1,Sembilan orang doktor dalam PAS (1 Mei)- 311 hits
2.Satu permulaan kepada politik matang (4 mei)
3.Sesudah lapan bulan terbukti Dzulkifli lebih hebat dari Abu Kassim (4 mei)
4.Setakat jadi juri maharaja lawak belum tentu dapat jadi moderator yang baik (19 mei)
5.Syed Husin Alattas dan Yahaya Ismail mendapat pengiktirafan YPBN (3 mei)
6.PAS tak perlukan tokoh 'jurassic" (9 mei)
7. Rahman Dahlan ke Sepanggar? (6 mei)
8. BN kena tapis calon bebas rasuah (7 mei)
9.Generasi muda perlu fahami tujuh wasiat Raja Melayu (10 mei)
10. Dahulu pun Tan Sri rashid macai BN (17 mei)

Isnin, Mei 29, 2017

NAJIB LEBIH LIBERAL DARI DR MAHATHIR



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibandingkan dengan bekas anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak.

"Jangan bandingkan saya dengan Najib. Saya membenarkan banyak perkara untuk dilaksanakan walaupun terdapat orang yang mencabar saya dalam parti saya.

"Najib memecat orang. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan beliau, akan diusir," kata Dr Mahathir dalam satu temubual bersama Financial Times.

Dr Mahathir berkata demikian selepas wartawan Financial Times yang menemubualnya cuba memberitahu bahawa beliau melakukan perkara sama ketika menjadi perdana menteri.

Dakwaan itu dinafikan Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang merupakan pengkritik paling lantang Najib turut memberitahu bahawa beliau tidak mencuri wang negara dan berpuas hati dengan gajinya semasa menjadi perdana menteri.

"Saya gembira hidup dengan gaji saya yang mana bagi saya agak besar, lebih daripada cukup untuk keperluan saya," katanya.


Selain itu, perdana menteri keempat Malaysia itu juga berkata, ketika meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, negara ini dalam keadaan baik dan sedang menuju sebuah negara maju menjelang 2020.

"Sudah tentu, mereka (penggantinya) tidak dapat mencapai matlamat itu," kata Dr Mahathir lagi.

Perdana menteri didakwa terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dengan wang RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke akaun peribadinya.

Bagaimanapun, perdana menteri secara konsisten menafikan dakwaan berkenaan.

Dr Mahathir yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadi pengkritik pentadbiran Najib sejak 2015.

Dalam usaha untuk menjatuhkan perdana menteri, Dr Mahathir juga mula bekerjasama dengan bekas musuh politiknya dengan menyertai pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).


"Apa yang berlaku pada masa lalu bukan lagi menjadi satu masalah.

"Saya bersedia untuk bekerja dengan mereka dan mereka juga bersedia untuk bekerja dengan saya kerana kita mempunyai matlamat yang sama - menumbangkan kerajaan," kata Dr Mahathir lagi.

Ulasan saya, memang Dr Mahathir tidak boleh dibandingkan dengan Najib kerana Najib yang menghapuskan ISA sedangkan Dr Mahathir seringkali menyalahgunakan ISA untuk menahan pengkritiknya seperti Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib menggubal SOSMA yang dikatakan lebih zalim dari ISA tetapi Najib tidak pernah menggunakan SOSMA untuk menahan musuh politiknya.

Di zaman Najib akhbar bebas mengkritik Najib tetapi kalau akhbar mengkritik Dr Mahathir alamatnya akhbar itu akan dibatalkan permit. Jadi siapa yang lebih liberal? Adakah Dr Mahathir atau Najib?

SYED SADDIQ TIDAK MATANG

KUALA KANGSAR: Ahli Armada PPBM Kuala Kangsar, Mohamed Firdaus Abdul Khader menyifatkan  Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak matang dan budak hingusan.

Katanya, beliau gagal memberi bukti Cikgu Kamarulzaman yang mengetuai 1,000 ahli PPBM Perak keluar dari parti telah diugut.

"Beliau masih gagal membuktikan ugutan benar benar berlaku dan kali ini beliau menuduh Datuk Hamidah Osman sebagai dalang dan mengarahkan Datuk Hamidah supaya berambus dari PPBM," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau sebagai pengasas PPBM rasa amat terkilan dengan tindak tanduk dan sikap buruk Syed Saddiq.

"Inilah yang sedang berlaku dalam PPBM akibat mereka yang dipilih memegang jawatan hanyalah berdasarkan kroni," tegas beliau.

Mohamed Firdaus berkata Syed Saddiq hanya seorag budak mentah yang baru keluar dari bangku sekolah dan tiada pengalaman politik tetapi diletakkan di satu kedudukan yang terlalu tinggi untuk bersuara seperti lebih sudu dari kuah.

Katanya, kenyataannya sering gopoh dan terburu buru hanya untuk menyerang dan membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Beliau sepatutnya tidak bersikap kurang ajar dan kangsung tudaj nenunjukkan sikap budi bahasa anak Melayu," jelasnya lagi.

Katanya, adakah pihak atasan merestui tindak tanduknya?

"Adakah Tan Sri Muhyiddin yasin menjadikan Syed saddiq sebagai jurucakap mengenai kemelut PPBM di Perak," soalnya.

Katanya, mengapa Muhyiddin masih berdiam diri sehingga hari ini?

"Keadaan ini seolah olah mengsahkan kenyataan selama ini bahawa suara akar umbi langsung tidak dipedulikan oleh pihak pimpinan PPBM," katanya.

Beliau berharap agar kemelut di Perak dapat ditangani secara bijaksana dan berhemah,

"Utamakanlah perjuangan rakyat berbanding kepentingan peribadi seperti kata pepatah jangan belunjur sebelum duduk," tegasnya,

Sabtu, Mei 27, 2017

KJ DEDAH MAHATHIR YANG RUNDING DENGAN GEELY PADA APRIL 2014



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pada setiap masa menentang pembelian saham Proton oleh entiti asing, malah pernah mempertimbangkan kerjasama dengan Geely Holding Group Co Ltd.

Pengguna media sosial, termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, "mengorek" semula laporan berita-berita lama mengenai keterbukaan Mahathir terhadap idea-idea seperti itu pada masa lalu.

Salah satu artikel yang menyebut perkara itu disiar pada Jun 2014 dalam Nikkei Asian Review bertajuk "Mahathir seeks to turn Malaysia's Proton around with Geely's help".

Artikel yang lain disiarkan Utusan Malaysia pada Jun 2005 bertajuk "Mahathir: Volkswagen Boleh Saham beli Proton".

Mahathir pada Khamis lalu memberi reaksi negatif terhadap berita bahawa Geely telah memperoleh pegangan 49.9 peratus dalam Proton.

Beliau berkata, "anak saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya", sambil menambah beliau bimbang ini memberi isyarat lebih banyak aset Malaysia akan dijual kepada negara asing.

Mengulas kenyataan Mahathir, Khairy (gambar) menulis tweet "Nothing left to see. Move on", bersama-sama dengan tangkap layar artikel Nikkei dan Utusan.

Artikel Nikkei menyebut Mahathir, bersama-sama bos DRB Hicom Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah pergi ke China pada bulan April 2014, di mana beliau merangka satu perjanjian perkongsian antara Proton dan Geely dalam usaha memulihkan Proton.

Artikel Bernama pada Mei tahun itu, memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata bahawa jika perjanjian itu dimeterai, Proton akan menjadi kereta berdasarkan model Geely.

Sementara itu, dalam artikel Utusan pada tahun 2005, Mahathir yang ketika itu penasihat Proton dipetik sebagai berkata: "Kita tidak mempunyai masalah jika Volkswagen membeli saham Proton."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi sama ada Volkswagen akan membeli Proton, berikutan perjanjian antara kedua-duanya.

Artikel yang sama memetik laporan berita Jerman bahawa Volkswagen menafikan sebarang rancangan untuk membeli saham Proton.




Proton, yang diasaskan oleh Mahathir pada tahun 1983, menerima RM1.5 bilion bantuan kerajaan pada tahun lalu dengan syarat mengubah pelan pemulihan dan mencari rakan kongsi asing.

Selain memperoleh 49.9 peratus kepentingan dalam Proton, Geely juga akan memperoleh 51 peratus ke atas jenama kereta sport British Group Lotus Plc, yang merupakan anak syarikat milik penuh Proton Holdings. Bakinya akan diperoleh oleh Etika Automobile Sdn Bhd.

DOKTOR DAN GURU MUDAH TERPEDAYA DENGAN "LOVE SCAM"

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kes penipuan 'Love scam' melalui media sosial yang sebahagian besar didalangi oleh warga Afrika , ialah kes jenayah siber kedua tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas dengan 2,498 kes melibatkan kerugian RM98.98 juta.

Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DSP Yeap Yoke Peng berkata: "kebanyakan mangsa yang diperdayakan oleh sindiket itu ialah golongan profesional seperti doktor dan guru.''


Yeap yang membentangkan kertas kerja mengenai "Jenayah Siber di Malaysia: Trend, Cabaran dan Inisiatif masa depan" pada Persidangan Keselamatan IT ASEAN 2017, di sini hari ini berkata, polis menerima laporan mengenai 12,175 kes jenayah siber dengan jumlah kerugian RM230,264,128 juta.

Kes jenayah siber tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas ialah penipuan e-dagang dengan sejumlah 6,151 kes melibatkan kerugian RM29,967,149 juta membabitkan jualan, pembelian dan pelaburan dalam talian, kata beliau pada seminar sehari itu bertemakan "Security in a Hyper-Connected World" anjuran Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) Malaysia.....v

Jumaat, Mei 26, 2017

BN BERJAYA BUKTIKAN CAT SUDAH MATI

GEORGE TOWN, 25 Mei (Bernama) -- Rakyat Pulau Pinang diseru untuk menyelamatkan negeri ini pada pilihan raya umum akan datang dengan memilih parti yang benar-benar layak memerintah, kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid.

Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008 telah hilang integriti dan ketelusan.

"Pada sidang Dewan Undangan Negeri kali ini, pihak Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan bahawa (pinsip) CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) telah mati dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

"BN juga berjaya membuktikan banyak janji-janji kerajaan DAP tidak ditunaikan dan janji-janji manis dalam manifesto Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar di bangunan DUN di sini hari ini.


Beliau berkata BN juga telah membuktikan bahawa kerajaan pimpinan DAP telah menjual tanah yang banyak sepanjang pentadbiran mereka iaitu tanah-tanah yang sepatutnya dibangunkan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk projek-projek kesejahteraan rakyat.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan DAP lebih mementingkan kepentingan sektor swasta dengan projek mega dan tak mengutamakan kepentingan rakyat Pulau Pinang terutama yang memerlukan," katanya.

Jahara berkata secara keseluruhannya BN berpuas hati dengan prestasi semua 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang persidangan ini yang mungkin sidang DUN terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu ADUN Pulau Betong Datuk Muhamad Farid Saad berkata rakyat perlu bertindak sewajarnya agar negeri ini selamat daripada 'kedurjanaan DAP'.

"Kalau dibiarkan berterusan, semua tanah di negeri ini akan terjual," katanya.

-- BERNAMA

Khamis, Mei 25, 2017

AZMIN TAK BERANI PECAT EXCO PAS

SHAH ALAM, 24 Mei (Bernama) -- Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS dikekalkan demi kestabilan kerajaan negeri menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, meskipun parti Islam itu telah menamatkan kerjasama politik dengan PKR, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata keputusan untuk mengekalkan ketiga-tiga anggota Exco itu dibuat selaras dengan mandat yang diberi oleh rakyat Selangor kepada PAS-PKR-DAP, atas nama Pakatan Rakyat, pada PRU lepas.

"Keputusan ini dibuat setelah saya beri penjelasan kepada Biro Politik (PKR) berhubung situasi semasa di Selangor. Kita juga telah teliti semua maklum balas dan merasakan kestabilan negeri merupakan satu perkara yang amat penting menjelang PRU akan datang.

"Oleh kerana mandat yang diberi kepada PAS-PKR-DAP atas nama Pakatan Rakyat itu masih legitimate (sah) dalam PRU13, maka kita meneruskan mandat ini untuk beri khidmat kepada rakyat dan keputusan ini dibuat secara sebulat suara semalam," kata Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, kepada pemberita selepas menghadiri program menyemarak Ramadan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan parti itu memberi bayangan bahawa tidak berlaku sebarang perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor selepas Mohamed Azmin menemui tiga anggota Exco PAS berkenaan.

Dr Wan Azizah dilaporkan berkata Biro Politik PKR bersetuju dengan pendekatan Mohamed Azmin untuk menjamin kestabilan kerajaan negeri menjelang PRU14 dan meneruskan usaha membangunkan Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU13.

Tiga exco PAS di Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi); serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Mohamed Azmin berkata tumpuan kini seharusnya diberi kepada persiapan untuk menghadapi PRU14.

Pada 11 Mei, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui kerajaan Selangor, selepas Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah bulan lepas meluluskan usul supaya pimpinan tertinggi parti menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti apabila PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Ulasan saya, tindakan Azmin ini bukti PKR bergantung kepada PAS sehingga Azmin tak berani memecat Exco PAS. Hasrat ADUN Amanah untuk jadi Exco hancur berkecai. Terpaksa tunggu PRU akan datang jika Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor.









Isnin, Mei 22, 2017

JALAN 1/65A DICADANG TUKAR KEPADA JALAN BERNAMA



KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang mencadangkan agar Jalan 1/65A off Jalan Tun Razak yang menjadi laluan masuk ke ibu pejabat agensi berita itu di sini ditukar kepada 'Jalan BERNAMA'.

Beliau berharap cadangan itu boleh dipertimbangkan dan dipersetujui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan Wisma BERNAMA telah sekian lama menjadi mercu tanda di sebuah cabang Jalan Tun Razak itu.

Jelasnya Wisma BERNAMA merupakan bangunan yang pertama didirikan dan mula digunakan pada 1984 di kawasan itu dan mendahului bangunan lain di sekitarnya seperti Perpustakaan Negara, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara dan Istana Budaya.

ALASAN UNTUK AMBIL RASUAH KURANG CERDIK



KUALA LUMPUR 21 Mei - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan satu siasatan dilakukan untuk mengkaji dakwaan pihak tertentu kononnya aktiviti ‘buli’ oleh pegawai atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebabkan anggota di bawahnya terpaksa mengambil rasuah.


Kata Timbalan Perdana Menteri, dakwaan itu menyatakan apabila pegawai atasan dari ibu pejabat turun ke kawasan, Ketua Polis Negeri akan mengarahkan Ketua Polis Daerah ‘meraikan’ dengan mengharapkan perbelanjaan ditanggung oleh mereka.

“Disebabkan Ketua Polis Daerah tidak ada sumber pendapatan lain, maka terpaksa menggunakan kaedah lain dengan mendapatkan wang di luar tugasan.


“Ini merupakan satu alasan yang kurang cerdik sekiranya berlaku. Tetapi saya akan minta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama Cawangan Khas meneliti perkara ini serta mendapatkan fakta sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Kembara Media Kementerian Dalam Negeri di sini semalam.



Ahad, Mei 21, 2017

BERHUJAHLAH IKUT FAKTA

oleh Dr Kamarul Zaman Yusuff (pensyarah di Universiti Utara Malaysia)

Beberapa orang pengkritik saya mempertikaikan tahap kecerdikan saya dan mengaitkannya dengan kualiti universiti tempat saya berkhidmat mahupun universiti-universiti tempatan lain.

Pengarah Komunikasi AMANAH merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan saya sebagai “bodoh tahap maksima”.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mempertikaikan kualiti kesarjanaan saya dan pensyarah universiti tempatan lain. Tulis Lim Lip Eng: “Many citizens are worried about the quality of our local university lecturers after Kamarul’s statement”.

Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin, dilapor mempersoalkan kredibiliti saya sebagai ahli akademik yang sepatutnya berfikiran matang memahami konsep penulisan buku Hannah Yeoh.

Penolong Setiausaha Publisiti Wanita Kebangsaan DAP, Syerleena Abdul Rashid, mempersoalkan kelayakan saya sebagai ahli akademik. Tulis Syerleena Abdul Rashid: “Any sound minded Malaysian would laugh at the absurdity of his remark and quite possibly question his credentials as a learned academician”.

Kolumnis Malaysiakini, Stephen Ng, menyifatkan saya memalukan dunia akademik, dengan menyifatkan saya sebagai separuh masak dan berpandangan sempit, dan ini dikaitkan beliau dengan ranking UUM yang didakwa rendah.

Tulis Stephen Ng: “Kamarul Zaman Yusoff, a lecturer at Universiti Utara Malaysia (UUM), has indeed joined the ranks of controversial academic figures who continue to bring disgrace to the academia. Half-baked and narrow-minded political scientist is how I would describe him. If this is the kind of academic staff that we have at UUM, it is no wonder why UUM has never been ranked highly, locally and internationally.”

Ada di antara pengkritik saya ini yang turut melabelkan saya sebagai ekstremis dan mengaitkannya dengan kesesuaian saya untuk berkhidmat di universiti.

Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mendakwa laporan polis saya menimbulkan soalan sama ada saya cocok dan sesuai untuk menjadi seorang pensyarah sebuah universiti awam.

Tulis Lim Kit Siang: “Kamarul Zaman Yusof’s false and malicious police report against Selangor Speaker and DAP Selangor State Assemblywoman for Subang Jaya, Hannah Yeoh, accusing her of proselytization of Muslims with the publication of her autobiography “Becoming Hannah”, raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public universities.”

Naib Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mendakwa pandangan sempit dan ekstrim saya menyebabkan saya tidak sesuai untuk terus menjadi seorang pendidik. Tulis Teresa Kok: “Being a university lecturer, Kamarul’s narrow and extreme way of looking at Yeoh’s book makes one wonder if he is suitable to continue to be an educationist.”

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, menyebut saya sebagai seorang pelampau yang tidak sesuai menjadi seorang pensyarah. Kata Chong Chieng Jen: "Not only is his bigotry act a shame to a multi-racial country of ours, but he, as a lecturer, will influence the minds of the younger generation to be more intolerant towards other religion."

Kolumnis Free Malaysia Today, Dennis Ignatius, menyebut saya sebagai seorang ahli akademik yang tidak berkaliber, berpandangan sempit dan pelampau. Tulis Dennis Ignatius: “It’s hard to make sense of such convoluted and confused reasoning. That it should come from a university lecturer speaks volumes about the calibre of those now occupying positions of influence in our universities today. How long must our nation suffer the narrow-mindedness and bigotry of insecure people who still find it hard to accept that Malaysia is a secular, multiracial nation?”

Kepada semua pengkritik saya ini, suka saya tegaskan beberapa perkara.

Pertama, komentar saya bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” pada 10 Mei lalu, mahupun komentar-komentar lain yang berkaitan, hanyalah komentar peribadi yang dimuatkan di dalam Facebook saya sahaja.

Begitu juga dengan laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei lalu yang turut merupakan laporan polis yang dibuat di atas kapasiti peribadi saya.

Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang hubungkait pun dengan institusi pengajian tinggi tempat saya bertugas sekarang, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM). Dan adalah cukup tidak kena untuk anda semua mengaitkan tindakan yang dibuat di atas kapasiti peribadi saya ini dengan UUM mahupun mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan lain.

Tambahan pula, saya hanya mula bertugas di UUM pada 26 Januari 2015 dan tidak mempunyai sebarang jawatan tinggi di sini melainkan sebagai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), sedangkan UUM sendiri telah berpuluh tahun wujud, jadi lebih tidak adil untuk mengaitkan tindakan saya dengan UUM.

Kedua, saya tidaklah sebodoh dan seekstremis seperti yang anda sangkakan.

Bukanlah niat saya untuk berbangga, tetapi disebabkan terpaksa, maka sukalah saya maklumkan kepada anda bahawa ijazah pertama saya adalah diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi sekular dari sebuah negara sekular, iaitu dari Indiana University at Bloomington (IUB), Amerika Syarikat.

Ijazah Bachelor of Arts, Double Major, yang saya perolehi dari IUB adalah Dengan Kepujian Tertinggi (With Highest Distinction), iaitu yang dikhususkan kepada graduan yang menamatkan pengajian dengan memperolehi 'Cumulative Grade Point Average' (CGPA) antara 3.90 ke 4.00.

Selain itu, saya juga adalah penerima 'Senior Achievement Award', iaitu satu anugerah yang dikhususkan kepada pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan yang ditunjuk oleh jabatan atau pusat pengajian mereka sebagai mempunyai potensi luar biasa dalam bidang mereka (who have outstanding academic records and who are designated by their departments or schools as having unusual potential in their field).



Sewaktu berada di Amerika Syarikat, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk belajar dan bergaul bersama masyarakat bukan Islam dari luar negara. Saya juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dan bergaul bersama masyarakat bukan Islam di Malaysia. Malah, saya cukup menyenangi dan disenangi oleh mereka, termasuklah dengan para pelajar mahupun rakan setugas saya di UUM.

Setakat ini, pendapat yang saya kemukakan juga belum ada lagi yang mencerminkan kebodohan dan 'keekstremisan'. Saya selalunya akan berhujah berdasarkan kepada fakta dan sentiasa mengikut undang-undang.

Jadi sangatlah tidak betul jika anda menyifatkan saya sebagai bodoh, tidak berkualiti, tiada kredibiliti, tidak berkelayakan, tidak berkaliber, separuh masak, berpandangan sempit, ekstrimis atau pelampau.

Ketiga, walaupun saya sendiri baru lebih dua tahun bertugas di UUM, saya cukup berbangga dengan pelbagai pencapaian memberangsangkan yang telah diterima oleh UUM sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa.

Terlalu panjang senarai anugerah yang telah diterima oleh UUM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi dua contoh yang boleh diberikan adalah anugerah “the Best Eminent Management University in Malaysia” yang diberikan oleh Global Brands Magazine dan anugerah GIFA Market Leadership Award 2016 (Bagi Pendidikan dalam Perbankan & Kewangan Islam) yang diberikan kepada Islamic Business School (IBS) UUM oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) pada tahun 2016.

Jadi sangatlah tidak betul jika anda memandang rendah kepada UUM mahupun universiti-universiti tempatan lain yang setiap satunya tentulah mempunyai kekuatan masing-masing.

Yang sebenarnya bodoh dan yang sebenarnya ekstremis adalah mereka yang tidak berhujah berdasarkan kepada fakta dan yang tidak mahu mengikut undang-undang, termasuklah juga mereka yang sanggup memperlekehkan semua perkara yang berbau 'keMelayuan' atau 'keIslaman' semata-mata untuk undi.​

Sabtu, Mei 20, 2017

LUCU UCAPAN PERWAKILAN PKR MAHU PASTIKAN CALON PAS HILANG DEPOSIT

SHAH ALAM, 20 Mei (Bernama) --Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mencabar PAS supaya bertanding di kerusi yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor berkata PAS kini melontarkan pelbagai tohmahan kepada PKR sedangkan parti itu sentiasa cuba menjaga hubungannya dengan PAS.

"Kita selama ini cuba nak pertahankan hubungan suci ini tetapi apa yang kita dapat? Kerusi kita dia nak?, Jika mereka bertanding di kerusi kita lagi pastikan mereka hilang deposit," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad pada Kongres Nasional AMK, di sini, hari Sabtu.

Sementara itu perwakilan dari Johor, Naim Jusri berkata exco PAS di Selangor perlu meletak jawatan sekiranya parti Islam itu mahu dilihat sebagai parti yang bermaruah dan ikhlas dalam perjuangan mereka.

Beliau berkata ia susulan keputusan Majlis Syura Ulama PAS menamatkan hubungan politik dengan PKR.

"Kalau mereka anak jantan, letak jawatan sekarang." katanya.

Muktamar PAS ke-63 bulan lepas, meluluskan usul supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan kerana PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Susulan itu, pada 16 Mei lepas, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata parti itu memutuskan supaya semua lantikan politik anggota PKR dalam kerajaan Kelantan supaya melepaskan jawatan berkuat kuasa serta merta.

Ulasan saya, lucu dengar ucapan wakil PKR yang ingatkan PKR kuat sedangkan selama ini jentera PAS yang membantu PKR. Lucu bila wakil Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor berkata beliau akan pastikan calon PAS hilang deposit.

Sebaliknya jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN dengan PAS dan PKR, PKR yang hilang deposit. Tak percaya. Tunggulah PRU nanti.

KDN AKAN "BERSIHKAN" SEMUA PEGAWAI PENGUATKUASANYA

SHAH ALAM, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan tindakan 'pembersihan' secara menyeluruh terhadap anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan di bawahnya yang terlibat dengan jenayah.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu akan dilakukan setiap waktu dan tidak bermusim.

"Kita harus bersiap siaga setiap masa kerana ada dalam kalangan kita yang ada sifat tidak baik hingga 'merosakkan susu sebelanga'.

"Dan saya tidak mahu keadaan itu berlaku di mana-mana agensi jabatan penguatkuasaan di bawah KDN dan kementerian lain juga," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika mengulas penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata perkembangan itu turut dipantau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui maklumat yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi lain.

Timbalan Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa KDN tidak akan melindungi mana-mana anggota atau pegawai dalam agensi penguatkuasaan yang bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Itu sebabnya saya bersama-sama rakan di KDN berpendirian bahawa kita tidak harus malu jika ada dalam kalangan orang dalam agensi-agensi penguatkuasaan itu terlibat dan tidak akan ada perlindungan daripada kami. Ini sesuatu yang harus saya pastikan," katanya.

Mengulas mengenai pengumuman PDRM pada Isnin lepas bahawa akan berlaku operasi 'pembersihan' besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan tangkapan 16 anggota dan pegawai kanan jabatan itu yang dipercayai terlibat melindungi sindiket berkenaan, Ahmad Zahid berkata tindakan itu akan dilaksanakan di seluruh jabatan PDRM.

Jelasnya, ia berikutan terdapat kes pegawai PDRM dari jabatan lain yang turut ditahan seperti di Melaka apabila enam pegawai polis ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah.

"Kita lakukan operasi pembersihan semua sekali (jabatan) kerana apa yang berlaku di Melaka bukan melibatkan Jabatan Narkotik tetapi melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Berat.

"Saya juga telah berjumpa Ketua Polis Melaka semalam dan saya berikan pengesahan kepada beliau untuk lihat semua yang terlibat. Tidak perlu lindungi walaupun ada dalam kalangan mereka yang kononnya dianiaya, digunakan, kononnya dipaksa...tiada alasan," kata Ahmad Zahid.

Kesemua enam pegawai polis itu direman selama enam hari bermula Rabu (17 Mei) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Menurut Ahmad Zahid, tindakan seumpama itu telah menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap PDRM tidak berubah walaupun Indeks Kadar Jenayah di negara ini menurun.

"Usaha-usaha yang dilakukan PDRM untuk menurunkan Indeks Kadar Jenayah adalah yang terbaik tetapi persepsi rakyat tidak berubah disebabkan masalah yang berlaku ini...nila-nila ini yang rosakkan susu sebelanga.

"Justeru, perkara ini harus dibanteras bagi membetulkan imej PDRM secara keseluruhan," katanya.

-- BERNAMA

Jumaat, Mei 19, 2017

JADIKAH PAS UMNO BEKERJASAMA?




Oleh Shahbudin Haji Embun.

(sudah disiarkan dalam Berita Harian)


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,pelbagai artikel telah ditulis tentang isu kerjasama antara PAS dan UMNO. Adakah kerjsama yang dimaksudkan ini hanya sekadar terbatas dalam isu agama dan kes tertentu seperti dalam isu Rohingya yang mana Pas dan UMNO duduk di atas satu pentas memperjuangkan nasib Rohingya.

Atau adakah terdapat kemungkinan besar PAS dan UMNO akan menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal tiba tidak lama lagi. Mungkin hanya masa yang menentukan apakah jenis kerjasama yang akan terjalin nanti.

Dan apabila PAS telah mengistiharkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, maka keputusan ini juga telah membuka pintu spekulasi bahawa PAS akan berganding dengan UMNO.




Pada 4 hb Mei yang lalu kehadiran Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis pelancaran tukun tiruan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menambahkan lagi kehangatan isu bahawa PAS dan UMNO sudah bersedia untuk berganding bahu sebagai satu pasukan dalam PRU 14 nanti.

Dan baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin tidak menolak kemungkinan PAS akan menjalin tahaluf siyasi dengan Umno pada masa akan datang.Katanya lagi “Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang telah menunjukkan minat,”

Semasa perayaan ulangtahun UMNO ke 71 yang baru lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak Najib juga telah menyatakan yang beliau berkongsi kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan kerjasama antara UMNO-PAS kini bersifat amalan politik matang.

Menurut Najib, meskipun ada perbezaan, ianya bukan satu penghalang. “Politik antara kita tidak berkelahi, sebaliknya politik utamakan kepentingan bersama.”Apa yang dinyatakan oleh Najib membuktikan juga bahawa UMNO sentiasa membuka pintu perbincangan dan perpaduan dengan PAS.




Dan walaupun Abdul Hadi juga telah memberikan respons yang positif, namun hakikatnya masih ramai para pemerhati politik menganggap PAS dan UMNO masih berteka teki dalam isu ini.

Jika ditakdirkan akan terjalinnya hubungan politik antara PAS dan UMNO, pihak manakah yang akan mendapat keuntungannya? Sebenarnya isu ini sudah lama dibincangkan dan secara umumnya, ramai yang mengambil pendekatan positif akan persoalan ini . Selain itu, ramai juga yang tidak sabar untuk melihat gabungan politik ini menjadi kenyataan. Namun semua persoalan ini bukannya sesuatu yang mudah untuk dijawab.

Itu sebabnya pendekatan rasional yang diambil oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu dicontohi. Ahmad Zahid semasa berucap pada Program Himpunan Mesra Rakyat dan Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Parlimen Marang, telah menjelaskan yang UMNO menghormati setiap keputusan PAS.

Menurut Zahid ““Kita harus iktiraf keberadaan PAS dalam senario politik baharu, kita menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS, malah kita hormati segala resolusi dan usul yang dibentangkan mereka. Kita hormati pendirian PAS, kita tak mahu campur soal dalaman parti mereka.”. Ahmad Zahid menjelaskan lagi, apa yang pasti UMNO akan terus bersama dengan PAS untuk memperjuangkan perundangan Islam dan menjadikan ia sebagai prinsip dan pendirian parti.

Mungkin hari ini, teka teki ini masih belum berjawab walaupun bayangan jawapannya sudah semakin jelas. Kita tunggu dan lihat.



SETAKAT JADI JURI MAHARAJA LAWAK BELUM TENTU BOLEH JADI MODERATOR YANG BAIK

KUALA LUMPUR: Memalukan kejadian di rumah PM dua malam lepas apabila meletus kejadian yang di luar dugaan di majlis dialog PM dengan  penggiat seni.

Ia berpunca dari ketidakadilan moderator, Rosham Noor yang tidak beri peluang kepada artis di sebelah belakang bertanya soalan kepada PM.

Tindakan penerbit filem David Teo merampas mikrofon dari Rosham Noor bukanlah tindakan yang baik tetapi ketidakadilan Rosyam Noor menyebabkan David Teo bertindak di luar dugaan.

Sepatutnya Rosham Noor beri peluang kepada David Teo bertanya soalan kepada PM. Lebih memalukan Mat Over datang dari arah depan terus menampar David Teo, Tindakan menampar bukannya tindakan yang sopan walaupun David Teo dianggap kurang sopan di majlis PM.

Mat Over orang Hulu Terengganu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media yang turut hadir dalam majlis tersebut juga ahli parlimen Hulu Terengganu. Orang salah tafsir kononnya timbalan menteri yang arah Mat Over bertindak walaupun Mat Over bertindak sendirian untuk menjadi hero dalam majlis tersebut.

Rosham Noor setakat jadi juri Maharaja Lawak Mega bolehlah. Nak jadi moderator majlis PM untuk mengawal audien masih jauh. Maka adalah satu kesilapan majlis tersebut dimoderatorkan oleh Rosham Noor.

Apa yang berlaku nampak dalam industri seni pun ada rasis kerana David Teo tidak diberi peluang bertanya soalan. Walaupun David Teo dan Mat Over sudah bermaaf maafan di hadapan PM tetapi parut takkan hilang.

Oleh itu di masa akan datang janganlah cari moderator yang tangkap muat sahaja. Carilah moderator profesional yang beri peluang kepada semua orang bertanya soalan.