Memaparkan catatan dengan label bm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bm. Papar semua catatan

Selasa, Julai 04, 2017

BAHASA MELAYU SEOLAH OLAH TIDAK PENTING?


oleh Shahbudin Embun

(sudah disiarkan dalam Berita Harain)

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41 telah menimbulkan satu lagi isu tentang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa utama di negara kita. Bahkan jangan terkejut apabila banyak pihak yang mempertikaikan keputusan ini, seolah-olah Bahasa Melayu bukan menjadi sesuatu yang penting atau keutamaan kepada graduan perubatan khasnya .

Walaupun pihak Kementerian Kesihatan telah memberikan penjelasan dan rasionalnya tentang isu ini , namun ianya tetap menimbulkan isu serta persoalan. Bayangkan jika seorang doktor tidak berupaya menjelaskan kepada pesakit yang hanya faham dan dapat menguasai Bahasa Melayu sahaja.Adakah pesakit itu yang patut dipersalahkan?

Kedudukan Bahasa Melayu sememangnya sangat istimewa dan sudah diiktiraf serta sudah termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 32 Bahasa Kebangsaan 1963/67.Namun janganlah ianya hanya hebat di atas kertas tetapi tidak dibuktikan dengan penguasan bahasanya di kalangan kita semua.

Dan jika diukur dari segi sejarah, satu ketika dahulu Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang paling utama di rantau ini. Fakta ini sudah termaktub dalam sejarah dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apa yang lebih membimbangkan ialah masa depan bahasa yang sepatutnya menjadi kebangaan setiap orang yang bergelar rakyat Malaysia. Perlu diingatkan bahawa sebelum anda bergelar sebagai doktor, peguam, pentadbir, guru dan pelbagai lagi bidang profesion, anda adalah rakyat Malaysia dan perlu faham akan pentingnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia.

Ada pihak yang memberikan alasan bahawa dalam bidang pendidikan dan dalam dunia sains dan teknologi, Bahasa Melayu dianggap tidak mampu bertindak sebagai sebuah bahasa ilmiah yang akan membantu para graduan. Mereka memberikan alasan bahawa bahasa rasmi negara ini tidak sehebat Bahasa Inggeris.

Mungkin golongan ini perlu pergi ke Jepun, Korea Selatan serta beberapa buah negara lain untuk melihat bagaimana bahasa kebangsaan negara tersebut telah membangkitkan semangat kebangsaan yang tinggi hingga membolehkan mereka berjaya dalam pelbagai bidang. Ini juga membuktikan bahawa ilmu pengetahuan boleh disampaikan dalam apa bentuk bahasa pun.

Dan saya yakin Bahasa Melayu juga masih mampu untuk melahirkan para graduan yang akan mencipta nama dalam pelbagai bidang sains dan teknologi. Universiti Kebangsaan Melaysia yang begitu berbangga dengan penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu di peringkat pengajian tertinggi telah membuktikan yang siswazah yang dilahirkan mampu berdiri sama tinggi dengan universiti lain, termasuklah dalam bidang yang berkaitan dengan perubatan serta sains dan teknologi.

Sebenarnya usaha mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah merupakan antara cabaran yang harus kita tempuhi dalam memartabatkan lagi Bahasa Melayu. Dalam hal ini, usaha menterjemah serta menghasilkan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu perlu dipertingkat dan diberi sokongan yang sepenuhnya oleh pihak kerajaan.Kita perlu terus membuktikan yang Bahasa Melayu akan terus menjadi bahasa ilmiah yang boleh digunakan oleh para pelajar baik dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat universiti.

Budaya globalisme tanpa sempadan juga merupakan satu cabaran yang perlu ditangani dengan baik. Elemen ini menyebabkan bahasa Inggeris lebih mudah digunakan oleh generasi hari ini dan mereka seolah-olah kelihatan lebih hebat jika bertutur dalam Bahasa Inggeris . Tidak salah untuk kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, tetapi pada masa yang sama Bahasa Melayu perlu diberi keutamaan tanpa sebarang tolak ansur supaya Bahasa Melayu lebih luas digunakan dalam ruang sosial dan juga profesional.



Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berasa bangga dengan bahasa rasmi kita. Inilah bahasa perpaduan yang juga akan membantu membina jati diri bangsa kita semua . Itu sebabnya tidak ada tolak ansur dalam isu ini dan Bahasa Melayu perlu sentiasa dimartabatkan

Selasa, April 16, 2013

CALON BM (BOLEH MENANG) ATAU CALON MB (MENTERI BESAR)?

BN Terengganu kena kerja kuat untuk menang pilihanraya umum pada 5 Mei ini kerana calon yang dikemukakan ialah bukan calon boleh menang (winnable candidate) atau BM tetapi calon Menteri Besar (MB).Kehendak rakyat diketepikan sebaliknya Datuk Seri Ahmad Said menunjukkan powernya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO terengganu memilih calon yang pro kepadanya kali ini. Kita lihat di Hulu Besut, Nawi Mohamad masih dikekalkan sebagai calon walaupun dia ada masalah peribadi dengan kedua-dua isterinya. Ini adalah kerana dia orang MB. Datuk Seri Idris Jusoh yang bertanding kerusi parlimen bakal dilantik menteri penuh dari Terengganu jika BN membentuk semula kerajaan pusat. Orang Idris di Jabi dan Batu Rakit digugurkan sebagai calon BN iaitu Cikgu Ramlan dan Khazan Che Mat yang banyak mengkritik kepimpinan Ahmad Said. Di Bukit Tunggal Ismail Nik dikatakan gagal untuk mengatasi kerjakuatWan Nor Islam yang digugurkan sebagai calon. Semua Ketua Bahagian dikekalkan sebagai calon di Terengganu kerana Ahmad Said tidak mahu memeningkan kepala, Tengku Putera kembali bertanding di DUN Kuala Berang yang melihat kemungkinan beliau bakal MB jika Istana menolak Ahmad Said sebagai MB buat penggal kedua. Calon lain sebagai MB ialah Wan Farid jika beliau menang di Ladang. Pok Rosli kembali di parlimen Dungun sedangkan kes SPRMnya senyap sahaja. Begitu juga Ir Rosli yang ada kes SPRM di Kemasik. Mampukah Wan Ahmad Nizam mengalahkan PAS kerana Datuk Mohamad Awang Tera menang tipis di DUN Chukai dengan majoriti 700 undi. Yahya Khatib menerima cabaran untuk mengalahkan Haji Hadi di parlimen Marang. Silap-silap BN Terengganu tewas seperti tahun 1999 jika orang UMNO sendiri menangkah pembangkang kerana tidak puas hati dengan pemilihan calon. Jika BN mahu menang, pangkahlah BN tanpa mengira siapa calon. Jika mereka mahu membalas dendamn tidak mahu Ahmad Said jadi MB buat penggal kedua, maka BN Terengganu akan hanyut sekali lagi kali ini. Dibawah adalah senarai calon2 PRU13 bagi Negeri Terengganu. P33 Besut DS Idris Jusoh N1 Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar N2 Kota Putera Mohd Mahdi Musa N3 Jerteh Mohd Pehimi Yusof N4 Hulu Besut Nawi Mohamad P34 Setiu Che Mohd Zulkifli Jusoh (Hakim Mahkamah Sekyen KL) N5 Jabi Mohd Iskandar Jaafar N6 Permaisuri Mohd Jidin Shafie N7 Langkap Dato Sabri Bin Mohd Noor N8 Batu Rakit Badzlan Abd Rahman P35 Kuala Nerus Dato Hj Nasir Bin Ibrahim Fikri N9 Tepoh Muhammad Ramli Bin Nuh N10 Teluk Pasu Dato Abdul Rahin Bin Mat Said N11 Seberang Takir Dato Ahmad Razif Bin Abd Rahman N12 Bukit Tunggal Ismail Bin Nik P36 Kuala Trg Mohd Zubir Bin Embong N13 Wakaf Mempelam Wan Mahyuddin Wan Ngah N14 Bandar Toh Chin Yaw N15 Ladang Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh N16 Batu Buruk Dato Che Mat Jusoh P37 Marang Dato Yahya Bin Khatib Mohamad N17 Alur Limbat Alias Abdullah N18 Bukit Payung Zaidi Muda N19 Rhu Rendang Nik Dir Nik Wan Ku N20 Pengkalan Berangan Abdul Latiff Awang P38 Hulu Trg Jailani Bin Johari N21 Telemong Rozi Mamat N22 Manir Yusof Awang Hitam N23 Kuala Berang Dato Tengku Putera Tengku Awang N24 Ajil Razali Taib P39 Dungun Dato Rosli Mat Hassan N25 Bukit Besi Roslee Daud N26 Rantau Abang Datuk Zaabar Mohd Adib N27 Sura Zakariah Ali (Bekas PPD Dungun) N28 Paka Dato Matulidi Jusoh P40 Kemaman DS Ahmad Shabery Cheek N29 Kemasik Ir Rosli Othman N30 Kijal DS Ahmad Said N31 Chukai Dato Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid N32 Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar