Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan
Sabtu, September 13, 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: PEMUDA TIDAK KECEWA
TUMPAT, 13 Sept (Bernama) -- Pemuda Umno tidak seharusnya patah semangat apabila Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat Rosidi Kamarudin Mahmod tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.
Sebaliknya Ketua Pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail untuk memenangi pilihan raya PRK itu pada 25 Sept ini.
"Kita sokong siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti," katanya semasa berucap melancarkan skuad pemuda bermotosikal di perhentian bas Tumpat di sini, Sabtu.
Turut hadir Rosidi yang sebelum ini disebut-sebut antara mereka yang layak bertanding pada PRK itu.
Mat Razi, 48, bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.
PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
Khairy berkata mulai hari ini jentera pemuda mesti bekerja kuat sehingga ke hari pengundian bukan sahaja setakat untuk menang sahaja tetapi mahu kemenangan dengan mendapat majoriti yang lebih besar.
Beliau berkata undi dari golongan muda boleh menjadi penentu kemenangan disebabkan 45 peratus daripada jumlah pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan muda.
Sejumlah 24,039 pemilih berdaftar terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) layak mengundi pada PRK itu.
Katanya pemuda mesti menjadi benteng di hadapan untuk menghadapi parti lawan termasuk penyebaran fitnah sepanjang kempen seperti tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Rabu, April 15, 2009
LAJIM NAFI KECEWA TIDAK DILANTIK MENTERI

Ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Haji Okin menafikan bahawa beliau kecewa kerana tidak dilantik menteri dalam rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.
Beliau dikekalkan sebagai timbalan menteri tetapi ditukarkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari Kementerian Pengangkutan.
"Kuasa melantik menteri adalah kuasa Perdana Menteri. Tidak benar dakwaan bahawa saya kecewa tidak dilantik menteri penuh mewakili Sabah," katanya kepada blogger Memo Belakang ketika ditemui di majlis penyerahan tugas dari bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Chuan kepada menteri baru, Kong Cho Ha di pejabatnya di Kuala Lumpur Isnin lalu.
Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anipah Aman yang menolak tawaran Pak Lah sebagai timbalan menteri selepas pilihanraya umum 2008 dilantik sebagai Menteri Luar dari Sabah yang baru selain Shafie Afdal yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
"Walaupun saya menang ahli majlis tertinggi UMNO di tempat kelapan dan Anifah tidak bertanding jawatan majlis tertinggi, tetapi kemenangan itu tidak kena mengena dengan perlantikan menteri kerana ia adalah kuasa prerogatif Najib," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau bersyukur kepada Allah kerana mengekalkannya sebagai timbalan menteri di kementerian yang baru. Kementerian itu pernah menonjolkan beberapa ahli parlimen sebagai timbalan menteri termasuk Osu Sukam dan Azizah Mohd. Dun.
"Saya seronok bekerja di Kementerian Pengangkutan kerana menterinya, Ong Tee Keat memberi kepercayaan penuh kepada saya. Saya berharap menteri baru, Kong Cho Ha akan memberi kepercayaan yang sama seperti yang pernah diberi oleh Presiden MCA kepada beliau.
Katanya, ini adalah kali kedua beliau dari UMNO diberi peluang berkhidmat di bawah menteri dari MCA.
"Bila menjadi timbalan menteri dari UMNO yang diketuai oleh menteri dari MCA, ahli-ahli UMNO memberi harapan yang tinggi kepada saya untuk mengadu hal kerana mereka tidak mungkin mengadu terus kepada menteri sebaliknya saya yang menjadi jambatan di antara mereka dengan kementerian," katanya lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)