Cubaan menimbulkan kembali sejarah perselisihan faham antara PAS dan UMNO hanya akan menjejaskan agenda perpaduan ketika ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua parti itu perlu mula memandang ke arah permuafakatan supaya ia dapat menjamin kepentingan umat Islam di negara ini.
"Kenapa perlu gali dan selongkar segala isu-isu lama, yang hakikatnya generasi sekarang tak pernah ada dalam zaman itu, bahkan majoriti pemimpin sekarang tak ada dalam 'baggage' itu, sejarah itu.
"Kalau kita nak cakap soal perpaduan, permuafakatan itu yang paling penting. Kedua-dua pihak harus berlaku jujur dan ikhlas dan tak perlu lagi membicara soal kelemahan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai sikap sesetengah pihak yang seolah-olah tidak senang dengan agenda perpaduan antara dua parti politik itu, dan sengaja menimbulkan kembali perkara-perkara yang menjadi titik tolak pertelagahan antara PAS dan UMNO.
Timbalan menteri itu berpendapat UMNO dan PAS masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri, dan adalah lebih baik kiranya kedua-dua parti politik itu menumpukan usaha untuk bergerak ke arah perpaduan seperti yang dituntut dalam syariat Islam.
Bagi saya, jika Umno dan PAS mahu bekerjasama dalam politik pada PRU akan datang, maka kekalkanlah status quo. Jika Umno menang 17 kerusi DUN dan PAS menang 15 kerusi DUN di Terengganu maka pembahagian kerusi tetap 17, 15. Maknanya PAS tidak boleh bertanding di 17 kerusi Umno sebaliknya biar Umno lawan Amanah atau PKR. Begitu juga Umno tidak boleh bertanding di kerusi PAs, biar PAS lawan Amanah atau PKR.
Bagi ahli Umno yang mahu jadi YB sudah tentu tak suka dengan gabungan ini jika kerusi itu diperuntukkan kepada PAS.Begitu juga ahli PAs yang mahu jadi YB jika DUN itu diperuntukkan untuk Umno.
Ada yang berpendapat bahawa lebih baik bergabung selepas PRU, dan lihat keputusan PRU akan datang. Jika bergabung selepas PRU sudah tidak bermakna lagi kerana jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara Umno, PAS dan Amanah, silap silap Amanah yang menang.
Oleh itu kerjasama Umno dengan PAS hendaklah diadakan sebelum PRU akan datang. Sudah tentu jika berlaku gabungan ramai pemimpin Umno yang kehilangan kerusi menteri dan Exco. Jangan fikir tentang kedudukan tetapi fikirlah bergabung itu untuk survival umat Islam sama ada BN yang pro Islam memerintah negara atau Pakatan Harapan yang diremote control DAP memerintah negara.
Sabtu, Disember 19, 2015
Jumaat, Disember 18, 2015
HARUSSANI PALING GEMBIRA JIKA UMNO-PAS BERKERJASAMA
Umno dan PAS harus menumpukan kepada usaha mencari titik persamaan antara dua parti Islam terbesar itu, sekiranya mereka benar-benar ingin merealisasikan agenda perpaduan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Selain itu, katanya kedua-dua pihak juga disaran agar mengenepikan fahaman politik masing-masing demi memastikan kepentingan negara dapat diberi keutamaan.
"Apa yg diucapkan PM (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak) atau Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kedua-duanya lebih ke arah untuk bersatu.
"Bukan bermaksud bersatu dari segi parti, tetapi bersatu dalam arah mencari perpaduan...dan mudah-mudahan (usaha ini) akan berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kertas kerja di Multaqar Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini.
Selain itu, katanya jika usaha perpaduan dalam kalangan pemimpin atasan berjaya, sudah pasti rakyat bawahan juga akan mengikut jejak langkah mereka dan berusaha mengelakkan sebarang perpecahan.

Jika berlaku kerjasama Umno-PAS, sudah tentu Harussani orang yang paling gembira kerana hasratnya untuk melihat Umno-PAS bekerjasama sejak tahun 2008 akhirnya menjadi kenyataan.
Pada tahun 2008, apabila Pakatan Rakyat menang di Perak, Harussani telah menghubungi Haji Hadi supaya PAS mengadakan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Haji Hadi suruh Harussani berunding dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Ahmad Awang tetapi Haji Ahmad tidak bersetuju kerana DAP telah menawarkan kerusi Menteri Besar kepada PAS. Maka cita-cita Mufti Perak itu terbantut.
Khamis, Disember 17, 2015
LU JANGAN TAKUT CHUA, LU TATAK KENA HUKUM HUDUD
Bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek bimbang Umno mahu bekerjasama dengan PAS. Katanya, MCA akan tentang jika PAS menyertai BN selagi PAS tidak menggugurkan hukum hudud. Nampaknya Chua bimbang beliau akan dikenakan hukum hudud jika PAS melaksanakan hukum hudud.
Beliau yang terlibat dengan skandal sex ketika menjadi Menteri Kesihatan jangan bimbang kerana hukum hudud ini untuk orang Islam sahaja. Lu jangan takut Chua, lu tatak kena hukum hudud.
Kenapa MCA takut sangat dengan hukum hudud sedangkan ia dapat menggerunkan orang ramai untuk mencuri, membunuh, minum arak dan berzina.
Chua juga mengaku jika Umno bergabung dengan PAS, kedua dua parti itu akan mempunyai 120 kerusi dallam Dewan Rakyat yang mana MCA tidak diperlukan lagi.
Seperti kata MB Kelantan, Ahmad Yakob, kerajaan PAS sudah lama bekerjasama dengan kerajaan BN, maka jika PAS bekerjasama dengan Umno, ia bukan perkara baru.
Ahmad Yakob berkata kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN), telah lama wujud.
Beliau berkata, kerjasama antara kedua-duanya dapat dilihat terutamanya dalam aspek pengurusan perkhidmatan kerajaan misalnya bagi membincangkan isu-isu tertentu mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.
"Contohnya, setiap menteri besar mesti hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tanah Negara untuk berbincang mengenai isu tanah serta perkara yang ada kaitan antara negeri dan pusat.
"Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara negeri dan Persekutuan memang berlaku," katanya sebagai mengulas mengenai kerjasama antara PAS dan UMNO.
Kerjasama antara UMNO dan PAS telah berlangsung selama dua tahun, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengesahkan kenyataan MB Kelantan.
Beliau berkata ia melibatkan kerjasama di peringkat 'G-to-G' antara kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS di bawah Menteri Besar Ahmad Yakob.
"Kerjasama telah berlaku, (ia) bukan mimpi... tak tepat (kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tak betul. Kerjasama telah berlaku dua tahun dah.
"Tapi itu bukan bermakna kerajaan campuran. Itu (kerajaan campuran) konsep yang lebih luas dan kita kena dapatkan persetujuan daripada anggota PAS dan UMNO dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di Bukit Bunga, di sini Ahad.
Mustapa mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilaporkan berkata UMNO hanya 'bermimpi' jika ingin menjalinkan hubungan dengan PAS selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin 'salam' yang dihulur oleh Najib akan disambut baik PAS selepas ini.
"Saya rasa sehari dua ini saya tak nampak ada kerajaan campuran ini, tapi kita dah mula kerjasama, saya sendiri dengan Menteri Besar Kelantan dalam setahun ini banyak pertemuan telah diadakan.
"Saya banyak kali ke Kota Darul Naim (pusat pentadbiran kerajaan Kelantan) yang tak pernah berlaku sebelum ini. Ini tanda-tanda yang baik. Menteri besar Kelantan pun banyak kali berjumpa perdana menteri untuk urusan kerajaan," katanya.

Rabu, Disember 16, 2015
USAHA ARTIS TUBUH KOPERASI WAJAR DIPUJI
Malam tadi di PWTC, TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad (KSKLB) yang dianggotai artis artis yang yang masih aktif dan veteran. Seramai 1,500 orang artis hadiri majlis itu yang ditaja oleh DRB-Hicom sebanyak RM500,000.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Berhad, Tan Sri Khamil Jamil turut hadiri majlis Gegar Anak Seni itu.Menurut Pengerusi Koperasi, Datuk Jurey Latiff Rosli, KSKLB didaftarkan pada 31 Mei 2010 dengan pengerusi pertamanya Allahyarham Harun Salim Bachik.
Penubuhan koperasi itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti perniagaan pasar mini serta menjalankan aktiviti kebajikan anggota pendidikan dan perniagaan di samping menjalankan perkhidmatan penerbitan program program televisyen dan filem, persembahan konsert serta aktiviti lain yang berkaitan untuk menjana pendapatan ahli koperasi.
Pengerusi projek Gegar Anak Seni, Datuk Malek Radzuan ketika berucap mengatakan sokongan artis kepada pihak kerajaan yang begitu prihatin menjaga kebajikan anak-anak seni. Malek mengajak semua artis melafazkan ikrar taat setia kepada kerajaan.
Bagi Dr Zahid yang pernah menjaga artis ketika menjadi Timbalan Menteri Penerangan dahulu, ikrar taat setia yang diketuai Malek tidak perlu diadakan kerana beliau tahu majoriti artis menyokong kerajaan yang memperjuangkan nasib mereka.
"Kalau bukan kerajaan, siapa lagi yang mempedulikan artis," katanya ketika berucap di majlis tersebut. Dr Zahid bersetuju memberi peruntukan RM1 juta kepada KSKLB dengan harapan kebajikan artis terbela.
"Selepas ini jika saya dengar ada artis yang tidak diberi perhatian oleh KSLKB, saya akan tarik balik peruntukan itu," gurau Dr Zahid.
Usaha artis menubuhkan koperasi wajar diberi pujian kerana melalui koperasi mereka dapat meningkatkan punca pendapatan koperasi di mana keuntungan dari perniagaan nanti ia dapat dipulangkan kepada artis yang memerlukan pembelaan terutamanya artis veteran yang sudah dipinggirkan oleh industri seni.
Pelbagai persatuan ditubuhkan untuk artis seperti Seniman, Yayasan Karyawan. GAFIM tetapi diharapkan selepas ini tidak ada lagi koperasi serpihan dari KSKLB.
Seperti amanah Dr Zahid kepada pemimpin koperasi, jangan jadikan koperasi sebagai tempat menonjolkan diri demi kepentingan peribadi sebaliknya keutamaan koperasi ialah untuk jaga kebajikan artis.
Majlis diserikan oleh nyanyian juara Gegar Vaganza, Nana, Kumpulan Zero, Hazami,
Khatijah Ibrahim, M. Daud Kilau dan persembahan band Rela Putrajaya. Majlis itu turut memberi anugerah pohon beringin 2015 kepada Allahyarham Harun Salim bachik, Ibrahim Pendek (ikon filem), Tan Sri Ahmad Merican (ikon televisyen), Datuk Ooi Eow Jin (ikon muzik), Alleycats (ikon nyanyian), Khalid Salleh (ikon teater) dan Datin Azanin Ezane Ahmad (ikon tarian).

Selasa, Disember 15, 2015
RAFIZI AKUI KEKUATAN PAS
Pakatan Harapan perlu membentuk gabungan pilihan raya dengan PAS demi mendapatkan sokongan golongan atas pagar, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya, tegasnya.
Memetik tinjauan bebas pada 4 Disember, Rafizi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus orang Melayu sudah membuat keputusan untuk menolak Datuk Seri Najib Razak dan Umno.
Bagaimanapun, mereka dikatakan belum memutuskan pembangkang mana yang akan disokong.
Rafizi berkata, golongan itu dipengaruhi isu yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melebihi perkembangan politik.
Sebahagian mereka tidak mengetahui kewujudan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH).
Menurut beliau, BN memperoleh 53 peratus undi Melayu manakala pembangkang pula 46 peratus.
Umno, PAS dan PKR pula masing-masing mempunyai 20 peratus penyokong tegar daripada orang Melayu, sementara bakinya akan membuat keputusan berdasarkan isu dan sentimen.
“Jika mereka tolak Umno, mereka akan berpatah balik kepada PAS,” katanya.
Ini menunjukkan bahawa Rafizi mengakui kekuatan PAS kerana selama ini PKR menang pun kerana jentera PAS. Contohnya PKR menang di parlimen Kemaman pada tahun 1999 kerana jentera PAS yang bekerja kuat sedangkan ahli PKR di Kemaman tidak seramai mana.
Sebab itu apabila PKR memohon bertanding di lima kerusi DUN di Terengganu pada PRU 2013, hanya satu kerusi sahaja DUN Bandar yang diberikan oleh PAS kepada PKR kerana PAS tahu bahawa PKR tiada jentera.
Kenyataan Rafizi juga membuktikan bahawa PKR tidak yakin sejauh mana rakyat dapat menerima parti serpihan PAS, Amanah. Sebab itu di Selangor Azmin Ali masih memerlukan PAS dlam kerajaan Pakatan Rakyatnya kerana alasan Azmin Pakatan Rakyat yang menangdalam PRU 2013.
Azmin sudah nampak bahawa jentera Amanah tidak dapat membantu PKR dalam PRU akan datang. Maka PKR memerlukan jentera PAS untuk menang PRU. Tanpa PAS, PKR akan hilang banyak kerusi pada tahun 2018.
Isnin, Disember 14, 2015
MASA UNTUK MERAPATKAN BARISAN
Oleh
Shahbuddin Embun
Sejak dari dahulu lagi, telah dijelaskan
mengapa Umno mesti terus mengekalkan perpaduan yang menjadi salah satu tunjang
kejayaan parti utama negara ini.Dan ketika Umno dilanda dengan pelbagai krisis
dan isu yang telah membelenggu parti ini, ketika inilah juga Umno perlu lebih
bersatu dan menunjukkan kredibilitinya sebagai parti yang akan terus
memperjuangkan nasib anak bangsanya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Razak telah beberapa kali mengingatkan ahli-ahli Umno supaya mementingkan parti
dan bukannya mengejar agenda peribadi mereka yang boleh menggugat kestabilan
dalam Umno.
Nampaknya gesaan ini telah mendapat
perhatian tiga sayap utama dalam Umno apabila Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO terus berikrar untuk
mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menerajui parti dan kerajaan. Inilah semangat solidariti yang dimaksudkan.
Dengan berdiri di belakang presiden Umno,
pastinya Umno akan mampu untuk menggerakkan segala perancangan dan program yang
telah diatur agar Umno terus memainkan peranan penting sebagai parti yang
paling utama di negara kita.Dalam hal ini, elemen kesetiaan memainkan peranan
yang penting.
Dalam ucapan dasar pada Majlis Perasmian
Perhimpunan Agung Umno 2015,Najib telah
menjelaskan yang beliau tidak pernah berniat untuk mengkhianati parti keramat ini.
“Saya seorang yang tidak confrontational... saya juga tidak
pernah menjatuhkan sesiapa... apatah lagi untuk mengkhianati parti UMNO
tercinta ini,”
Itulah sebabnya juga Perhimpunan Agung
UMNO (PAU) yang sedang berlangsung , sepatutnya menjadi tempat yang paling
sesuai untuk semua ahli Umno, tanpa mengira jawatan, memperbaharui ikrar bagi menunjukkan
kesetiaan mereka pada parti dan memastikan Umno terus relevan dalam persada politik di negara kita.
Biarpun terdapat beberapa isu seperti 1MDB
dan dana politik RM2.6 bilion yang telah menyebabkan kerisauan dan
keresahan di kalangan ahli-ahli Umno, namun sikap
keterbukaan Najib memperjelaskan polemik
ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan merupakan satu tindakan bijak dan tepat untuk memperjelaskan
apa jua kebimbangan dan keraguan di kalangan ahli-ahli Umno.
Setiap pemimpin telah diuji dengan
pelbagai cabaran. Dan begitu jelas sekali Najib sentiasa diuji dengan pelbagai
dugaan. Mungkin ada pihak yang mempertikaikan cara beliau mengendalikan isu-isu
yang disebutkan tadi. Namun kita perlu melihat cara Najib mengendalikan isu
dengan dengan penuh kewibawaan . Ketenangan yang ada pada dirinya juga menggambarkan
beliau seorang pemimpin yang mampu menahan dan menongkah arus penentangan
walaupun ribut taufan terus melanda.
Itu sebabnya juga ramai penganalis
politik yang menyatakan semua isu dan polemik ini akan menjadikan Umno semakin
matang. Lihat sahaja apa yang berlaku semasa Era Tun Mahathir di mana beliau
ditentang oleh Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam.Timbul pula Team A dan Team
B, dan kemudiannya pengharaman Umno pada tahun 1988. Begitu juga ketika Datuk
Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan dikatakan isu itu boleh meruntuhkan
Umno. Namun sehingga hari ini, Umno terus mantap biarpun terpaksa melalui
pelbagai cabaran.Apa yang penting ialah sokongan padu dan kepercayaan
penuh anggota parti terhadap pucuk pimpinan.
Dalam PAU kali ini, pastinya juga isu
tentang Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi tumpuan
para perwakilan, khasnya apabila mereka bertemu di persidangan .Tidak ada
salahnya untuk bincangkan isu ini di kalangan para perwakilan, namun apa yang
lebih penting ialah membicarakannya dengan hemah dan tidak mengikut
perasaan.Perlu diingatkan sekali lagi bahawa solidariti dalam Umno perlu dijaga
dan dipelihara dengan baik.
Itu sebabnya saya tertarik dengan
kata-kata Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti Umno boleh diibaratkan seperti rakit yang
terbina daripada himpunan batang kayu terikat. Menurut beliau, ada ketikanya ,ada
antara tali yang mengikat kayu itu terputus namun rakit berkenaan mesti
dipertahankan.
"Tali ikatan jangan terputus agar
kayu yang menjadi rakit itu tidak dihanyutkan air. Maka eloklah tali itu diikat
semula.Biarpun ada tali putus, biarlah tali yang putus itu dihanyut air deras
tapi rakit tidak tenggelam," Begitulah kata-kata Zahid yang penuh bermakna
dan perlu difahami oleh ahli-ahli Umno.
Sememangnya jika isu yang berkaitan
dengan Timbalan Presiden Umno dikupas dalam artikel ini, pastinya akan lebih
sensasi dan menarik. Namun apa yang lebih penting untuk dibincangkan ialah
tentang masa depan dan survival Umno
sendiri. PAU yang berlangsung perlu mengambil kira apakah usaha dan perancangan
yang diatur untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.Segala usaha dan
program perlu diperjelaskan dengan terang dan teliti . Bukan itu sahaja, apa
yang lebih penting ialah perlaksanaannya dan bukan sekadar berpuas hati dengan
bergambar sambil memegang cek atau
merasmikan sesuatu program itu.
Pucuk pimpinan dan semua ahli Umno perlu
bergabung tenaga untuk memastikan yang Umno mampu melaksanakan segala
tenggungjawab dengan berkesan. Ingatlah bahawa cabaran yang lebih hebat ialah
untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap Umno.Benar, dalam kita berasa yakin
yang Umno masih merupakan parti tunjang utama untuk rakyat Malaysia, namun pada
masa yang sama, Umno perlu melihat juga sentimen rakyat yang masih memiliki
persepsi negatif terhadap Umno.
Walaupun persepsi negatif ini disebabkan
oleh maklumat yang diputerbelitkan oleh pihak pembangkang, namun Umno sendiri
perlu bertindak dengan lebih proaktif dalam membina semula keyakinan rakyat
terhadap parti itu.Mungkin ahli-ahli Umno perlu diingatkan tentang slogan parti
iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ .Slogan
ini bukan dicipta begitu sahaja tetapi perlu dihayati oleh ahli-ahli Umno agar
Umno terus kukuh dan utuh.
Dengan berbekalkan slogan ini, tentunya
PAU kali ini boleh bergerak dengan memandang ke hadapan. Sebagaimana yang
dijelaskan, inilah medan atau gelanggang untuk mengotakan segala janji yang
sering dibuat pada pelbagai konvensyen atau forum yang dianjurkan oleh Umno
baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Kehebatan ahli-ahli Umno berpidato dan
membicarakan sesuatu isi itu tidak boleh dinafikan lagi. Namun segalanya tidak
bermakna jika tidak ada perlaksanaan yang dilakukan.Dan pada PAU kali inilah
segala janji dan tekad yang tertanam perlu diterjemahkan dengan sebaik baiknya.
Jasa Umno sememangnya amat bermakna dalam mengisi kemerdekaan serta memajukan negara yang kita cintai ini. Namun
ini bukanlah masanya untuk seluruh ahli Umno terus berbangga dengan apa yang
telah dilakukan. Apa yang lebih penting ialah untuk bersama sama memastikan
Umno akan terus mendapat mandat untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan
negara.
Ahad, Disember 13, 2015
UMNO TIADA PILIHAN JIKA MUHYIDDIN TERUS BERDEGIL
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Muhyiddin Yasin angkuh kerana enggan menerima salam perdamaian yang dihulurkan oleh Presiden Umno, Najib Razak. Dalam ucapan penggulungannya petang semalam sekali lagi Najib berkata beliau berjiwa besar sedia menerima mereka yang mengkritiknya walaupun hatinya sudah terluka.
Beliau telah meluahkan ucapan yang sama ketika merasmikan perhimpunan agung Umno pada hari Khamis lalu. Muhyiddin dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Shafie Apdal berkata tidak timbul soal minta maaf kepada Najib kerana isu yang dibangkitkan mereka adalah isu rakyat dan bukannya isu personal Najib.
Nampaknya jika Muhyiddin dan Shafie masih berdegil dan masih membangkitkan isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion, Umno tiada pilihan terpaksa memecat atau menggantung keahlian mereka. Belum pernah seorang timbalan presiden Umno mengecam presiden Umno dalam majlis terbuka seperti yang dibuat oleh Muhyiddin Yasin.
Sehubungan dengan itu jika Muhyiddin dan Shafie masih berdegil, mereka terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar demi menyelamatkan Umno terus tenggelam dalam PRU akan datang. Seperti kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr Salleh Said Keruak, Dr Mahathir harus dipersalahkan jika BN tumbang pada PRU akan datang.
Perhimpunan agung Umno sudah berakhir semalam. Sejauh mana para perwakilan dapat menerangkan kepada akar umbi masalah yang berlaku kepada Umno hari ini. Masalah dalaman yang menyebabkan pembangkang bertepuk tangan menunggu pemimpin Umno balun sesama pemimpin Umno seperti kata Najib bahawa balun sesama sendiri bukan budaya Umno.
Adakah perwakilan sekadar bersetuju di hadapan Najib sahaja atau membiarkan rakyat menghukum Najib pada PRU akan datang? Jika ahli Umno bersikap sokong di hadapan, tak sokong di belakang maka Umno yang tumbang kerana ahli Umno sendiri mengundi pembangkang pada PRU akan datang. Bersediakah kita melihat kerajaan baru yang didominasi DAP? Tepuklah dada tanya selera.

Khamis, Disember 10, 2015
MUHYIDDIN BUAT PENGGULUNGAN DI KG BARU?
Malam tadi majlis tertinggi umno telah memutuskan hanya presiden umno, najib razak yang akan buat ucapan penggulungan pada hari akhir perhimpunan agung umno sabtu ini.
Muhyiddin yasin berkata rayuan beliau dengan shafie apdal untuk berucap ditolak oleh majlis tertinggi. Inilah transformasi yang dibawa oleh najib razak dan ia akan menjadi tradisi tahunan selagi muhyiddin masih timbalan presiden umno sehingga 2018.
Orang politik memang pantang lihat mikrofon. Mesti nak berucap. Oleh kerana muhyiddin masih nak berucap apa salahnya beliau sekali lagi buat majlis di dewan kelab sultan sulaiman pada hari sabtu malam.
Kalau isnin lalu beliau boleh buat majlis kerana tidak diberi peluang merasmikan pemuda, wanita, umno apa salahnya beliau buat majlis pengulungan khas timbalan presiden umno mengulas isu yang dibangkitkan oleh para perwakilan.
Saya kira makin ramai yang hadir kali ini daripada isnin lalu yang mana majlis itu bukan dihadiri oleh para perwakilan umno.
Kalau gila sangat nak berucap, buatlah majlis pengulungan itu di kg baru sekali lagi.

Rabu, Disember 09, 2015
MUHYIDDIN WAJAR DIPECAT
Majlis tertinggi umno memutuskan bahawa timbalan presidennya, muhyiddin yasin tidak perlu merasmikan persidangan serentak pemuda, puteri dan wanita tetapi muhyiddin tetap mengadakan majlis berasingan di kelab sultan sulaiman kg baru untuk berucap.
Ini sudah jelas muhyiddin tidak mematuhi arahan parti dan beliau memang wajar dipecat dari umno. Dalam ucapannya di kg baru beliau sekali lagi membangkitkan isu 1mdb dan derma rm2.6billion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan tpm.
Sebab itu majlis teringgi umno tidak membenarkan beliau berucap kerana isu yg sama dibangkitkannya jika beliau diberi peluang merasmikan perhimpunan agung pemuda, puteri dan wanita.
Cuba bayangkan jika teks ucapan beliau di kg baru digunakan muhyiddin untuk merasmikan pemuda, wanita dan puteri maka sudah tentu kecoh apabila beliau membaca para ke 62 yang memetik desakan orang ramai dalam facebook yang mendesak najib berundur.
Adakah ini yang sepatutnya keluar dari ucapan timbalan presiden umno dalam perhimpunan agung umno? Seperti kata najib, muhyiddin ada sakuran untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada najib dan bukannya bercakap terbuka yang dilihat secara langsung oleh rakyat malaysia. Bukan main seronok pembangkang melihat muhyiddin belasah najib secara terbuka yang belum pernah dibuat oleh mana mana timbalan presiden umno sebelum ini.
Seperti kata tengku adnan, lembaga disiplin yang berhak memutuskan nasib muhyiddin. Bagi saya sudah sampai masanya muhyiddin dipecat dari umno. Sampai bila umno nak simpan duri dalam daging dan musuh dalam selimut?

Selasa, Disember 08, 2015
SHAFIE KENA MAIN
Kesian Shafie Apdal kena main dengan grup Muhyiddin Yasin. Ingatkan bila sokong Munyiddin, dapat jadi timbalan presiden Umno tetapi rupanya kekal menjadi naib presiden Umno. Sebaliknya menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang akan bertanding jawatan timbalan presiden mewakili team 5M menentang team Najib Razak dalam pemilihan Umno pada tahun 2018.
Semalam tersebar kononnya team 5M yang diketuai Muhyiddin Yasin akan mencabar jawatan presiden Umno menentang Najib Razak tetapi Mukhriz yang akan menentang Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan timbalan presiden Umno.
Bagi jawatan naib presiden pula, Mohd Khaled Nordin, Mohd Shafie Afdal dan Mat Said dari team 5M akan menentang Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Mahdzir Khalid dari team Najib.
Sepatutnya Shafie yang sudah dua penggal menjadi naib presiden Umno yang wajar menentang Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan timbalan presiden Umno. Ini baru nampak team 5M serius mahu mengangkat rakyat Sabah sebagai TPM seperti janji Dr Mahathir ketika merasmikan Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991 bahawa suatu hari nanti rakyat sabah akan menjadi PM Malaysia melalui Umno.
Shafie sudah dua penggal menjadi naib presiden Umno dan berpengalaman luas sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, menteri kebudayaan, kesenian dan warisan, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sewajarlah diangkat menjadi TPM sebaliknya Mukhriz yang tidak ada pengalaman dalam kabinet diberi tempat. Mentang mentanglah beliau anak bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Mukhriz tidak pernah menang jawatan ketua pemuda, malah kalah bertanding jawatan naib presiden Umno pada tahun 2018 sepatutnya merebut kerusi naib presiden. Walauypun Mohd Khale Norden sudah mnafikan terlibat dalam team 5M tetapi beliau perlu berada dalam team 5M untuk menguasai undi dari negeri Johor. Manakala bekas MB Terengganu, Mat Said diberi penghormaqtan untuk bertanding naib presiden Umno kerana beliau dari awal terlibat dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) yang akhirnya ditukar nama kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Harapan beliau untuk menang agak sukar kerana beliau tidak pernah bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno. Beliau hanya dilantik malah di zaman Rahim Thamby Chik ketua pemuda pun, beliau dilantik exco pemuda Umno Malaysia.
Jika Muhyiddin, Shafie tidak dipecat atau digantung keahliannya mungkin cabaran 5M pada tahun 2018 menjadi sengit seperti mana pertandingan 1987.

Isnin, Disember 07, 2015
JATUH KE LAUT BUKTI SHAFIE TIDAK BINA JETI DI KAWASAN
Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Shafie Apdal ditimpa malang apabila jatuh ke laut dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.
Seorang pengguna maya memuat naik gambar seputar insiden itu di Facebook semalam.
“Jeti yang dinaiki Datuk Shafee Apdal roboh dan menyebabkan dia jatuh ke laut ketika program lawatan ke Pulau Selakan,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama “Tun Razak”.
Beliau juga memuat naik beberapa keping gambar sekitar insiden itu, antaranya sebelum dan selepas kejadian di perkampungan air di Semporna – yang terkenal dengan keindahan lautannya.
Ia antaranya memaparkan rombongan Shafie berjalan di titian kayu dan gambar beliau diambil dengan sebuah sampan ketika kejadian.
Berdasarkan gambar, naib presiden Umno itu dalam lawatan itu memakai seluar hitam, kemeja cerah berlengah panjang serta bersongkok dan berkasut hitam.
Pembantu Shafie ketika dihubungi mengesahkan insiden itu tetapi berkata tiada sebarang kecederaan dialami.
Bagi saya, ini menunjukkan Shafie sebagai ahli parlimen Semporna tidak ada inisiatif membina jeti baru di pulau tersebut sedangkan kos membina jeti bukannya mahal.
Apatah lagi sebagai menteri luar bandar sudah tentu kementeriannya banyak peruntukan tetapi oleh kerana sibuk di peringkat nasional menghentam Najib kerana isu 1MDB sampai beliau terlupa tanggungjawab asal beliau untuk membina kemudahan kepada orang pulau.
Inilah akibatnya bekas menteri yang tidak perihatin dengan kehendak rakyat. Jadi insiden jatuh laut bukannya insiden mengejutkan tetapi insiden yang makan dirinya sendiri akibat gagal membangunkan kawasan sendiri.
Ahad, Disember 06, 2015
MB PUJI MAJLIS KUCA SURA
Walaupun bulan Muharram sudah berlalu, namun kesungguhan anak anak Terengganu di perantauan mahu mengadakan majlis kuca sura, maka majlis itu tetap diadakan di bulan Safar semalam.
Apabila mengetahui Persatuan Anak Terengganu Di Kuala Lumpur (PESAT) tidak mengadakan majlis kuca sura, maka sekumpulan 100 orang ahli grup whatsapp Anak Terengganu Di Perantauan telah mengambil inisiatif mengadakan majlis kuca sura di pejabat PERMATA di Kg Baru, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 6 petang semalam.
Seramai lebih 300 orang anak Terengganu di Kuala Lumpur menghadiri majlis tersebut yang turut diserikan dengan kehadiran MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong.
Menurut penganjurnya, Abang Sani, tiga minggu lalu ada ahli whatsapp grup kami mencadangkan supaya diadakan majlis kuca sura. Maka Sani pun mencari sponsor dan beliau menyerahkan kepada satu jawatankuasa pelaksana untuk melaksanakannya.
"Alhamdulillah. Majlis ini berjaya diadakan. Kami terharu di atas kesudian MB yang sudi hadir bersama Speaker Dewan Undangan Negeri," kata beliau dalam wawancara melalui whatsapp.
Katanya lagi, majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan perhubungan silaratulrahim di antara anak Terengganu di Kuala Lumpur malah ia juga mahu menunjukkan betapa sibuknya kami mencari makan di Kuala Lumpur tetapi semangat kerja berpasukan sesama anak Terengganu tetap ada.
"Apabila kami merantau ke ibu negara, maka majlis seperti ini yang dapat mengenali sesama anak Terengganu," katanya.
Sani percaya lebih banyak majlis seperti ini dapat diadakan di masa akan datang jika anak-anak Terengganu terus bekerjasama dan bersatu.
MB pula dalam ucapan secara santai mahu majlis seperti ini diadakan sebagai acara tahunan. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang dapat mengadakan majlis seumpama ini dalam waktu yang singkat.

Sabtu, Disember 05, 2015
NAJIB BERJIWA BESAR
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan agung Umno yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri) akan datang," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan "Ceria Ke Sekolah' dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya hari ini.
Tengku Adnan berkata Umno kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.
Beliau berkata persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.
Perhimpunan agung Umno pada 8 hingga 12 Disember ini akan disertai 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 persidangan pergerakan wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).
Taklimat presiden pada perhimpunan agung Umno kali ini akan diadakan pada sebelah malam 8 Disember dan bukannya pada petang seperti kebiasaan.
Ini membuktikan bahawa Presiden Umno, Najib Razak bukanlah seorang yang penakut seperti yang didakwa oleh blogger pro Mahathir. Malah beliau berjiwa besar sanggup menjemput orang yang mahu menjatuhkannya ke perhimpunan agung Umno.
Kalau orang lain belum tentu sanggup menjemput musuh politiknya ke majlis seperti ini. Seperti kata Hishamuddin Hussein, Najib adalah seorang yang tenang.
Kebetulan zaman ini zaman Facebook. Maka rakyat bebas menghentam Najib dalam Facebook Najib. Kalau zaman Dr Mahathir sudah ada Facebook, sudah tentu Dr Mahathir teruk dihentam orang ramai ketika Umno diharamkan pada tahun 1988.
Zaman Dr Mahathir belum ada Facebook, whatsapp, twitter, telegram maka Dr Mahathir tidak nampak tidak disukai rakyat. Sebaliknya di zaman sekarang Najib tak habis habis dihujani fitnah. Yang sedihnya orang Umno sendiri balun Najib sedangkan orang PKR sanggup mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun mahkamah mendapati Anwar bersalah. Itulah bezanya sikap penyokong Umno dengan penyokoong PKR.
Bila tidak berkenan dengan calon BN, orang Umno sendiri mengundi pembangkang. Mereka rela lihat BN kalah sedangkan orang yang setia dengan perjuangan Umno tidak patut berbuat demikian.
Jumaat, Disember 04, 2015
TAKUT APA PADA TUNGGUL
Umno bukannya takut kepada tunggul tetapi Umno tidak mahu mengeruhkan suasana sepanjang perhimpunan agung Umno minggu hadapan. Justru itu isu timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yasin yang menganggap dirinya sebagai tunggul kerana tidak diberi peluang berucap minggu hadapan tidak timbul sama sekali.
Cuba bayangkan jika Muhyiddin diberi peluang berucap menggulung perbahasan, beliau menyindir Najib Razak, sudah tentu penyokong Najib marah dan suasana kecoh ini memang suka disorot oleh wartawan asing yang mahu menonjolkan Malaysia bukan negara aman lagi. Ini membuatkan pelabur asing akan lari dari negara ini. Maka keputusan yang dibuat oleh majlis tertinggi Umno adalah yang terbaik untuk mententeramkan keadaan.
Tambahan pula Muhyiddin bukannya ada pengaruh. Beliau bukan ketua pemuda seperti Dr Zahid Hamidi dan Hishamudin Hussein. Anwar Ibrahim dahulu bekas ketua pemuda sebab itu pemecatan beliau dari Umno menyebabkan Umno kehilangan Terengganu pada PRU 1999. Kalau Muhyiddin dipecat dari Umno pun, Johor tak akan tumbang kepada Pakatan Harapan. Sehebat-hebat Musa Hitam pun Umno tak kalah pada PRU 1986 selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai TPM. Siapalah Muhyiddin berbanding dengan Musa Hitam?
Cuma beliau kelihatan bersih walaupun banyak isu timbul ketika beliau menjadi MB Johor di mana banyak tanah Johor dijual kepada orang Singapura. Malah ketika beliau menjadi TPM pun, orang mempertikai kenapa sistem 6P membekal mesin thumb print diberi kepada menantunya sedangkan beliau adalah pengerusi jawatankuasa pekerja asing.
Muhyiddin bukan setaraf Anwar Ibrahim. Ada dia pun dalam Umno tak ada kesan, tak ada dia pun tak ada kesan. Cuma rakyat simpati pemecatan beliau dari jawatan TPM kerana mempersoalkan isu 1MDB.
Seperti kata Dr. Asraf Wajdi Dusuki dalam TV3 dua malam lepas, dalam mesyuarat sesiapa sahaja bebas memberi pandangan. Tetapi apabila keputusan sudah dicapai secara konsensus maka orang yang ideanya ditolak kena menerima pandangan ramai. itulah konsep demokrasi yang sebenar.
Sebaliknya Muhyiddin terus mempertikaikan 1MDB di luar mesyuarat majlis tertinggi yang menunjukkan beliau yang tidak memahami konsep demokrasi. Atau dia ada niat untuk menajtuhkan najib yang disokong oleh bekas PM, Dr Mahathir Mohamad?
Najib sebenarnya salah memilih timbalan presiden pada tahun 2009. Sepatutnya beliau menyokong Ali Rustam bertanding jawatan itu dan bukannya menyokong Muhyiddin yang sudah ada rekod melawan ketua. Muhyiddin selaku timbalan menteri mengalahkan guru politiknya Othman Saat dalam pertandingan ketua bahagian Umno Pagoh pada tahun 1984 sedangkan bekas MB Johor itu yang membawa Muhyiddin menyertai Umno.
Rekod tidak kenang budi kepada ketua sudah ada pada Muhyiddin tetapi Najib jenis tidak kesah. Inilah kesilapan Najib yang sebenarnya.
Muhyiddin bukannya ada pengaruh. Hanya di beberapa bahagian sahaja yang menyokongnya kerana dia tak pandai tolong ketua bahagian. Muhyiddin tidak seperti Anwar sewaktu menjadi menteri pelajaran menolong ketua bahagian memberi projek. Sebaliknya Muhyiddin menolong YTL sahaja sewaktu menjadi menteri pelajaran.
Justru itu jika beliau bertanding jawatan Presiden Umno pada tahun 2018, beliau hanya akan mendapat 25 undi sahaja kerana kemenangan di satu bahagian dianggap sebagai satu undi. Melainkan perlembagaan Umno 1988 dipinda seperti Umno 1946 di mana setiap pertandingan hanya memerlukan dua pencalonan sahaja. Kalau Umno sekarang seperti Umno lama, memang berpeluh Najib menghadapi pertandingan 2018.

Khamis, Disember 03, 2015
MAHATHIR SUDAH LUPA
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengeluh bahawa dia tidak lagi mengenali Umno hari ini yang menghalang timbalan presiden parti Muhyiddin Yassin daripada menyampaikan ucapan penggulungan.
Bekas presiden Umno selama 22 tahun itu berkata pada pemilihan parti sebelum ini, beliau tidak pernah menghalang Tengku Razaleigh Hamzah daripada menjelajah ke seluruh negara untuk mengkritik beliau, dan ini termasuk kepada Pak Lah ( Abdullah Ahmad Badawi).
"Hari ini, kita ada presiden parti (Datuk Seri Najib Razak), bukan pada pemilihan (parti) tetapi menghalang orang daripada menyampaikan ucapannya. Ini bukan Umno saya kenali," katanya kepada pemberita.
"Mereka langgar tradisi parti."
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini bahawa dia dihalang daripada berucap pada sesi penggulungan perhimpunan agung Umno, minggu depan.
Sebelum ini, Majlis Tertinggi Umno juga memutuskan Muhyiddin selaku timbalan presiden tidak akan merasmikan sayap-sayap Umno tetapi sebaliknya ketua masing-masing akan berbuat demikian.
Nampaknya Dr Mahathir sudah lupa. Memang benar dia membenarkan Ku Li menentangnya bagi jawatan presiden Umno pada 24 April 1987, tetapi dia menang secara tidak bermoral dengan majoriti 43 undi.
Dikatakan sewaktu mengira undi, ada penipuan maka Ku Li yang dapat 37 pencalonan sahaja kalah tipis di tangan Dr Mahathir yang mendapat 100 lebih pencalonan. Selepas itu apabila penyokong Ku Li membawa ke mahkamah kerana tidak puas hati dengan kekalahan Ku Li mahu mahkamah mengisytiharkan pemilihan itu tidak sah dan mereka mahu pemilihan diadakan semula tetapi Dr Mahathir lebih rela Umno diharamkan oleh hakim Harun Hashim.
Dr Mahathir sudah tahu kalau pemilihan diadakan semula beliau akan kalah, jadi beliau lebih rela lihat Umno diharamkan supaya Umno baru dapat ditubuhkannya. Apabila Umno baru ditubuhkan, beliau tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai semula Umno baru.
Selepas menang jawatan Presiden Umno, beliau merombak kabinet dengan memecat semua menteri dan timbalan menteri yang menyokong Ku Li seperti Pak Lah, Radzi Sheikh Ahmad, Kadir Sheikh Fadzir, Shahrir Samad, Zainal Abidin Zin dan ramai lagi walaupun mereka menang kerusi majlis tertinggi Umno.
Pak Lah dari team B menang jawatan naib presiden Umno tetapi Dr Mahathir memecatnya sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Dr Mahathir menghormati kehendak perwakilan yang memilih Pak Lah? Oleh itu kalau anda tuduh Najib tidak menghormati perwakilan Umno yang memecat naib presiden Shafie Apdal dari jawatan menteri, sebenarnya Najib berguru dengan anda, Dr Mahathir.
Najib memecat Muhyiddin dari jawatan TPM tetapi Najib tidak memalukan Muhyiddin seperti mana anda memecat Anwar Ibrahim dengan memalukan Anwar kononnya Anwar meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar. Mahkamah Persekutuan melepaskan Anwar kerana Anwar tidak bersalah melakukan jenayah tersebut di zaman Pak Lah.
Siapa yang lebih zalim? Dr Mahathir atau Najib Razak? Najib hanya memecat dua orang sahaja menteri yang tidak sebulu dengannya iaitu Muhyiddin Yasin dan Shafie Apdal tetapi Dr Mahathir memecat lima orang menteri dan timbalan menteri.
Dr Mahathir sudah lupakah? Beliau yang takut dengan pertandingan maka dalam Umno baru dipinda perlembagaan sesiapa nak bertanding jawatan presiden kena ada 50 pencalonan. Siapa yang berani mencalonkan orang lain di bawah sistem pemilihan yang baru itu? Memang sukar nak dapat 50 pencalonan. Jadi siapa yang lebih demokratik Dr Mahathir atau Najib yang menghapuskan sistem kuota itu pada tahun 2009?
Oleh itu sebelum menuduh Najib melanggar tradisi parti, Dr Mahathir patut lihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Atau adakah Dr Mahathir sudah lupa atau buat buat lupa?
Rabu, Disember 02, 2015
HANYA ALQURAN YANG TAK BOLEH DIUBAH
Heboh seluruh negara Umno tidak membenarkan timbalan presidennya, Muhyiddin Yasin merasmikan persidangan serentak pemuda, wanita dan puteri minggu depan. Itu pun dijadikan isu. Ia tidak tercatat dalam perlembagaan Umno bahawa timbalan presiden diwajibkan merasmikan persidangan serentak ketiga-tiga sayap Umno itu.
Ia cuma tradisi maka apa salahnya tradisi itu diubah di mana ketua pemuda, ketua wanita, ketua puteri merasmikannya. Kerana itu kehendak mereka bertiga yang tidak mahu Muhyiddin menghasut mereka jika Muhyiddin dibenarkan berucap.
Kalau Muhyiddin diberikan peluang berucap, ucapannya tidak ada pengaruh. Sekadar melepaskan geram kepada Najib Razak yang memecatnya sebagai TPM. Umno boleh beri Muhyiddin berucap tetapi tak manis bila seluruh dunia melihat orang nombor dua dalam parti menghentam ketuanya sendiri dalam perhimpunan tahunan pula. Maka lebih baik tak beri Muhyiddin merasmikannya.
Dua hari lepas Muhyiddin menghentam Najib di Pagoh. Cuba bayangkan jika Muhyiddin diberi peluang berucap di perhimpunan agung Umno, hentaman Muhyididn sudah tentu menimbulkan kemarahan para penyokong Najib. Maka suasana kecoh berlaku di dalam Dewan Merdeka. Justru itu lebih baik Muhyiddin tidak dibenarkan berucap termasuk sewaktu menggulung perbahasan.
Lagipun ucapan Muhyiddin tidak berkesan mana. Sewaktu merasmikan persidangan serentak pemuda, puteri dan wanita tahun lepas Muhyiddin mencadangkan supaya pemilihan Umno tetap diadakan pada tahun depan (2015) dan jangan ditangguhkan selepas PRU. Tetapi ucapan itu langsung tidak diulas oleh tiga sayap yang menunjukkan mereka lebih suka pemilihan diadakan selepas PRU di mana tradisi penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan diamalkan di zaman Dr Mahathir Mohamad.
Oleh itu jika Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan persidangan tiga sayap dan tidak dibenarkan berucap sewaktu penggulungan nanti, ia bukan lagi tradisi Umno. Ia adalah transformasi Umno yang mana Umno sekarang adalah Umno 1988 dan bukannya Umno yang dilahirkan pada tahun 1946.
Umno 1946 sesiapa sahaja bebas bertanding presiden Umno dengan dua pencalonan sahaja tetapi Umno 1988 mengubah tradisi ini. Najib mengubah sistem kuota yang diperkenalkan Dr Mahathir dan beri peluang kepada semua perwakilan bahagian memilih majlis tertinggi Umno yang lebih sukar untuk mengalahkan penyandang jawatan. Sebab itu jika Muhyiddin lawan Najib pada 2018, memang sukar bagi Muhyiddin mendapat undi kerana keputusan pemilihan satu bahagian dianggap satu undi.
Di zaman Dr Mahathir pelbagai tradisi Umno diubah. Begitu juga dalam kerajaan. Dr Mahathir sanggup membuang duit rakyat dengan mengadakan pilihan raya kecil untuk melantik pengganti Muhammad Mohd Taib sebagai MB Selangor. Sedangkan Dr Mahathir boleh pilih dari kalangan ADUN BN yang ada. Tetapi oleh kerana Umno dipimpin ikut selera Dr Mahathir, maka Abu Hassan Omar diarah bertanding di DUN untuk dilantik MB.
Ini menunjukkan bahawa tradisi Umno boleh diubah mengikut selera presiden parti. Yang tidak boleh diubah hanya al quran sahaja. Itu pun pemimpin Umno yang ramai tidak ikut ajaran al quran dengan menyimpan perempuan, minum arak dan berjudi di Genting Highlands.

Selasa, Disember 01, 2015
RATING TERTINGGI BAGI BULAN NOVEMBER
Pada bulan lepas, Oktober 2015, rating tertinggi adalah sebanyak 1075 hit. Bagi bulan November, ia memecah rekod empat kali ganda dengan hit tertinggi, 4155 pada 6 November melalui posting Nak tarik undi Cina pun, jangan kata KL bodoh.
Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang menghentam saya melalui Facebook mereka. Dengan sendiri rakyat Sarawak mencari blog ini untuk membaca posting tersebut. Tanpa mereka mungkin blog ini tidak popular seperti sekarang.
10 posting tertinggi bagi bulan November 2015 ialah:-
1. Nak tarik undi Cina pun, jangan kata KL bodoh (6 November)
2. Mencari calon ketua pemuda (3 November)
3. Rupa-rupanya Tony Pua pengecut ( 1 November)
4. Menunggu jatuhnya kerajaan pakatan di Selangor (4 November)
5.Nik Nazmi ulangi isu basi (5 November)
6. Rating tertinggi bagi bulan Oktober (2 November)
7.Apabila khabar angin menjadi kenyataan (7 November)
8.100 hari Zahid Hamidi sebagai TPM (15 November)
9. Penjelasan Arul Kanda meyakinkan (16 November)
10. Kesediaan Umno Terengganu letak calon wanita satu transformasi (8 November)

Isnin, November 30, 2015
KEMBALIKAN UMNO KEPADA RAKYAT
Shahbudin Haji
Embun
Kembalikan UMNO kepada rakyat kerana rakyat yang akan
menentukan masa depan UMNO. Dan sejarah lampau tentang kehebatan UMNO hanya akan tinggal catatan sejarah jika ahli-ahli UMNO
masih terus berkhayal dan berbangga dengan kehebatan UMNO.
Hakikatnya sekarang ialah UMNO kini berhadapan dengan
ujian kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia.Ahli-ahli UMNO perlu diingatkan
bahawa hakikat ini merupakan sesuatu yang membimbangkan jika isu ini tidak dikendalikan dengan baik dan
bijaksana.
Memang mudah untuk menafikan kenyataan ini, namun pada
masa yang sama, ahli-ahli UMNO perlu juga berdepan dengan realiti dan tidak
boleh selama-lamanya bergantung pada sindrom penafian. Perhatikan sahaja keberanian generasi muda hari ini yang begitu selesa mencerca dan mengeji UMNO melalui
media sosial yang merupakan saluran utama generasi hari ini memperolehi
maklumat.
Apa yang pasti ,sebahagian besar generasi
hari ini tidak faham dengan sejarah dan sentimen perjuangan UMNO. Perlukah kita
menyalahkan mereka 100 peratus? Atau perlukah kita terus menafikan hakikat ini
dan menyatakan dengan yakinnya bahawa
generasi hari ini telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi
kepada UMNO.
Apa yang ingin dinyatakan dalam rencana ini adalah berkait dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein Onn semasa berucap dalam Konvensyen Pemerkasaan Ummah
yang diadakan baru-baru ini, bahawa ahli-ahli UMNO semestinya tidak boleh
berterusan dengan sindrom penafian.
“Realitinya biar sekental mana pun ikrar dan sokongan
kita kepada pemimpin parti, kepada Majlis Tertinggi atau Perwakilan tetapi jika
rakyat tolak
kita maka UMNO tetap akan tewas”.Itulah yang dijelaskan Hishammuddin yang
begitu prihatin dan bimbang dengan survival perjuangan UMNO.
Apa yang dijelaskan oleh Hishammuddin menggambarkan
betapa pentingnya sokongan yang padu daripada rakyat kepada UMNO.Dengan
kata-kata yang lebih mudah, UMNO akan terpinggir, bahkan tersungkur jika rakyat
menolak UMNO. Dan ini adalah realiti yang harus difahami oleh seluruh ahli UMNO.
Menurut Hishammuddin lagi , semua krisis yang sedang
dihadapi oleh Umno mesti diselesaikan dengan penyelesaian Selain itu, seluruh pemimpin dan ahli UMNO perlu berganding bahu
dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat untuk mengembalikan semula keyakinan
rakyat terhadap UMNO yang telah banyak berjasa kepada negara.
Sememangnya UMNO sedang berdepan dengan ujian yang
amat getir dan itu sebabnya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak serta Naib
Presiden Datuk Ahmad Zahid Hamidi sering mengingatkan tentang betapa pentingnya
perpaduan dan solidariti dalam UMNO.
Najib sendiri pernah menegaskan betapa
pentingnya isu ini semasa merasmikan
Perhimpunan Agung UMNO 2014 ,bahawa setiap pihak perlu memastikan
kelangsungan solidariti kerana ia merupakan aset terpenting yang dapat menjamin
keamanan serta keharmonian Malaysia.
"Ini satu tindakan yang dilakukan
tanpa jemu oleh kerajaan kerana ia aset paling mustahak demi survival UMNO, BN
dan negara tercinta,"Jelas Najib
lagi.
Pendapat
Presiden UMNO ini juga sering diulangi oleh Zahid Hamidi yang pernah
menegaskan dan mengingatkan ahli –ahli UMNO tentang
betapa pentingnya perpaduan dalam UMNO kerana perpecahan di dalam parti itu
lebih mudah dilakukan dari dalam berbanding dari luar.
Itu sebabnya juga Konvensyen
Pemerkasaan Agenda Ummah 2015 yang dianjurkan UMNO baru-baru ini merupakan satu
usaha yang akan mencetuskan kembali semangat serta gerakan kesedaran ahli-ahli UMNO
khasnya.
Konvensyen yang merupakan hasil cetusan
idea Hishammuddin Hussein diharapkan dapat membuka ruang kepada kumpulan
berkepentingan untuk membahaskan pelbagai isu serta akan menjadi platform
terbaik untuk ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia sendiri menyatakan pandangan mereka
terhadap perkara yang perlu diberi perhatian pada Perhimpunan Agung UMNO nanti.
Daripada konvensyen itu, sebanyak empat kluster
dipecahkan iaitu agama, ekonomi, pendidikan dan wanita. Inilah isu-isu yang
akan sentiasa menjadi perhatian dan
dibahaskan semasa perhimpunan Agung UMNO nanti . Dalam hal ini, Hishammuddin
juga memberi jaminan bahawa usul-usul
yang penting akan diangkat semasa Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan
diadakan pada bulan Disember ini.
Peluang untuk membahaskan isu-isu ini
perlu digunakan sepenuhnya oleh para perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO
nanti.Inilah masanya untuk mereka menegur dan menyatakan pandangan dengan serius dan membuktikan segala hujahan yang
diberikan begitu relevan dengan isu yang dibincangkan. Tidak usahlah menjadi
sang penglipurlara atau hendak berseloka untuk mencuit hati para pemimpin dan
perwakilan dengan lawak jenaka yang tidak memberi sebarang pengajaran.
Adalah difahamkan juga konvensyen seperti ini akan dijadikan sebagai acara tahunan. Ini merupakan
langkah yang tepat kerana menerusi program seperti ini, pihak pucuk kepimpinan UMNO boleh mendapatkan
laporan serta maklum balas daripada peringkat akar umbi. Dan daripada maklumat
yang diperolehi akan membolehkan pucuk pimpinan membuat dan melaksanakan
pelbagai strategi dan perancangan untuk
mengatasi pelbagai isu atau masalah yang timbul dalam UMNO.
Hishammuddin juga menjelaskan lagi
bahawa "Konvenyen itu merupakan suatu gerakan yang boleh menginsafkan dan
menyedarkan bukan sahaja ahli parti tetapi pemimpin parti dan setiap lapisan
masyarakat di luar betapa pentingnya kita mengembleng untuk melihat masa depan
umat Melayu khususnya,"
Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan
diadakan pada 8 Disember hingga 12 Disember 2015.Inilah masanya untuk para pemimpin UMNO serta ahli-ahli Umno
membuktikan yang mereka bukan sahaja hebat dalam perdebatan isu, tetapi yang
lebih penting ialah melakukan sesuatu yang lebih positif ,agar perhimpunan atau
program –program yang diatur tidak dilihat secara retorik semata-mata tetapi
dibuktikan dengan usaha yang positif dan meyakinkan.
Langgan:
Catatan (Atom)