Memaparkan catatan dengan label puji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puji. Papar semua catatan

Ahad, Disember 06, 2015

MB PUJI MAJLIS KUCA SURA

Walaupun bulan Muharram sudah berlalu, namun kesungguhan anak anak Terengganu di perantauan mahu mengadakan majlis kuca sura, maka majlis itu tetap diadakan di bulan Safar semalam.

Apabila mengetahui Persatuan Anak Terengganu Di Kuala Lumpur (PESAT) tidak mengadakan majlis kuca sura, maka sekumpulan 100 orang ahli grup whatsapp Anak Terengganu Di Perantauan telah mengambil inisiatif mengadakan majlis kuca sura di pejabat PERMATA di Kg Baru, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 6 petang semalam.

Seramai lebih 300 orang anak Terengganu di Kuala Lumpur menghadiri majlis tersebut yang turut diserikan dengan kehadiran MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong.

Menurut penganjurnya, Abang Sani, tiga minggu lalu ada ahli whatsapp grup kami mencadangkan supaya diadakan majlis kuca sura. Maka Sani pun mencari sponsor dan  beliau menyerahkan kepada satu jawatankuasa pelaksana untuk melaksanakannya.

"Alhamdulillah. Majlis ini berjaya diadakan. Kami terharu di atas kesudian MB yang sudi hadir bersama Speaker Dewan Undangan Negeri," kata beliau dalam wawancara melalui whatsapp.

Katanya lagi, majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan perhubungan silaratulrahim di antara anak Terengganu di Kuala Lumpur malah ia juga mahu menunjukkan betapa sibuknya kami mencari makan di Kuala Lumpur tetapi semangat kerja berpasukan sesama anak Terengganu tetap ada.

"Apabila kami merantau ke ibu negara, maka majlis seperti ini yang dapat mengenali sesama anak Terengganu," katanya.

Sani percaya lebih banyak majlis seperti ini dapat diadakan di masa akan datang jika anak-anak Terengganu terus bekerjasama dan bersatu.

MB pula dalam ucapan secara santai mahu majlis seperti ini diadakan sebagai acara tahunan. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang dapat mengadakan majlis seumpama ini dalam waktu yang singkat.










Jumaat, Julai 11, 2014

NAJIB PUJI KHALID

SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) -- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, malam ini mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh bekerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal." Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, malam ini. Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. "(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar. Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini. Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. -- BERNAMA

Khamis, Julai 09, 2009

SEMUA PUJI LANGKAH MUHYIDDIN


Pemimpin-pemimpin daripada pakatan pembangkang menyambut baik keputusan kerajaan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) berkuat kuasa pada 2012.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff berkata, beliau menyokong penuh keputusan itu kerana partinya telah menanti-nantikan keputusan itu sejak sekian lama lagi.


Katanya, pihaknya menyeru kerajaan agar mengeluarkan kertas putih berhubung keputusan itu memandangkan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 lalu telah memakan kos yang begitu banyak.


''Pengeluaran kertas putih itu dapat menerangkan matlamat utama pemansuhan PPSMI yang dilihat tidak mempunyai motif politik.


''Ia juga dapat memberi penjelasan secara telus kepada pihak-pihak yang tidak lagi berpuas hati dengan keputusan baru kerajaan itu,'' katanya ketika dihubungi semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan berhubung mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan yang akan diajar dalam bahasa Melayu berkuat kuasa pada 2012.


Manakala, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.


Tambah Yusmadi lagi, kini tanggungjawab kerajaan adalah memberi penjelasan tepat kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan orang ramai berhubung pemansuhan PPSMI tersebut.
''Tindakan itu akan membantu kerajaan untuk melaksanakan keputusan baru tanpa apa-apa halangan daripada beberapa pihak yang masih menyokong dasar PPSMI,'' jelasnya.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, dasar yang baru diperkenalkan itu membuktikan bahawa kerajaan prihatin terhadap masyarakat negara ini.


''Akhirnya kami berjaya dalam perjuangan kami. Inilah yang kami menanti-nantikan selama ini,'' jelasnya.


Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan Kabinet itu bukan penyelesaian mutlak kerana ia tidak bersifat serta-merta.


Menurutnya, apa yang perlu ialah keputusan yang berani melalui pendekatan pendidikan baru dengan matlamat untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.


''Tentu ada cara untuk capai matlamat ini setelah PPSMI gagal. Mungkin perlu ada cara yang berbeza kepada setiap aliran. Sebab murid SJKC mantap dalam Matematik dan Sains manakala untuk aliran kebangsaan lemah dalam ketiga-tiga subjek itu.


''Jadi perlu keputusan berani dan fleksibel ikut keperluan aliran. Ada tinjauan pendapat kata majoriti ibu bapa Melayu di bandar mahu PPSMI diteruskan, mungkin kita perlu fleksibel. Patut beri ibu bapa hak memilih PPSMI atau sebaliknya. Tak boleh tangguh sampai tiga tahun,'' ujarnya.

Isnin, Disember 22, 2008

BILA SAYUTI PUJI KHAIRY


Setahu saya Mohd. Sayuti Omar jarang memuji orang. Bila Sayuti memuji Khairy Jamaluddin yang sanggup berdebat dengan Husham Musa, ini menunjukkan Sayuti adalah penulis yang rasional.


Kita seharusnya memuji keberanian Khairy menyertai wacana di Balai Islam, Kota Bharu minggu lepas. Husham Musa adalah Naib Presiden PAS tetapi Khairy yang merupakan seorang naib ketua pemuda UMNO berani berdepan dengannya.


Malah Khairy berani memprovok Husham bila dia berkata PAS sudah lupakan hukum hudud dan sekali lagi Khairy mendakwa peranan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak besar. Selepas ini kita mahu lihat dua orang lagi calon Ketua Pemuda duduk berdebat dengan para pemimpin PAS di Balai Islam. Saya kira Datuk Seri Dr. Khir Toyo tidak ada masalah untuk menerima undangan. Cuma Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak dipastikan sama ada sanggup berdepan dengan Husham di Balai Islam.


Sehingga ini keberanian Khairy berdebat dengan Husham wajar diberi pujian sedangkan calon-calon Naib Presiden UMNO pun tak sanggup naik pentas di Balai Isla. Oleh itu Khairy sudah mendahului mereka. Syabas Khairy!