Selasa, Ogos 06, 2013
PECAH UNDI TAK TIMBUL
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Umno Bahagian Tenom, Datuk Rizalman Abdullah (gambar) berkata soal pecah undi tidak timbul jika dua calon dari Sabah bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 5 Oktober ini.
Katanya, perwakilan memilih Naib Presiden bukan kerana soal kenegerian tetapi kerana kelayakan mereka.
“Malah perwakilan Umno pernah memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Naib Presiden Umno pada tahun 1987 sedangkan mereka dari negeri yang sama, Pulau Pinang,” kata beliau kepada FMT ketika mengulas desas-desus Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak akan menyertai pertandingan Naib Presiden Umno.
Semalam FMT menyiarkan kemungkinan Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah akan turut bertanding jawatan tersebut yang memungkinkan perpecahan undi dari Sabah.
Datuk Seri Shafie Afdal merupakan pemimpin Sabah yang pertama memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2009 selepas Umno bertapak di Sabah pada tahun 1991.
Sehingga ini, dua calon Naib Presiden, Shafie Afdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan manakala Datuk Seri Hishamudin Husein belum lagi mengesahkannya.
“Jika Shafie dan Salleh bertanding, ia tidak akan memecahkan undi dari Sabah,” kata beliau.
Rizalman yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan berkata perwakilan menilai pemimpin yang layak jadi Naib Presiden Umno berdasarkan ketokohan mereka dan bukannya kerana soal kenegerian.
“Kalau dua calon dari Sabah ini layak duduk di situ, tidak mustahil mereka menang kerana perwakilan bijak membuat keputusan,” katanya lagi. (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Sehingga ini Salleh tidak dapat dihubungi untuk pengesahan sama ada beliau akan merebut kerusi Naib Presiden Umno itu atau tidak.
SALLEH TANDING NAIB PRESIDEN UMNO?
KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak dikatakan akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan Umno 5 Oktober ini.
Menurut sumber, beliau yang pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama dua penggal akan bertanding jawatan tersebut untuk menggagalkan hasrat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal mengekalkan jawatan.
Pada tahun 2009, Shafie menang jawatan tersebut selain dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Hussein.
Sumber itu menambah Salleh akan menjadi proksi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Musa dan Shafie memang dikatakan tidak sehaluan. Musa menyuruh Salleh bertanding kerana jika Musa bertanding tetapi kalah, Musa akan kehilangan jawatan Ketua Menteri tetapi jika Salleh kalah, ADUN Usukan itu tidak akan kehilangan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri.
Salleh telah digugurkan sebagai calon BN bagi parlimen Kota Belud pada pilihanraya umum 2008. Beliau digantikan oleh Datuk Rahman Dahlan yang kini menjadi ahli parlimen Kota Belud buat penggal kedua.
Pada pilihanraya umum dua bulan lepas, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud dipilih semula sebagai calon BN bagi DUN Usukan.
Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1997-1998) pernah menjadi Presiden Persatuan Bajau Bersatu Sabah (PBBS) pada tahun 1990 manakala Shafie pernah menjadi Timbalan Presidennya.
Shafie merupakan pemimpin Sabah yang pertama memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2009. Sebelum itu Umno Sabah pernah mencalonkan Ketua Menterinya, Datuk Osu Sukam bertanding jawatan tersebut pada tahun 2000 tetapi gagal.
Osu mendapat tempat keempat kalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
FMT cuba menghubungi Salleh untuk pengesahan tetapi beliau tidak dapat dihubungi (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Isnin, Ogos 05, 2013
LIM GUAN ENG DIGESA BERUNDUR
Lim Guan Eng digesa segera berundur daripada jawatan Setiausaha Agung DAP selepas dikatakan gagal mengendalikan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.
Pengerusi Biro Antarabangsa Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Guan Eng juga dilihat gagal menjawab beberapa isu termasuk dakwaan terdapat 547 perwakilan 'haram' yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat pemilihan itu.
"Kini ramai ahli DAP sendiri sudah muak dengan sikap angkuh beliau serta tipu dusta yang digunakan untuk menarik sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
"Taktik pembohongan yang digunakan Guan Eng untuk kekal berkuasa itu tidak boleh dibiarkan dan adalah lebih baik untuk beliau melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung dan juga Ketua Menteri secara baik," katanya di sini hari ini.
Guan Eng sebelum ini cuba berdolak-dalik dalam menyelesaikan kemelut pemilihan CEC dengan mengenakan dua syarat baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas diberikan arahan agar pemilihan parti tersebut perlu diadakan semula.
Dua syarat berkenaan adalah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.
Mengulas lanjut, Fakhrul Azman memberitahu, semua orang tahu tentang pembohongan yang dilakukan oleh Guan Eng berhubung isi kandungan sebenar surat ROS bertarikh 17 April 2013.
"Selain itu, dia juga perlu menjelaskan dakwaan bahawa perwakilan haram itu hanya disuruh mengundi enam calon tertentu sahaja dan bukan 20 calon semasa pemilihan CEC," ujarnya.
Khamis, Ogos 01, 2013
DIN AYAM NAFI JADI MACAM KHAIRY
Zaharudin Muhammad mengakui beliau adalah tulang belakang mempertahankan jati diri PAS dalam usaha kelompok kecil parti itu untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan tertinggi parti itu, tetapi menafikan dirinya sebagai seorang menantu presiden parti yang berkuasa.
Menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, beliau terpaksa menjadi entiti sokongan kepada presiden semasa Pilihan Raya 2013 kerana wujud usaha sabotaj daripada kelompok dalaman parti yang mahu prestasi PAS merosot.
Beliau turut menyelar laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang menyebutnya sebagai menantu berkuasa dalam PAS dengan menafikan perumpaan dirinya dan Abdul Hadi seperti hubungan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bapa mertuanya, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Saya rasa lucu dengan perkaitan yang cuba diketengahkan. Jika perumpamaan itu diguna pakai, siapakah yang memegang watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad dan siapa pula Datuk Seri Najib Razak?
“Adakah ini cubaan menjatuhkan Abdul Hadi oleh 'Mahathir PAS' sebagaimana Mahathir Umno pernah jatuhkan Pak Lah? Jadi, siapa ‘Najib PAS’ yang hendak gantikan Abdul Hadi?" katanya merujuk kepada perdana menteri paling lama berkuasa dan nama timangan kepada Abdullah.
Katanya, beliau akan menampilkan saksi berhubung dakwaan itu jika diperlukan yang membawa maksud bukanlah dirinya menjadi punca tetapi isu sebenar adalah usaha mengambil alih jawatan presiden.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu turut menafikan dakwaan menuduh dirinya sebagai punca kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di kawasan Kota Damansara pada PRU13 lalu dengan membangkitkan siapa pula yang harus dipersalahkan atas kekalahan PR di Sungai Acheh, Labuan, Bukit Besi dan tempat lain yang juga berlaku pertindanan kerusi antara PAS dan PKR.
Katanya, kekalahan PR di Kota Damansara bukan disebabkan PAS bertanding malah congakan 7,312 undi yang diperolehi PAS akan pergi kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah kiraan tidak berasas.
“Kenapa pengundi PAS, PKR Melayu dan masyarakat awam berjumlah 7,312 undi tidak memberikan undi kepada PSM dalam keadaan mereka dimaklumkan PAS tarik diri dan billboard calon PAS dipatahkan?
“Ini kerana, sebahagian daripada 7,312 undi itu adalah undi protes terhadap PSM atas sebab yang bagi saya tidak sesuai untuk disebutkan secara awam kerana maklumat seperti ini akan menguntungkan Umno.
“Saya ada data dan fakta yang menunjukkan bahawa 7,312 undi ini belum tentu akan menyokong PSM jika PAS tidak bertanding. Perlu diketahui, pengundi Kota Damansara bukan pengundi kampung yang sama ada tegar PAS atau Umno tetapi pengundi berpendidikan yang menilai setiap inci pergerakan calon dan parti,” katanya yang lebih dikenali sebagai Din Ayam.
Sebelum ini, Zaharudin menempelak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dituduh menjadi puca kekalahan PR di Kota Damansara dengan memetik Khalid selaku ketua perunding kerusi di Selangor gagal mengambil kira pandangan PAS Kawasan sehingga berlaku pergolakan parti.
Dalam laporan sebelum ini, The Malaysian Insider mendedahkan Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini apabila terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama. (dipetik dari the malaysian insider)
Sebelum ini, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mempertahankan Din Ayam dengan mengatakan bukan Zaharudin sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi pernah berstatus menantu kepada pemimpin PAS sebelum ini, malah ada berstatus anak kepada pemimpin utama parti Islam itu
Isnin, Julai 29, 2013
DUNGUN: PERTEMBUNGAN DUA ROSLI?
Kedudukan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan tergugat berikutan kekalahannya dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu.
Beliau tewas kepada calon PAS, Ustaz Wan Hassan Mohd Rosli dengan majoriti 3,942 undi bagi kerusi parlimen Dungun. Wan Hassan mendapat 35,348 undi manakala Rosli mendapat 31,406 undi.
Pada tahun 2004, beliau menang kerusi tersebut mengalahkan calon PAS, Datuk Mustapha Ali. Pada tahun 2008, beliau tidak dipilih sebagai calon BN. Tempat beliau digantikan oleh Matludi Jusoh. Ramai hairan bagaimana Rosli yang juga Pengarah Strategi BN Terengganu boleh kalah dalam pilihanraya. Adakah pengundi menolak beliau kerana beliau ada kes ketika menjadi Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM)?
Dalam pemilihan Umno pada tahun 2008, walaupun Rosli bukan ahli parlimen tetapi beliau berjaya mengalahkan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun. Beliau beregu dengan ADUN Rantau Abang, Datuk Zaabar Mat Adib yang menentang ahli parlimen Dungun, Matludi bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian itu. Zaabar menang dalam pertandingan berakit itu.
Siapa yang layak menentang Rosli bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun? Adakah ADUN Bukit Besi, Roslee Daud yang juga Setiausaha Umno Bahagian? Beliau merupakan calon BN tunggal di Dungun yang menang setelah tiga calon DUN lain tewas termasuk Zaabar di Rantau Abang.Beranikah Roslee yang kini menjadi Exco Kerajaan negeri mencabar Rosli?
Jika beliau berani, beliau akan mengulangi sejarah Setiausaha Umno Bahagian Marang, Datuk Yahya Khatib yang menentang Ketua Umno Bahagiannya, Datuk Rahman Bakar pada tahun 2008. Yahya merupakan Exco Kerajaan Negeri ketika itu manakala Rahman tidak dipilih sebagai calon. Yahya menang besar kerana perwakilan memilih Yahya yang ada jawatan sedangkan Rahman bukan lagi ahli parlimen Marang.
Umno Bahagian Dungun memerlukan perubahan. Maka Roslee Daud wajar menyusun strategi untuk menyingkirkan dominasi Rosli di Dungun. Jika beliau tidak berani, maka beliau perlu bergabung tenaga dengan bekas ADUN Bukit Besi, Din Adam untuk mencabar Rosli buat pusingan kedua.
Kekayaan melampau Rosli dengan memiliki banyak kereta mewah bernombor 56 menyebabkan rakyat meluat dengan beliau. Sebab itu beliau kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu. Para pengundi telah menghukum Rosli pada 5 Mei lalu. Maka tibalah pula para perwakilan Umno Bahagian Dungun untuk menghukum Rosli pada pemilihan tahun ini.
KUALA NERUS: RAZIF CABAR NASIR?
KUALA NERUS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman (gambar) dijangka mencabar Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim dalam pertandingan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus September ini.
Razif merupakan ADUN BN tunggal yang menang pada pilihanraya umum lalu manakala tiga DUN lagi, Tepoh, Bukit Tunggal dan Teluk Pasu dimenangi PAS. Sesuai dengan kedudukan sebagai Exco Kerajaan Negeri, sudah sampai masanya bagi Razif mengambilalih jawatan Ketua Umno Bahagian.
Pada tahun 2008, Nasir yang juga ahli parlimen Kuala Nerus ditentang oleh bekas ahli parlimen, Che Azmi Abdul Rahman yang juga abang kepada Razif. Nasir menang dalam pertandingan tersebut. Tetapi dengan kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu, maka kedudukannya mungkin tidak selamat lagi.
Pada 5 Mei lalu, beliau kalah 610 undi kepada calon PAS, Mohd Khairudin Aman Razali. Khairudin mendapat 33,861 undi manakala Nasir mendapat 33,251 undi.
Sepatutnya pada pilihanraya umum 2008, Nasir bertanding di DUN Seberang Takir untuk dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Sultan Mizan dikatakan mahu Nasir jadi Menteri Besar baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
Bila Idris mengetahui berita ini dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi maka Idris selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri telah memindahkan Nasir dari bertanding di kerusi DUN ke kerusi parlimen Kuala Nerus.
Impian Nasir untuk menjadi Menteri Besar berkecai. Maka Sultan Terengganu tiada pilihan lain. Baginda terpaksa menerima nama Datuk Seri Ahmad said sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Idris.
Menjelang pilihanraya umum lalu, nama Nasir disebut lagi sebagai pengganti Ahmad Said. Tetapi sekali lagi beliau dipilih sebagai calon parlimen yang memadamkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Terengganu.
Nasir ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja tak dapat jadi Menteri Besar apabila dipilih bertanding di kerusi parlimen Kuala Nerus, sebaliknya kalah pula dan tak dapat jadi ahli parlimen.
Orang yang sepatutnya menggantikan Nasir sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus ialah timbalannya, Datuk Rahin Mohd. Said. Tetapi Rahin yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri kalah dalam pilihanraya umum di DUN Teluk Pasu. Rahin kalah 109 undi kepada calon PAS, Ridzuan Hashim. Ridzuan mendapat 9,098 undi manakala Rahin mendapat 8,989 undi.
Oleh itu para perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus perlu berani buat transformasi dengan memilih ketua yang baru, Razif yang kini ada jawatan dalam kerajaan negeri. Tidak ada makna Ketua Bahagian diketuai oleh orang yang tidak ada jawatan.
Sudah sampai masanya bagi Nasir memberi laluan kepada Razif merancang pembangunan di Kuala Nerus. Tambahan pula Kuala Nerus baru sahaja dinaikkan taraf menjadi daerah yang baru.
Takdirnya berlaku pertandingan tiga penjuru antara Nasir-Rahim-Razif, sudah tentu perwakilan memilih calon yang boleh beri kemudahan kepada mereka. Inilah kelebihan Razif yang menjadi Exco Kerajaan Negeri buat penggal kedua.
KEMAMAN: RAHIM LAWAN WAN AHMAD NIZAM?
CHUKAI: Pertandingan Umno Bahagian Kemaman pada 5 Oktober ini nampaknya hanya bertumpu kepada perebutan jawatan Naib Ketua Umno Bahagian sahaja.
Jawatan Ketua Bahagian yang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Timbalan Ketua Bahagian yang disandang Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek nampaknya tidak akan ditentang.
Pada tahun 2008, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian, Mat Dalam Awang pernah berhasrat untuk menentang Ahmad Shabery tetapi Mat Dalam tidak dapat pencalon yang cukup. Beliau memerlukan 15 pencalonan tetapi hanya dapat lapan pencalonan sahaja. Justru itu Ahmad Shabery menang tanpa bertanding pada tahun tersebut.
Kali ini Mat Dalam sudah tidak berminat lagi untuk mencabar kedudukan Ahmad Shabery. Kecuali beliau dapat jadi calon BN di DUN Air Putih pada 5 Mei lalu, mungkin dia berubah fikiran.
Ahmad Shabery adalah satu-satunya menteri Umno di negara ini yang tidak pegang jawatan Ketua Bahagian.Beliau senasib dengan bekas Menteri Pertanian, Datuk Abdul Manan Othman yang tidak pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abu Bakar Daud tidak pernah memberi laluan kepada Manan untuk mengetuai Umno Bahagian Kuala Terengganu.
Kecuali Ahmad Said tidak jadi Menteri Besar, barulah Ahmad Shabery selaku menteri pusat berani merebut kerusi nombor satu itu. Sebaliknya bila Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar, maka Ahmad Shabery tidak berani memcabar Ahmad Said.
Pertandingan Naib Ketua Umno Bahagian mungkin menjadi pertandingan pusingan kedua di antara Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dengan Datuk Md Rahim Husin (gambar). Pada tahun 2000, Rahim menangi jawatan tersebut mengalahkan Shahbudin Maidin. Pada tahun 2004, beliau menang tanpa bertanding buat penggal kedua.
Pada tahun 2008, Rahim dicabar oleh Wan Ahmad Nizam yang baru habis jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman. Wan Ahmad Nizam yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar menang dengan majoriti yang kecil.
Kononnya ada penipuan dalam pengiraan undi apabila banyak kertas undi yang memangkah Rahim ditemui di luar pusat mengira undi.
Majlis Tertinggu Umno dikatakan mengarahkan Umno Bahagian Kemaman bersidang semula tetapi Badan Perhubungan Umno dikatakan tidak setuju pemilihan diadakan semula. Maka Wan Ahmad Nizam disahkan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman yang baru.
Pada pilihanraya umum 5 Mei lalu, Wan Ahmad Nizam yang dipilih sebagai calon BN di DUN Chukai tewas kepada calon PAS, Hanafiah Mat dengan majoriti 2,446 undi. Hanafiah mendapat 12,457 undi manakala Wan Ahmad Nizam mendapat 10,011 undi.
Wan Ahmad Nizam yang pernah menjadi ADUN Air Putih selama sepenggal (2004-2008) dikatakan lebih berminat bertanding di DUN Air Putih tetapi ADUN Air Putih, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar enggan berpindah ke DUN Chukai walaupun DUN Chukai pernah diwakili ayahnya, Wan Mokhtar Wan Ahmad selama 25 tahun (1974-1999).
Wan Hakim bijak berpolitik. Jika dia bertanding di DUN Chukai sudah tentu dia akan tewas seperti Wan Ahmad Nizam. Wan Ahmad Nizam jadi mangsa dan beliau kalah teruk di kerusi tersebut.
Goyang
Kekalahan ini menyebabkan kerusi Naib Ketua Umno Bahagian yang disandangnya goyang. Menurut sumber, Rahim akan merebut semula kerusi itu dengan hujah bahawa rakyat sudah menolak Wan Ahmad Nizam sebagai calon BN di Chukai maka sudah sampai masanya bagi beliau menarik diri dari jawatan Naib Ketua Bahagian.
Wan Ahmad Nizam tidak semudah itu untuk berundur. Maka pertandingan pusingan kedua di antara Wan Ahmad Nizam-Rahim mungkin tidak dapat dielakkan. Rahim yang juga seorang ahli perniagaan adalah seorang pemimpin yang pemurah dan beliau mempunyai ramai pengikut yang setia.
Walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat, beliau menjadi tempat mengadu ahli Umno Kemaman yang datang ke Kuala Lumpur. Maka orang seperti beliau perlu mendapat tempat dalam Umno Bahagian Kemaman.
Beliau pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Kemaman pada tahun 1993 menentang ADUN Kijal, Ahmad Said tetapi dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar kini, sudah tentu Rahim tidak berani bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian.
Maka jawatan yang paling sesuai buat beliau ialah Naib Ketua Bahagian. Terpulanglah kepada para perwakilan Umno Bahagian Kemaman untuk memilih sama ada Wan Ahmad Nizam atau Rahim.
Ahad, Julai 28, 2013
JAWI NAFI BENARKAN EMPAT WANITA ISLAM BERTANDING RATU CANTIK
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa JAWI berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.
Sabtu, Julai 27, 2013
JAMAWI TAWAR DIRI TANDING NAIB KETUA PEMUDA
Exco Pemuda Umno, Jamawi Jaafar merupakan exco pertama yang menawarkan diri bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda Umno pada 28 September ini.
Jawatan itu kosong berikutan Naib Ketua sekarang, Datuk Razali Ibrahim sudah melebihi umur 40 tahun.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom berkata beliau menawarkan diri kerana mahu berkhidmat dengan lebih luas lagi di peringkat politik nasional.
Lulusan dari UPM dalam bidang sains pertanian pada tahun 1996, Jamawi pernah menjadi pegawai pertanian di Sabah pada tahun 2006.
Beliau kini adalah pegawai khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan beliau pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Tenom dari tahun 2003-2008. (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
Jumaat, Julai 26, 2013
AHLI PAS PANGKAH BN DI KUALA BESUT
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memuji pengundi Kuala Besut yang membuat pilihan bijak dan tepat dengan memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kelmarin.
Katanya beliau amat berbangga dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan penduduk kawasan Kuala Besut termasuk sebahagian ahli-ahli PAS yang telah mengiktiraf segala jasa dan khidmat yang telah diberikan setiap pemimpin BN dengan memilih Tengku Zaihan.
"Di situ jelas telah berlaku perubahan angin dalam PRK itu di mana ada antara ahli-ahli PAS yang telah memberikan undi kepada calon BN," katanya selepas majlis penyampaian zakat dan Netbook kepada pelajar Institut Pengajian Islam (INSPI) Kampung Binjai, di Kemaman semalam.
Katanya rakyat dan pengundi Kuala Besut dapat menilai khidmat terbaik yang diberikan kerajaan BN selama ini khususnya dalam menentukan kemajuan rakyat.
Pada PRK DUN Kuala Besut semalam Tengku Zaihan menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof.
Ahmad Shabery berkata keputusan tersebut sekali gus memberikan keyakinan rakyat seluruh negara bahawa Umno dan BN adalah pilihan terbaik untuk mereka manakala segala usaha pembangkang untuk mencemuh pilihanraya di negara ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditolak rakyat.
Beliau berharap semua pihak mengerti yang sekarang adalah masa untuk kerajaan yang dipilih untuk meneruskan pembangunan negara dan bukan mencari alasan untuk mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ahmad Shabery, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, juga menyifatkan kemenangan di Kuala Besut itu sebagai bukti orang Melayu masih sayangkan parti itu.
Khamis, Julai 25, 2013
PRK KUALA BESUT 7
Kita semua tahu bahawa calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi dalam pilihanraya kecil Kuala Besut semalam mengalahkan calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long tetapi yang kita hairan kenapa undi BN tidak meningkat?
Pada 5 Mei lalu, calon BN, Dr Rahman Mokhtar mendapat 8,809 undi sedangkan pada 24 Julai pula, setelah dua bulan berlalu, Tengku Zaihan hanya mendapat 8,288 undi. Di sebalik jentera BN yang kuat menggempur semua peti undi, ke mana hilangnya 521 orang. Kenapa mereka tidak keluar mengundi? Kenapa BN tidak boleh meningkatkan undinya sedangkan jenteranya begitu kuat dan tersusun.
Apatah lagi BN menabur janji dengan pelbagai projek berjumlah RM470 juta tetapi mampu meningkatkan majoriti sebanyak 158 undi sahaja. Pada masa yang sama calon PAS pada 5 Mei lalu, Napsiah Ismail mendapat 6,375 undi tetapi calon semalam, Che Long hanya mendapat 5,696 undi kurang 679 undi. Ke mana pergi 679 orang ini? Kenapa mereka tidak keluar mengundi PAS? Adakah mereka suku sakat Napsiah yang tidak keluar mengundi?
Che Long diwar-warkan sebagai calon yang popular tetapi Napsiah yang lebih popular daripadanya. Adakah benar Napsiah sabotaj Che Long kerana kononnya jentera muslimat PAS Kawasan Besut enggan membantu Che Long? Jika Napsiah dan muslimat PAS kawasan bergerak, sudah tentu PAS dapat meningkatkan jumlah undinya.
Ini bermakna kedua-dua calon gagal menambah undi baru. BN kurang 521 undi manakala PAS kurang 679 undi. BN menang tetapi hanya tambah majoriti 158 undi sahaja.
Tidak sehebat mana
Pelbagai projek ditaburkan di Kuala Besut tetapi BN hanya dapat tambah majoriti sebanyak 158 undi sahaja. Ini bermakna kemenangan BN tidak sehebat mana. Sepatutnya dengan projek hampir separuh bilion itu BN dapat memenuhi sasaran majoriti 4,000 undi.
Seperti kata Che Long, dia reda dengan kekalahannya kerana bukan dia kalah lawan Tengku Zaihan tetapi dia kalah melawan kerajaan Malaysia dengan semua menteri dan timbalan menteri turun berkempen di Kuala Besut.
PAS perlu buat post mortem kenapa ia kalah di Kuala Besut.Pada masa yang sama ia kena munasabah kenapa PAS gagal mengurangkan majoriti BN? Adakah kerana penduduk Kuala Besut buta IT seperti kata Presidennya, Datuk Seri Haji Hadi Awang? Atau adakah keranamereka gelap mata dengan janji-janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin?
Pilihanraya kecil Kuala Besut dikatakan pilihnaraya kecil termahal dengan anggaran seorang pengundi mendapat RM27,000.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tersenyum lebar kerana beliau boleh tidur lena kerana BN masih mendahului 17-15 dalam Dewan Undangan Negeri. Cakap-cakap orang Besut nak balas dendam kepadanya tidak benar, Orang Besut sudah terima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
Timbalan Pengarah pilihanraya BN, Datuk Seri Idris Jusoh juga dapat elak besar kerana BN menang dengan majoriti besar, 2,592 undi. Kalau menang dengan majoriti kurang 500 undi, barulah muka Idris pucat.
Jadi peluangnya untuk menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO terbentang luas padapemilihan Disember ini. Sebagai Menteri Pelajaran II, beliau ada harapan untuk menang. Manakala dengan kemenangan Tengku Zaihan, beliau akan menggantikan ADUN Kota Putera, Mahadi Hassan sebagai Ketua Pemuda Umno Besut yang baru.
Dalam perhimpunan agung pemuda Umno nanti, kita mahu lihat Tengku Zaihan mewakili pemuda Umno Terengganu berucap. Walaupun beliau dikatakan sukar untuk senyum, tetapi beliau pandai berucap. Tidak seperti Che Long yang tidak pandai berucap. PAS silap pilih calon. Kita bukannya nak pilih ketua kampung, tetapi nak pilih wakil rakyat. Maka calon BN sebagai orang terpelajar merupakan pilihan yang tepat di Kuala Besut.
PAS bukan sahaja silap pilih calon, malah PAS silap melantik orang Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah pilihanraya. Adakah orang Terengganu tidak layak? Apa salahnya jawatan itu diberi kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang mempunyai pengalaman menghadapi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Tahniah kepada Tengku Zaihan. Semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada penduduk Kuala Besut. (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Selasa, Julai 23, 2013
DR MARZUKI IBRAHIM DALAM KENANGAN
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kematian Bendaharinya, Dr Marzuki Ibrahim, 48, (gambar) sebagai satu kehilangan seorang rakan yang baik.
Katanya, beliau tidak menonjol kerana beliau membantu Perkasa secara senyap.
“Sebagai Presiden Perkasa dan bagi pihak Ahli Dewan Tertinggi (ADT) dan ahli-ahli Perkasa saya mengucapkan takziah kepada balu dan anaknya dengan iringan doa semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.
Dr Marzuki adalah seorang ahli perniagaan dan pernah menerbitkan akhbar Warta Parlimen Kepala Batas ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia (2003-2008).
Beliau juga bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas dan meninggal dunia petang semalam disebabkan kanser paru-paru.
“Dr Marzuki masih Bendahari Perkasa. Sudah hampir dua tahun beliau kelihatan tidak sihat tapi dikatakan sakit belakang,” kata Ibrahim lagi.
Katanya, sebab itu beliau jarang kelihatan di majlis anjuran Perkasa kecuali menghadiri mesyuarat bulanan ADT Perkasa. (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com). Membaca berita ini, saya agak terkejut apabila menerima panggilan telefon dari kawan saya, Kamri Mohamed pada jam 6.30 petang semalam. Saya dengan Kamri pernah bekerja dengan Dr Marzuki pada tahun 2006-2007 di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Saya dilantik sebagai editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas (WPKB) yang diterbitkan sebulan dua kali. Ketika itu Pak Lah adalah Perdana Menteri Malaysia maka WPKB mudah dapat iklan. Dengan bantuan Kamri selaku pegawai pengiklanan maka iklan banyak mencurah masuk. Dr Marzuki seronok kerana bisnesnya maju. Pada masa yang sama beliau menerbitkan semula akhbar bulanan Editornya yang bercorak bisnes.Ia diketuai oleh Zainora Zakaria sebagai editornya. Saya tidak lama dengan WPKB apabila mendapat tawaran memasuki Watan yang diterbitkan semula oleh Baha Azuwan. Sewaktu di WPKB, kami tidak ada masalah gaji kerana cukup waktu gaji dibayar tepat masanya. Kebetulan Dr Marzuki ada juga bisnes IT dengan syarikat Rodatranya. Beliau adalah seorang yang pemurah, jarang marah kakitangannya. Apabila saya keluar dari WPKB, saya dengar banyak cerita yang tak elok tentang syarikatnya. Lebih-lebih lagi ketika itu beliau sudah bergaduh dengan rakan kongsinya, Nasir yang tak suka Dr Marzuki terlibat dalam politik. Selaku Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, beliau memang bercita-cita mahu jadi ADUN Penaga menggantikan Datuk Azhar Ibrahim. Dalam mesyuarat persidangan perwakilan Kepala Batas, Azhar marahi Dr Marzuki yang mahu merampas kerusinya dengan mengatakan ada orang yang tidak pandai cakap Bahasa Inggeris masa sekolah rendah dahulu tiba-tiba dapat PhD dari Amerika Syarikat.Beliau menyerang Dr Marzuki sedangkan beliau tidak ada peluang untuk menjawab dalam persidangan tersebut. Pada pilihanraya umum 2008, nama Dr Marzuki tidak naik maka Azhar kekal sebagai calon BN bagi DUN Penaga.Selepas meninggalkan WPKB pada tahun 2008, saya tak pernah temui beliau. Tiba-tiba namanya naik sebagai Bendahari Perkasa. Oleh itu bila beliau pergi dalam usia yang muda, saya agak terkejut. Saya sebenarnya ada deal bisnes dengannya masa dalam WPKB. Seorang kawan dari Kuala Terengganu, Haji Mohamad Ali mahu projek memasang wayar elektrik rumah lama di seluruh Terengganu. Kami gunakan Dr Marzuki melobi projek itu dengan Pak Lah. Projek RM56 juta itu disokong Pak Lah tetapi bila jumpa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh kata di atas mejanya penuh surat sokongan Pak Lah. Maka peluang kami nak jadi jutawan hancur berkecai kerana Haji Mohamad Ali boss Elektriko Plasma itu berjanji akan beri kami RM2 juta seorang. Memang tak ada rezeki kami. Dr Marzuki mengeluh bila tak dapat projek itu. Bila saya desaknya jumpa Pak Lah suruh Pak Lah call Idris, Dr Marzuki diam sahaja kerana beliau sendiri tidak berani menemui Pak Lah. Beliau jarang marah, seorang yang rajin, komited, pemurah dan saya rasa kematiannya satu kehilangan yang amat besar kepada kami semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Alfatihah.
Isnin, Julai 22, 2013
PRK KUALA BESUT 6
KUALA BESUT: Menjelang dua hari lagi pembuangan undi PRK Kuala Besut, semakin ramai pemimpin pusat dari kedua parti yang bertanding membanjiri Kuala Besut.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang serta timbalannya, Mohamad Sabu adalah di antara pemimpin PAS yang datang berkempen di situ manakala dari Umno pula ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal tidak ketinggalan berkempen.
Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak menghalang Nik Abdul Aziz untuk menunaikan solat Maghrib dan memenuhi undangan semalam walaupun persetujuan sudah dicapai bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan itu bertandang ke masjid berkenaan.
Menurut Mejar (B) Yusoff Ali dari Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, pada mulanya, pihak pengurusan masjid membenarkan Nik Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan akan tetapi pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.
“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Tindakan kurang cerdik pengurusan kem tersebut sedikit sebanyak meraih undi simpati para pengundi di atas pagar.
PRK yang diadakan berikutan kematian Dr Rahman Mokhtar menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman ditentang oleh calon PAS, Azlan Yusof.
Azlan atau Che Long dikatakan terlalu popular di kalangan penduduk Kuala Besut manakala Tengku Zaihan yang duduk di Putrajaya bergantung kepada kempen yang dijalankan oleh para pemimpin BN pusat termasuk pengarah pilihanraya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi iaitu 93.33 peratus pengundi biasa, 6.67 peratus melibatkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara.
PAS mempertikai perbuatan Barisan Nasional (BN) memberi bantuan ad hoc dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut yang kini dianggar hampir setengah bilion ringgit.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mempersoal sumber dana yang tidak melalui peruntukan belanjawan yang dibuat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
“Persoalannya, sumber manakah yang digunakan BN dalam peruntukan yang diumumkan sepanjang tempoh PRK Kuala Besut,” kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu.
“Apakah ia sumber persekutuan melalui perbelanjaan infrastruktur atau Umno dan BN terus merompak dana khas persekutuan atau royalti petroleum hak rakyat Terengganu,” katanya.
BN setakat ini mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggar bernilai RM387,490,750.
Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PAS mendakwa semua projek yang diumumkan kerajaan BN itu hasil perjuangan dan kempen yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.
Bagi Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berharap pengundi Kuala Besut tidak terjebak dalam taktik dan permainan psikologi yang dimainkan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
“Saya merayu dan menyeru Kuala Besut jangan terjebak dengan kempen reverse psikologi pembangkang,” kata Menteri Dalam Negeri itu pada sidang media di Pusat Taktikal PDRM di Kuala Besut.
Beliau berkata, pembangkang memutar belit kenyataan dengan menyatakan mereka sebagai penyebab utama bantuan dihulurkan BN setiap kali kerajaan memberi sumbangan kepada rakyat.
Pada masa sama, beliau berkata, pembangkang terus-terusan menyalahkan BN kerana menggunakan sejumlah dana besar untuk membawa pembangunan kepada rakyat.
“Memang semua projek di seluruh negara BN laksanakan kerana mereka minta, atas permintaan pembangkang, semua projek BN lakukan. Macam BN tiada perancangan agaknya.
“Mudah sungguh kempen mereka, tidak perlukan modal langsung,” katanya, sinis.
Siapa yang menjadi pilihan rakyat Kuala Besut akan terjawab pada 24 Julai ini. (dipetik dari www.freemalayiatoday.com)
ZAHID SAH PERTAHAN JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Beliau berkata, keputusan tersebut telah dijelaskan sebelum ini dan menerima secara terbuka sekiranya ada pihak mahu merebut jawatan tersebut.
"Saya sudah buat keputusan dengan jelas, saya mahu pertahankan jawatan yang saya sandang sekarang.
"Saya tidak ada pelan yang lebih besar. Saya menahan diri daripada naik ke atas atau turun ke bawah, saya sangat terbuka dan mereka yang mempunyai kelayakan untuk bertanding, silakan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi beberapa keluarga miskin di sekitar Kampung Gong Nering, dekat sini hari ini.
Beliau berada di sini dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan akan mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO.
Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga penyandang jawatan tersebut belum membuat sebarang kenyataan.
AMBIL BANTUAN BN, UNDI PAS- SERU ANWAR
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak 'menghambakan diri' dengan memilih Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk bantuan yang diberi parti pemerintah itu.
"Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang?
"Sebab nak menang, kalau kalah peta politik akan berubah, gugat kuasa politik Umno," katanya depan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut malam tadi.
Ketua Pembangkang itu berkata, pengundi boleh mengambil bantuan yang diberi BN tetapi perlu berfikir sebelum mengundi kerana BN didakwanya bakal menindas mereka.
"Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah.
"Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan," katanya pada ceramah menggunakan lori kecil yang dihiasi lampu warna-warni sebagai pentas.
Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa.
BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750.
Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PAS pula mendakwa semua projek itu hasil perjuangan dan kempen PAS selama ini yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.
Sebaliknya, Anwar berkata, pengundi Kuala Besut harus mengambil peluang pilihan raya kecil (PRK) untuk mewujudkan kerajaan setara antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).
Menyeru pengundi memberi sokongan kepada Endut@Azlan Yusof, calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long di Kuala Besut, beliau yakin PAS mampu mengulangi kemenangan pada 1999.
"Siapa kata ini kawasan Umno? Tidak. Tahun 1999 dahulu PAS menang. Cuma, kita perlu tanamkan kekuatan itu," katanya merujuk kemenangan ke atas Terengganu hingga membentuk kerajaan negeri pada tahun berkenaan.
Anwar juga tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan pilihan raya semula jika PAS menang kerusi itu yang sebelum ini dimenangi BN melalui calonnya, Dr Abd Rahman Mokhtar.
DUN Kuala Besut ialah kawasan pertama mengadakan PRK selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir berikutan Abd Rahman meninggal dunia. - 22 Julai, 2013. (from the malaysianinsider.com)
Ahad, Julai 21, 2013
KJ LEBIH BERANI DARI NAJIB
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan dalam pemilihan parti dijadual Oktober ini.
Katanya jika majoriti anggota parti mahukan demikian, pemilihan terbuka wajar diadakan bagi menghormati suara dan kehendak mereka.
"Saya menghormati pandangan dari akar umbi kalau mereka mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan, mengikut kepada pindaan perlembagaan parti kita," katanya kepada pemberita semasa mengadakan ziarah mesra ke kawasan perumahan Taman Pinggiran Senawang, di Seremban hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan Pergerakan Pemuda Umno Johor dalam mesyuarat khasnya semalam, yang mahu pemilihan Pemuda Umno Pusat pada perhimpunan agung parti akan datang, dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.
Khairy yang menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno sejak 2008 turut menyangkal akan adanya perpecahan dalaman sekiranya jawatan itu dipertandingkan.
Katanya, walaupun parti kini dalam proses mengukuhkan perpaduan demi berbakti untuk rakyat, namun cadangan akar umbi yang mahukan pemilihan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan.
"Tidak semestinya bila ada pertandingan parti kita akan berpecah, kalau kita ada niat yang baik, persetujuan daripada semua calon yang mahu bertanding bahawa pertandingan itu dibuat secara sihat, saya rasa itu tidak akan memecahbelahkan parti," kata Menteri Belia dan Sukan itu.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno, Khairy berkata masih terlalu awal untuk diputuskan perkara itu dan perlu menimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan. – Bernama, 20 Julai, 2013.
BERKO
PAS BELA PROJEK IDRIS HENTAM MAT SAID
Belum pun kerajaan negeri Terengganu menjawab dakwaan pemberian tanah 200 ekar di Pulau Perhentian Kecil, PAS hari ini membangkitkan pula isu projek Taman Ilmu untuk menempatkan beberapa universiti dan kolej di atas sebidang tanah di Tembila, Besut.
PAS mendakwa kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said "kurang memberi tumpuan, perhatian dan keutamaan" termasuk berkaitan kewangan terhadap projek pembinaan yang diinisiatifkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi menteri besar pada 2004.
Projek dijalankan atas sebuah tapak 700 ekar sebagai tapak untuk beberapa universiti dan kolej pendidikan, dengan kerajaan negeri akan menyediakan tujuh kemudahan iaitu Pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama, infrastruktur dan kompleks sukan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah turut mendakwa pihak kontraktor tempatan telah mengalami masalah menerima bayaran kerja yang telah disiapkan dan mereka tidak meneruskan kerja pada tahun 2011-2012 atas persetujuan "mutual termination".
"Sehingga hari ini, taman ilmu masih belum disiapkan sepenuhnya dan CF tidak boleh dikeluarkan untuk mana-mana bangunan untuk digunakan.
"Dalam masa yang sama, dua daripada bangunan-bangunan yang dibina telah mengalami masalah struktur di mana satu daripadanya mungkin terpaksa diroboh dan satu lagi mengalami masalah yang hampir sama," katanya.
Bercakap dalam sidang media pagi ini, Raja Bahrin mendakwa dua bangunan yang berdepan masalah adalah pejabat pentadbiran dan kompleks sukan.
Beliau juga turut menunjukkan gambar-gambar bangunan tersebut kepada pemberita dalam sidang media di Markaz Besar Pilihan Raya Kuala Besut.
Raja Bahrin juga berkata pihaknya difahamkan kerajaan negeri telah berunding dengan pihak swasta untuk mengambil alih projek tersebut tetapi didakwanya juga mengalami masalah.
Katanya, umumnya projek pembinaan bangunan tersebut - yang dianggarkan bernilai lebih RM300 juta - telah siap antara 80 hingga 90 peratus dan menganggarkan lebih kurang RM50 juta diperlukan untuk menyiapkannya dengan sempurna.
"Kenapa tidak terus menyiapkan, kerajaan mempunyai sumber kewangan," katanya sambil membidas Ahmad Said yang menurutnya memberi tumpuan kepada projek Zoo di Kemaman yang didakwanya menelan belanja jutaan ringgit berbanding soal pendidikan.
"Keutamaan yang sepatutnya diberi kepada rakyat serta penuntut tempatan, telah disalurkan kepada projek memelihara haiwan-haiwan liar yang mahal dengan projek bernilai berjuta-juta ringgit.
"Dalam masa yang sama kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir di mana "viabiliti" projek tersebut dipersoalkan," katanya.
Sabtu, Julai 20, 2013
PEMIMPIN UMNO DAPAT TANAH 200 EKAR DI PULAU PERHENTIAN
PAS sekali lagi membangkitkan isu tanah ketika berkempen untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, kali ini memberikan fokus terhadap 200 ekar tanah di Pulau Perhentian Kecil, yang didakwa mereka turut mempunyai kaitan dengan Umno.
Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau dimaklumkan sumber tanah berkenaan dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang katanya sebagai "broker" dan kemudian menjual kembali tanah berkenaan kepada pihak ketiga.
Katanya, tanah dengan status pelancongan itu sahaja hanya dibayar premium bernilai RM 21,000.
"Pemberian 200 ekar tanah oleh kerajaan negeri kepada syarikat yang mungkin ada kaitan dengan pemimpin Umno, sedangkan permohonan orang kampung dibekukan," katanya ketika sidang media di Markas PAS, hari ini.
Husam berkata, beliau turut tidak menolak penganugerahan itu berlaku selepas kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada 2004.
Beliau turut mengedarkan dokumen kepada pemberita yang menyatakan tanah berkenaan hanya untuk tempoh pajakan selama 60 tahun.
PAS sebelum ini membangkitkan isu tanah di Kuala Besut antaranya termasuk unit pengsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh yang mereka dakwa dirampas oleh Barisan Nasional (BN) daripada penduduk.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan pemimpin BN, malah menganggap PAS sudah kehabisan idea, apabila terpaksa mengitar semula idea lama bagi menarik pengundi di Kuala Besut dalam PRK yang dijadualkan pada 24 Julai depan.
Malah, parti komponen PR itu turut mempersoalkan berhubung pemberian tanah kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan, malah, turut mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut BN menarik balik tanah berkenaan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagaimanapun menegaskan tidak akan menarik balik tanah itu kerana ia bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.
Ahmad Said berkata, wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain.
Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sebagai menteri besar pada 2008
Jumaat, Julai 19, 2013
ABBY ABADI UMUM DAH NIKAH DI KUALA BESUT
Ketika PAS dan Umno panas berkempen di Kuala Besut, berita perkahwinan Abby Abady nampaknya lagi panas.
Hari ini Abby mengumumkan melalui facebooknya, dia telah berkahwin 12 hari yang lalu dengan jejaka yang baru dikenalinya dua minggu lalu.
"Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian...Allah kami dulukan," tulis Abby menggunakan akaun Instagram.
Pengumuman itu dibuat Abby ketika berada di Kuala Besut dalam suasana kempen pilihan raya kecil (PRK) di situ rancak berjalan.
Malam tadi, dalam satu majlis anjuran PAS, Abby melelong sepasang baju kurung miliknya dan dibeli dengan harga RM1,100 oleh seorang doktor dari Kelantan.
Menurut Abby, hasil lelongan itu mahu diberikan kepada tabung kempen untuk calon PAS di Kuala Besut.
"Insya Allah, majlisnya (kenduri perkahwinan) dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasi. Doakan," tulis Abby lagi mengulas mengenai perkahwinannya.
Bagi beliau perkahwinan dengan jejaka yang tidak disebutkan namanya oleh beliau itu adalah jodoh.
"Ini jodoh...kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal," tulis Abby lagi.
Abby sebelum ini berkahwin dengan pelakon Norman Hakim, namun jodoh mereka tidak panjang.
Abby dan Norman berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.
Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
Norman kini berkahwin semula dengan pelakon Memey Suhaiza, wanita yang menjadi punca mereka bertelingkah.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor polis dalam siri televisyen popular Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas.
Beliau menyertai PAS dan aktif berkempen untuk PAS sepanjang pilihan raya umum ke 13 lalu. -
PRK KUALA BESUT 5
KUALA BESUT: Seramai 17,683 orang pengundi yang akan membuang undi pada pilihanraya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini berada dalam dilema sama ada mahu mengundi BN atau PAS terutamanya di kalangan ahli Umno.
Jika BN menang , Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu. Ini bermakna kroni beliau semakin kaya. Sebaliknya jika BN kalah, pilihanraya umum negeri akan diadakan semula berikutan kedudukan 16-16 kerusi.
Di atas kertas, memang sukar PAS menang kerana majoriti undi yang dimenangi calon BN, Dr Abdul Rahman Mokhtar dua bulan lalu amat besar, 2,434 undi tetapi tidak mustahil PAS boleh buat kejutan kerana ia pernah menang pada tahun 1999.
Jika PAS menang, ia adalah kerana orang Umno yang mengundi PAS. Mereka marah pada Ahmad Said yang jadi Menteri Besar buat kali kedua sedangkan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Idris Jusoh hanya menjadi Menteri Besar sepenggal sahaja.
Mereka berhujah sudah 25 tahun orang Kemaman (Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad) jadi Menteri Besar, dari tahun 1974-1999, kini jawatan itu masih disandang orang Kemaman lagi (Ahmad Said)(2008-kini)
“Adakah orang Besut layak jadi Menteri Besar sepenggal sahaja ?” kata seorang ahli Umno di Kuala Besut.
Kalau BN kalah, bukan sahaja Ahmad Said dapat malu malah Idris pun dapat malu kerana orang Kuala Besut tidak menghargai perlantikan Idris sebagai Menteri Pelajaran II oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya jika BN menang, bukan sahaja kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar kukuh malah masa depan Idris dalam politik nasional juga teguh. Jika Idris bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada Disember ini peluang Idris untuk menang amat cerah. Tambahan pula beliau adalah seorang Menteri Pelajaran.
Kita tentu masih ingat pilihanraya kecil Kuala Berang pada tahun 2004.Ketika itu Ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putra Tengku Awang bekerja keras untuk menangkan calon BN, Cikgu Zawawi. Tengku Putra yang juga Timbalan Menteri Kewangan menang mudah dalam pertandingan ahli majlis tertinggi Umno pada hujung tahun.
Kemenangan calon BN di Kuala Berang melonjakkan nama Tengku Putra yang pertama kali bertanding terus menang jawatan ahli majlis tertinggi Umno. Pilihanraya kecil itu menjadi medan kepada semua calon majlis tertinggi berkempen kerana semua ahli Umno di seluruh negara berkampung di Kuala Berang.
Senario yang sama berlaku di Kuala Besut di mana ia menjadi medan calon-calon ahli majlis tertinggi berkempen menemui semua ahli Umno dari seluruh negara yang berkampung di situ.
Pada pilihanraya kecil ini, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman berhadapan dengan calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long.
Che Long dikatakan amat popular di kalangan masyarakat Kuala Besut kerana dia adalah seorang dermawan. Manakala Tengku Zaihan dikatakan bersekolah di luar dan bekerja di luar juga.
Malah beliau dikatakan punca 2000 keluarga petani tidak dapat menanam sawah padi kerana beliau gagal membaikpulih empangan yang mengalirkan air ke sawah padi ketika beliau menjadi jurutera JPS.
Isu tanah yang dibangkitkan PAS telah dijawab Ahmad Said. Katanya, tak salah ADUN menerima tanah kerana rakyat pun menerima tanah.
Memanglah ia tak salah tetapi alangkah baik dasar bekas Menteri Besar, Wan Mokhtar yang tidak membenarkan ADUN yang sedang bertugas mohon tanah dikekalkan kerana ia tidak menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.
ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata apabila BN menang pada tahun 2004, banyak tanah TOL yang diberi oleh kerajaan PAS dibatalkan.
Beliau tahu kerana ketika PAS memerintah Terengganu, beliau pernah menjadi Pengarah Tanah dan Galian negeri.
24 Julai tinggal enam hari lagi. Ia memang menjadi dilema kepada pengundi Kuala Besut sama ada mahu mengekalkan BN atau memilih PAS.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
















.jpg)


