Dalam satu majlis anjuran Kumpulan Karangkraf tiga hari lalu, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin berkata Dr Mahathir memangil beliau untuk menentang Pak :Lah dalam pertandingan Presiden Umno pada pemilihan 2009. Tetapi Muhyiddin menolaknya kerana tidak mahu melanggar tradisi Umno yang mana ketika itu Najib Razak adalah timbalan presiden Umno.
Jika Pak Lah tidak berundur pada tahun 2009, mungkin Muhyiddin yang menentang Pak Lah jika Muhyiddin menerima tawaran Dr Mahathir itu. Sebaliknya Muhyiddin berpegang kepada tradisi Umno bahawa timbalanlah yang sepatutnya mengambil tempat Pak Lah.
Sekarang ini jika berlaku apa-apa kepada Najib, Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno yang bakal menggantikan Najib dan bukannya timbalan perdana menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi kecuali Muhyiddin dipecaat dari Umno. Jika Muhyiddin terus berada dalam Umno, maka beliau yang boleh mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan 2018.
Itu pun jika Muhyiddin masih ahli parlimen Pagoh. Jika beliau bukan ahli parlimen, bukannya mudah bagi timbalan presiden Umno untuk menentang Presiden Umno. Apatah lagi beliau bukan menteri. Itu sahaja pilihan yang ada buat Muhyiddin jika beliau mahu memberi peluang kepada ahli Umno untuk memilih presiden baharu sama ada Najib atau Muhyiddin.
Muhyiddin menyebut tawaran Dr Mahathir dalam majlis Kumpulan Karangkraf yang dianggap oleh Dr Ahmad Zahid sebagai nostalgia. Muhyiddin tak perlu bernostalgia kata Dr Zahid. Barang yang lepas jangan dikenang. Peluang biasanya datang sekali dalam hidup. Jika Muhyiddin menerima tawaran tersebut ketika itu mungkin Muhyiddin mencatat sejarah sebagai naib presiden Umno yang pertama menjadi presiden tanpa menjadi timbalan presiden Umno terlebih dahulu.
Dr Mahathir sendiri tidak mahu melanggar tradisi Umno. Pada tahun 1999, beliau ada peluang melantik Tengku Razaleigh sebagai TPM tetapi beliau lantik Pak Lah yang juga seorang naib presiden Umno. Tengku Razaleigh yang baru menyertai semula Umno pada tahun 1996 setelah membubarkan Parti Semangat 46 boleh dilantik TPM kerana perlantikan TPM adalah di atas budi bicara PM. Tetapi Dr Mahathir berpegang kepada tradisi Umno.
Sebaliknya bila Pak Lah tahu dia mahu dicabar oleh Tengku Razaleigh (setelah Muhyiddin menolak tawaran) kemudiannya, beliau bersetuju berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan kepada Najib. Najib terhutang budi kepada Muhyiddin sebab itu beliau menyokong Muhyiddin menentang Ali Rustam dan Muhammad Mohd Taib dalam pertandingan tiga penjuru. Tanpa pertolongan Najib, Ali Rustam yang menang tetapi Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin tidak boleh bertanding. Maka dengan mudahnya Muhyiddin mengalahkan Muhammad yang akhirnya keluar dari Umno.
Muhyiddin bukannya bakal PM. Beliau setakat TPM seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Pak Lah mahu melantiknya sebagai TPM pada tahun 2003 tetapi Dr Mahathir dua kali menyebut bahawa Pak Lah kena lantik Najib sebagai TPM. Mahathir sudah berjanji dengan Tun Razak untuk membimbing Najib sampai menjadi PM. Sebab itu Mahathir kecil hati dengan Najib apabila anaknya Mukhriz tanding naib presiden Umno pada tahun 2013 Najib tidak beris sokongan kepada Mukhriz. Jika Najib beri sokongan kepada Mukhriz sudah tentu sepupunya Hishamuddin kalah dalam pemilihan 2013.
Memang tidak ada rezeki Muhyiddin jadi PM. Jika Pak Lah bertegas melantik Muhyiddin sebagai TPM pada tahun 2003, maka pada tahun 2009 Muhyiddin sudah jadi PM. Jadi untuk jadi PM, Muhyiddin kena cabar Najib dalam pertandingan 2018 atau jika dia tidak ada niat untuk jatuhkan Najib maka beliau pertahankan jawatan timbalan presiden sahaja yang akan dicabar oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan sudah tentu mempertahankan jawatan timbalan prediden Umno bukannya mudah apatah lagi Dr Zahid adalah naib presiden Umno ya
ng popular.
Memaparkan catatan dengan label tuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tuah. Papar semua catatan
Isnin, Oktober 26, 2015
Khamis, Januari 13, 2011
TUAH DATUK SALLEH

Belum pernah berlaku dalam sejarah hidup seorang ahli politik menerima berita baik dua kali dalam tempoh satu minggu. Pada mulanya,Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak menerima berita perlantikan sebagai Pengerusi FINAS.
Menurut Datuk Seri Dr Rais Yatim menteri yang menjaga FINAS, Salleh adalah seorang penggemar filem. Selepas itu beliau menerima berita perlantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menggantikan Datuk Haji Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
Adakah Salleh sudah turun pangkat kerana jadi Speaker Dewan Undangan Negeri? Beliau bukan ADUN dan bukan ahli parlimen tetapi dengan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud beliau dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri.
Berusia 54 tahun, Salleh masih muda untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri. Oleh itu jika beliau dipilih bertanding semula di DUN Usukan, maka beliau adalah salah seorang calon Ketua Menteri Sabah selain Datuk Seri Shafie Afdal.
Sebaliknya jika beliau dipilih sebagai calon parlimen Kota Belud, maka jawatan timbalan menteri persekutuan sudah tentu menggamit beliau. Bagi Salleh, jawatannya dalam kerajaan tidak penting. Beliau pernah jadi Ketua Menteri Sabah selepas ayahnya, Tun Said Keruak melepaskan jawatan Yang Dipertua Negeri Salleh. Selepas itu beliau dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Bagi setengah orang bila sudah dilantik Ketua Menteri, tak perlu lagi menerima jawatan junior seperti menteri biasa tetapi bagi Salleh jawatan tidak penting. Yang penting ialah berkhidmat kepada rakyat. Beliau bukannya mengejar gaji menteri kerana beliau sudah jutawan. Yang penting berkhidmat kepada rakyat.
Justru itu Salleh yang tidak kesah ini sedia menerima apa sahaja jawatan termasuk Speaker Dewan Undangan negeri yang dianggap sebagai jawatan yang paling tidak glamour. Sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Salleh masih penting dalam politik Sabah. beliau adalah satu-satunya pemimpin Bajau yang diterima oleh majoriti ketua UMNO Bahagian Sabah. Jika Sabah tidak mengamalkan penggiliran jawatan Ketua Menteri, mungkin Salleh masih kekal sampai sekarang sebagai Ketua Menteri Sabah selepas Tun Sakaran Dandai.
Oleh kerana BN komited dengan janji menggilirkan jawatan Ketua Menteri, maka Salleh adalah Ketua Menteri Sabah yang paling singkat tempohnya. Ole3h itu tahniah Datuk Seri di atas perlantikan Speaker Dewan Undangan negeri Sabah dan Pengerusi FINAS. Beliau bukan ahli parlimen tapi sebagai ketua uMNO Bahagian di Sabah, peranan Salleh tetap diiktiraf di peringkat persekutuan dengan terlantiknya sebagai Pengerusi FINAS.
Langgan:
Catatan (Atom)
