Memaparkan catatan dengan label tol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tol. Papar semua catatan
Khamis, Mei 17, 2018
BAYARAN TOL AKAN DIUMUM MINGGU DEPAN
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Kerajaan berkemungkinan besar membuat pengumuman tentang bayaran tol seawal-awalnya minggu depan, kata Tan Sri Zeti Aktar Aziz.
Zeti yang juga seorang daripada lima anggota Majlis itu berkata mereka akan bermesyuarat sekali lagi dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan minggu depan berhubung penstrukturan semula tol.
Bagaimanapun bekas Gabenor Bank Negara itu berkata beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai isu berkenaan hari ini sekalipun baru sahaja mengadakan mesyuarat dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham PLUS, syarikat konsesi tol terbesar di negara ini.
"Saya tidak mempunyai semua angka dan perincian mengenainya. (Bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin yang akan buat pengumuman apabila satu keputusan dicapai.
"Tugas ini sangat rumit dan kami semua komited untuk mencapai penyelesaian yang dapat menjaga kepentingan rakyat, semua orang berharap suasana berubah menjadi lebih baik dan kami harap kami dapat realisasikannya," katanya semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, di sini hari ini.
Pakatan Harapan yang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 minggu lepas, antara lain berjanji untuk memansuhkan kutipan tol dalam manifesto pilihan rayanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata satu penyelesaian yang tepat dan menyeluruh diperlukan untuk menangani isu lebuh raya bertol.
"Kita harus sedar banyak wang telah dilaburkan menerusi pasaran modal, justeru perlu ada suatu imbangan dalam situasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Khamis, November 03, 2016
PSKLM NAFI TOL NAIK 16 NOVEMBER
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menafikan khabar angin yang tersebar melalui media sosial berhubung kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya utama berkuat kuasa 16 Nov ini.
Timbalan Yang Dipertua PSKLM Sazally Saidi berkata khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dipercayai telah dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"16 Nov tu pun hari Rabu bukannya Isnin macam dalam 'statement hoax' (kenyataan palsu) itu," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.
Timbalan Yang Dipertua PSKLM Sazally Saidi berkata khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dipercayai telah dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"16 Nov tu pun hari Rabu bukannya Isnin macam dalam 'statement hoax' (kenyataan palsu) itu," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.
Khamis, Julai 18, 2013
BN BATAL TANAH TOL DIBERI PAS
Jertih: “Segala prosedur pemberian tanah di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) ketika pemerintahan PAS di Terengganu dilakukan mengikut tatacara dalam Kanun Tanah Negara (KTN).
“Malangnya, tanah yang diberi milik secara Lesen Menduduki Sementara (TOL) dibatalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa sebab munasabah,” dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.
Bekas Pengarah Tanah dan Galian Terengganu itu turut mendakwa BN merampas lot tapak rumah dan pertanian yang telah diukur di Kampung Tok Saboh, di sini, selepas BN mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri pada 2004.
Dakwanya lagi, ketika PAS memerintah, mereka sudah mengukur hampir 60,000 lot tanah tapak rumah dan pertanian yang sebahagiannya sudah pun diluluskan kepada rakyat, tetapi diberikan tempoh tiga tahun dalam bentuk TOL.
“Malangnya, apabila PAS kalah dan saya ketika itu masih lagi Pengarah PTG, tanah yang sudah diluluskan dalam bentuk TOL itu dibatalkan kerajaan baru (BN).
“Permohonan tanah sudah bayar tetapi belum sempat mendapat geran, wang itu dikembalikan semula untuk menafikan haknya mendapatkan tanah itu, ini suatu tindakan yang zalim,” katanya pada sidang media harian di Markas PAS di Kampung Baharu di sini semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam yang menyebut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan tapak pembinaan pangsapuri di Kampung Tok Saboh adalah milik kerajaan dan bukannya dirampas daripada penduduk miskin.
Ahmad dalam laporan itu menjelaskan, pada 1999 Kerajaan PAS Terengganu sudah memberi tanah kepada masyarakat tanpa menyertakan dokumen pemberian tanah yang jelas menyalahi undang-undang berkaitan pentadbiran tanah.
Sementara itu, calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, semalam meneruskan siri kempennya bertemu dengan pengundi selepas solat Zuhur di Masjid Kampung Lampu dan Kampung Nangka.
Selepas itu, beliau turut meluangkan masa dengan penduduk di Seberang Barat selepas menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Seberang Kastam.
Langgan:
Catatan (Atom)

