Memaparkan catatan dengan label silap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label silap. Papar semua catatan

Selasa, Januari 19, 2016

TUN RAZAK SILAP BAWA MASUK MAHATHIR SEMULA KE DALAM UMNO



Dalam blognya, Dr Mahathir Mohamad menulis beliau sudah tentunya berasa amat sedih dengan kematian Tun Razak Hussein pada 40 tahun lalu kerana beliau terhutang segala-galanya kepada PM kedua itu.

"Saya dipecat daripada UMNO dan orang-orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali. Kerjaya politik mereka rosak," tulis bekas PM keempat itu dalam blognya semalam.

Katanya,Razak bukan sahaja membenarkan beliau kembali ke pangkuan Umno tetapi kemudiannya melantiknya sebagai seorang menteri penuh.

"Saya telah digambarkan sebagai anak emas Tun, yang menimbulkan kemarahan ramai orang kuat UMNO," tulisnya lagi.

" Bagi saya kerugiannya adalah peribadi. Tun Hussein yang menggantikan beliau tidak pernah rapat dengan saya dan saya fikir ini adalah akhir bagi kerjaya saya," katanya.

Beliau menambah tetapi tidak. Tidak, kerana Tun Razak telah bercakap sesuatu yang baik mengenai beliau kepada Tun Hussien.

Ulasan saya, Razak silap bawa masuk Dr Mahathir semula ke dalam Umno pada tahun 1971. Jika beliau tahu Dr Mahathir yang akan menghancurkan Umno di zaman Pak Lah dan Najib sehingga BN gagal mendapat majoriti dua pertiga sebanyak dua kali PRU berturut turut pada 2008 dan 2013, Razak tidak akan bawa masuk Dr Mahathir ke dalam Umno.

Ketika itu Umno Kedah tidak menerima keahlian Dr Mahathir sebaliknya sebuah cawangan di Rawang yang menerima keahliaan Dr Mahathir.

Ketika Tunku Abdul Rahman memecat Dr Mahathir dari Umno pada tahun 1969, semua orang marah kepada Tunku. Tetapi Tunku berpandangan jauh kerana beliau tahu Dr Mahathirlah yang akan merosakkan Umno suatu hari nanti.

Apa yang dibimbangkan oleh Tunku pada tahun 1969 menjadi kenyataan pada tahun 2007 apabila Dr Mahathir keluar dari Umno kerana Pak Lah enggan meneruskan jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura.
Kritikan Dr Mahathir kepada Pak Lah menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU selepas Malaysia merdeka pada tahun 1957. 

Kini Dr Mahathir mengkritik Najib anak Razak yang menaikkan Dr Mahathir dalam politik.  Pada tahun 1971 beliau diterima semula menjadi ahli Umno. Oleh kerana Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir yang menjatuhkan Tunku maka Razak melantik Dr Mahathir sebagai Senator dan Pengerusi FIMA.

Pada tahun 1972, beliau bertanding kerusi naib presiden Umno tetapi tewas. Beliau yang bertanding dua kerusi menang kerusi ahli majlis tertinggi Umno Selepas PRU 1974, Dr Mahathir yang baru dipilih sebagai ahli parlimen Kubang Pasu,dilantik Razak  sebagai menteri pelajaran satu jawatan kanan yang akhirnya menyebabkan beliau menang kerusi naib presiden Umno pada tahun 1975.

Golongan tua marah kepada Razak kerana pada hari perhimpunan agung Umno tersebut, Razak dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno menyebut tiga nama yang patut dipilih sebagai naib presiden Umno iaitu Abdul Ghafar Baba, Dr Mahathir Mohamad  dan Tengku Razaleigh Hamzah. Perwakilan Umno yang patuh kepada ketua memilih calon yang direstui Razak.

Tambahan pula Dr Mahathir memegang jawatan menteri pelajaran yang kanan di mana majoriti perwakilan ketika itu adalah guru. Dr Mahathir patut berterima kasih kepada Razak yang memilihnya sebagai menteri pelajaran. Jika beliau menteri kebajikan, sudah tentu beliau kalah bertanding kerusi naib presiden Umno.

Sejak tahun lepas Dr Mahathir menyerang anak Razak, Najib  yang dianggapnya tidak layak jadi PM sedangkan pada tahun 2003 Pak Lah nak lantik Muhyiddin Yasin sebagai TPM tetapi sebanyak dua kali Dr Mahathir menyebut nama Najib sebagai timbalan kepada Pak Lah. Maka Pak Lah terpaksa melantik Najib sebagai TPM.

Adakah Dr Mahathir tidak mengenang budi Razak hinggakan sanggup menyerang anak Razak secara peribadi? Jika Razak masih hidup, Razak menyesal membawa Dr Mahathir masuk Umno pada tahun 1971 dahulu. Jika BN tewas dalam PRU akan datang, maka Dr Mahathirlah punca BN tewas.

Oleh itu bagi saya membawa masuk semula Dr Mahathir ke dalam Umno merupakan satu kesilapan Razak.

Selasa, Julai 10, 2012

PEMBANGKANG SILAP CATUR

Pembangkang disifatkan sebagai tersilap percaturan sekiranya bercita-cita menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat di negeri ini sudah kenal dengan sikap sebenar parti berkenaan yang lebih dikenali sebagai ‘saudagar janji’. Katanya, pembangkang gagal melunaskan janji pada pilihan raya lalu, sebaliknya terus menabur janji baru sebagaimana yang terjadi di Perak dan Selangor. "Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih negeri ini, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor. "Rakyat keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar ‘saudagar janji’ ini. Mereka hanya tahu menabur janji. Oleh itu, saya yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di UniKL MITEC di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor dilihat cukup kuat untuk mempertahankan negeri ini daripada dirampas pembangkang di bawah kepimpinan sedia ada serta jalinan di peringkat bahagian hingga ke akar umbi. “Apa berlaku di akar umbi, sokongan terhadap Umno dan BN kukuh. Biarpun diakui ada masalah sedikit, tapi sikap orang Johor berbeza. Mereka mungkin ada berbalah tetapi menjelang pilihan raya mereka akan bersatu. “Apa berlaku di Selangor dan Perak amat dikesalkan rakyat kerana program dirancang tidak dapat dilaksanakan. Saya harap Johor dengan kepimpinan yang ada terus kukuh kekalkan kerusi dan merebut kerusi yang kecundang pada PRU12,” katanya. Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menggesa pemimpin dan ahli Umno agar bersatu kerana ia adalah asas kekuatan parti ini dalam menghadapi sebarang cabaran. Ahmad Zahid turut meminta jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya. "Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menawan beberapa negeri dan mereka mahu ia berulang pada pilihan raya akan datang. Justeru, kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan kemenangan di tangan BN," katanya.

Isnin, Januari 19, 2009

KESILAPAN WAN FARID


Ramai yang sms saya semalam kenapa saya tak ulas kemenangan PAS atau kekalahan BN dalam blog saya. Kebetulan semalam saya sibuk uruskan hal peribadi saya di Kemaman. Saya uruskan perceraian saya dengan isteri saya, Zaitun Othman di mahkamah rendah syariah Kemaman. Semalam saya failkan kes saya dan kes saya akan didengar pada 3 Februari ini, 15 hari dari sekarang.


Kami pernah bercerai talak satu pada 24 Disember 2006 tetapi kami rujuk semula pada 20 Februari 2007. Hampir dua tahun kami bersama semula, tetapi kami tidak sefahaman. Kami tak boleh berpura-pura lagi. Jadi jalan terbaik, lebih baik kami bercerai semula. Jadi saya tak sempat tulis yang baru semalam kerana sibuk di mahkamah syariah.


Hari ini baru ada masa untuk menulis semula. Dari awal lagi semua sudah meramalkan BN kalah kerana sikap calonnya, Datuk Wan Farid Wan Salleh. Pada hari kedua, selepas hari penamaan calon, bila ramai wartawan pergi ke rumahnya sebelah pagi nak jumpanya, dia tak turun dari keretanya. Sebaliknya PA nya beritahu beliau ada urusan peribadi. Wartawan BERNAMA ada merungut kalau macam ini sikap calon BN, macam mana BN nak menang.


Seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, BN salah pilih calon. Kalau pilih orang lain, mungkin BN tak kalah teruk. Saya ingatkan PAS menang tipis, rupanya BN kalah teruk. Ini bermakna ramai ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana sabotaj Wan Farid.


Kesilapan Wan Farid beliau tukar ramai pengerusi JKKK selepas menang semula ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu Oktober lalu. Pengerusi JKKK ini ada pengaruh. Kalaub seorang Pengerusi ada 50 undi, kalau 10 orang pengerusi JKKK, berapa undi Wan Farid sudah hilang?


Wan Farid mungkir janji. Dia kata nak bayar sewa rumah WATAN ambil. Dia suruh saya berhubung dengan Mat Kerak. Mat Kerak kata Wan Farid tak beritahu pun. Tuan rumah marah. Adik beradik dia ada 7 orang. 14 undi. Kalau 14 pengundi beritahu kawan rapat pula, maknanya semakin banyak undi yang Wan Farid hilang? Salah siapa dia mungkir janji?


Banyak lagi yang mahu diulas. Tunggulah di masa akan datang.