KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata maklumat anggota parti itu tidak pernah didedahkan kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun beliau berkata maklumat setiap ahli parti itu tidak sukar diperoleh jika ada mana-mana pihak berkehendak untuk mendapatkannya dengan cara menghubungi individu dan mereka yang terbabit.
"Ia bukan satu rahsia untuk dimiliki oleh mana-mana pihak, sebagai setiausaha agung dan ketua pentadbiran di pejabat tidaklah menjadi kerja buat kami untuk menghebahkan maklumat parti kepada mana-mana pihak.
Tentang nombor telefon dan alamat pemimpin parti dari peringkat nasional, negeri dan cabang sebenarnya bukanlah terlalu sukar untuk diperolehi pada pemilihan parti yang lepas misalnya apabila pemilihan calon yang bertanding, usaha untuk mengumpul data-data asas adalah satu 'prasyarat' dalam menggerakkan setiap jentera parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri PKR dan perjumpaan tertutup bersama pemimpin dan cabang PKR Sabah, di sini hari ini.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar serta pemimpin PKR negeri.
Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan bahawa penyebaran video lucah membabitkan beliau (Mohamed Azmin) disebar menerusi kumpulan WhatsApp yang mempunyai nombor-nombor ketua cabang dan pemimpin peringkat bawahan PKR.
Mengulas mengenai pertemuan itu, beliau berkata presiden PKR meminta kepada anggota parti agar menjaga disiplin dan tidak tergesa-gesa mengambil pendirian terhadap isu yang melanda parti itu pada masa kini.
Beliau berkata PKR menolak permainan politik jijik dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan berhubung isu yang mengaitkan Mohamed Azmin.
"Kita meminta beliau (Mohamed Azmin) tabah dan sabar menghadapi ujian ini," katanya.
--BERNAMA
Memaparkan catatan dengan label saifuddin nasution ismail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saifuddin nasution ismail. Papar semua catatan
Isnin, Jun 17, 2019
Selasa, November 20, 2018
SAIFUDDIN CADANG YB YANG ENGGAN POTONG GAJI UNTUK PARTI DIPAMERKAN DALAM BUKU KONGRES TAHUNAN
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan nama ahli ahli parlimen dan ADUN-ADUN PKR yang culas memotong gaji mereka sebanyak 10 peratus untuk parti dipamerkan dalam buku kongres agung tahunan.
Cadangan itu diterima sebulat suara oleh para perwakilan PKR yang bersidang Ahad lalu ketika Saifuddin menggulung perbahasan.
Katanya, selepas PRU 2008, hanya tiga orang yang tidak mengisi borang potongan gaji melalui Angkasa.
"Selepas PRU 2013, ramai juga yang tak hantar borang. Oleh itu saya merayu kepada semua ahli parlimen dan ADUN yang menang pada PRU 2018 dapat mengisi borang potongan gaji," katanya kerana melalui potongan gaji mereka ia dapat membayar gaji kakitangan PKR dan sewa pejabat PKR di seluruh negara.
Katanya lagi, yang saya hairan masa pemilihan parti, mereka sanggup keluarkan dana yang banyak untuk berkempen di seluruh negara tetapi suruh potong gaji untuk parti mereka enggan.
" Saya harap mereka tak culas lagi kerana mereka jadi YB kerana PKR dan jadi menteri kerana PKR. Oleh itulah berkorbanlah untuk parti sebanyak 10 peratus atau 20 peratus," tegasnya lagi.

Selasa, September 11, 2018
BUAT ADUAN KEPADA WHATSAPP 0192794317 MENGENAI SST
ALOR SETAR, 10 Sept (Bernama) -- Orang ramai yang mempunyai aduan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kini boleh berbuat demikian menerusi aplikasi WhatsApp, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya penggunaan aplikasi media sosial itu sebagai saluran alternatif bertujuan memudahkan pengguna yang perlu menyertakan nama penuh, gambar resit serta nama premis yang berkenaan ke talian 019-2794317.
“Tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam,” katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat Pelaksanaan SST oleh Jabatan Kastam di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah menerima 642 aduan menerusi WhatsApp sejak medium itu diperkenalkan pada 1 Sept lalu dengan kebanyakannya melibatkan harga makanan dan minuman di restoran.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata sejak pelaksanaan SST pada 1 Sept lalu, pihaknya menyaksikan penurunan harga barang 0.2 hingga 12.9 peratus.
Sementara itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika berucap merasmikan majlis tersebut berkata SST yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan lebih mesra rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan terdahulu
" Melalui SST barangan cukai dikurangkan hingga 5,000 barangan iaitu 38 peratus berbanding 60 peratus semasa GST dahulu.
"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga berjanji tidak akan songlap duit-duit yang diperolehi dari SST ini dan sekiranya ada wakil kerajaan yang terlibat dengan pecah amanah maka akan dikenakan kuasa undang-undang sedia ada," katanya

Isnin, Ogos 06, 2018
ELAK KEMPEN BUNUH KAREKTOR CALON
PULAU PINANG 4 Ogos – Anggota PKR yang bakal mengundi pada pemilihan parti itu September ini diingatkan agar mengawasi disiplin dan tidak terdorong menjalankan kempen yang bersifat pembunuhan karakter.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR mengamalkan amalan politik terbuka dan anggota parti bebas menyokong dan memilih calon mereka yang bertanding pada pemilihan parti itu.
“Mereka bebas memberikan kecenderungan dan sokongan tapi disiplin yang harus mereka awasi adalah tidak terjebak untuk menjalankan kempen yang bersifat pembunuhan karakter atau mencipta fitnah dan tuduhan melampau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bank Makanan di Tesco Extra Sungai Dua di sini, hari ini.
Beliau turut menasihatkan anggota parti agar membuat pilihan berdasarkan komitmen calon-calon bertanding terhadap perjuangan parti, sumbangan idea dan kreativiti mereka.
Pemilihan PKR akan berlangsung selama sembilan minggu mulai September dengan 5 Ogos adalah hari penamaan calon-calon yang ingin bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat.
Sementara itu ditanya tentang kenyataan UMNO yang mengumumkan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia nanti, Saifuddin Nasution berkata, ia adalah baik dan menandakan ke arah mewujudkan sistem dua parti di negara ini.
“Dengan kerjasama ini (Barisan Nasional dan Pas) pada PRK DUN Sungai Kandis dan Seri Setia menunjukkan Pas dan UMNO saling mengambil pendekatan terbuka, bagi saya itu sangat baik ke arah satu kejelasan kepada rakyat untuk memudahkan rakyat membuat pilihan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan memerlukan blok pembangkang yang kuat untuk menjalankan tugas semak dan imbang dalam membina negara.
Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan penyandangnya, Profesor Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia, Khamis lepas manakala kerusi DUN Sungai Kandis kosong apabila penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Kedua-dua wakil rakyat itu adalah daripada PKR. – BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)