Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan

Ahad, September 04, 2011

BOIKOTLAH PILIHANRAYA


Pelik dan ajaib. Lima negeri pembangkang menang pada pilihanraya umum 2008 (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor) tetapi mereka masih tak percaya kepada SPR. Kalau SPR belot, satu negeri pun mereka tidak akan menang.Sebaliknya mereka menang banyak kerusi sehingga menafikan majoriti dua pertiga BN buat kali pertama dalam sejarah politik Malaysia.

Inilah sikap orang yang tidak bersyukur kepada nikmat Allah. Jika mereka bersyukur sudah tentu mereka dapat menerima betapa berkecualinya SPR dalam mengendalikan pilihanraya umum.Inilah sikap orang yang bodoh sombong. Bila menang dia kata menang kerana mereka kuat tetapi bila kalah mereka salahkan SPR tidak adil.

Kalau SPR berat sebelah sudah lama PAS tumbang di Kelantan. Sebaliknya SPR sangat profesional dalam mengendalikan pilihanraya dan BN sendiri tidak menyangka mereka boleh tumbang di Pulau Pinang, Kedah,, Perak dan Selangor.

Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.

Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.

"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.

"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.

Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.

"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan.

Rabu, April 27, 2011

TIADA LAGI PILIHANRAYA KECIL


Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas esok memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini sudah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka pilihan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang. Tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lalu.

"Sepertimana Parlimen, PRK juga tidak boleh lagi diadakan bagi DUN dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan berakhir, kecuali ada keperluan khas" katanya.
Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

"Jika speaker memaklumkan kepada SPR situasi di mana kerajaan sedia ada tidak boleh lagi membentuk kerajaan kerana hilang majoriti dalam dewan, PRK boleh diadakan.

"Tetapi setakat ini situasi ini tidak pernah berlaku. Walaupun di Dewan Rakyat kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga, tetapi masih mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, sebanyak 16 PRK dijalankan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

Perincian perbelanjaan bagi setiap pilihan raya kecil ialah Permatang Pauh (RM409,000), Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367.93), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.290 juta), Galas (RM1.047 juta), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000).

Ditanya persediaan SPR untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Abdul Aziz berkata, badan itu belum bersedia sepenuhnya sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

"Pilihan raya umum ini perkara serius, banyak benda yang perlu kita sediakan, kita harap tidaklah diadakan secara mengejut-mengejut.

"Kita perlukan masa. Pilihan raya umum bukan perkara main-main, ia perkara serius dan banyak yang perlu kita lakukan," katanya tanpa menjelaskan maksud "masa terdekat".

Bagaimanapun beliau meminta masyarakat umum tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum memandangkan kerajaan masih mempunyai banyak masa sebelum tempoh mandatnya berakhir.

"Kerajaan sekarang ada tempoh dua tahun lagi sebelum mandat berakhir pada April 2013, biarlah kerajaan sekarang mentadbir negara, mereka ada lima tahun," katanya. - BERNAMA

Khamis, September 23, 2010

IDRIS DILANTIK PENGARAH PILIHANRAYA?


Dua hari lepas saya berada di The Mall selepas menghadiri Hari Terbuka ETP di PWTC. Seperti biasa saya menemui kawan-kawan di situ bersembang politik dengan Kisfi Zainal, Tok Mulu Dalam dan Fizi anak Datuk Abu Bakar Ali bekas ADUN Kemasik.

Tok Mulu Dalam beritahu saya bahawa seorang Exco Kerajaan Terengganu memberitahunya bahawa UMNO Malaysia melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengarah Pilihanraya BN. Saya tidak percaya kerana biasanya tugas itu dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri. Masakan Tan Sri Muhyiddin menyerahkan jawatannya itu kepada Idris pula.

Hari ini saya baca blog citrabangsa yang mengesahkan perlantikan Idris itu walaupun BN belum membuat sebarang pengumuman. Agak aneh juga kenapa jawatan itu diberi kepada Idris sedangkan sudah jadi tradisi Timbalan Presiden UMNO yang akan menjadi Pengarah Pilihanraya BN.

Blog citrabangsa juga mengatakan Idris akan dilantik sebagai menteri penuh tidak lama lagi. Saya rasa selagi Tuanku Mizan menjadi Yang Dipertuan Agong, Idris tidak akan dilantik sebagai menteri kecuali Sultan Kedah menjadi Yang Dipertuan Agong dua tahun lagi, bolehlah Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan nama Idris untuk dilantik sebagai menteri.

Seorang rakan yang ada sama dengan saya pada petang itu, Fakhrul Azman Abu Bakar menyanggah kenapa perlu dilantik Idris sebagai pengarah pilihanraya BN. BN menang di Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana Idris atau gelombang biru tetapi kerana Fakhrul telah memecahbelahkan PAS dengan PKR. Sebagai bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul mendakwa nasi bungkus gelombang biru tidak habis.Ini bermakna ramai yang tidak hadiri majlis gelombang biru.

Fakhrul mendakwa, apabila PKR dan PAS dapat dipecahkan barulah usaha menawan semula Terengganu berjaya dilakukan. Fakhrul adalah orang yang membawa Ezam Mohd.Nor menemui Pak Lah melalui setiausaha politik pak Lah, Datuk Wan Farid Wan Salleh. Akhirnya Ezam Mohd.Nor menyertai UMNO dan kini beliau dilantik sebagai Senator tetapi Fakhrul yang minta jawatan APMT bagi DUN Wakaf Mempelam sampai sekarang tidak dilantik kerana Timbalan Pengarah APMT, Haji Shamsudin Sulong berdendam dengan pak saudara Fakhrul di Pulau Bahagia.

Macam mana APMT mahu maju bila ada pegawai kerajaan tidak profesional lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan umum. Orang seperti Fakhrul ini boleh buat kerja tetapi kerana dendam peribadi, surat perlantikan Fakhrul sampai sekarang tidak dikeluarkan.

Isnin, Ogos 24, 2009

UMNO TAKUT DENGAN PILIHANRAYA KECIL?


Kenapa UMNO takut dengan pilihanraya kecil Kota Seputeh? Jelas ADUNNya, Dr. Abdul Isa Ismail tidak menghormati Speaker Dewan Undangan Negeri kerana tidak hadiri sidang dewan tanpa memberi sebarang alasan. Malah katanya beliau telah sms kepada ketua pembangkang, Mahazir Khalid memaklumkan ketidakhadirannya. Adakah Mahazir jadi spekaer Dewan Undangan negeri?

Ini susahnya bila ada juga wakil rakyat BN tidak tahu peraturan. BN nampaknya salah pilih calon sedangkan Dr. Isa sudah empat penggal jadi wakil rakyat.


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail diminta menimbang semula keputusan beliau yang mahu wakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.


Anggota Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom berkata, kerajaan Kedah pimpinan Pas seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.


"UMNO tidak menafikan kesalahan Abu Hassan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jitra semalam.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kedua-dua pihak sepatutnya memberi tumpuan untuk menunaikan tuntutan rakyat dan usaha mengukuhkan ekonomi negeri.


Isu Abu Hassan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 17 Ogos lepas memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 9 April dan 9 Ogos tahun ini.


Mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mana-mana anggota DUN yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker hendaklah mengosongkan kerusinya.


Abdul Isa sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hassan bahawa beliau sakit dan menolak permohonan maafnya.