Memaparkan catatan dengan label parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parti. Papar semua catatan

Selasa, November 22, 2016

TERGUGATKAH UMNO DENGAN PELBAGAI PARTI BARU?

SEREMBAN, (Bernama) -- Perhimpunan Agung UMNO 2016, pada penghujung bulan ini akan berlangsung dalam keadaan agak luar biasa apabila dua kerusi barisan kepimpinan utamanya kosong, ekoran masing-masing yang dipecat dan keluar parti.

Saban tahun perhimpunan agung parti terbesar yang dianggotai 3.5 juta orang Melayu ini menjadi tumpuan pemerhati politik dan kali ini, Perhimpunan Agung UMNO 2016 dilihat luar daripada kebiasaaan berikutan perkembangan terkini yang berlaku dalam parti.

Bukan sahaja melibatkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 24 Jun dan Datuk Seri Mohd Shafei Apdal yang merupakan Naib Presiden keluar parti 4 Julai lepas, ia turut membabitkan beberapa pemimpin bahagian dan akar umbi yang tidak lagi bersama parti.

Landskap politik tanah air berubah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan ia menyaksikan penubuhan parti-parti politik baharu di samping penjenamaan semula parti sedia ada, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Dua daripadanya ditubuhkan atas dasar tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO.

Sebuah lagi parti pula ditubuhkan selepas sekumpulan pemimpin yang sebelum ini menerajui saf kepimpinan dalam PAS tersingkir dalam pemilihan pada Muktamar 2015.



Parti Berasaskan Melayu Kian Bertambah

Selain UMNO, terdapat dua lagi parti berasaskan Melayu sedia ada di negara ini iaitu PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini jumlahnya menjadi enam kesemuanya dengan wujudnya Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah (PWS - parti yang diasaskan di Sabah).

Selain Amanah, yang merupakan parti yang dijenamakan semula daripada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, PWS juga merupakan parti yang turut melalui penjenamaan semula selepas Mohd Shafie mengambil alih Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS).

Walaupun PPBM dan PWS mengisytiharkan mereka adalah parti berbilang bangsa, namun penubuhan awalnya adalah berasaskan daripada sokongan segelintir orang Melayu dan bumiputera Sabah.

Dengan pertambahan parti-parti politik kini yang meraikan demokrasi, cabaran yang dihadapi UMNO kini bukan lagi seperti biasa malah memerlukan parti itu bekerja lebih kuat dan luar biasa bagi memastikan sokongan pengundi khususnya orang Melayu sekurang-kurangnya ditahap kekal atau bertambah pada pilihan raya umum akan datang.



Tergugatkah UMNO?

Persoalannya, tergugatkah UMNO dengan penubuhan lebih banyak parti berasaskan Melayu dewasa ini?

Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi MARA cawangan Jengka, Pahang Che Hamdan Che Mohd Razali berkata sedikit sebanyak penubuhan parti baharu berkenaan memberi kesan kepada UMNO.

"Selain daripada Parti Amanah, kedua-dua parti baharu ini iaitu PPBM dan PWS merupakan serpihan kepada UMNO. Maka daripada segi sokongan, pengaruh dan kekuatan ia sedikit sebanyak terjejas kerana aktivis-aktivis parti di dalamnya adalah dari UMNO.

"Lebih membimbangkan lagi, mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin UMNO ini juga mempunyai pengalaman yang lama dalam parti. Segenap kelebihan dan kelemahan UMNO mungkin akan dipergunakan untuk survival agenda politik mereka," katanya kepada Bernama di sini.

Justeru, katanya penubuhan parti-parti baharu ini akan menjadi satu cabaran yang besar kepada UMNO yang kini sedang diserang dengan pelbagai isu oleh pembangkang.

Pun begitu, beliau berkata kemampuan UMNO dalam menghadapi saingan parti-parti politik khususnya yang mewakili orang Melayu sangat bergantung kepada sokongan akar umbi.

"UMNO tidak boleh terlalu bergantung kepada kata-kata manis daripada pemimpin peringkat bahagian dan cawangan kerana kadang-kadang pimpinan atasan UMNO mendapat maklumat dan gambaran yang kosmetik tentang situasi di akar umbi.

"Natijahnya, sering kali terdapat salah faham sehingga menyebabkan kegagalan dalam menangani isu-isu penting. Oleh itu, perlu diberikan penekanan tentang peranan sebenar agen perubahan di peringkat bawah agar dapat berfungsi dalam memberikan penerangan dan meningkatkan solidariti ahli UMNO secara khusus dan rakyat awam secara umum," katanya.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berpendapat penubuhan parti-parti baharu itu memberi kesan terhadap sokongan rakyat dan pengaruh UMNO kepada pengundi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kepimpinan UMNO harus melihat perkembangan ini sebagai satu cabaran kepada parti, katanya, sambil menegaskan bahawa kekuatan UMNO banyak bergantung kepada semangat dan kejituan kebolehpercayaan terhadap kepimpinan parti dalam kalangan anggotanya.

"Saya berpendapat, sudah sampai masanya UMNO kembali kepada perjuangan asalnya iaitu UMNO untuk Melayu yang mana jika UMNO gagal membela nasib orang Melayu, maka parti lain akan mengambil alih fungsi ini dan perjuangan UMNO akan terjejas dan menjadi semakin tidak relevan," katanya.



Tumpuan Perhimpunan Agung AGUNG UMNO 2016

Landskap politik hari ini memerlukan UMNO menawarkan politik yang mampu memberi keyakinan dan harapan kepada seluruh rakyat khususnya generasi Y dan Z.

Seiring dengan perubahan masa, pendekatan lama yang diamalkan termasuk memainkan sentimen sejarah tidak lagi berkesan dalam usaha parti untuk menarik sokongan dan minat generasi berkenaan.

Bagi tujuan itu, Che Hamdan berkata beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam perhimpunan tahunan UMNO kali ini, iaitu antara lain berkaitan dengan keperluan untuk membersihkan parti daripada kelompok yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin dan parti.

"Selain itu, gerak kerja bagi menghadapi cabaran pilihan raya juga perlu diberikan perhatian yang cukup mendalam dan sewajarnya dan yang paling penting, tumpuan ke arah memahami masalah rakyat keseluruhannya.

"Seterusnya, menyusun strategi bagi membantu pihak kerajaan dalam memberikan sistem sokongan dan jaringan sosial kepada kelompok berpendapatan pertengahan dan bawahan hendaklah menjadi agenda utama," katanya.

Bagi Mohd Idrus, perhimpunan itu dijangka membahaskan isu-isu berkaitan kepimpinan parti, ekonomi semasa negara dan juga ancaman kepada keamanan serta keharmonian negara.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 Nov hingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Sabtu, Mei 25, 2013

PAKATAN RAKYAT PERLU JADI PARTI YANG BERTANGGUNGJAWAB

Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa Pakatan Rakyat memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab dan menghormati keputusan rakyat yang memberikan majoriti mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Sambil menyifatkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa kerana tidak dapat menerima kekalahan, beliau berkata Anwar tidak sepatutnya mempersoal keputusan PRU13 dan kesahihan kerajaan persekutuan hari ini. "Menang tetap menang dan kita mengamalkan demokrasi. Dia (Anwar) tidak perlu menggunakan orang muda untuk mengejar kepentingan peribadinya menjadi perdana menteri, sebaliknya mendidik mereka dengan menekankan prinsip-prinsip pilihan raya demokrasi di mana yang kalah mesti dapat menerima yang menang. "Kita perlu bergerak ke depan. Kita akan bertarung sekali lagi pada pilihan raya akan datang, saya berpendapat orang ramai sudah bosan dengan cara dia berpolitik. Sebenarnya BN tewas di Kadamaian (kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kota Belud), dan kami menghormati keputusan dan tidak akan menganiaya pengundi. "Sebaliknya, kami akan bekerja keras untuk menguasainya semula," katanya pada majlis kesyukuran sempena kemenangan BN di Dewan Komuniti Kota Belud di sini Sabtu. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud. Salleh, yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Sabah dan Adun Usukan menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang adalah 'kerajaan majoriti dan bukan kerajaan minoriti". "Kita menerima demokrasi berasaskan kepada sistem parti. Kerajaan minoriti bermakna tiada parti yang menang lebih daripada separuh jumlah kerusi yang ditandingi. Pada pilihan raya baru-baru ini, sudah jelas BN menang lebih daripada itu," katanya. Berhubung cakap-cakap bahawa BN akan dibuka kepada keanggotaan langsung, beliau berkata kempen itu perlu dipertingkatkan dengan satu pendekatan baharu bagi memenangi hati pengundi muda dan bandar. Sementara itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara dan Sabah.

Jumaat, Julai 15, 2011

PAS, PARTI AMBIGA SREENEVASAN


Tahniah kepada PAS yang menjadi pengikut setia Ambiga Sreenevasan yang menjadi Pengerusi Bersih. Yang ketuai Bersih adalah orang keling tapi yang ramai berarak ialah orang melayu. Tak nampak orang Cina dan keling berarak.

Lim Kit Siang, Lim guan Eng tak nampak batang hidung. Begitu juga Karpal Singh. Yang bodoh ialah orang Melayu yang jadi pengikut Ambiga terutamanya ahli PAS dan PKR yang sudah tentu orang Melayu.

PAS kini bukan lagi Parti Islam Semalaysia sebaliknya Parti Ambiga Sreenevasan (PAS). Oleh itu sudah sampainya Ambiga masuk Islam dan memimpin PAS. Haji Hadi sudah tua. Ada orang berkata perhimpunan haram 9 Julai menjulang semula nama Haji Hadi sebagai pemimpin PAS yang tenggelam selama ini. Bila beliau ditangkap beliau dijulang sebagai wira dan kepulangannya ke Kuala terengganu disambut 2,000 orang di lapanganterbang Sultan Mahmud.

Baru-baru ini saya jumpa Pak Mat Petai dari Gombak. beliau penyokong PAS yang setia. Dia bekerja di pejabat DUN Gombak Setia yang diwakili oleh Datuk Dr. Hassan Ali. Tugas Pak Mat Petai ialah mengedarkan akhbar Harakah dan akhbar Selangor Kini. Menurut Pak mat petai, jika hari itu ada orang lawan Haji Hadi sudah tentu Haji Hadi kalah dalam pertandingan Presiden PAS.

Oleh kerana tiada yang berani lawan beliau, maka beliau menang tanpa tanding. Kini PAS tak perlu risau kalau haji Hadi tidak memimpin PAS lagi, kerana selepas ini Ambiga yang sinonim dengan PAS (Parti Ambiga Sreenevasan) akan memimpin PAS. oleh itu peluklah Islam segera Ambiga dan kita nak tengok wajah baru Ambiga pakai tudung.

Ahad, Julai 18, 2010

UTAMAKAN KEPENTINGAN PARTI


Empat wakil rakyat kawasan Setiu yang tidak hadir pada persidangan perwakilan bahagian itu semalam diminta supaya mengutamakan kepentingan parti dan bukan hal yang remeh temeh.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata mereka sepatutnya duduk semeja bagi menyelesaikan masalah berbangkit dan bukan dengan cara mengambil tindakan yang akhirnya memberikan gambaran tidak baik kepada UMNO negeri.

Beliau yang terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku, berkata perbuatan mereka memberi gambaran seolah-olah mereka membelakangi parti memandangkan persidangan itu dirasmikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Masyarakat peringkat akar umbi bahagian Kemaman di sini, pada Sabtu.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika diminta mengulas kegagalan empat ADUN berkenaan, Ramlan Ali (ADUN Jabi), Abd Halim Jusoh (ADUN Permaisuri), Asha'ari Idris (ADUN Langkap) dan Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) tidak hadir pada majlis tersebut.

"Walau apapun alasan yang diberi, apabila Timbalan Perdana Menteri datang untuk merasmikan mesyuarat itu, tindakan demikian dilihat sebagai sama seperti memboikot," katanya.

Katanya, beliau berharap kesemua wakil rakyat terlibat dapat memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada Muhyiddin tentang perkara itu.

Perkara itu turut disentuh Muhyiddin dalam ucapannya yang melahirkan rasa kecewa dengan kegagalan keempat-empat wakil rakyat itu hadir bersama pada majlis tersebut.

Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Setiu, petang Jumaat turut dihadiri, Anggota parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sementara itu Khazan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri berkata Timbalan Perdana Menteri telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai ketidakhadiran beliau ke majlis itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika diminta berbuat demikian.

Sabtu, Oktober 31, 2009

PARTI TUNGGAL DICADANG GANTI BN


Pemuda Gerakan mencadangkan ditubuhkan parti tunggal yang mewakili semua kaum bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggotai parti-parti komponen yang mewakili kaum tertentu.

Ketuanya Lim Si Pin berkata penubuhan parti tunggal itu diyakini akan dapat menarik minat semua kaum untuk menyertainya dan dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah perkauman.

"Kalau kita (parti-parti komponen) masih menggunakan cara perkauman untuk mengatasi masalah, kita hanya akan menjadi semakin mundur dan tidak dapat menuju ke hadapan," katanya dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Gerakan di Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Lim mencadangkan satu jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional (BN) ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana struktur parti tunggal sedemikian dapat direalisasikan.

"Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan saudara Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini tetapi sebaliknya mengambil cadangan untuk menerokai kemungkinan diwujudkan satu parti sedemikian," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kesepakatan dan kerjasama perlu dicapai antara semua parti komponen BN dengan menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas sebagai iktibar dan mendapatkan semula sokongan pengundi pada pilihan raya umum dan kecil yang akan datang.

Katanya keputusan pilihan raya umum ke-12 jelas menunjukkan bahawa aspirasi dan hasrat pengundi dan rakyat jelata telah menjangkaui batasan kaum.

"Banyak kerja pemulihan perlu dilaksanakan, misalnya semua rancangan sedia ada harus dikemaskinikan dan dikaji semula untuk meningkatkan semula imej parti Barisan Nasional," katanya.

Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berharap kerajaan dapat membuat pindaan yang menyeluruh ke atas akta itu dan bila tiba masa yang sesuai dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta yang lebih berperikemanusiaan.