Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 06, 2017

PAHANG SIASAT DIMP BOY IMAN



PEKAN 5 Okt. - Kerajaan negeri sedang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman yang menjadi pertikaian terutama di media sosial ketika ini.





Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini membuat semakan sama ada penama berikut menerima atau tidak penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.


“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.

“Jika benar gelaran tersebut diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.

Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di sini hari ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.


Sabtu, September 03, 2011

PARLIMEN KINABATANGAN SAMA BESAR DENGAN NEGERI PAHANG?


Cadangan mewujudkan kerusi baru bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat, kata ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Menurut beliau ia mampu membantu mempercepatkan lagi pembangunan di negeri ini yang mempunyai keluasan yang besar serta membantu kepada penyampaian dan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat terutama penyediaan kemudahan asas.

Pewujudan kerusi baru itu tidak seharusnya dilihat sebagai agenda untuk memenangi pilihan raya umum akan datang tetapi apa yang penting adalah pembangunan rakyat dapat ditingkatkan, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Umno Bahagian Kinabatangan di Sandakan, hari ini.

Beliau berkata perbincangan semua pihak berhubung perkara tersebut perlu dalam memastikan pewujudan kerusi baru di sesuatu kawasan tidak disalah erti oleh sesetengah pihak.

Bung Moktar berkata mengambil contoh di kawasan beliau sendiri iaitu Kinabatangan yang mana keluasannya sama seperti negeri Pahang dan hanya mempunyai dua kawasan DUN iaitu Sukau dan Kuamut serta satu Parlimen iaitu Kinabatangan.

Katanya sudah semestinya dengan keluasan Parlimen Kinabatangan memerlukan satu kerusi DUN tambahan bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa terbela selaras dengan kapasitinya.