Memaparkan catatan dengan label nik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nik. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 02, 2016

NIK ABDUH MASUK AMANAH BARU BERITA

Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH).
Dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan.
Nik Omar bagaimanapun tidak hadir dalam majlis tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya.
Namun ketika ditemui  selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH.
Malah, beliau mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.
"Eh mana ada anak Nik Aziz masuk AMANAH. Kamu salah dengar ni. Mana ada," katanya selepas majlis yang dihadiri kira-kira 1000 penyokong parti itu.
Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemui  mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan itu memang telah menyertai parti berkenaan.
Sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata Nik Omar bagaimanapun tidak akan hadir pada majlis-majlis yang melibatkan orang ramai pada ketika ini.

Katanya, ia bagi menghormati permintaan keluarganya serta kematian bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu.
"Sebenarnya dia (Nik Omar) memang dah sertai AMANAH tapi sebab nak menghormati permintaan bondanya serta keluarganya yang lain.
"Tetapi kalau ada mesyuarat dalaman memang dia akan hadir cuma di majlis terbuka seperti ini dia tak mahu menonjol," katanya.

Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.
"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.
Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya.
Manakala adiknya, Nik Abduh yang merupakan anak kelima pula merupakan Ketua Pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas.
Ulasan saya, apa yang hairannya anak Nik Aziz masuk Amanah. Lagipun Nik Omar tidak pernah aktif dalam politik maka kesannya tidak kuat mana.

Melainkan Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda PAS yang masuk Amanah, baru ia adalah berita yang kuat. Soal dua beradik masuk parti yang berlainan bukan soal baru. Lihat Shahrir Samad, Ahli parlimen BN Johor Bharu dengan adiknya Khalid Samad, ahli parlimen Amanah Shah Alam.

Jadi kemasukan Nik Omar ke dalam Ananah bukannya menunjukkan Amanah makin berpengaruh. Sebaliknya jika pemimpin besar PAS menyertai Amanah barulah ia satu pukulan kepada PAS. Amanah belum terbukti ia kuat kecuali ada pilihanraya kecil Amanah menang mengalahkan PAS dan BN. Barulah Amanah boleh mendabik dada menggantikan PAS.

Selasa, April 30, 2013

NIK AZIZ PEMEGANG AMANAH

Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan. Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007. Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah. Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. "Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi. Utusan: Di balik imej zuhud Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial. Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak. Kesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar. Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan. Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral. Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu.