Memaparkan catatan dengan label nak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nak. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 02, 2016

ZABIDI NAK PECAT AHMAD SAID?

Rasa lucu juga saya dengar ucapan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said Sabtu lalu apabila beliau berkata, "Razif nak pecat saya, Haji Pa nak pecat saya, Zabidi nak pecat saya".

Sejak bila pula saya ada kuasa nak pecat Ahmad Said dari Umno. Saya bukan Presiden Umno. Kalau Datuk Seri Najib Tun Razak beri saya jadi Presiden Umno selama 1 hari, memang saya akan pecat Ahmad Said dari Umno kerana membawa usul tidak percaya kepada  MB pada Mac lalu.

Ahmad Said sedar tak tindakan beliau membawa usul undi tak percaya kepada MB BN satu kesalahan? Takkan beliau tidak tahu. Jadi apa salahnya saya menulis dalam blog saya mencadangkan Umno memecat beliau dari parti.

Terima kasih kepada Ahmad Said yang menyebut nama saya. Hari itu blog saya meningkat hit kerana orang nak baca apa yang saya tulis mengenai beliau dalam empat posting saya sepanjang bulan Julai. Beliau telah mempromosi blog saya walaupun orang orangnya kata blog saya cap ayam.

Terima kasih kepada para penyokong beliau yang tidak memboikot blog saya.Blog cap ayam ini yang dicari tiap hari untuk dibaca. Mereka tunggu hari ini Zabidi tulis apa pulak.

Dalam ucapannya bekas MB itu juga menyebut Zabidi orang ada penyakit. Penyakit apa pulak? Setahu saya, saya ada penyakit TB sahaja. Takut bini. Hahaha. Macamlah beliau tidak ada penyakit. Banyak yang saya boleh dedahkan penyakitnya dalam blog ini tetapi buat apa saya cerita hal peribadinya. Tak baik aibkan peribadinya.

Dalam ucapannya di hadapan ahli ahli Umno di majlis pecah tanah di Dusun Nyior, Chukai, ADUN Kijal itu pesan kepada orang ramai supaya jangan beri pegawai khas MB, Haji Mustafa Abdul Rahman lalu di hadapannya takut takut kena penamparnya.

Ahmad Said kata kelmarin anak perempuannya menangis kerana Haji Pa hentamnya dalam Facebook. Yang anaknya hentam Haji Pa tak apa pulak tuduh Haji Pa baham duit perarakan bot. Haji Pa bersumpah di hadapan Kaabah tidak makan duit perarakan bot yang mana video itu diviralkan dalam Facebook Haji Pa.

Orang-orang Ahmad Said menuduh saya diupah oleh Haji Pa. Banyak mana Haji Pa beri duit kepada saya? Buktikan. Saya menulis kerana sayang kepada Umno dan bukan kerana diupah oleh Haji Pa. Masa Ahmad Said jadi MB, saya pertahankan beliau dalam blog saya kerana ketika itu beliau adalah MB Terengganu.

 kita kena terima hakikat bahawa MB Terengganu sekarang ialah Ahmad Razif. Maka kita kena sokong beliau. Datuk Seri Idris Jusoh redha dengan perlantikan Ahmad Said malah beliau gentleman hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Said. Adakah Ahmad Said hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Razif? Nampak sangat kita tidak gentleman tidak dapat menerima qada dan qadar.

Jangan salahkan orang lain bila tidak disambung semula jawatan MB. Salahkan diri sendiri kerana prestasi BN Terengganu merosot 17-15. Jika BN Terengganu menang besar, PM tentu tak marahi beliau. Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu beliau kena bertangungjawab dan meletakkan jawatan sebagai MB selepas PRU 13.

Sebaliknya beliau diberi tempoh setahun oleh PM. Jadi bukan abang MB, Azmi Abdul Rahman menjadi dalang seperti dituduh oleh Ahmad Said. PM dah tak nak Ahmad Said dengan perjanjian bertulis selama setahun kekalkannya sebagai MB. Dah tahu tempohnya berakhir pada Mei 2014, kenapa pergi rancang majlis perkahwinan anaknya pada bulan tersebut.

Kenapa tak buat pada bulan April 2014 kecuali ada niat lain. Tak ada sesiapa pun yang jatuhkannya kerana itu janji beliau kepada PM. Azmi tak pernah pergi jumpa PM minta gugurkan Ahmad Said sebagai MB. Takkan PM nak ikut cakap Azmi?

Takkan Ahmad Said lupa bahawa Azmi yang minta adiknya ADUN Seberang Takir  sebagai ADUN pertama menyokong Ahmad Said ketika istana memilih beliau sebagai MB. Saya sms kepada ADUN saya, Wan Hakim Wan Mokhtar supaya menyokong Ahmad Said tetapi Wan Hakim jawab Idris Jusoh yang memilihnya sebagai calon BN dan bukannya Ahmad Said.

Masa itu istana beri masa supaya Ahmad Said bentuk kerajaan segera dengan menamakan Exco Exco dan kalau tak dapat beri nama dalam masa yang ditetapkan, istana akan minta Dewan Undangan negeri dibubar supaya pilihanraya baru diadakan. Kalau diadakan pilihanraya negeri sudah tentu BN kalah 32-0.

Mujur Razif sebagai ADUN pertama yang sanggup jadi Exco diikuti oleh beberapa orang lain untuk jadi Exco  untuk bentuk kerajaan. Razif memang tanda tangani borang akuan sumpah tanpa tarikh bersama Exco lain kerana nak cepat persembahkan kepada istana. Yang tahu sahih atau tidak surat itu ialah Datuk Zubir Embong dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Selepas PRU13 setelah PM janji dengan Ahmad Said untuk setahun sahaja, maka PM minta Setpolnya meneliti beberapa calon untuk jadi pengganti Ahmad Said.Pihak istana juga meneliti beberapa calon.Razif bebarapa kali dipanggil interbiu oleh pihak tertentu dalam tempoh satu tahun itu.



Di zaman BN Terengganu kalah (1999-2004), empat ADUN yang menang bertungkus lumus iaitu Tengku Putera, Datuk Rosol Wahid, Datuk Rashid Ngah dan Datuk Abu Bakar Ali berjuang dalam Dewan Undangan Negeri membongkar penyelewengan PAS sehingga rakyat hilang keyakinan kepada PAS. Azmi sendiri adalah seorang pakar strategi Idris Jusoh  dan beliau yang bongkar isu PAS beri balak kepda gadis berumur 18 tahun melalui Rosol yang membangkitkannya dalam sidang DUN. Ahmad Said yang kalah di Kijal tak pernah  datang ke sidang DUN untuk memberi semangat kepada empat orang ADUN BN.

Mengenai isu Terenganu Investment Authority (TIA), bila pulak Najib minta cagarkan telaga minyak Terengganu. Bila TIA nak mula melabur,dicadangkan TIA keluarkan bon kepada pelabur pelabur untuk dapatkan modal pelaburan  dan bon ini dijamin dengan hasil royalti minyak seandainya pelaburan TIA tidak memberi pulangan yang mencukupi untuk bayar faedah bon setiap tahun dan bayaran pokok. Manalah Ahmad Said faham hal-hal modal pelaburan.

Ada orang sebar gambar saya dalam whatsapp grup kononnya gambar saya telah diedit kerana orang marahi saya hentam Ahmad Said dalam blog saya. Kawan saya forward gambar itu kepada saya (gambar di bawah)saya ketawa kerana gambar itu saya buat sendiri untuk grup whatsapp saya. Tapi ada kawan yang nakal dalam grup saya hantar gambar itu kepada grup lain kononnya orang conteng gambar tersebut. Macam macam hal manusia.

Jumaat, November 06, 2015

NAK TARIK UNDI CINA PUN, JANGAN KATA KL BODOH



Pilihanraya negeri Sarawak semakin hampir. Macam macam hal nak tarik undi orang Cina sehingga sanggup Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem kata KL bodoh kerana tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina.


Adenan berkata, tidak masuk akal jika tidak mengiktiraf UEC kerana ia akan menyebabkan mereka yang pakar dan berbakat keluar atau berhijrah ke negara yang mengiktiraf kelayakan itu.


“Saya tidak peduli apa yang kerajaan persekutuan buat tetapi saya fikir itu bodoh.


“Saya bersedia untuk mempertahankannya,” katanya merujuk kepada pendidikan masih di bawah bidang kuasa persekutuan meskipun Adenan mengambil langkah menuntut ia semula di bawah Perjanjian Malaysia.

Beliau berkata, Sarawak akan kehilangan banyak individu berbakat kepada negara seperti Singapura dan Taiwan, akibat daripada polisi itu.


“Negara lain akan ambil mereka.


“Sangat membazir. Bagaimana kita hendak sekat peluang mereka (dalam negara ini)?,” katanya semalam.


UEC ialah peperiksaan standard yang perlu diduduki pelajar di semua 60 sekolah menengah persendirian Cina di negara ini.


Sejumlah besar universiti antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, United Kingdom yang berprestij itu turut mengiktiraf kelayakan peperiksaan itu.


KL tidak mengiktiraf UEC kerana ia tidak mengikut kurikulum pendidikan negara.


Berhubung langkah Sarawak menuntut semula kuasa autonomi terhadap pendidikan dan meningkatkan keupayaan rakyatnya berbahasa Inggeris dengan menjadikan ia bahasa pengantar di sekolah, Adenan berkata, Bahasa Inggeris bukan lagi bahasa “bekas penjajah” tetapi bahasa antarabangsa.


Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menutup diri mereka daripada dunia luar.


“Anda bukan di bulan. Anda berada di dunia ini,” katanya.


Beliau berkata memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris tidak bermakna negeri itu meletakkan Bahasa Melayu di bawah.

“Kita boleh ada kedua-duanya,” katanya.


Adenan ingat dengan mengatakan KL bodoh, orang Cina akan menyokong SUPP,parti Cina dalam komponen parti BN Sarawak. Jangan haraplah. Mereka tetap menyokong DAP.


Adenan tujukan kepada siapa yang bodoh itu, PM ke, Najib Razak atau Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid? Adenan harap dengan membodohkan Najib dan Mahdzir orang Cina Sarawak akan menyokong BN?


Jangan mimpilah Adenan. Adenan ini tidak sedar diri dan tak tahu bersyukur. Sepatutnya Abang Johari yang jadi Ketua Menteri selaku Timbalan Presiden PBB. Tetapi oleh kerana Abang Jo tidak ngam dengan bekas Ketua Menteri, Taib Mahmud maka Adenan Satem yangt dipilih sebagai pengganti beliau.


Kerusi Ketua Menteri itu hak Abang Jo tetapi Adenan yang dilantik. Bila dah dilantik tu pandai-pandailah bawa diri. Sebaliknya oleh kerana beliau mahu jadi hero orang Cina, dikatanya pula KL bodoh sedangkan Najib Razak yang banyak membantu Sarawak berbanding dengan semua bekas PM.


Selepas BN menang semula dalam PRU tahun depan di Sarawak, sudah wajarlah rakyat Sarawak memilih Ketua Menteri yang baru yang boleh menjaga mulut tidak membodohkan pemimpin KL. Cerdik sangat ke Adenan? Sedangkan beliau menjadi menteri dalam kerajaan pusat dahulu tidak lama. Ini bermakna prestasinya tidak bagus. Kalau prestasinya bagus, sudah tentu beliau lama jadi menteri pusat. Mungkin beliau juga bodoh yang menyebabkan PM dahulu membuangnya dari kabinet pusat.


Siapa yang bodoh? Dasar pelajaran kebangsaan mengatakan semua sekolah hendaklah menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu sebaliknya Adenan mahu pusing ke zaman silam yang mahu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Sarawak.


Nampaknya Adenan adalah pengkhianat bahasa Melayu jika Sarawak mengubah dasar pelajaran kebangsaan yang diperjuangkan oleh bekas Menteri Pelajaran dahulu, Rahman Yaacob yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak.


Rahman Yaacob disanjung kerana tegas mempertahankan bahasa Melayu sebaliknya Adenan Satem yang mahu menjadi pengkhianat bahasa Melayu.






Sabtu, Ogos 15, 2015

PERWAKILAN NAK DENGAR UCAPAN MUHYIDDIN, BUKANNYA UCAPAN AHMAD SAID

Petang semalam Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yasin merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman yang diketuai oleh bekas MB Terengganu, Ahmad Said yang menerima nasib yang sama seperti Muhyiddin dari kumpulan yang terbuang.

Sambil berseloroh Muhyiddin berkata beliau belum lagi mengisi borang untuk menjadi ahli kelab kumpulan yang digugurkan. Ahmad Said dipaksa meletakkan jawatan sebagai MB pada 12 Mei 2014 manakala Muhyiddin dipecat dari jawatan TPM pada 27 Julai 2015.

Mereka sama-sama pegang jawatan selama enam tahun. Ahmad said bermula 2008 manakala Muhyiddin bermula 2009. Selepas meletakkan jawatan sebagai MB pada 12 Mei 2014, Ahmad said berdiam diri. Tidak pernah menghadiri mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian, timbalannya Ahmad Shabery Cheek mempengerusikan mesyuarat.

Bekas menteri komunikasi dan multi media yang baru ditukarkan ke kementerian pertanian dan industri asas tani tidak menderhaka kepada Ahmad Said kerana Ahmad Said yang menaikkannya dalam politik Umno. Shabery bekas Ketua Penerangan Parti Semangat 46 yang menyertai Umno pada 1998 tewas bertanding jawatan ketua pemuda Umno bahagian kemaman pada tahun 1998 menentang ahli parlimen kemaman, Dr Ramli Taib kerana tiga ADUN (Wan Mokhtar Ahmad, Abu bakar Ali dan Harun Hassan) bersatu menyokong Dr Ramli menakala Ahmad Said menyokong Shabery secara senyap-senyap.

Selepas kalah, Shabery balik ke Kuala Lumpur. Pada tahun 2000, ketika Ahmad said mahu menentang pemangku ketua bahagian, Abu Bakar Ali, Ahmad Said sedang mencari regu untuk menentang Abu bakar ali yang beregu dengan bekas ketua pemuda, arwah Nazri Salleh. Ketika itu ahli jawatankuasa Umno bahagian, Md Rahim Hussein mencadangkan kepada Ahmad said supaya beregu dengan Shabery Cheek.

Maka mereka bertiga, Ahmad Said, Ahmad Shabery Cheek dan Md Rahim Hussein beregu menentang team A yang terdiri daripada Abu bakar Ali, Nazri Salleh dan Shahbudin maidin.

Team B menang besar dan sapu 19 daripada 20 kerusi ahli jawatankuasa Umno bahagian. Team B bekerja keras memenangkan tiga kerusi DUN yang tewas dalam PRU 1999 dan akhirnya BN Kemaman menang empat kerusi DUN pada PRU 2004.

Shabery pula menang kerusi parlimen Kemaman yang menyaksikan beliau dilantik setiausaha parlimen Kementerian Luar dua tahun kemudian. Beliau mencatat sejarah sebagai setiausaha parlimen pertama terus dilantik menteri penerangan tanpa menjadi timbalan menteri. Biasanya setiausaha parlimen jadi timbalan menteri terlebih dahulu sebelum jadi menteri.

Walaupun beliau sudah jadi menteri, Shabery kekal timbalan ketua bahagian dan tidak pernah berhasrat menentang Ahmad Said yang ketika itu menjadi Exco. Tambahan pula apabila Ahmad Said jadi MB pada tahun 2008, Shabery tetap setia dengan Ahmad Said.

Apabila Ahmad Said keluar dari Umno selepas dipecat dari jawatan MB, Shabery didesak memangku jawatan ketua bahagian tetapi apabila Ahmad said masuk semula Umno, Ahmad Shabery kekal dengan jawatannya. Beliau pun tidak mengulas tindakan Ahmad said yang keluar Umno kerana beliau terhutang budi kepada Ahmad said yang melonjakkannya terus sebagai timbalan ketua bahagian tanpa pernah memegang jawatan ahli jawatankuasa Umno bahagian Kemaman.

Apabila bekas MB itu menyertai semula Umno, beliau berdiam diri selama setahun. pada persidangan Umno bahagian Kemaman tahun lepas, Ahmad said tidak hadir. Sebagai menghormati Ahmad Said, Shabery mengarahkan pengerusi tetap tidak membenarkan perwakilan berucap dalam ucapan penangguhan. Ini yang menyebabkan persidangan menjadi kecoh di mana wakil DUN Chukai, Yusof Mohamad telah merampas mikrofon kerana pengerusi tetap tidak mengikut agenda persidangan.

Semalam sekali lagi perwakilan tidak berpeluang berucap dalam ucapan penangguhan kerana persidangan diadakan separuh hari selepas solat jumaat. Biasanya persidangan diadakan pada hari Sabtu sepanjang hari dan perwakilan empat DUN bebas berucap.

bekas ketua cawangan Semanyor, Ahmad Abdullah yang dikenali sebagai Mat Din kesal persidangan diadakan di sebelah petang kerana beliau tidak sempat berucap. Ucapan ketua bahagian pula yang sepatutnya mengalu-alukan kedatangan Muhyiddin sepatutnya ringkas tetapi meleret sampai dua jam, dakwa Mat Din. Muhyiddin berucap selama setengah jam sahaja.

"Perwakilan nak dengar ucapan Muhyiddin dan mereka bukannya nak dengar ucapan ketua bahagian," kata Mat Din yang tidak puas hati tidak dapat berucap.

Ucapan Ahmad said memang "stole the show" kerana mendedahkan sejarah 1MDB yang disebutnya dalam sidang DUN Mei lepas. Dalam ucapannya beliau mencabar ADUN Air Puteh, Wan Hakim Wan Mokhtar bersumpah di mana-mana masjid hatta di hadapan kaabah tentang Terengganu Investment Authority (TIA) nama asal 1MDB apabila selaku Ketua penerangan Umno Terengganu, Wan hakim mendakwa ucapan Ahmad said terhadap 1MDB mahu mencagarkan minyak dan gas Terengganu sebagai berita sensasi Ahmad said. Dengan menyebut wallahi, wabillahi, watallahi Ahmad Said berkata ucapannya dalam sidang DUN Terengganu itu bukannya rekaan.

Selepas menyertai semula Umno pada 15 Mei 2014, Ahmad said berikrar tidak akan bertanding lagi dalam PRU 2018. Itu hanya cakap politik. Suasana sudah berubah. Ketika Dr Mahathir Mohamad ke PWTC mahu menghadiri majlis "Nothing To Hide" dengan najib Razak, Ahmad said duduk di sebelah Dr Mahathir. Ketika Muhyiddin dipecat dari jawatan TPM, bekas MB itu membawa satu bas penyokongnya dari Kemaman ke rumah Muhyiddin untuk memberikan sokongan moral kepada Muhyiddin. Jika trend ini berterusan, nampaknya Ahmad Said tetap akan bertanding di DUN Kijal pada PRU 2018.

 Jika BN tidak memilihnya sebagai calon, tetapi Ahmad Said bertanding sebagai calon bebas beliau tetap menang jika PAS memberi laluan percuma kepadanya kerana sejak menjadi ADUN Kijal selama 25 tahun beliau pandai menjaga pengundinya. Seperti kata beliau, beliau tidak pernah ambil duit satu sen pun. Sebab itu beliau adalah bekas MB yang kaya dengan overdraf (pinjaman bank). Sebab itu beliau tidak tanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno kerana beliau tiada wang untuk merasuah para perwakilan.





Khamis, Ogos 13, 2015

BILA NAK PENJARAKAN KSN DAN KETUA PENGARAH JPA?

Akhirnya Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahari Mohd Zain dan  Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaacob yang sepatutnya bertukar ke JPM Isnin lalu dibatalkan pertukaran mereka.

Bahari ditukarkan serta merta kerana buat kenyataan akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan pegawai SPRM ke lubang cacing manakala Rohaizad ditukarkan kerana menerima memorandum daripada ahli parlimen pembangkang yang marah dengan tindakan polis menyiasat pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan 1MDB.

Kenapa KSN, Ali Hamsa batalkan pertukaran mereka? Ini adalah kerana mereka boleh didakwa menghalang pegawai SPRM yang sedang bertugas. Menurut bekas Peguam Negara, Abu Talib othman, KSN dan Ketua Pengarah JPA,Mohamad  Zabidi Zainal , seksyen 186 Penal Code menegaskan bahwa sesiapa sahaja yang sengaja menghalang sebarang pegawai kerajaan yang sedang bertugas  boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Soal menteri di jabatan perdana menteri, Shahidan kasim campur tangan tidak timbul kerana apabila pertukaran diarah oleh Najib, mereka tidak melihat seksyen 186 Penal Code ini. Jika pertukaran ini tidak dibatalkan, sudah tentu KSN dan Ketua Pengarah JPA kena penjara sedangkan orang yang memberi arahan seperti najib lepas tangan.

Malah jika mereka yang menandatangani surat pertukaran itu, mereka telah melakukan kesalahan.Maka Peguam negara perlu mengambil tindakan segera kepada mereka. Atau KSN dan Ketua pengarah JPA hendaklah meletakkan jawatan jika Peguam Negara tidak mahu mengambil tindakan kepada mereka berdua.

Bahari dan Rohaizad boleh membuat laporan polis kepada KSN dan Ketua Pengarah JPA. Biar polis siasat. Jika benar mereka bersalah, maka KSN dan Ketua Pengarah JPA boleh dipenjarakan. Dalam  isu ini rakyat memuji keberanian Ketua Pemuda, khairy jamaluddin yang mendesak kerajaan membatalkan pertukaran serta merta dua orang pegawai SPRM tersebut.

Beliau sanggup kehilangan jawatan seperti Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.Entahlah apa yang akan diambil tindakan oleh Najib selepas ini kepada khairy dan Paul Low.

Sudah sampai masanya KSN dan Ketua pengarah JPA meletakkan jawatan jika mereka tidak mahu dipenjarakan. Cukuplah mamak jadi KSN seolah-olah orang Melayu tak layak jadi KSN> Mamak setakat berniaga restoran bolehlah. Apab
ila mamak menjadi KSN, hancur ;pentadbiran negara.

Sabtu, Jun 15, 2013

APA NAK JADI DENGAN UMNO?

Wanita UMNO Kelantan menyarankan supaya jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. Pada masa sama, Ketuanya, Datin Rahimah Mohamad berkata, pergerakan itu mahu supaya semua petualang dan pengkhianat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibersihkan sebelum UMNO mengadakan pemilihannya. Rahimah berkata, kedua-dua perkara tersebut diputuskan pergerakan itu pada mesyuaratnya semalam dan disokong sebulat suara oleh ketua-ketua Wanita bahagian yang hadir. Katanya, Wanita UMNO negeri berpendapat, semua jawatan tertinggi dalam parti termasuk ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, tidak perlu dipertandingkan bagi menjamin keutuhan UMNO sebagai tunjang kerajaan. "Bila ada pertandingan akan ada masalah, jadi untuk mengelakkan perselisihan dalam UMNO maka sewajarnya jawatan tertinggi parti termasuk jawatan ketua-ketua sayap tidak dipertandingkan. "Wanita UMNO Kelantan yakin bila jawatan tertinggi dikekalkan, ia akan membantu kekuatan parti bagi menghadapi pakatan pembangkang dan cabaran mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh dan cadangan itu disokong oleh banyak pihak. Mengulas 'pembersihan' petualang dan pengkhianat parti pada PRU-13 lalu, kata Rahimah, usaha itu perlu bagi memastikan UMNO benar-benar dianggotai individu yang ikhlas terhadap perjuangannya dalam membela dan mempertahankan agama, bangsa serta negara. Jelas beliau, kewujudan petualang dan pengkhianat dalam UMNO akan hanya menggugat masa depan parti orang Melayu terbesar itu dalam melaksanakan agenda perjuangannya. "UMNO perlu dipimpin dan dianggotai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Jatuh bangun UMNO akan turut memberi kesan kepada kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri," katanya. Ulasan saya, apa nak jadi dengan UMNO ini? Selepas cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, kini ada pula cadangan supaya jawatan ketua wanita tidak dipertandingkan. Selepas ini jawatan ketua pemuda dan ketua puteri pula dicadangkan tidak bertanding. Kalau begini cara berfikir ahli UMNo, jangan bertanding semua jawatanlah termasuk naib presiden, ahli majlis tertinggi, exco pemuda, exco wanita dan exco puteri. Datin Rahimah tidak terfikir bahawa kes lembu Shahrizat yang menyebabkan BN gagal dapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum lalu? Kenapa pemimpin macam Shahrizat perlu dikekalkan kerana ia punca BN tak dapat majoriti dua pertiga. Dalam mengekalkan jawatan Sharizat rela jawatan Menteri Wanita diberi kepada PBB komponen BN dari Sarawak kerana bimbang Halimah Sidique dilantik sebagai menteri.