Memaparkan catatan dengan label mesej. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesej. Papar semua catatan

Jumaat, September 18, 2015

ANGKA TAK PENTING, YANG PENTING MESEJ SUDAH SAMPAI

Seorang blogger mempersenda kehadiran para peserta Baju Merah yang katanya tidak sampai 50 ribu orang berbanding peserta baju kuning seramai 300 ribu orang. Polis pula menganggarkan kehadiran seramai 35 ribu orang.

Nampaknya angka yang diberi polis pun bercanggah kerana setiap DUN menyediakan enam buah bas. Setiap negeri mempunyai jumlah DUN yang berbeza. Di Terengganu ada 32 buah DUN. Satu bas boleh muat 40 orang. Ini bermakna 7,680 orang. Katakan kita ambil 7,680 orang dari satu negeri, ini bermakna di Malaya ada 12 negeri, maka jumlah yang datang dengan bas 92,160 orang. Itu berasaskan negeri Terengganu yang ada lapan parlimen sahaja.

Maka dengan jumlah parlimen yang banyak di Malaya, memang logik kehadiran hampir 200,000 orang. Itu tidak termasuk yang datang dengan kereta. Jadi di mana logiknya hanya 35,000 orang yang hadir.

Kita tak perlu pertikai jumlah kehadiran Baju Merah. Yang penting mesej sudah sampai kepada bukan Melayu bahawa negeri ini ada tuannya. Seperti kata TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi, orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

"Apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok semalam merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai ahli 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur Rabu lalu.
Walaupun perhimpunan Baju Merah dianjurkan oleh NGO, Umno juga yang dituduh orang. Malah PM, Najib Razak dituduh memberi cek sebanyak RM3 juta kepada penganjur yang dinafikan oleh pengerusi NGO Melayu, Jamal Mohd Yunos.
Kalau betul PM beri dana kepada mereka, kenapa mereka perlu jual t shirt baju merah kepada peserta? Sebanyak 100,000 helai t shirt berjaya dijual kepada para peserta. J
adi ke mana hilangnya cek RM3 juta itu?



Jumaat, Julai 16, 2010

BILA MESEJ TAK SAMPAI KE PM


Hari ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak lima sen sebagai menyelaraskan subsidi yang kononnya dapat menjimatkan sebanyak RM750 juta setahun.
Langkah ini walaupun tidak membebankan rakyat tetapi menimbulkan kemarahan rakyat kerana harga minyak dan harga gula tidak dapat dielakkan naik.

Pada hemat saya, langkah ini tidak wajar sedangkan ada proposal yang pernah dihantar kepada MOF dan EPU pada tahun 2007 yang mana melalui sistem mengurus subsidi ini harga minyak tidak perlu dinaikkan dan malah melalui sistem ini ia dapat minjimatkan lebih RM1 bilion setahun lebih banyak dari yang dibuat oleh Datuk Seri Idris Jala.

Usaha untuk menyampaikan mesej ini ke telinga PM,Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menjadi kenyataan. Masalahnya ia hanya sampai ke setiausaha politiknya ketika beliau menjadi TPM tetapi setiausaha politiknya tidak begitu berminat mendengar.

Pelbagai pihak yang berjanji kononnya rapat dengan PM cuba membantu pencipta sistem ini untuk membentangkan proposal kepada PM, tetapi janji tinggal janji kerana tidak ada yang berjaya menyampaikan mesej ini kepada PM.

Malah ada juga usaha untuk mendekati isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor juga tidak berjaya. Kumpulan ini cuba membuat temujanji dengan setiausaha politik PM sampai sekarang tidak pernah menerima panggilan dari pejabat SUP. Oleh itu mesej ini tidak pernah sampai ke PM.

Saya yakin jika PM mendengar proposal ini yang mana kerajaan tidak perlu menaikkan harga minyak, malah harga minyak boleh diturunkan di bawah harga pasaran, sudah tentu BN akan menang besar dalam pilihanraya umum akan datang. Malah formula ini pernah dibawa ke bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan harapan BN akan menang dalam pilihanraya umum 2008 bila melaksanakan sistem ini tetapi mesej itu juga hanya sampai ke telinga Datuk Othman Desa sahaja.

Oleh itu amatlah malang bagi kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sedangkan melalui proposal ini kerajaan tidak perlu menaikkan harga minyak.Oleh itu siapa yang tidak cerdik? Malah proposal ini turut diberi tangan kepada Idris Jala pada hari pelancaran Hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi tetapi Idris Jala tidak pernah panggil untuk membuat pembentangan.Jadi siapakah yang tidak cerdik di sini? Kalau Idris Jala cerdik, dia tidak akan jual bangunan MAS untuk mengatasi masalah kerugian MAS.