Memaparkan catatan dengan label menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri. Papar semua catatan

Khamis, November 08, 2018

MAHATHIR SEKOLAHKAN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PH MENGENAI ASAL USUL KITA

PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan satu pertemuan tertutup dengan menteri dan timbalan menteri Melayu di sini bagi mengingatkan mereka tentang sejarah negara.

Ditanya mengenai pertemuan kira-kira dua jam di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini itu, Dr Mahathir berkata : “Saya kena memberitahu sejarah negara kita supaya semua faham asal usul kita. Dengan itu, kita tidak akan lakukan perkara-perkara tidak baik yang mungkin pernah berlaku.”

Antara yang hadir pada pertemuan itu termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan pertemuan itu turut membincangkan Belanjawan 2019 dan isu berkaitan agenda Bumiputera.

Turut ditanya isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Poh Kong Gold Note of Hope di sini, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu melakukan pelbagai pertimbangan sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Yang itu kita kena timbang kerana ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita,” katanya.

Ditanya sama ada Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 November lepas akan disemak semula, Dr Mahathir berkata kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan selepas ia dilaksanakan nanti.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa beberapa pakar ekonomi yang mencadangkan Belanjawan 2019 disemak semula untuk membantu masyarakat luar bandar.

-- BERNAMA

Rabu, November 07, 2018

MENTERI,TIMBALAN MENTERI DAN SETIAUSAHA POLITIK PH SOMBONG?

KUALA LUMPUR: Sudah enam bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat. Namun demikian bukan senang mahu berurusan dengan menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik PH.

Berdasarkan pengalaman saya, mereka mudah ditemui di parlimen tetapi amat payah nak dapatkan temujanji di pejabat. Maklumlah mereka sibuk.

Saya pernah temui seorang menteri PH di parlimen. Bukan main ramah dia. Bila nak buat temujanji dengannya dia suruh hubungi pegawainya. Dah dua bulan minta tarikh, sampai sekarang belum dapat temui menteri berkenaan.

Ada pula timbalan menteri yang ditemui di parlimen beri nombor handphonenya. Bila whatsapp beliau untuk temuinya dia hanya baca whatsapp tapi tak pernah jawab whatsapp. Lebih baik tak payah beri nombor telefon kepada wartawan seperti saya.

Saya puji Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang terus jawab whatsapp saya dan dapat temuinya di pejabatnya pada keesokan harinya.

Ada orang yang baru jadi setiausaha politik tak pernah jawab whatsapp. Minta nombor handphone setiausaha akhbar untuk interbiu menteri pun tidak diberinya. Baru jadi setiausaha politik dah sombong. Rosak menteri dapat setiausaha politik macam ini.

Tapi bukan semua setiausaha politik tidak mesra wartawan. Ada yang mesra macam Zahid Mat Arip, Abu Bakar Yahya, Datuk Dahlan Maamor dan Pritchard. Mereka amat mesra kerana jika mereka sombong nama baik boss mereka yang terjejas.

Saya berharap selepas membaca berita ini semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik jangan takut temui rakyat walaupun tak kenal. Mereka ada hajat supaya urusan mereka diselesaikan. Soal berjaya atau tidak hajat mereka ditunaikan itu soal kedua. Soal pertama jumpalah mereka dengan niat untuk menolong kerana rakyat pilih mereka dalam PRU lalu untuk berkhidmat kepada rakyat.

Jumaat, Januari 19, 2018

MAHDZIR KHALID MENTERI YANG PALING MUDAH DITEMUI

KUALA LUMPUR: Kali pertama saya menemui Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika beliau menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2003. Ketika itu sahabat saya penulis buku politik terkenal Musli Oli memperkenalkan beliau kepada saya.

Saya bawa kawan saya, Jabar Onn yang mahu surat sokongan untuk menjadi dealer kereta Chevrolet. Beliau terus membuat surat sokongan tersebut. Tetapi kawan saya tak minat jadi dealer kereta Chevrolet. Sebalinya Jabar jadi dealer kereta Naza di Bandar Baru Bangi. Apabila Bank Negara memperkenalkan banyak dasar yang merugikan dealer kereta Bumiputra maka Jabar terpaksa menutup show room kereta Naza.

Pada tahun 2004 Mahdzir menjadi Menteri Besar Kedah maka hubungan saya dengan beliau terputus. Apabila saya menjadi wartawan Free Malaysia Today  ( FMT) pada tahun 2013, kembali terjalin hubungan kami. Ketika itu beliau adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Saya sempat mewawancara beliau secara ekslusif untuk FMT apabila beliau bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada tahun 2013.

Saya bukannya jenis ada kepentingan diri dengan mana mana menteri. Kalau orang lain sudah lama jadi jutawan tetapi saya hanya wartawan dan blogger cabuk. Selasa lepas kawan saya minta tolong nak temui Mahdzir. Saya whatsapp beliau. Beliau terus jawab whatsapp suruh datang ke pejabat selepas mesyuarat kabinet pada hari Rabu.

Saya pun bawa kawan saya, Faizal anak muda yang baru berusia 31 tahun dua hari lepas menemui Mahdzir. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang sedang meningkat naik. Beliau pernah buat kerja yang berkaitan dengan IT di pejabat TPM pada Februari 2017. Walaupun nilainya kecil tapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kagum dengan kerja anak muda ini. Beliau menasihati Faizal untuk berniaga betul betul kerana beliau masih muda dan punya masa depan yang cerah.

Faizal banyak dapat job IT di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor tetapi beliau sedih bila masuk tender di Terengganu tak dapat. Sebaliknya orang Kuala Lumpur yang dapat. Yang lucunya kontraktor Kuala Lumpur itu menawarkan sub kontrak kepada syarikat Faizal pulak.

Saya nampak anak muda ini ada masa depan dalam perniagaannya. Maka saya bawa Faizal temui Mahdzir. Mahdzir terus sokong permohonannya. Saya kagum dengan layanan Mahdzir. Walaupun saya tak rapat dengan beliau, dia layan kami sedangkan ramai pemimpin Umno Bahagian yang mahu menemuinya hari itu seperti Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai dan Datuk Ismail Kijo.

Selepas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Wahid Omar keluar dari bilik Mahdzir, Mahadzir panggil saya masuk. Saya tak sempat berbual panjang dengan beliau kerana beliau terpaksa turun ke tingkat bawah ada majlis PNB. Tetapi saya kagum dengan layanan mesra beliau.

Mahdzir Khalid adalah menteri yang mudah ditemui. Hari ini saya whatsapp beliau esoknya dapat jumpa beliau. Tidak seperti menteri lain berbulan bulan baru dapat temujanji. Itupun pegawainya banyak songeh tanya macam macam soalan. Sepatutnya pegawai itu aturkan temujanji. Biar menteri yang buat keputusan. Ini pegawai lebih songeh dari menteri.

Jika Mahdzir kekalkan momentum seperti ini memberi peluang kepada semua rakyat menemuinya tanpa protokol di pejabatnya saya percaya beliau akan menang jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan 2018. Insya Allah. Tahniah Datuk Seri!

Rabu, Oktober 26, 2016

DUA MENTERI TIADA PENDIRIAN TETAP

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Dua bekas menteri yang membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian tetap.

Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semasa memegang jawatan menteri, tidak pernah membantah, sebaliknya bersetuju dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

"Soal rasionalisasi 1MDB diputuskan oleh kabinet dan ketika itu Shafie menjadi menteri yang bersetuju kepada pelan itu... tapi kenapa masa itu tiada bantahan," katanya.

Ahad, September 27, 2015

SALLEH TIDAK PERNAH LOBI JADI MENTERI

Dr Salleh Said Keruak bukan nama baru dalam politik Malaysia. Saya mengenali beliau ketika bertugas di Sabah sebagai wakil akhbar Watan pada tahun 1989. Oleh kerana SRT adalah pengedar akhbar Watan di Sabah, maka saya tinggal selama sebulan di rumah menantu pengedar akhbar Watan di Petagas sementara mendapatkan rumah sewa.

Suatu pagi ketika minum pagi di Restoran Rahmat di bandaraya Kota Kinabalu saya mendapat pesanan dari menantu Datuk Rahmat bahawa Dr Salleh mahu menemui saya. Maka saya pun pergi ke pejabatnya yang terletak di deretan bangunan yang sama, tidak jauh dari restoran tersebut.

Itulah kali pertama saya mengenali anak muda yang bernama Salleh yang baru berusia 32 tahun. Beliau seorang yang educated dan knowledgable. Beliau aktif dalam persatuan belia SANYA dan menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Ayahandanya Said Keruak ketika itu adalah Yang Dipertuan  Negeri Sabah dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan Presiden USNO. Sejak itu saya berkawan dengan Dr Salleh dan rupanya sudah 26 tahun kami berkawan.

Anak lelaki tunggal dari lima orang adik beradik, akhirnya Dr Salleh mengikut jejak langkah ayahandanya menyertai politik. Apabila Umno bertapak di Sabah pada tahun 1991, Dr Salleh menyertai Umno dan saya pernah meramalkan dalam akhbar Watan jika PM dipilih dari Sabah, mungkin Dr Salleh anak Sabah pertama menjadi PM.

Beliau orang yang kaya, tidak rasuah, banyak pengaruh dan pemurah menyebabkan beliau disenangi oleh banyak pihak. Tetapi nasibnya dalam politik kurang cemerlang. Selepas BN membentuk kerajaan pada 17 Mac 1994 di Sabah, beliau dilantik Menteri Kewangan dalam kabinet Sakaran Dandai.

Apabila Sakaran Dandai dilantik Yang Dipertuan Negeri Sabah, Dr Salleh menjadi Ketua Menteri BN yang kedua. Tapi tempohnya tidak lama kerana ketika itu BN mengamalkan penggiliran jawatan Ketua Menteri setiap dua tahun. Dr Salleh digantikan oleh Dr Yong Teck Lee tetapi beliau dikekalkan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Dahulu Dr Salleh menjadi ahli parlimen Kota Belud dan ADUN Usukan. Apabila Umno membuat ketetapan hanya satu jawatan sahaja mesti dipegang oleh mana-mana YB maka beliau pilih menjadi ahli parlimen Kota Belud pada PRU 2004.

Pada tahun 2008 beliau digugurkan sebagai calon parlimen dan digantikan oleh orang luar, Rahman Dahlan. Ketika menganggur inilah beliau mula menulis dalam blognya www.sskeruak.blogspot.com mulai Mei 2008. Selepas itu beliau dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri dan pada tahun 2013, beliau dipilih semula sebagai calon DUN Usukan. Beliau kekal menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sehinggalah dilantik sebagai Senator dan Menteri Komunikasi dan Multi Media sejak akhir Julai lalu.

Sebagai orang yang setia dengan pemimpin, Dr Salleh seringkali dalam blognya  mempertahankan PM, Najib Razak apabila diserang oleh Dr Mahathir Mohamad. Banyak kali beliau mempertahankan Najib, dan saya bergurau dengannya, satu hari nanti Datuk akan jadi menteri. Beliau kata Najib mana pandang padanya.

Dalam suasana Najib mahu menggugurkan Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Najib memerlukan seorang pengganti dari Sabah juga, maka Najib melihat Dr Salleh yang sesuai jadi menteri dari Sabah. Jadi siapa sangka Dr Salleh yang sudah berhenti jadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1996 akan kembali sebagai menteri pusat 19 tahun kemudian.

Dalam politik beliau lebih senior dari Shafie. Pada tahun 1995, Dr Salleh sudah jadi Ketua Menteri sedangkan pada tahun yang sama Shafie baru jadi setiausaha parlimen  dalam kabinet Dr Mahathir. Shafie bertuah kerana mempunyai karier yang berterusan menyebabkan beliau merupakan pemimpin Sabah yang pertama memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2009.

Sebaliknya  karier politik Dr Salleh  terbantut selepas beliau berhenti jadi Ketua Menteri pada tahun 1996. Justru itu agak sukar bagi beliau mahu mengekalkan jawatan ahli majlis tertinggi Umno tanpa jawatan menteri.Sebab itu Shafie lebih ke depan dalam politik berbanding Dr Salleh. Sebaliknya
dalam USBO, Dr Salleh adalah Presiden USBO manakala Shafie adalah timbalannya tetapi dalam politik Shafie lebih mengatasi Dr Salleh.

Dengan terlantiknya Dr Salleh sebagai menteri pada Julai lalu, maka jawatan Naib Presiden Umno dari Sabah mungkin menjadi milik Dr Salleh pada tahun 2018. Pada pemilihan 2013,banyak bahagian di Sabah mendesak Dr Salleh bertanding Naib Presiden tetapi beliau mencadangkan supaya Musa Aman yang bertanding. Sebaliknya Musa tidak bertanding sebarang jawatan menyebabkan Shafie kekal sebagai Naib Presiden Umno bagi penggal kedua.

Dr Salleh tidak pernah melobi untuk menjadi menteri. Beliau pun tidak pernah mimpi bahawa beliau akan menjadi menteri pusat setelah 19 tahun meninggalkan jawatan Ketua Menteri Sabah. Oleh itu tuduhan blogger mengatakan Dr Salleh terus membodek Najib tidak timbul kerana Dr Salleh adalah seorang yang setia kepada ketua.

Lihat sahajalah di saat Najib diserang atas isu 1MDB, menteri kabinetnya tidak berani bersuara mempertahankan Najib sebaliknya Dr Salleh dari dahulu hingga sekarang tetap konsisten mempertahankan institusi Perdana Menteri. Beliau mempertahankan PM bukan kerana Najib tetapi mempertahankan PM kerana PM adalah Presiden Umno. Sesiapa sahaja yang jadi PM, beliau tetap akan patuh kerana PM adalah ketua kerajaan kita.




Rabu, Mei 15, 2013

TERENGGANU DAPAT DUA MENTERI PENUH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”. Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Jabatan Perdana menteri: Datuk Seri Jamil Khir Bahrom Datuk Seri Idris Jala Datuk Seri Abdul Wahid Omar Tan Sri Joseph Kurup Puan Hajah Nancy Shukri Joseph Entulu Paul low Seng Kuan Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri di JPM Datuk Razali Ibrahim P Waythamoorthy Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh Timbalan Menteri: Yap Kain Ching P Kamalanathan Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin (pemangku) Menteri Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz Menteri Luar Negeri: Datuk Anifah Aman Timbalan Menteri Luar: Datuk Hamzah Zainudddin Menteri Kerja Raya: Datuk Fadhilah Yusof Menteri Kesihatan: Datuk Dr S Subramaniam Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Timbalan menteri: Datuk M Saravanan Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna: Datuk Hassan Malek Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Mustapa Mohamad Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli: Datuk Seri G Palanivel Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau: Datuk Seri Maximus Ongkili Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar: Datuk Shafie Apdal Menteri Industri Perladangan dan Komoditi: Datuk Douglas Uggah Embas Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar: Datuk Abdul Rahman Dahlan Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan: Datuk Hamim Samuri Menteri Komunikasi dan multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan: Loga Balamohan

Isnin, Mei 13, 2013

KEKALKAN AHMAD SHABERY SEBAGAI MENTERI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta mengekalkan ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai menteri dalam pembentukan kabinet baru esok.Menurut ahli jawatankuasa UMNO, Kamal Harun, prestasi beliau yang cemerlang di Kementerian Belia dan Sukan, sepatutnya menjadi ukuran kepada Najib untuk mengekalkan beliau dalam kabinet. Khabar angin tersebar mengatakan Terengganu akan memiliki menteri baru dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Pengerusi MARA. Menurut Kamal, jika Terengganu mempunyai seorang menteri sahaja (Idris), Kemaman akan kehilangan seorang menteri yang cemerlang. Justru itu beliau berharap merit menjadi pertimbangan Najib untuk melantik menteri. "Apa salahnya Terengganu memiliki dua menteri iaitu Shabery dan Idris, kerana negeri kecil macam Perlis pernah ada dua menteri penuh iaitu Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad sedangkan Perlis ada tiga kawasan parlimen sedangkan Terengganu ada empat parlimen yang menang dari lapan kawasan parlimen. BN menang di Kemaman, Besut,Hulu Terengganu dan Setiu manakala tewas di Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Pada masa yang sama beliau mencadangkan supaya Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said menggunapakai perlembagaan yang dipinda pada zaman PAS pada tahun 2000 iaitu MB boleh melantik enam orang ADUN dilantik. "Oleh kerana BN Terengganu menang 17 kerusi, dengan 6 ADUN dilantik, BN ada 23 kerusi," katanya sambil mencadangkan supaya seorang wanita dilantik sebagai ADUN, seorang ADUN China, dan 4 lagi yang kalah dalam pilihanraya atau sesiapa sahaja yang MB fikir layak jadi ADUN dilantik. Beliau berharap MB dapat mengguna pakai perlembaaagn ini kerana ia sudah diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada zaman PAS memerintah Terengganu dahulu.

Jumaat, April 26, 2013

IDRIS JUSOH GANTI SHABERY CHEEK JADI MENTERI

Kerajaan negeri akan mencadangkan Perdana Menteri melantik Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai salah seorang anggota kabinet apabila Barisan Nasional (BN) berkuasa semula selepas pilihan raya nanti. Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Said berkata, bagi mempastikan harapan itu berjaya pengundi di Parlimen Besut perlu mempastikan Idris calon Parlimen Besut,mendapat manjoriti besar dalam PRU13. “Takkaln lah selepas mendapat manjoriti besar Perdana Menteri tidak melantik Idris sebagai menteri kebinet yang mewakili Terengganu,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihan raya DUN Kuala Besut, petang semalam. Ahmad juga menafikan tomahan sesetengah pihak beliau dan Idris bermusuhan dalam politik sejak krisis jawatan Menteri Besar pada 2008. “Itu anggapan orang dan sememangnya dalam politik macam-macam orang melihat pemimpin, yang pasti kami tekad untuk bekerjasama mempastikan BN kekal di Terengganu. Beliau berkata, engaruh rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada PAS tidak sedikitpun mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Besut untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum diadakan. Katanya, kawasan Parlimen Besut adalah kubu kuat dan banteng pertahanan BN yang paling kukuh di Terengganu sejak sekian lama. Oleh itu,katanya, tidak tumbul pengundi di Besut menyokong pembangkang walaupun mereka tinggal di berhampiran sempadan Kelantan/Terengganu. Malah,kata Ahmad faktur itu diperkukuhkan lagi dengan kebijaksanaan pimpinan BN Besut diterajui bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang berpengalaman luas dalam menghadapi pembangkang. Ulasan saya, jika MB cadang nama Idris sebagai menteri penuh, maka Datuk Shabery Cheek akan digugurkan sebagai menteri. Takkan Terengganu nak dapat dua menteri penuh.Oleh itu orang besut lebih bertuah dari orang kemaman kerana mereka dapat menteri lagi selepas Datuk Dr Abdullah Mohd Zain (2004-2008).

Jumaat, November 11, 2011

KJ JADI MENTERI PERTANIAN?


Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

NONEPembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasurtion dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.

Ulasan saya, sejak bila pulak KJ menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bila beliau menjawab bagi pihak syarikat anak-anak Shahrizat? Adakah KJ yang terlibat dalam projek ini ketika Pak Lah yang menjadi PM?

Bagi saya, jika KJ tahu pun,beliau tak perlu menjawab kerana yang patut menjawab ialah Datuk Seri Noh Omar. Kecualilah beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bolehlah beliau menjawab soalan yang berbangkit mengenai syarikat tersebut.

Ahad, Julai 31, 2011

MIC KALAH DAPAT DUA MENTERI


Apa nak jadi dengan BN? Parti yang kalah dapat dua menteri. Sepatutnya biar MIC menang dulu dalam pilihanraya umum akan datang, baru tambah satu lagi menteri.

Apa jasa Palanivel kepada BN? Dia yang bantah MP Sungai Siput, Dr D Jeyakumar yang dikaitkan dengan kominis ditahan di bawah perintah darurat.Kenapa MIC perlu bebaskan pemimpin PSM itu. Polis mesti punya bukti yang kukuh untuk menahan seseorang di bawah EO.Kenapa Najib harus tunduk kepada MIC? Hebat sangatkah MIC? MIC menang kerana undi Melayu sahaja.

Apa jaminan Palanivel MIC dapat dua menteri, masyarakat India akan menyokong semula BN?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa presiden MIC Datuk G Palanivel akan dijadikan menteri penuh - iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC).

Katanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet.

"Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.

"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.

Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC.

Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN.

Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor.


Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru.

Palanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.

Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.

Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India.

"Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN,” katanya.

Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat “pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh.”

Selasa, Julai 12, 2011

BEKAS MENTERI PENGKHIANAT BANGSA?


Siapa yang atur temujanji pemimpin Bersih, Ambiga dengan Yang Dipertuan Agong? Tentu semua terkejut kerana yang atur pertemuan itu ialah seorang bekas pemimpin UMNO dan bekas menteri kanan UMNO.

Apa motifnya beliau menolong Ambiga tidak dipastikan. Adakah beliau mahu membalas dendam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak? Oleh itu kita amat kesal beliau sanggup menjadi petualang kerana menjadi orang tengah antara Ambiga dengan Yang Dipertuan Agong.

Kita hairan temujanji dengan Agong sudah berjaya diadakan tetapi kenapa ketika itu Ambiga tidak serah memorandum kepada Agong? Kenapa perlu buat perhimpunan di Stadium Merdeka sedangkan polis sudah menasihatinya adakan perjumpaan itu di Stadium Shah Alam? Apa motif sebenar Bersih? Ini yang menjadi tanda-tanya kepada kita.

Kita amat kesal sekiranya benar bekas menteri kanan itu membuat temujanji Ambiga dengan Yang Dipertuan Agong. Oleh itu kita berharap Presiden UMNO berhati-hati dengan bekas pemimpin UMNO ini kerana beliaulah sebenarnya petualang yang beri peluang kepada Ambiga menemui Yang Dipertuan Agong?

Jumaat, Mac 11, 2011

MENTERI YANG TAK MINAT POLITIK


Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala membayangkan beliau tidak akan menyertai politik selepas menamatkan kontrak perkhidmatan dengan kerajaan.

Malah, beliau juga tidak dapat menentukan apa yang akan dilakukan selepas bersara, sama ada menceburi diri dalam perniagaan, melancong atau sekadar berdiam diri di rumah.

‘’Saya meletakkan semuanya kepada takdir dan masa yang akan menentukan. Buat masa ini, saya tidak dapat memastikan apa yang perlu dilakukan selepas bersara.

‘’Ia mengingatkan saya seperti mana cita-cita saya yang ingin mengikuti pengajian undang-undang di New Zealand dan menjadi peguam suatu masa dahulu, namun, akhirnya saya mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia yang menentukan takdir bertemu isteri, mempunyai dua anak lelaki, berkhidmat dengan syarikat minyak Shell, menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Airline System Bhd. (MAS), menjadi menteri dan kini CEO PEMANDU,’’ kata beliau di sini, hari ini.

Idris berkata demikian bagi menjawab soalan peserta seminar Prinsip Transformasi Kepimpinan mengenai tempoh perkhidmatan Idris dalam PEMANDU dan apa yang akan dilakukannya selepas tamat perkhidmatan dengan kerajaan.

Hadir sama pada majlis ialah Pengerusi Audit Bureau of Circulations Malaysia (ABC), Margaret Lim, Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Akredit Malaysia, Datuk Vincent Lee dan Pengerusi Persatuan Penerbit-penerbit Akhbar Malaysia (MNPA), Datuk Nasir Ali.

Mengulas lanjut tentang transformasi, Idris menambah, ia akan berlaku sekiranya enam prinsip dilaksanakan iaitu melakukan perkara yang mustahil, diterajui indeks petunjuk prestasi, disiplin dalam tindakan kepimpinan mengikut situasi, gabungan kemenangan (winning coalition) dan gangguanbaik (divine intervention).

Menurut beliau keenam prinsip itu juga telah digunakan sewaktu beliau berkhidmat dengan Shell, MAS dan PEMANDU.

‘’Keenam-enam prinsip rahsia transformasi ini amat berkesan dalam menentukan perubahan dalam sesebuah pentadbiran,’’ katanya.

Selain itu, Idris turut menyatakan peranan wanita amat penting dalam kerajaan dan sektor swasta di negara ini.

Katanya, hampir 50 peratus wanita menyumbang kepada guna tenaga di dunia dengan memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi.

‘’Pelajar-pelajar paling cemerlang di negara ini juga dikuasai wanita dan ini menunjukkan betapa negara perlu menggunakan guna tenaga golongan ini dengan sebaiknya,’’ ujarnya.

Rabu, Mac 31, 2010

NOH OMAR DILANTIK MENTERI PELAJARAN?


Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di sebuah hotel terkemuka. Ramai yang telah memuji langkah yang diambil oleh Najib untuk menaikkan pendapatan per kapita rakyat.

Seperti kata CEO CIMB, Datuk Nazir Tun Razak, siapa yang akan melaksanakan MEB itu yang penting. Apa sahaja dasar yang diumumkan oleh kerajaan memang bagus tapi pelaksanaan dasar yang menjadi masalah. Oleh itu MEB akan berjaya jika pelaksananya memegang kepada falsafahnya.

Sekembalinya dari Hong Kong baru-baru ini, Najib kata dia akan buat pengumuman penting pada 31 Mac ini. Adakah rombakan kabinet akan dilakukan oleh Najib setelah setahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dikatakan akan menjadi Menteri Pelajaran yang baru. Tan Sri Muhyiddin akan meninggalkan kementerian tersebut untuk menjadi Menteri Kewangan yang baru. Najib yang melepaskan Kementerian Kewangan akan mengambilalih Kementerian Dalam Negeri.

Tempat Datuk Seri Hishamuddin belum pasti ke mana. Tetapi ada beberapa menteri akan digugurkan manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru.

Rombakan juga akan melibatkan MCA kerana MCA mendapat Presiden yang baru, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada hari Ahad lepas. Beliau mungkin dilantik sebagai Senator dan dilantik Menteri Pengangkutan yang baru menggantikan Datuk Ong Tee Keat yang tewas dalam pertandingan tiga penjuru itu.

Pada masa yang sama Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Datuk Chong Ko Ha yang tewas dalam pertandingan timbalan presiden kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Low Tiong Lai dijangka meletakkan jawatan itu memberi laluan kepada Timbalan menteri kewangan, datuk Cheur Ho Cheoung dilantik menteri penuh.

Sama-samalah kita tunggu rombakan kabinet ini untuk melihat siapa yang gugur dan siapa yang naik?Semuanya terletak di tangan Najib untuk menggugurkan mana-mana menteri yang difikirkannya gagal memenuhi piawaian yang digariskannya.

Jumaat, Ogos 28, 2009

ATAS ALASAN APA LANTIK IDRIS JADI MENTERI?


Ramai yang terkejut tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai menteri yang baru dalam kabinetnya yang diumumkan semalam. Hebat sangatkah Pengarah Urusan MAS ini? Idris ini dari parti mana? Parti PBB Sarawak ke yang boleh dilantik jadi menteri penuh?


MAS rugi. Bila Idris masuk MAS untung. Bukannya untung kerana Idris hebat menguruskan MAS tetapi MAS untung kerana jual bangunannya di Jalan Sultan Ismail. Kalau begininya cara Idris mencipta keuntungan, budak sekolah darjah enam pun boleh menerajui MAS. Baru-baru ini Idris umum MAS untung tetapi pada hakikatnya dia tidak kira kos operasinya. Jadi macam mana Najib boleh ambil Idris jadi menteri.


Najib semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai pelantikan itu pada Bengkel KPI Kabinet di Putrajaya.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan pelantikan itu, katanya.


Idris, yang kini Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines, akan mengangkat sumpah sebagai senator pada tarikh yang ditetapkan kelak.


Sebagai CEO PEMANDU, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.


Koh akan meneruskan tugas beliau dalam memformulasi dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi mengenai pengurusan prestasi serta transformasi organisasi dengan tumpuan khusus terhadap Bidang Hasil Utama Nasional (N-KRA).


Koh akan menjadi pengerusi lembaga PEMANDU yang termasuk Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan lain.Idris sebaliknya akan menumpukan terhadap perkongsian kepakaran dan pengalaman di Shell dan Malaysia Airlines (MAS) serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi dalam kerajaan persekutuan.


Idris, yang akan menjadi timbalan pengerusi lembaga PEMANDU, akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.


Beliau akan melapor kepada Koh mengenai isu-isu berkaitan KPI dan terus kepada Perdana Menteri mengenai tugas yang akan diberikan kepada beliau sebagai Menteri tanpa portfolio di JPM


.Menurut kenyataan itu, lembaga Malaysia Airlines akan mengumumkan secara berasingan CEO dan pengarah urusan baru syarikat penerbangan itu.Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO Malaysia Airlines pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.


Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah pengarah urusan, Shell MDS (Malaysia) dan naib presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).


Antara 2000 dan 2002, Idris merupakan naib presiden, pemasaran runcit, Shell International.Beliau juga naib presiden perundingan pembangunan perniagaan di mana beliau mengetuai pasukan atasan perunding dalaman mengenai projek penambahbaikan perniagaan radikal, memperbaharui model perniagaan runcit global Shell bagi mencapai pertumbuhan menguntungkan.


Antara tahun 1998 dan 2000, Idris adalah pengarah urusan Shell Sri Lanka, di mana beliau membantu memulihkan perniagaan LPG Shell di Sri Lanka.Idris memegang ijazah dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana dari Warwick University, United Kingdom.


Kita petik semula apa kata The Star bertarikh 8 Ogos lalu mengenai keuntungan MAS yang diumumkan Idris baru-baru ini:-


MALAYSIA Airlines says its net profit of RM876mil for the second quarter of this year is its highest ever quarterly profit. Yes, that’s true but that’s not the whole truth.


The whole truth is this: The accounting profit due to hedging gains masks Malaysia Airlines’ serious operational problems caused by declining traffic and prices, and high costs. If it does not reverse this soon, it could well run out of cash not long from now.

loss of RM420mil for the same period, after taking out a gain of a massive RM1.34bil from a partial reversal of provisions of nearly RM4bil for derivative losses.


How’s that possible? How could accounting net profit be so good but the actual financial position and outlook for the company be so dire? Here’s how.


Malaysia Airlines adopted Financial Reporting Standard 139 (FRS 139) from the beginning of this year. Effectively, this standard requires hedging positions to be marked to market value and the resulting loss or gain to be taken into the books.


On first adoption of this, Malaysia Airlines had huge losses of RM3.95bil, which were taken straight into the balance sheet – not via the profit and loss account. These losses are not actually realised but represent the losses if oil prices remained at the level they were at Jan 1, 2009.


For the first quarter of the year to March 31, 2009, Malaysia Airlines, as oil prices continued to decline, made huge hedging losses of RM567mil, pushing net losses to about RM695mil. Why, when oil prices are declining, should Malaysia Airlines lose in terms of hedging? That’s because Malaysia Airlines had hedged at prices believed to be roughly equivalent to around US$100 a barrel for oil.


While oil prices declined (to as low as US$30 a barrel), the losses from its derivative contracts increased as they are marked to lower fair values. That means it effectively continues to pay high prices because of the hedges which basically capped prices of oil but did not provide for benefits to flow if prices fell instead.


On hindsight that was a bad move because oil prices declined. But Malaysia Airlines practised what it called competitive hedging which means it did what most other airlines did when it came to hedging – a follow-the-leaders policy that has cost it dearly.


Why does it benefit when oil prices are rising? That’s because it has already taken a hit for when the price was low – remember the RM3.95bil charge against the balance sheet for derivative losses. That charge put it in negative territory in terms of accounting equity or shareholders’ funds even though it had cash of close to RM4.62bil then (Dec 31, 2008).


Because of this charge, any rise in the oil price towards US$100 a barrel enables recovery in proportion to the increase in oil price, and if the price goes up to US$100 or more a barrel it will enable the recovery of most of the RM3.95bil provision.


But here’s the important point to remember: Malaysia Airlines’ current profit and more are coming entirely out of the provisions for hedging losses it made – if there had been no provision, there would have been no profit.


And here is where the accounting standard fails in painting a true picture to the public.


The previous one-time charge was taken through the balance sheet. The standard, however, allows any subsequent gain in an accounting period to be taken through the profit and loss account, misleadingly inflating reported profit.


It would have been better if the gain had gone straight to the balance sheet via an adjustment to the value of the derivative contracts, leaving the profit unchanged. But such is accounting policy at times.


What would be a fairer and more accurate reflection of profit? It can be argued that this would be if all hedging losses/gains are allocated and expensed to the period in which they were realised. In other words, if actual incurred costs were used.


This would be if FRS 139 had not been introduced. Then, Malaysia Airlines would have reported a loss of RM803mil for the latest quarter and a loss of RM1.6bil for the first half of the year, according to figures disclosed by the airline.


That looks like a much fairer reflection of the actual predicament that it faces.


When accounting seems dubious in terms of painting the true picture, it always pays to look at the cash position.


For the first half of this year, figures show that operations drained nearly RM1.5bil in cash, almost equivalent to the loss if FRS139 had not been used. That means in a year, the airline could be out of cash if it does not start reversing the situation.


As at Dec 31, 2008, the airline had RM4.62bil in cash, reducing by a huge RM850mil to RM3.77bil as at March 31, 2009 and by a further RM830mil to RM2.94bil as at end-June 2009. That’s a rapid rate of cash depletion of almost RM1.7bil in a mere six months.


There’s still a lot of cash and it gives substantial cushion for the airline to weather the downturn but only if it can turn around into operational profit and start generating cash flow once again. At the moment, the airline is in the grip of a potentially lethal pincer attack – its high fuel expenditure caused by hedging that went wrong and severe declines in revenue caused by both falling prices and reduced demand.


That’s a terrible place to be and the public would have appreciated a straight address by the airline on these pressing issues instead of the emphasis on the record reported but misleading profits. How Malaysia Airlines is going to generate cash is the question to answer. By glossing over the whole truth (its media release never so much as mentioned an operating loss of RM420mil for the second quarter of the year or highlighted the drain on cash) and choosing to focus on record quarterly accounting profits, Malaysia Airlines does a disservice.


This is not only to its shareholders, mainly the Malaysian Government, but also its customers and the Malaysian public, which indirectly owns most of the company, all of whom deserve a clearer explanation of its financial situation and future plans.


l Managing editor P. Gunasegaram thinks that sometimes accounting is an ass, much like law is more often.

Isnin, Mac 30, 2009

SABAH PERLU DUA MENTERI


Selepas pilihanraya umum 2008, UMNO Sabah begitu penting kepada BN Malaysia. Ini adalah kerana BN Sabah dan Sarawaklah yang memenangkan BN Malaysia. Tanpa BN Sabah dan Sarawak BN sudah tumbang pada pilihanraya umum tahun lepas.


Oleh itu Najib sebagai Perdana Menteri yang baru mulai 3 April ini perlu melantik seorang lagi menteri dari UMNO Sabah sebagai mengenang kesetiaan rakyat Sabah kepada BN. Sekarang UMNO Sabah hanya memiliki seorang sahaja menteri pusat,Shafie Afdal yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan.


Oleh kerana Shafie kini adalah seorang Naib Presiden UMNO, maka Najib mungkin memberi kementerian yang lebih kanan kepada beliau. Maka seorang menteri baru perlu dilantik dari Sabah. Sekurang-kurangnya Sabah hendaklah memiliki dua orang menteri dari UMNO. Sudah tentu yang layak menjadi menteri ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Okin.


Lajim yang pernah berada dalam majlis tertinggi UMNO dari tahun 2000 hingga 2004 tewas pada tahun 2004. Kali ini beliau kembali ke dalam majlis tertinggi di tempat kelapan, top ten. Maka Lajim wajar dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh sebagai mengenang kesetiaannya kepada UMNO. Tanpa pengorbanan Lajim menyertai UMNO pada tahun 1994, barangkali PBS masih lagi memerintah Sabah kini.


Tapi di atas kebijaksanaan Lajim, maka BN dapat berkuasa di Sabah. Sebagai balasan jasanya meninggalkan PBS, beliau dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah. Tapi selepas Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, bintang Lajim tidak begitu cerah.


Beliau bukan sahaja kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri malah tinggal ADUN Klias sahaja. Tetapi Lajim orang yang bijak. Sudah lama beliau berada di DUN Klias, maka beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, sedia bertanding kerusi parlimen bertukar tempat dengan Azizah Mohd. Dun.


Azizah yang dilantik menteri penuh dalam kabinet Musa mencabar Lajim bagi jawatan Ketua UMNO Beaufort. Lajim terselamat dalam pertandingan ini dan menyebabkan Lajim semakin kukuh sebagai timbalan menteri dalam kerajaan pusat.


Bintang Lajim mula bersinar apabila Ghafur Salleh dan Anipah Aman menolak jadi timbalan menteri. Maka UMNO Sabah tidak ada pilihan lain selain mencalonkan Lajim dan Rahim Bakri, MP Kudat untuk mejadi timbalan menteri.


Langkah Lajim kali ini ternyata langkah kanan. Kementerian Pengangkutan seringkali membantu timbalan menteri dari UMNO menang kerusi majlis tertinggi seperti Zaleha Ismail, Abu Hassan Omar dan Ali Rustam. Maka kemenangan Lajim membuktikan bahawa kementerian tersebut amat penting kepada para perwakilan UMNO.


Maka sudah sampai masanya bagi Lajim dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh dalam kabinet Najib yang bakal diumumkan pada 8 April ini. Dari seorang pembantu menteri kepada ketua menteri di zaman PBS kepada menteri penuh sehinggalah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah di zaman UMNO, maka pengalaman Lajim untuk menjadi menteri pusat tidak perlu dipertikai lagi. Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling mahal sekali.

Jumaat, Februari 27, 2009

BERANINYA IR. ZIN


Beberapa wakil rakyat malahan seorang timbalan menteri terkejut dengan pengumuman kenaikan kadar tol di lima lebuh raya bermula 1 Mac ini.

Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuh raya.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya.

Azmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, berkata beliau faham terdapat perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi yang mengizinkan kenaikan tol dibuat.

"Dalam perjanjian memang ada kenaikan tol oleh pengusaha tol, memang susah kerajaan nak elak. Kalau boleh kerajaan kaji dengan teliti supaya perkara ini tidak membebankan rakyat," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong turut melahirkan rasa terkilan dengan pengumuman kenaikan itu dan meminta kerajaan menelitinya semula.

"Kita masih ada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini, saya harap perkara ini dikaji semula bagi meringankan beban pengguna jalan," katanya.

Wee turut merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan yang akan membentangkan mini bajet pada 10 Mac ini agar memikirkan semula kenaikan kadar tol itu.

Bercakap tentang tol, beraninya Menteri Kerjaraya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed membuat keputusan menjelang pemilihan UMNO Mac depan. Risikonya mungkin beliau mendapat undi yang kurang jika para perwakilan marah dengan kenaikan tol tersebut.

Walaupun beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi dengan 143 pencalonan, tetapi belum tentu beliau dapat undi yang selesa di kalangan 25 orang pemenang kelak. Biasanya menteri buat pengumuman begini selepas pemilihan UMNO Mac depan, tetapi Ir. Zin ternyata seorang menteri yang berani.

Khamis, Disember 18, 2008

MENTERI PELAJARAN MUDAH MENANG


Mulai keluaran ini, saya ingin menyorot calon-calon Naib Presiden UMNO yang akan bertanding pada Mac depan. Saya mulakan dengan Hishamuddin Hussein yang mendapat pencalonan tertinggi, 152 pencalonan.


Sebagai calon favourite, beliau ada peluang untuk menang kerana beliau adalah Menteri Pelajaran. Dalam sejarah pertandingan Naib Presiden UMNO, Menteri Pelajaran tidak pernah kalah.


Pada tahun 1972, Dr. Mahathir Mohamad kalah dalam pertandingan naib presiden itu tetapi setelah dilantik Menteri Pelajaran pada tahun 1974, beliau menang dalam pertandingan tersebut pada tahun 1975. Pada tahun 1976, Musa Hitam dilantik Menteri Pelajaran. Dua tahun kemudian beliau menang Naib Presiden UMNO.


Pada tahun 1986, Anwar Ibrahim dilantik Menteri Pelajaran. Setahun kemudian beliau dipilih naib presiden. Sesiapa sahaja yang dilantik Menteri Pelajaran, mudah menang jawatan Naib Presiden UMNO.Sebab itu selepas itu Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri pernah memberikan kepada ahli parlimen bukan UMNO, Dr. Sulaiman Daud jawatan Menteri Pelajaran. Malah beliau pernah melantik tokoh akademik, Musa Mohamad sebagai Menteri Pelajaran kerana tidak mahu jawatan itu dipolitikkan.


Selepas Pak Lah menerajui negara pada tahun 2003, Pak Lah melantik orang politik semula sebagai Menteri Pelajaran selepas pilihan raya umum 2004. Adakah Hishamuddin akan mengulangi kejayaan bekas-bekas Menteri Pelajaran, Dr. Mahathir, Musa dan Anwar? Kita tunggulah Mac ini.


Meneliti pula sejarah politik Hishamuddin, ia agak menarik. Beliau aktif dalam politik selepas ayahnya, Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga meninggal dunia. Pada tahun 1993, beliau, seorang peguam dibawa oleh Ghani Othman untuk melawan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, arwah Jamaluddin Abu Bakar. Ghani ketika itu Menteri Belia dan Sukan dan Ketua UMNO Bahagian Ledang.


Ketika itu politik wang sudah ada tetapi tidak sehebat sekarang. Seorang rakan yang berkempen untuk arwah Jamaluddin pernah berkata, arwah beri RM50 kepada setiap perwakilan tetapi Hishamuddin beri RM500, maka menanglah Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang. Sama ada dakwaan ini betul atau tidak, wallahukalam.


Walaupun Tangkak bukan kampungnya, tetapi Hishamuddin diterima menjadi ketua pemuda Ledang. Pada tahun yang sama beliau telah menang Exco Pemuda UMNO mendapat undi tertinggi.


Pada tahun 1996, beliau merebut kerusi naib ketua pemuda. Kebetulan kerusi itu kosong. Ia jadi rebutan antara beliau dengan Exco Kerajaan Selangor, Fatah Iskandar. Beliau menang. Ketika itu beliau sudah menjadi ahli parlimen sejak tahun 1995 dan Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Maknanya Hishamuddin pernah bekerja di bawah Rafidah Aziz.


Pada tahun 1995, saya sering ke parlimen dan saya dapati cara beliau menjawab soalan tambahan agak hebat juga. Ada ahli parlimen beritahu saya bahawa soalan tambahan itu semua sudah dirancang dan bila dua tiga ahli parlimen yang bangun bertanya soalan tambahan, Hishamuddin sudah bersedia untuk menjawabnya. Saya tidak pasti sejauh mana benarnya dakwaan ahli parlimen ini.


Selepas beliau menang naib ketua pemuda, beliau dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Beliau bekerja di bawah Dr. Lim Kheng Yaik. Selepas pilihan raya umum 1999, Dr. Mahathir melantiknya sebagai Menteri Belia dan Sukan. Ketika itu beliau memangku jawatan ketua pemuda selepas Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya.


Pada tahun 2000, beliau menang tanpa bertanding sebagai ketua pemuda. Pada tahun 2004, sekali lagi beliau menang ketua pemuda tanpa bertanding. Selepas dua kali menang tanpa bertanding sebagai ketua pemuda, inilah kali pertama beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pertandingan lapan penjuru. Dapatkah beliau menewaskan tujuh orang calon lain seperti Syed Hamid Albar, Khaled Nordin, Dr. Rais Yatim, Isa Samad, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Afdal dan Dr. Jamaluddin Jarjis?


Hishamuddin tidak pernah tahu sejauh mana undi popularnya di dalam barisan ahli majlis tertinggi UMNO sedangkan tujuh calon Naib Presiden lain tahu sejauh mana mereka popular di kalangan 2,500 orang perwakilan.Oleh itu Hishamuddin perlu terjemahkan pencalonan kepada pengundian sebenar pada Mac ini.


Pernah berlaku Ghani Othman mendapat pencalonan tertinggi untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tetapi tewas bila dikira undi. Semoga Hishamuddin tidak menerima nasib yang sama seperti Ghani.