Memaparkan catatan dengan label maria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maria. Papar semua catatan

Rabu, November 23, 2016

MARIA CHIN JADI USTAZAH PULAK?



Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah memohon dibekalkan dengan al-Quran dan bahan bacaan serta kebenaran berjumpa dengan anak-anak dan keluarganya.

Permohonan itu disuarakan ketika delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berjaya berjumpa dengan Maria yang kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).


Pertemuan delegasi Suhakam yang diketuai oleh Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berlangsung selama satu setengah jam semalam yang dipercayai di kem polis Batu.

“Maria memohon senaskah al-Quran dan bacaan bacaan serta untuk berjumpa dengan anak-anak dan keluargannya,” kata Suhakam dalam satu kenyataan.

Menurut Suhakam permintaan Maria itu telah disampaikan kepada pihak polis.

Suruhanjaya hak asasi itu berkata walaupun sel Maria dikurung boleh dianggap bersih, namun tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin BERSIH berkenaan dikenakan kurungan berseorangan.

“Apa yang dianggap sebagai katil itu tidak mempunyai tilam dan beliau terpaksa membersihkan dirinya dengan air sejuk.

“Maria juga menyatakan hasratnya untuk mendapatkan tilam bagi katil kayu yang tidak selesa itu,” katanya.

Maria, 60, ditahan selepas sepasukan polis dari Bukit Aman, bersama-sama pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Maria juga sedang disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ini berikutan pendedahan bahawa gabungan reformasi pilihan raya itu menerima dana daripada Open Society Foundations, yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.

Satu permohonan habeas corpus itu difailkan semalam bagi mendapatkan pembebasan beliau, dan pengurusan kes itu adalah esok.

Mengulas lanjut, Suhakam berkata Maria memaklumkan beliau telah disoal-siasat selama tiga jam dan menjangkakan siasatan terperinci akan berterusan sepanjang penahanannya itu.

Perjumpaan Suhakam dengan Maria itu, turut dihadiri oleh anggota polis tetapi mereka dilaporkan tidak menghalang kelancaran perbincangan kedua-dua pihak.

“Walaupun Suhakam amat berterima kasih kepada pihak polis terhadap kerjasama dan bantuan mereka, namun wakil polis yang hadir tidak berada dalam kedudukan untuk mempertimbangkan sebarang permintaan.

“Namun mereka berjanji akan membawanya kepada pihak atasan,” kata kenyataan itu.

Suhakam juga berkata ia berpegang kepada pendirian bahawa penahanan Maria itu tidak sepatutnya berlaku.

Ia menegaskan bahawa mengikut Perkara 9 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, tidak ada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan sewenang-wenangnya, tahanan atau dibuang negeri.

Ulasan saya, lucu juga mendengar permintaan Maria Chin Abdullah yang meminta al quran. Tiba tiba dalam tahanan beliau jadi ustazah pula minta al quran sedangkan gaya hidupnya tidak berpegang teguh kepada al quran. Kalau dia muslimah sejati sudah tentu dia menutup auratnya yang mana rambut adalah aurat utama wanita.

Seperti kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau lebih teruk ditahan ISA selama dua tahun dan keadaan dalam ISA lebih teruk dari SOSMA yang dialami oleh Maria Chin.

Ibrahim Ali berkata Maria harus menerima segala cabaran perjuangan.

"Maria Chin dan geng-geng dia ini baru kena tahan 10 hari kecoh di Dataran Merdeka sampai Tun (Dr Mahathir Mohamad) pun turun pergi, pasang lilin semua, apa ni? soal Ibrahim.

"Dah tahu dah (keadaan dalam tahanan), lepas itu nak mengadu, nak tilam, tandas duduk, nak telur ayam kampung dua biji setiap pagi.

“Saya tak mengadu, nak jadi pejuang berani tanggunglah," kata Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim pernah ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini. Akta kontroversi itu kemudian digantikan oleh Sosma.

Jumaat, November 18, 2016

KALAU DI ERA MAHATHIR, MARIA CHIN SUDAH DITAHAN DI BAWAH ISA



KUALA LUMPUR 16 Nov. - Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah masih berdegil mahu meneruskan perhimpunan Bersih 5.0 di ibu negara pada Sabtu ini meskipun diberi amaran keras oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

MARIA CHIN ABDULLAH

Maria yang dihubungi berkata, dia tidak akan berganjak dan menukar pendiriannya biarpun dihalang pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) beberapa kali sebelum ini.

Malah, beliau tu­rut menafikan ke­nya­taan Khalid bahawa notis yang diberikan pihaknya tidak lengkap.

“Sebelum ini, kami telah menghantar dua notis ia­itu pada 28 Oktober dan terbaharu 9 November lalu. Kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit biarpun ia hanya demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

“Saya harap dia (Datuk Seri Jamal Md. Yunos) dan kumpulan baju merahnya tidak akan buat kacau-bilau dan menimbulkan sebarang provokasi seperti di Lumut dan lokasi-lokasi konvoi lain kerana kami berhimpun secara aman,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Khalid memberi amaran keras dan tidak akan ter­agak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peserta Bersih 5.0 dan Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) sekiranya ingkar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 pada Sabtu ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau mem­persoalkan tindakan pihak berkuasa untuk menggunakan gas pemedih mata semasa perhimpunan Bersih kali ini.

Katanya, penggunaan gas itu tidak wajar digunakan dalam perhimpunan melibatkan orang awam sekali gus berjanji akan melakukannya secara aman.

“Saya yakin dengan kerjasama pihak polis perhimpunan itu akan berjalan dengan baik. Bersih tidak mahu kejadian perhimpunan Bersih 3.0 berulang. Semua itu sudah dibangkitkan kepada mereka (semasa pertemuan) sebelum ini,” ujarnya.

Ulasan saya, kesilapan Najib yang terbesar ialah menghapuskan akta keselamatan dalam negeri (ISA). Kalau di era Dr Mahathir, Maria Chin sudah kena tahan di bawah ISA kerana menganjurkan perhimpunan haram.