Memaparkan catatan dengan label marahi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label marahi. Papar semua catatan

Khamis, Februari 07, 2013

MARAHILAH SAMA NIK AZIZ JUMPA PM

Tindakan beberapa penyokong PAS yang mengecam kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di program 'My Beautiful Malaysia' di Sungai Petani, Kedah Ahad lalu melambangkan fikiran sempit, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim. Menurutnya, mereka (penyokong itu) tidak menyedari bahawa program anjuran kerajaan pusat itu adalah untuk keseluruhan rakyat tanpa mengira fahaman politik. "Mereka sepatutnya tidak melihat program tersebut dari sudut yang sempit kerana Datuk Seri Azizan adalah ketua kerajaan negeri yang mewakili semua rakyat dan tidak hanya sebagai wakil PAS. "Pengikut-pengikut PAS kena tahu menilai program tersebut kerana ia boleh memberi faedah kepada rakyat walaupun ia adalah anjuran kerajaan pusat," katanya. Razali bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Muar hari ini. Ulasan saya, nampak sangat ahli-ahli PAS berfikiran sempit. Kenapa mereka tak marahi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sering hadiri majlis PM, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang berkunjung ke Kelantan? jangan jumud sangat wahai para penyokong PAS. Janganlah jadi jumud sangat. Apa salahnya Azizan hadiri majlis kerajaan BN

Jumaat, September 18, 2009

DR M LEBIH MARAHI NAZRI DARIPADA SUKUMARAN


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M. Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya,"

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu.