Memaparkan catatan dengan label layak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label layak. Papar semua catatan
Rabu, Oktober 09, 2013
EMPAT ORANG TAK LAYAK BERTANDING DI KEMAMAN
KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Pemilihan UMNO Terengganu menyenaraikan 42 daripada keseluruhan 1,567 calon di lapan bahagian UMNO di negeri ini tidak layak bertanding peringkat bahagian dan sayap.
Pengerusinya, Datuk Muda Mamat berkata, bahagian Setiu mencatat angka tertinggi iaitu sembilan calon diikuti Kuala Nerus (lapan), Besut (tujuh), Hulu Terengganu (lima), Kuala Terengganu (lima), Kemaman (empat), Dungun (dua) dan Marang (dua).
Katanya sebahagian besar daripada 42 calon yang gagal melayakkan diri bertanding terlibat dengan masalah jaminan pinjaman dan muflis yang tidak disedari calon.
"Kalau sah tidak lepasi saringan Jabatan Insolvensi dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), terlibat berkaitan jenayah, khalwat dan sebagainya, mereka secara automatiknya akan digugurkan daripada bertanding," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan menjelang pemilihan UMNO.
Pemilihan bagi tiga sayap parti diadakan serentak di seluruh negara Sabtu ini, manakala pemilihan peringkat bahagian dan majlis tertinggi 19 Oktober ini. - BERNAMA
Isnin, Ogos 12, 2013
MUSA BOLEH TANDING JIKA DIA RASA LAYAK
PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berpendapat sesiapa yang rasa mereka layak bertanding, mereka boleh bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Menurut setiausahanya, Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman boleh bertanding jika beliau rasa beliau layak bertanding.
“Sehingga ini saya belum mendengar beliau mahu bertanding jawatan tersebut,” katanya kepada FMT ketika mengulas desas-desus Musa akan bertanding merebut kerusi itu daripada tiga orang penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal.
“Apa yang saya dengar dari abang dan adiknya yang bercakap kemungkinan Musa bertanding, ” katanya lagi.
Abang Musa, Datuk Ayub Aman dalam FMT berpendapat Musa tidak perlu bertanding jawatan tersebut kecuali beliau mahu jadi pemimpin utama negara kerana jawatan Naib Presiden adalah tiket menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya adik Musa, Datuk Seri Anipah Aman yang juga Menteri Luar berkata beliau optimis Musa akan dapat sokongan penuh dari Sabah jika Musa berhasrat untuk bertanding jawatan tersebut.
Ditanya jika Musa bertanding, adakah Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan akan menyokongnya, Syed Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras berkata beliau boleh memberitahu para perwakilan untuk mengundi calon-calon tertentu tetapi bukan senang nak kawal perwakilan kerana perwakilan kali ini terlalu ramai.
Katanya, Wilayah Persekutuan ada 13 bahagian. Ini bermakna kalau satu bahagian ada seramai 300 perwakilan, ini bermakna ada 3,900 perwakilan dari Wilayah Persekutuan.
“Bukan senang nak suruh mereka undi calon-calon tertentu kerana kami tidak ada kuasa untuk mengawal mereka,” katanya.
Lagipun, beliau mengaku beliau tidak ada hak untuk bercakap bagi pihak Umno Wilayah Persekutuan, kerana 13 bahagian ada kuasa untuk memilih Naib Presiden Umno sendiri.
Sehingga ini tiga penyandang jawatan sudah mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan mereka. Selain itu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dijangka turut bertanding.
Sementara itu Pemuda Umno Sabah menyokong penuh jika Ketua Menteri Sabah mahu bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Menurut Ketua Pemuda negeri, Datuk Awang Kadin Tang, Musa bukan sahaja akan mendapat sokngan dari Sabah malah dari semua negeri.
“Kemampuan beliau mengekalkan Sabah di tangan BN pada pilihanraya umum lalu membuktikan bahawa beliau layak diberi peranan yang lebih penting dalam parti,” katanya kepada Bernama.
Jumaat, Mei 17, 2013
SIAPA LAYAK TANDING NAIB PRESIDEN UMNO?
Pilihanraya umum sudah berlalu, pembentukan kabinet pun sudah berlalu, kini orang ramai menunggu pemilihan UMNO yang bakal diadakan ada hujung tahun ini. Dahulu pemilihan diadakan setiap tiga tahun sekali kini ia menjadi lebih dari tiga tahun. Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan pada tahun 2009. Pertandingan bukan sahaja tertumpu kepada jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden malah kepada jawatan ahli majlis tertinggi seramai 25 orang. Najib Tun Razak yang tidak mendapat majoriti dua pertiga mengetuai BN adakah akan dicabar kali ini? Sekarang sudah tiada kuota untuk melawan jawatan Presaiden dan Timbalanb Presiden UMNO. Adakah ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO utnuk membawa pembaharuan kepada UMNO? UMNO memenangi kerusi yang lebih banyak berbanding pilihanraya umum 2008 tetapi BN makin merosot. Malah prestasi Pak Lah lebih baik dari prestasi Najib. Pak Lah mendapat 140 kerusi sedangkan Najib mendapat 133 kerusi? Adakah BN akan hilang pada pilihanraya umum 2017? Adakah Muhyiddin Yasin akan menang tanpa bertanding? Dengan tidak terlantiknya Ali Rustam sebagai Senator dan menteri dalam kabinet baru Najib menyebabkan Ali makin tiada pengaruh untuk menentang Muhyiddin. Pada tahun 2009, Muhyiddin mengalahkan Muhammad Muhd Taib yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Siapa pula yang layak mengisi jawatan naib Presiden UMNOP selain Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafie Afdal. Saya nampak tiga calon baru sesuai menewarkan diri sebagai calon Naib Presiden iaitu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman; Menteri pelajaran dan pengajian tinggi II, Idris Jusoh dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tok Pa.Bulan Disember kian hampir. Tinggal tujuh bulan lagi. Maka pertandingan UMNO semakin terasa debarannya.Sejarah membuktikan semua Menteri pelajaran memenangi jawatan Naib Presiden seperti Dr Mahathir (1975), Musa Hitam (1978), Anwar Ibrahim (1987). Adakah Idris dapat mengulangi kejayaan menteri pelajaran terdahulu untuk mengisi jawatan Naib Presiden UMNO? Atau Ali Rustam ingin kembali sebagai Niab Presiden UMNO. Malah jawatan itu pernah diisi oleh Gahagr Baba yang tidak ada jawatan dalam kerajaan. Mungkin Ali yang juga bekas Ketua Menteri melaka




mahu mengikut jejak langkah Ghabar Baba? Sama=samalah kita tunggu.
Jumaat, April 26, 2013
WANITA UMNO TAK LAYAK JADI CALON DI TERENGGANU
Penamaan calon Parlimen Besut mencatat sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU13) apabila seorang wanita pertama dicalonkan oleh PAS bertanding di kerusi DUN Kuala Besut
Surirumah ,Napisah Ismail, 53, dari Kampung Denger, dekat sini, dipertaruhkan oleh PAS untuk menentang penyandang Dr A Rahman Mokhtar dari BN.
Napisah yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Besut,satu satunya calon wanita di negeri ini yang akan bertanding pada PRU13.
Bagi DUN Kota Putera, pertandingan tiga penjuru antara calon BN,Pas dan PKR dijangka menarik perhatian kerena sebelum ini hanya BN dan Pas sahaja yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, kehadiran calon PKR, Dr Mohamed Abd Ghani,61, bekas pensyarah Maktab Perguruan Sultan Mizan Besut, yang tiba-tiba muncul di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Besut, mengejutkan orang ramai.
Dr Abdul Ghani juga mencatat rekod apabila beliau adalah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Alur Lintah, Bukit, Keluang, bertanding di atas tiket pembangkang.
“Sebagai pengerusi KRT pertama bertanding menjadi calon saya amat bangga dan akan mempastikan berjaya dalam PRU13 ini,” katanya.
Ulasan saya, semua ketua wanita UMNO bahagian di Terengganu tak layak jadi calon. Mereka layak jadi pekerja parti sahaja. Nampaknya PAS Terengganu lebih maju dari BN Terengganu dengan meletakkan calon wanita di Kuala Besut.
Selasa, September 13, 2011
HISHAM LAYAK TANDING DI DUN CHUKAI

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrul Hisham Zaki, menganggap keperluan calon muda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang wajar diberi perhatian.
Menurutnya, calon muda dapat membentuk kepimpinan baru yang mampu memberi perubahan lebih positif kepada parti tanpa meninggalkan yang lama.
Beliau berkata, ia juga selaras dengan hasrat pucuk pimpinan yang mahukan transformasi dibuat dari sudut kepimpinan parti dan percaya calon muda mampu menggarap transformasi tersebut.
“Hari ini, pucuk pimpinan mengatakan perlunya transformasi dibuat dari sudut kepimpinan parti dan di sinilah perlunya calon atau kepimpinan baru yang akan menggarap transformasi dan lebih ramai calon baru diketengahkan supaya ada kesinambungan dari sudut kepimpinan,” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.
Beliau bagaimanapun tidak mencadangkan supaya kesemua calon bertanding di negeri ini dari kalangan orang muda tetapi berharap ‘acuan’ muda dan baru boleh memberi kekuatan kepada parti.
Sementara itu, ditanya jika namanya tidak dicadangkan sebagai calon oleh peringkat pimpinan Pemuda Umno negeri, beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menganggap semua pihak perlu berfikir secara terbuka.
Menurutnya, sekalipun ‘anak buah’ yang terpilih sebagai calon kelak, namun pimpinan di peringkat bahagian tidak patut menafikan kelayakannya jika individu tersebut mampu memberi kemenangan kepada parti.
“Sekarang kita dalam keadaan memerlukan kemenangan, bak kata Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, (Umno) dalam keadaan hidup dan mati,” katanya.
Saya bersetuju sangat denmgan pandangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu ini bahawa golongan muda perlu diberi peluang untuk bertanding.
Di Kemaman, Ketua Pemuda Bahagian, Hisham Zubir wajar diberi peluang bertanding di DUN Chukai menggantikan Datuk Mohamed Awang Tera yang disebut-sebut akan bersara dari politik.
Nama Hisham disebut-sebut sebagai calon BN selain dari ADUN Air Putih, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Setiausaha UMNO bahagian, Rosli Ahmad dan AJK Bahagian, Shahul Hamid atau Mat Bawal, seorang peguam terkenal di daerah ini.
Hisham sudah dua penggal berada dalam pemuda. Pada tahun 2001, beliau memenangi kerusi AJK pemuda dan pada tahun 2004, beliau dilantik ketua pemuda, Wan Ahmad Nizam yang juga ADUN Air Putih ketika itu sebagai setiausaha bahagian.
Pada tahun 2008, beliau mengalahkan Kamaruddin Ali bagi jawatan ketua pemuda. Sebagai graduan lulusan kajian perniagaan dan kewangan dari Amerika Syarikat, beliau layak ditonjolkan bertanding di DUN Chukai.
Isnin, Ogos 02, 2010
SHAFARUDIN LAYAK TANDING DI BATU BURUK

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengajak semua pemimpin Barisan Nasional (BN) di segenap peringkat agar merapatkan barisan dan bekerja keras untuk menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.
Beliau merayu kepimpinan akar umbi termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin UMNO peringkat cawangan menghentikan segera pertelagahan sesama sendiri sebaliknya bersatu ke arah kemenangan parti.
Beliau juga tidak menolak tanggapan sesetengah pihak mengenai sikap pemimpin JKKK yang tidak ikhlas dan suka bercakaran menjadi punca status kekalahan BN sejak lebih 20 tahun lalu.
"JKKK perlu elakkan diri daripada dilabel sebagai jawatankuasa yang hanya banyak bermesyuarat dan bercakap," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk di Kuala Terengganu,baru-baru ini.
Turut hadir, Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abd. Hamid.
Ahmad Said turut melahirkan rasa kesal dengan beberapa orang wakil rakyat di negeri ini yang bertelagah dengan rakyat dan amat berharap sikap negatif sedemikian perlu dihentikan.
Katanya, perkara itu akan menyebabkan rakyat menjauhkan diri daripada BN dan fungsi wakil rakyat BN sebagai 'pembela rakyat' akan dipertikaikan.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh kepimpinan BN dan UMNO di DUN Batu Buruk bersatu dan hentikan 'politiking' yang tidak ada manfaat. Beliau yakin akan ada sinar baru di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan hadiah kepada JKKK Mengabang Tengah dan JKKK Che Kundur yang diumumkan sebagai johan pertandingan profil kampung peringkat DUN Batu Buruk dan mereka menerima RM1,000.
Teguran MB kepada semua JKKK dalam DUN Batu Buruk perlu dihayati oleh semua pihak. Untuk menangi DUN Batu Buruk, semua pihak - cawangan, pemuda, wanita dan puteri hendaklah berganding bahu bersatu memenangkan calon yang diturunkan oleh BN kelak.
BN tewas di Batu Buruk sejak tahun 1982 lagi. Tetapi BN dapat merampas semula kerusi itu pada tahun 1986 melalui Datuk Mutalib. Pada tahun 1990, BN tewas hinggalah sekarang.Sudah lima penggal PAS menguasai DUN Batu Buruk.
Oleh itu BN perlu kenalpasti calon dari sekarang. Jangan umum calon di saat-saat akhir. Di antara yang layak bertanding di DUN Batu Buruk ialah Dr. Bazlan Datuk Shafie, 42 tahun dan Pengarah YPK, Shafarudin Mustapha.
Langgan:
Catatan (Atom)

