Memaparkan catatan dengan label kalau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kalau. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 17, 2016

KALAU FITNAH, KENAPA TANDING NAIB PRESIDEN UMNO?



Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan dakwaan penglibatannya dalam arena politik negara hanya untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri secara pantas adalah fitnah semata-mata.

Mukhriz Mahathir

Kata Mukhriz, kenyataan yang dibuat bekas pegawai politiknya, Haris Che Mat kepada pemberita semalam hanya bersifat andaian tanpa disokong fakta.

“Awal-awal dulu saya rasa tidak patut komen sebabnya sedang berjalan satu kes saman terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad iaitu Setiausaha Akhbar Perdana Menteri kerana membuat tuduhan sama.

“Apabila difikirkan balik, tidak salah saya menjawab kerana bila lihat rakaman sidang media Haris semalam, saya dengar banyak ayat dia bermula dengan perkataan ‘ada ura-ura’.

“Lepas itu dia bercerita Tun Dr. Mahathir Mohamad berpakat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bila masa dia ada di situ sewaktu kononnya Mahathir dengan Muhyiddin cakap pasal ‘fast track’ untuk saya jadi Perdana Menteri?” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ulasan saya, jika ia fitnah kenapa Mukhriz tanding Naib Presiden Umno pada tahun 2013? Takdirnya beliau menang jawatan Naib Presiden Umno pada tahun tersebut sudah tentu beliau adalah calon untuk jadi TPM menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat pada tahun lepas.

Pada 2013, beliau sepatutnya menang jawatan Naib Presiden Umno bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal. Jika beliau menang, sudah pasti Tun Dr Mahathir mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Mukhriz sebagai TPM dalam rombakan kabinet tahun lepas dan bukannya Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu jika beliau tak mahu jadi TPM, lebih baik beliau tanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno seperti kata Haris Che Mat.


Ahad, Julai 03, 2016

KALAU TOK HIM JADI KM, SAYA DAH LETAK JAWATAN



Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyerahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memutuskan sama ada ingin meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negeri itu atau sebaliknya selepas didakwa dibawah Akta Pencegahan Rasuah.

Malah, Presidennya Datuk Ibrahim Ali yang popular dengan panggilan Tok Him turut mengandaikan sekiranya memegang jawatan ketua menteri, beliau tidak akan menunggu sehingga didesak untuk meletakkan jawatan.

"Terpulang pada dia selaku ketua menteri. Kalau saya yang kena, tak perlu tanya orang lain. Tak perlu tunggu orang desak. Saya sendiri (akan letak jawatan) sama ada tuduhan terhadap saya bermotifkan politik atau tidak, itu tidak penting.

"Yang penting ialah kesedaran diri sendiri. Dan rakyat akan menilai. Kalau letak jawatan rakyat akan nilai dan kalau tak letak jawatan rakyat juga akan nilai," tambahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.

Selain itu, ditanya sama ada anggota parlimen Bagan itu wajar meletakkan jawatan atau tidak, Ibrahim hanya memberitahu, beliau bukan orang yang layak untuk memberikan komen mengenai isu berkenaan.

"Siapa saya untuk kata dia patut atau tak patut letak jawatan. Biarlah rakyat yang menilai," katanya lagi.

Khamis lalu, Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.

Setiausaha Agung DAP itu juga akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, dalam sidang media sama, bekas anggota parlimen Pasir Mas itu memberitahu bahawa pihaknya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja berhubung cadangan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara.

Menurut Ibrahim, memorandum yang akan diserahkan selepas hari raya itu nanti bertujuan memohon perkenan Baginda bagi mewujudkan institusi yang membincangkan isu berkaitan agama Islam.




"Dalam memorandum ini, kita berhujah dan mengambil kira perkembangan semasa dan sebelumnya. Dan antara perkara berbangkit ialah banyak berlakunya perpecahan (berkaitan agama Islam).

"Jadi kita tak nampak jalan lain untuk cari titik pertemuan dan persefahaman kecuali dengan sebuah institusi yang mendapat restu dan perkenan dari Majlis Raja-raja Melayu," katanya.

Ibrahim turut mencadangkan supaya institusi berkenaan dianggotai oleh NGO Islam serta diwakili oleh parti politik di negara ini seperti Umno, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Isnin, Februari 11, 2013

KALAU BN KALAH, JANGAN BUAT DEMONSTRASI

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya. "Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat. "Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah hari ini. Menurut Musa pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku. "Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya. "Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," katanya. Ulasan saya, siapa sahaja yang kalah tak kira BN atau pakatan rakyat, janganlah hasut para penyokongnya buat deonstrasi. Hormatilah keputusan pilihanraya umum.