Memaparkan catatan dengan label hina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hina. Papar semua catatan

Ahad, Jun 12, 2016

MAHATHIR HINA AHLI UMNO YANG PERTAHANKANNYA DAHULU

Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat sanggup menghina anggota UMNO, jelas terlupa bahawa mereka (pemimpin dan anggota UMNO) itulah yang banyak berkorban mempertahankannya semasa memegang jawatan presiden parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata ketika menjadi presiden, Dr Mahathir juga telah mengajar agar semua anggota UMNO setia kepada presiden parti.

Namun kini, kata Annuar, Dr Mahathir sanggup menyifatkan mereka yang tidak menyokong hasutannya menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai pemakan 'dedak'.

"Jangan hina 191 Ketua Bahagian (UMNO) sebagai makan dedak, kami ada bahagian untuk bina dan tentukan kuasa pemimpin negara ini," katanya kepada pemberita pada program buka puasa di Kampung Lempor di sini, hari Sabtu.

Annuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa penyokong Najib kini sebagai pemakan dedak semasa menyatakan sokongannya terhadap calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar hari ini.

"Katanya nak selamat UMNO, tapi kerjasama dengan DAP dan Amanah, Tun Mahathir letak UMNO dan PAS lebih rendah daripada DAP dan Amanah," katanya.

Annuar berkata Najib telah berjaya membawa banyak perubahan kepada Malaysia baik dari segi ekonomi dan lebih baik daripada apa yang telah Malaysia capai ketika Tun Mahathir menjadi perdana menteri.

"Pengiktirafan daripada Bank Dunia, Malaysia tangga ke-18 dari sudut kemudahan memulakan perniagaan, sebenarnya Najib berjaya membawa ekonomi, politik lebih baik daripada zaman Tun Mahathir," katanya.

Menurutnya, dari segi kebebasan, zaman Najib adalah lebih bebas dan telus berbanding zaman Mahathir yang di bawah kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Pencegahan Rasuah.

Sementara di Sungai Besar, Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyelar tindakan Dr Mahathir yang disifatkan sebagai sanggup berbaik dengan pihak yang pernah mengutuk dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap kepimpinannya.

Katanya, Pakatan Harapan yang sebelum ini bermusuh dengan bekas perdana menteri itu sanggup menerima kepimpinan Dr Mahathir semata-mata untuk mencapai matlamat menumbangkan Najib.

Hamzah, yang juga Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mengulas tindakan Dr Mahathir yang membuat kemunculan di Sungai Besar hari ini bagi menyertai majlis khas anjuran Pakatan Harapan dan menyatakan sokongan terhadap calon Amanah, Azhar Abdul Shukur.

"Saya percaya banyak pengundi sedar dan menilai sendiri apa yang sedang dilakukan pembangkang dan Tun Mahathir," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri di sebuah pasar raya di sini.

Beliau berkata Dr Mahathir sudah lupa bahawa pembangkang pernah memberi pelbagai gelaran kepadanya termasuk 'Mahathir Firaun' dan kini beliau bersekongkol dengan barisan pembangkang.

Isnin, Januari 04, 2016

SIAPA HINA ISLAM, SIS ATAU DR KHAIRUDIN?

Ini yang susahnya apabila orang jahil tentang Islam bercakap tentang Islam. Sudah sampai masanya bagi KDN melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan NGO yang menggunakan nama Islam seperti Sister In Islam (SIS) kerana ia jahil tentang tentang Islam.


Nak bercakap tentang Islam, pakai tudung pun tidak sedangkan perempuan Islam diwajibkan menutup aurat. Nampak sangat SIS memperalatkan nama Islam untuk memperjuangkan hak wanita Islam.


SIS mendakwa Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menghina Islam dengan cadangannya yang perkahwinan akan menyelesaikan masalah rogol bawah umur yang tinggi di negara ini.


Organisasi bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wanita Islam itu berkata, kenyataan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di laman sosial baru-baru ini sangat mengejutkan dan salah.


“Islam tidak membenarkan perkahwinan bawah umur, terutama sekali kepada pemangsa itu sendiri, misalnya perogol gadis bawah umur itu.

“Selaku ahli Parlimen, sangat mengejutkan yang Khairuddin memperlekehkan keseriusan dan trauma emosi yang dialami mangsa dalam kes rogol bawah umur,” kata SIS merujuk kepada posting di Facebook ahli Parlimen Kuala Nerus itu Rabu lalu.









Khairuddin juga berkata di laman sosial itu, "bernikah adalah ubat paling mujarab disediakan Islam dalam aspek membendung gejala sosial ini.”


“Masyarakat khususnya ibu bapa mesti menggalakkan dan memudahkan urusan perkahwinan anak-anak.


“Manakala kerajaan pula mesti membantu menyediakan insentif tertentu bagi meringankan beban pasangan yang bakal berkahwin,” beliau menulis di Facebook pada 30 Disember.


Ahli Parlimen PAS itu mengulas statistik jenayah seksual dikeluarkan Bukit Aman yang menunjukkan 920 daripada 1,794 kes dilaporkan tahun ini melibatkan kes rogol bawah umur.


Khairuddin juga mendakwa kira-kira 90% kes rogol bawah umur adalah di bawah "kategori suka sama suka" manakala 10% sahaja "kategori paksaan".


SIS menyifatkan kenyataan Khairuddin tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.


“Perbuatan rogol tidak boleh jadi suka sama suka walaupun gadis bawah umur terlibat tidak mengatakan ‘tidak’, kerana itulah wujud istilah rogol bawah umur.


"Tiba masanya kita melihat rogol sebagai satu jenayah yang sebenarnya dan pelanggaran hak manusia.


“Rogol ialah perbuataan hina yang berdosa di sisi Islam dan tidak boleh diberikan ganjaran perkahwinan.”


SIS menambah Malaysia, yang menandatangani Konvensyen Menghapuskan semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), bertanggungjawab memastikan gadis bawah umur memperolehi peluang pendidikan tinggi dan mencapai potensi diri mereka, bukannya membenarkan perkahwinan kanak-kanak sebagai penyelesaian kepada masalah rogol bawah umur.


Selain mencadangkan pernikahan sebagai ubat paling mujarab, Khairuddin dalam postingnya turut mencadangkan definisi rogol, kaedah pendakwaan dan perbicaraan serta hukuman ke atas pesalah dan hak mangsa yang digunapakai ketika ini disemak semula dan diselarikan dengan undang-undang jenayah syariah.


Sebenarnya siapa yang hina Islam? Dr Khairuddin ke atau SIS yang hina Islam. SIS yang jahil sejarah Islam. Berapa umur Siti Aishah kahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w? Bukankah 10 tahun? Umur 10 tahun itu bawah umur ke atau atas umur?


Oleh itu sebelum menuduh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu menghina Islam, SIS hendaklah mengkaji sejarah perkahwinan dalam Islam itu sendiri.


Malah pada tahun 50an, 60an, nenek kita umur 15 tahun sudah kahwin. Tetapi bila zaman berubah akibat pendidikan maka umur lelaki dan perempuan kahwin semakin meningkat.


Apa yang dimaksudkan oleh Dr Khairudin ialah bagi pasangan bawah umur yang suka sama suka supaya kahwin kerana mereka tidak minat belajar lagi. Bukannya orang yang dirogol mengahwini lelaki yang merogolnya. Istilah rogol berkanun digunakan untuk pasangan bawah umur berzina walaupun mereka rela hati bersetubuh.


Justru itu pandangan Dr Khairuddin supaya mereka berkahwin adalah pandangan yang baik jika mereka tidak minat belajar lagi.Oleh itu pandangan beliau bukannya menghina Islam.







Isnin, April 29, 2013

PRESIDEN MCA HINA PAK LAH

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka kerajaannya akan menjadi macam pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya asyik tentang halehwal Islam. "Saya telah berpeluang berkhidmat di bawah Pak Lah (Abdullah Ahmad) dan (Perdana Menteri sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Chua yang pernah berkhidmat sebagai menteri kesihatan semasa pentadbiran Abdullah. "Saya dapat lihat perbezaannya. Kepimpinan mereka berbeza sama sekali, begitu juga hasilnya, ini sangat jelas. "Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi, kerana latarbelakang (pengajian Islam) Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," katanya di majlis makan tengah bersama dengan 150 orang di Jementah, Segamat petang ini. Sebaliknya, kata Chua, Najib memberi banyak memberi tumpuan kepada ekonomi. "Di bawah Najib, ianya benar-benar berbeza sekarang, setiap hari penekanan adalah kepada pembangunan ekonomi dan kita percaya ini adalah landasan yang betul," katanya kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina. Oleh itu, katanya, isu siapa yang akan menjadi perdana menteri adalah amat penting.